BAB 4

Drama Series 18523

Maya memegang pipinya yang ditampar oleh Fareez. Sakit dan pedih!

“Ayah tak sangka Maya seperti ini. Dengan Ameena pun Maya nak berkasar. Dia masih budak-budak Maya! Budak-budak! Ayah rasa tak perlu Maya gunakan bahasa kesat untuk tegur mereka dan ayah pasti Meena dan Ryl bukan budak kurang ajar tapi Maya yang kurang ajar sebenarnya!” Tengking Fareez. Mukanya merah padam

Maya, kau kena lawan. Jangan biarkan diri kau ditindas lagi. Bisik hati Maya.

“Daripada budak-budak lah kita kena tegur ayah! Kalau dibiarkan sahaja mereka, rosak habis akhlak mereka nanti. Mereka sudah melampaui batas!” Kata Maya. Secara tidak sengaja suaranya dinaikkan satu oktaf.

Pang!

Sekali lagi pipi Maya ditampar kuat oleh Fareez. Maya melihat wajah ayahnya. Apa masalah ayah? Aku tak sengaja tinggikan suara.Tak payah main tampar-tampar pipi orang. Dia ingat pipi aku ini apa?

Riana, Meena dan Ryl hanya menjadi penonton yang menyaksikan drama ini. Puaslah dapat tengok dia ditampar sebegitu.

“Maya tak sedar ke apa yang Maya cakap? Maya tak cermin diri dulu ke sebelum nak ajar ayah? Cukup dah ke ilmu didada Maya? Jangan kurang ajar dengan ayah lepas ini dan...hormat Meena dan Ryl kalau tak nak dihalau dari rumah ini. Ini amaran terakhir!” Ugut Fareez

Maya tak salah dengar kan? Hormat diaorang? Memang tak lah jawapannya. Budak kurang ajar perlu ke dihormati bagai? Tolonglah sesiapa cuci otak ayah aku ini sekejap. Orang tua perlu hormat orang muda dulu kah? Malapetaka apa yang berlaku ini!

Baru sahaja Maya ingin membuka mulut, Riana sudah membuat bahasa isyarat supaya Maya zip mulutnya.

“Maya pergi sekolah dulu. Assalamualaikum.” kata Maya lalu mengorak langkah ke pintu utama

Tetapi langkahnya terhenti apabila Ameena merentap tangannya kuat.

“Kak Maya nak pergi mana? Ayah belum habis cakap lagi. Tolong hormat ayah sikit. Tahu lah diri tu bagus tapi tak payah lah bongkak sangat” Herdik Ameena

“Akak dah lambat Meena, akak pergi dulu” Kata Maya. Sekali lagi tangannya direntap oleh Ameena.Tetapi kali ini terlalu kuat

“Apa masalah akak? Sekolah lagi penting ke? Akak tu bodoh! Tak payahlah belajar bersungguh-sungguh. Bukan ada orang hargai pun lain lah Meena. Meena budak pandai!”

“Baru Ryl tahu kak Maya bodoh rupanya.Tapi sebelum ni kak Maya cakap dekat Ryl bodoh. Jadinya Ryl bodoh jugak ke kak Meena?” Soal Azryl polos. Terlalu naif budak ini!

“Ryl tak bodoh cuma perempuan ni sahaja bodoh!Kak Maya tak pernah bersyukur. Kalau ayah kita tak ambil dia duduk dekat rumah kita, mesti sudah merempat di luar sana macam anjing jalanan”

Maya memandang mama dan ayah yang membatu.

“Kau orang tak dengar ke anak kau orang menganjing aku? Kena pukau ke apa?” Getus hatinya

“Ikut suka kau lah Meena nak kata apa pun. Aku malas nak berlembut dengan kau lagi. Makin aku berlembut dengan kau makin biadab kau jadinya” jawab Maya sebelum mengatur langkah.

Dia sudah terlambat ke sekolah gara-gara Ameena si budak kurang ajar itu lah. Apa lah nasib Maya dapat adik seperti Ameena.

“Ish! Ayah tengok perempuan jalang itu. Meena tak habis cakap lagi, dia dah pergi. Dasar tak sedar diri!” Jerit Ameena

“Kak Maya menumpang sahaja di rumah ini tapi berlagak seperti rumah ini dia yang punya. Menyampah betul lah dengan Kak Maya. Kenapa dia perlu wujud dalam hidup kita mama, ayah? Nasib malang betul dapat kakak yang suka acah bagus!” Sambung Ameena

Perempuan jalang kau kata dekat aku? Argh, lantak kau lah!

Kemudian ayahnya bersuara. Maya memusingkan badannya untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Fareez

“Tengok! Meena pun terikut-ikut perangai Maya. Mesti Maya bengang kan Meena cakap kasar macam itu? Tahu pun! Tadi Maya cakap macam tu dekat Meena, boleh pula. Sekarang tengoklah apa dah jadi. Meena tak pernah cakap macam itu tapi Maya yang mengajar dia. Malang betul dapat anak tiri macam Maya!” Jerkah Fareez

“Kak Maya memang kurang ajar. Dia blah macam itu je? Melampau betul!” Kata Azryl

Riana hanya menjadi penonton. Malas mahu campur tangan. Biarlah, siapa suruh Maya cari pasal dengan mereka.

Maya malas mahu bersuara, dia terus keluar dari rumah puaka itu. Ameena kurang ajar dengan aku pun kau orang masih lagi menangkan dia. Apa sudah jadi ini? Argh malas nak fikir.

Maya berjalan kaki ke sekolahnya yang terletak kira-kira seratus meter dari rumahnya. Dekat sahaja! Selang satu minit, Maya sudah sampai disekolahnya.

Belum sempat kakinya melangkah masuk ke kawasan sekolah..

“Hai awak!” Seorang lelaki menyapanya

Maya memandang figura manusia ditepinya. Terus terbuntang luas matanya.

Oh lelaki pujaanku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience