BAB 20

Drama Series 18523

“Kau nampak tak ini apa?”

Ugut Qatrunnada sambil menunjukkan satu botol bersaiz sederhana di hadapan Ameena.

Gelengan daripada budak naif itu membuatkan Qatrunnada ingin ketawa lalu dia mengorak senyuman sinis. Tudungnya dicabut daripada kepala sebelum menarik rambutnya yang disanggul tinggi. Rambutnya yang ikal mayang kini melepasi bahunya. Lengan bajunya dilipat hingga ke siku.

“Kau tau tak apa isi dia? Itupun kalau akal fikiran kau masih cerdik dan cerdas. Kerja kau asyik cari kesalahan orang saja. Mesti akal kau cetek sebab tak boleh fikir dulu sebelum buat sesuatu. Ingat, jangan disebabkan mulut badan binasa.”

Ameena menggelengkan kepalanya sebelum berkata “Ewah, ewah. Celuparnya mulut kau. Kau siapa nak kata akal aku cetek? Kau tuhan?”

“Kau dengar elok-elok bunyi apa.”

Qatrunnada menggoncang botol tu dan menghasilkan bunyi cecair seperti air sedang berkocak.

“Air?”

Qatrunnada menggeleng laju kepalanya. Botol tadi digoncang kuat dengan jarak lebih dekat.

“Asid.” Jawap Qat sepatah

“Tipu! Aku tak akan terpedaya dengan taktik kotor kau. Asid lah konon padahal air. Ke air liur kau? Jijik!”
Qatrunnada memegang lengan Ameena dan tiba-tiba saja satu aura luar biasa dirasai oleh Ameena. Deruan angin yang bertiup kencang datang dari arah jendela yang terbuka luas. Langsir di jendela itu sudah berterbangan bagaikan mahu tercabut. Langit yang tadinya cerah berwarna biru muda kini bertukar kelabu asap yang kelam dan menakutkan. Kilat sabung menyabung, kedengaran guruh berdentum kuat. Akhirnya, hujan turun dengan lebat membasahi bumi.

“Kau nak aku simbah asid ke muka kau dulu baru nak percaya? Nak cuba? Mana tahu muka kau bertambah hodoh.” Sindir Qat

“Qat, jangan! Kalau awak sayang saya sebagai seorang kawan, awak jangan buat macam ini dekat adik saya. Saya sayangkan dia.” Halang Maya

Ameena menolak Maya jatuh tertiarap dan mulutnya mencium lantai.

“Tak payahlah buat baik dekat sini. Nak pertahankan Meena lah konon. Puih! Dan kau anak Dato ZH, kau siapa nak simbah asid dekat muka orang? Hidup zaman sekarang ada undang-undang. Kau buat benda bodoh nanti kau kena balik. Tak fikir ke semua tu?” Bidas Ameena.

Dia tidak mengaku kalah. Mana boleh biarkan Qat menang dengan kata-kata pedasnya. Dia harus lawan.Yang muda takkan kalah dengan yang tua.
Tak akan!

“Nampaknya kau tak makan saman ya. Kau memang nak muka kau hodoh.”

Qatrunnada membuka tudung botol itu lalu tangannya bergerak ke belakang sebelum mencurah asid tersebut ke arah Ameena. Tapi perbuatannya itu hanya sia-sia. Maya telah bertindak pantas dan kain selimut tebal menjadi benteng pertahanannya. Cecair asid itu tumpah sedikit dan mengalir di atas lantai.

“Maya! Apa yang awak buat? Dia patut terima semua ini. Kenapa awak nak lindungi dia?”

“Sebab dia adik saya tapi kalau dia orang luar dan perangainya tak ubah, saya mesti tak akan halang. Macam yang saya cakap, dia adik saya walaupun bukan adik seibu sebapa.”

Qatrunnada mengeluh perlahan.

“Woi!”

“Kau dengan kawan mental kau ni boleh pergi mampus lah! Datang rumah orang dengan bawa asid, dah kenapa?” Tengking Fareez

Matanya tak lepas daripada memandang Qat dan Maya. Mukanya merah padam. Tangan digempal ingin melayangkan penumbuk.

“Pakcik,tolong bagi salam dulu. Jangan main terjah macam orang tak ada pegangan agama. Bapak dengan anak sama saja. Dua-dua mulut iblis.”

Berdesing telinga Fareez. Fareez bergerak ke satu sudut di dalam bilik itu lalu mengambil lampu meja belajar. Dia merentap kuat sehinggakan kepala plug yang sentiasa bersambung ke soket elektrik itu tercabut.

“Kau nak aku hentak kepala kau dengan lampu ni tak? Ameena dah pernah rasa. Kau pun nak kena?”

Tersungging senyuman sinis di bibir Qat.

“Saya tak tahu lah kenapa keluarga ini terlalu yakin dengan apa yang kau orang lakukan. Anak buat salah tapi masih menidakkan lagi kebenaran. Maya dianiaya dan dihina oleh Ameena tapi pakcik masih membela dia. Pakcik menafikan bahawa semua yang Ameena lakukan semuanya betul padahal semuanya salah!”

“Ingat ya pakcik, semua kebenaran akan terungkai sendiri. Sama ada lambat mahupun cepat.”

“Kurang ajar!”

Fareez mengangkat tangannya ingin menampar muka Qat tapi Qat lebih pantas menahan tangan lelaki itu daripada mengenai mukanya.

“Jom balik, Maya! Kedatangan kita disambut dengan cacian dan makian. Dasyat! Saya suka. Tahniah dan terima kasih kepada pakcik sekeluarga atas layanan yang diberikan.”

Qatrunnada menarik tangan Sumayyah yang masih membatu dan terkejut dengan apa yang terjadi dan dia memberhentikan langkahnya lalu berpaling ke arah Ameena.

“Dan kau Ameena, jangan ingat kau dah dapat semuanya termasuk kasih sayang mak bapak kau, kau boleh buat apa sahaja. Ingat, kemenangan tak akan selalu berpihak kepada orang yang salah.”

Qatrunnada menarik Maya yang bagai lembu dicucuk hidung. Dia hanya mengikut sahaja Qatrunnada.

“Maya, nak pergi mana? Baru sampai kan?”Soal wanita itu tanpa dia tahu apa yang berlaku di tingkat atas. Kelihatan wanita itu memakai apron. Mesti dia sedang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan untuk mereka semua.

“Kami ada hal makcik sebab itu kami perlu pergi. Dan lagi satu, tolong nasihatkan suami makcik dan Ameena suruh diaorang jaga mulut dan sikap. Tolonglah layan Maya seperti manusia. Bukannya patung cendana.”

Riana terbungkam.

“Kamu silap ni, Qat.Takkanlah mereka buat macam itu. Kamu ni ada-ada saja kan?” Ujar Riana sambil ketawa.

Mahu menukar topik agaknya? Biarkanlah.

“Salam, makcik.”

Maya pun turut menyalami tangan Riana.

Riana menghantar kepulangan mereka dengan pandangan mata. Dirinya masih membatu di hadapan pagar. Hatinya sakit melihat anak kandungnya itu diam sahaja. Apakah yang disimpan di lubuk hati Maya sehinggakan tidak mahu bercakap dengannya. Dendam?

Apa Fareez dan Meena sudah buat? Mesti sesuatu perkara berlaku di atas. Bisik hati Riana.

Di dalam kereta...

Maya masih mendiamkan diri. Mata terarah kepada luar tingkap. Qatrunnada masih tidak berhenti membebel pasal Ameena.

“Kalau saya jadi kakak si Ameena tu, dah lama saya ajar dia cukup-cukup. Kurang ajar sangat!”

“Muka cantik tapi perangai buruk, hati busuk dan mulut longkang.”

Qatrunnada melihat Maya yang tidak menghiraukannya. Dia mengetap bibirnya tanda protes. Tanpa berfikir panjang, Qatrunnada menumbuk cermin kereta itu.

“Saya bercakap dengan awak, Maya. Tak dengar ke?”

“Ya, saya dengar. Dari tadi asyik membebel. Saya sudah cakap duduk saja dekat rumah tapi awak nak ikut. Sekarang, awak pula sakit hati. Lain kali, kuatkan mental dan fizikal.”

Qatrunnada menjeling.

“Kau siapa nak arah aku? Sedar sikit kau tu menumpang di rumah aku.”

Maya menundukkan kepalanya ke bawah. Air matanya mula bertakung dan tunggu masa saja untuk mengalir. Hatinya sakit bagai dirobek oleh kata-kata Qatrunnada. Tipu lah kalau dia tidak terasa hati.

“Awak tak ikhlas berkawan dengan saya kan? Awak anggap saya macam sampah dan bila-bila masa saja awak boleh buang saya.”

“Aku...” Suara Qatrunnada tersekat di kerongkong. Kemudian dia mengetuk kepalanya dan menggeleng kepalanya berulang kali.

“Saya minta maaf. Saya ikhlas berkawan dengan awak. Maaf tadi saya tersilap cakap. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak.” Ucap Qat lemah lembut sambil tersenyum.

“Jujur, Qat.”

Senyuman bertukar senyuman sinis.Qat mendengus kuat. Dia mencengkam kuat rambutnya. Kusyen kereta ditumbuk bertubi-tubi dan kakinya tidak berhenti menendang bahagian belakang kusyen kereta hadapan.

“Kenapa dengan awak, Qat? Jangan buat kerja gila!” Maya terjerit tanpa sengaja kerana terlalu takut dengan Qatrunnada. Jika dilihat dengan mata kasar, seolah-olah ada sesuatu yang mengawal tubuh Qatrunnada. Semua pergerakan Qatrunnada di luar jangkaan. Selalu saja bertindak agresif.

“Aku dah jujur tapi kau masih tidak percaya. Apa yang kau nak sebenarnya, Maya? Kenapa susah sangat kau nak percayakan aku? Aku sakit. Sakit! Sakit!” Jerit Qatrunnada bagai terkena histeria.

“Mengucap, Qat. Saya percayakan awak.”

“Tipu! Kau pembohong!” Ucap Qat lalu menolak Maya sehingga belakang badan Maya terkena pada permukaan pintu kereta yang keras itu.

“Aduh, sakitnya!”

Qatrunnada melihat Maya yang sedang mengaduh sakit. Kemudian, dia mengetuk kepalanya berulangkali dan bercakap seorang diri. Selang beberapa minit, Qat menghampiri Maya.

“Sa...saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Ucap Qat

“Tak apa, saya faham. Saya harap awak cepat sembuh. Saya tahu penyakit yang awak hadapi. Tolong kuatkan semangat. Jangan biarkan ia mengawal tubuh awak. Tubuh awak, jadi awak yang patut kawal bukan ia.”

Maya menepuk bahu Qat. Kasihan dengan keadaan gadis itu. Syaitan selalu saja menyesatkan umat Islam.

“Terima kasih. Saya tak tahu kenapa saya jadi macam ini. Saya hilang kawalan. Mungkin semuanya adalah salah saya. Saya jauh dari Tuhan. Inilah balasan yang sebaik-baiknya untuk saya. Saya lupa diri.”

“Apa kata kita pergi pusat membeli-belah. Tenangkan fikiran sekejap dekat sana sambil-sambil itu boleh kita membeli pakaian muslimah dan tudung.” Ucap Maya

“Boleh juga. Joey, hantar kami pergi pusat membeli-belah.” Kata Qatrunnada kepada pemandunya.

Mereka sudah sampai di pusat membeli-belah. Kedai pakaian wanita jenama popular menjadi pilihan mereka berdua.

“Maya, tengok ni. Cantikkan?” Soal Qat sambil menunjukkan satu blouse muslimah labuh yang terdapat manik pada pergelangan tangannya.

“Cantik tapi mahal sangatlah! Ambil yang murah sedikit.”

“Saya belan...”

“Maya?” Tegur seorang lelaki. Keningnya terangkat ke atas.

Maya yang sedang ralit memilih baju memusingkan badannya ke arah pemilik suara itu.

“Awak?” Maya turut terkejut.

“Ya, saya. Hazzar yang kacak!”

“Perasannya.” Kata Maya sepatah

Qat hanya melihat dua manusia dihadapannya itu. Terbit rasa cemburu. Sebelum ini ada juga lelaki menegurnya tetapi lelaki itu tidak sekacak lelaki ini. Rasa macam jatuh cinta pandang pertama. Jantung ini berdegup kencang.

“Hai awak” Qatrunnada cuba menarik perhatian lelaki itu.

“Maya, apa kata kita keluar makan-makan ke?” Soal Hazzar tidak menghiraukan soalan Qat.

“Cis, kau pulaukan aku ya. Tunggu kau!” omel Qat

Maya melihat mimik wajah Qat yang tidak berpuas hati. Pasti sikap Hazzar mengguris hati Qat. Dia perasan yang Hazzar mengelak daripada menjawab soalan Qat tapi kenapa Hazzar berbuat demikian?

“Qat, awak ok?”

“Saya ok. Maya, lelaki ini siapa?”

“Hazzar namanya. Lelaki ini ada menolong saya.”

“Handsome, memenuhi citarasa saya.”

Hazzar melihat Qatrunnada daripada kaki hingga ke kepala dan perbuatan itu berulang lagi.

“Kenapa awak tengok saya macam itu? Cantik sangat ke?” Kata Qat. Suaranya dilunakkan sedikit.

“Hodoh! Tak pakai tudung tapi kalau kau pakai tudung pun kau tak akan secantik Maya.” Perli Hazzar

Boleh tahan mulut lelaki ini. Siap bandingkan dirinya dengan orang lain pula.

“Se...” Baru saja Qat ingin berkata-kata, Hazzar terlebih awal membuka mulut.

“Maya, jaga diri tau. Jangan rapat sangat dengan orang yang...”

“Awak faham kan maksud saya?”

“Kurang ajar!” Carut Qat

“Jauhkan diri daripada dia. Saya pergi dulu.” Ucap Hazzar yang mula menjauhkan dirinya daripada Qat dan terus keluar dari kedai itu.

“Dekat mana rumah lelaki tu? Saya nak robohkan rumah dia biar dia sedar diri sikit. Pakaian yang dia pakai pun lusuh, ada hati nak perli orang. Ingat diri dia bagus sangat ke?”

“Dia bergurau tu. Janganlah ambil serius. Sabar.”

“Sikit-sikit sabar. Eh, Maya itu kan...” Qatrunnada menunding jari ke arah dua manusia berlainan jantina yang sedang berjalan berdua-duaan di hadapan kedai itu.

“Ar...”

Maya tidak dapat menyambung perkataan itu. Terkejut dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Adakah dia bermimpi? Mustahillah, lelaki itu. Ataupun ini semua adalah satu pendustaan?

Don't forget to follow my IG: aleyafarznp

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience