BAB 22

Drama Series 18523

Membulat matanya melihat Arrian berada di hadapannya. Apa yang dia mahukan lagi? Tidak puaskah menyakitkan hatinya siang hari tadi?

“Qat, kenapa Arrian boleh ada dekat sini? Awak ada sembunyikan apa-apa daripada saya ke?”

“Eh, mana ada Maya. Saya tak tahulah dia datang dari mana. Tadi ingatkan siapa yang ketuk pintu, rupa-rupanya dia. Saya nak halang dia daripada jumpa awak tapi dia buat muka comel pula. Tergugat iman saya.”

Maya masih merenung tajam ke arah wajah Qat. Bagaikan tidak percaya Qatrunnada memuji Arrian. Matanya dikecilkan ingin menakutkan gadis itu supaya bercakap benar. Tapi jika benarlah apa yang dikatakan olehnya, Maya akan percaya.

“Sejak bila awak pandai puji orang? Belum pernah lagi saya dengar awak puji mana-mana lelaki. Otak awak ok tak?”

“Ok je. Takkan lah 24 jam saya nak serius je kan? Naklah juga bergurau senda. Masalahnya sekarang si Arrian ni.”

“Arrian, kau buat apa dekat sini? Suka hati je datang rumah aku. Ingat hotel ke? Bodoh, mesti kau ikut kitaorang balik kan. Ha aku dah agak! Dasar jantan tak guna!”

Qatrunnada memaki Arrian tetapi lelaki itu dengan selambanya menarik pergelangan tangan Maya dan Qat. Takkanlah dia nak tinggal si Qat tu di luar rumah. Dia kan pemilik rumah ini jadi dia pun perlu ditarik . Maya pula terkejut dengan tindakan Arrian.

Sampai saja di ruang tamu, tanpa berfikir panjang Maya terus menampar pipi Arrian. Tangan yang dipegang oleh Arrian dilap dengan baju. Dia rasa jijik membiarkan tangannya disentuh oleh lelaki seperti Arrian. Buaya darat!Qatrunnada tersenyum sinis. Padan muka kau, Arrian!

“Kurang ajar punya perempuan!” Secara automatik tangan Arrian diangkat menghala ke arah pipi Maya tetapi terbatal niatnya kerana sedar bahawa gadis di depannya adalah gadis yang sudah mengisi ruang hatinya. Sikit lagi pipi mulus itu hampir terkena penampar Arrian.

“Tak sangka awak akan tunjuk perangai awak yang sebenar.”

“Sorry, Ayan tak sengaja. Maya ok tak?” ujar Arrian simpati dan kecewa dengan tindakan sendiri. Tangan Arrian mengambil sapu tangan yang sedia ada di dalam kocek seluarnya. Arrian ambil dan perlahan tangannya mengelap pipi itu. Haram kan kalau sentuh dan usap? Tapi betulkah tindakannya?

Maya menepis kasar.

“Jangan sentuh saya! Apa awak cakap tadi? Perempuan kurang ajar? Awak ke saya yang kurang ajar?”

“Maya tolong hormat Ayan.”

“Hormat? Kalau awak nak orang disekeliling awak hormat awak, awak perlu hormat diaorang dulu termasuklah saya.”

“Kenapa awak biarkan Balqees pegang tangan awak? Mana asuhan dan didikan yang mak ayah awak ajar? Hukum hakam agama mana? Haram kan kalau menyentuh wanita yang bukan mahram dan jangan sesekali anggap Maya seorang gadis yang tidak matang.”

“Kau orang rileks lah dulu. Nak gaduh, tolong lah gaduh secara berhemah. Aku takut rumah aku roboh je.” sampuk Qatrunnada. Sempat lagi buat lawak dalam keadaan yang agak tegang dan dingin.

“Diam!” tengking Maya dan Arrian.

“Buatlah rumah ni macam rumah sendiri. Aku bukan sesiapa dalam rumah ni sampaikan kau orang sanggup tengking aku. Aku kan alien dari planet Marikh. Aku kan gila, sewel tak normal macam kau orang. Wahai manusia normal, tolong tinggalkan aku seorang diri.” Terkeluar ayat yang seperti ingin menagih simpati daripada dua orang manusia itu tapi Qatrunnada saja yang terlebih beria. Maya dan Arrian tidak mempedulikan dia.

“Kau boleh diam tak, Qat? Aku merayu sangat-sangat, tolong tutup mulut dan jangan masuk campur dalam urusan kitaorang” pinta Arrian

Qatrunnada beriak seperti tiada apa-apa walaupun terguris hati dengan kata-kata Arrian. Dipendam dan disimpan selagi boleh. Lagipun sudah terbiasa dengan semua ini. Dulu, kerap kali ibu bapa nya bergaduh. Sekarang

“Lantak kau orang lah. Settle baik-baik kalau tak... aku bunuh diri. Hahaha!” Sekali lagi Qat seperti dirasuk.

Hilai tawa Qat menyeramkan. Sambil berjalan ke bilik sempat lagi Qat mengilai macam pontianak. Maya yang memandang turut berasa pelik. Apa masalah Qat? Ah, abaikan! Yang penting urusannya dengan lelaki bernama Haziq Arrian cepat selesai.

“Ada lagi yang nak dicakapkan? Kalau tak ada, baliklah rumah awak. Tak manis kalau orang nampak.”

“Sebelum tu, Ayan ada permintaan terakhir.”

Sedar tak sedar sudah pukul 8 malam. Riana mundar-mandir di dalam bilik. Hatinya tidak tenang. Rasa rindu pada si anak kandung semakin menebal. Terasa dirinya zalim bila mengingatkan sikap ketidak-adilan terhadap Maya. Ada suami, perangainya semakin menjadi-jadi. Sekarang anaknya pula pergi tinggalkannya disebabkan kekhilafan diri.

“Aku tak boleh berdiam diri. Aku kena tahu punca Maya beredar macam tu saja tanpa menjamah makanan aku walaupun sedikit. Mesti ada sesuatu yang berlaku. Aku kena tanya Fareez dan Meena.” omel Riana seorang diri.

Riana menuju ke ruang tamu. Memang hobi 3 beranak itu menonton televisyen pada waktu malam.

“Mama nak bincang satu perkara dengan kamu semua. Tolong fokus!”

Mereka semua memandang Riana yang sedang bercekak pinggang dan kembali memandang televisyen. Apabila ditayangkan babak yang lawak, boleh pula gelak ketawa. Riana yang terjegat di situ diabaikan.

“Kau orang pekak ke buta?”

Ameena menghempas alat kawalan jauh televisyen ke atas lantai.

“Mama ni! Boleh tak jangan kacau kitaorang? Baru nak happy, mama datang kacau.”

“Apa kamu cakap? Happy? Kau orang sajalah yang happy? Mama pula macam mana? Patung cendana?”

Fareez memandang atas bawah isterinya.

“Riana, boleh tak jangan ganggu kitaorang? Ameena pun dah tak ada mood. Azryl pula merajuk. Apa lagi masalah awak? Kalau pasal anak tak guna awak tu, baik awak diam. Jangan sebut lagi nama dia dalam rumah ni. Sampaikan Ameena jadi mangsa penderaan budak tak guna tu.”

“Ha'ah, memang saya nak bincang pasal Maya. Tadi kenapa Maya balik macam itu saja? Tak sempat makan makanan yang saya masak. Muka dia macam tengah tahan sedih. Awak dengan Meena cari masalah ke dengan dia?”

“Dia datang dengan kawan mental, kemudian awak nak salahkan kitaorang? Awak pun dah terikut-ikut perangai kawan dia ke? Gila?”

“Kenapa kau orang suka cari masalah dengan Maya? Apa salah dia?”

“Dia tak patut wujud. Simple!” bentak Ameena

“Berdosa seorang anak bila meninggikan suara kepada ibunya. Memang mama bukan mak kandung kamu tapi hormatlah mama macam ibu kamu.”

“Ameena pula yang berdosa? Kak Maya tak berdosa pula.”

“Cakap dengan mama apa dosa kakak pada Meena? Layakkah Ameena menentukan dosa dan pahala kakak?”

“Memang kakak seorang pendosa yang tak akan insaf.”

“Kakak tak ada buat salah pun dengan Ameena tapi kenapa Meena layan dia macam tu? Kakak pun manusia, Meena. Bayangkan kalau Meena ditempat kakak, apa yang Meena rasa? Sakit kan? Kakak pun rasa benda yang sama cuma dia tak tunjuk.”

“Meena tak nak dengar apa-apa lagi. Daripada mama membebel dekat sini, mama boleh pergi jual segala tazkirah mama tu dekat mana-mana surau ke masjid. Lagi berfaedah. Membazir air liur je cakap dekat sini.”

“Gila! Orang dalam rumah ni gila! Hati busuk!” jerit Riana sekuat hati. Dia tidak peduli lagi apa yang bakal terjadi. Fareez nak penampar? Tumbuk? Dia tidak peduli, janji dia dapat melepaskan segala yang terbuku di hati.

“Permintaan apa?”

“Tolong ikut Arrian ke satu tempat. Kali ni je. Janji!”

Agaknya Arrian sudah gila. Bayangkan kalau keluar malam-malam pergi ke tempat yang dia sendiri tidak tahu dengan lelaki. Tak mampu nak bayangkan sekiranya terjadi apa-apa pada diri dan juga masa depannya.

“Awak dah gila ke? Saya keluar dengan awak berdua-duaan tengah malam macam ni? Tak payahlah keluar.”

“Siapa cakap kita dua je? Ajaklah Qat sekali. Please, kali ni je.”

Susahkan kalau hati ni selembut sutera. Senang saja termakan dengan pujukan dan rayuan Arrian. Apalah nasib.

“Kalau Qat ada, saya boleh keluar dengan awak tapi janji kena hantar kitaorang balik sebelum pukul 11.”

“Promise, baby.” wajah Arrian bertukar ceria

Sudah sampai di tempat yang Arrian maksudkan. Yang merunsingkan fikiran Maya adalah tempat itu jalan yang terletak di atas bukit. Kereta Arrian diparkir di lebihan tanah di tepi jalan itu. Tiada kereta yang lalu lalang. Kenapa pula Arrian membawanya ke tempat itu? Tiada apa yang menarik selain bunyi cengkerik. Qat yang berada di tempat duduk belakang sudah nyenyak tidur. Sekali pakej berdengkur!

Arrian masih kekal di tempat duduk pemandu. Dia membuka tali pinggang keledar dan memusingkan badannya menghadap Maya yang berada di sebelah kirinya. Arrian mengambil sesuatu lalu menghulurkannya kepada Maya. Dia mendekatkan lagi tubuhnya.

“Arrian, awak nak buat ni!”

Hye korang. Sorry dah lama tak update. Please leave your comment. Tqsm!

Share this novel

aleyafarz
2021-05-20 11:20:15 

hahaha terima kasih

D R I S Y A L E Y N A
2021-05-20 03:53:30 

hye , best betul novel awak . selalu dpt idea menarik bila dh bace novel awak hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience