BAB 5

Drama Series 18523

Haziq Arrian!

Pelajar tingkatan lima yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan di sekolah itu. Cikgu pun termasuk juga ya! Mukanya iras-iras Zayn Malik. Kacak bergaya!

“Errr...ha...hai” Jawab Maya tergagap-gagap.

Sempat lagi kau tergagap-gagap depan lelaki pujaan kau, Maya. Memalukan!

“Nampak sangat kau terlalu sukakan aku sampai tergagap-gagap dibuatnya.” Omel hati Arrian. Kepala Arrian digelengkan seribu kali. Lawak!

“Awak Sumayyah kan?” Soal Arrian sambil matanya merenung wajah Maya.

“Oh Maya. Awak kenal kan saya?” Soal Arrian

Siapa tak kenal kau Arrian? Anak jutawan! Muka sudah lah kacak dan memang memenuhi ciri-ciri lelaki idaman aku!

Cewah!

“Awak panggil saya Ayan, ok? Boleh kita jadi kawan ataupun kawan istimewa?” Soal Arrian

Arrian nak jadi kawan aku? Kau biar betul! Jarang anak VVIP nak berkawan dengan aku yang entah apa-apa ini.

“Errr...Ayan sudi ke berkahwin dengan saya?” Tanya Maya pula

Arrian tercengang. Berkahwin? Perempuan ini betul ke tak?

“Berkahwin?” Soal Arrian

Jap aku fikir. Ops! Aku tersilap cakap. Apa yang aku dah buat ni? Mesti Arrian fikir yang bukan-bukan tentang aku. Mampus aku!

“Err...maksud saya berkawan bukannya berkahwin. Maaf tersasul” Kata Maya

“Hahaha awak ni kelakarlah. Saya suka!” kata Arrian

'Saya suka'? Dia suka aku ke? Ke dia sudah lama suka dekat aku. Hati tolong jangan berdegup kencang. Aku tak boleh bernafas dengan baik!

Kring!

Loceng sudah berbunyi menandakan waktu guru pertama akan bermula sebentar sahaja lagi. Maya sudah terlambat!

“Awak, saya masuk kelas dulu. Jumpa lagi!” Kata Maya sambil melambai tangan kepada Arrian

Arrian memandang Maya yang semakin hilang dari penglihatannya. Sumayyah! Aku suka nama itu. Lalu Arrian mengatur langkah ke kelasnya di tingkat dua.

“Amboi, kau Maya! Sekarang dah ada teman lelaki tak bagitahu aku ya” Kata Hajar

Minah ni aku tak sempat lagi duduk, dia dah datang terjah orang sesuka hati. Ish! Anak siapalah ini?

“Kau merapu apa Jaja? Bila masa aku ada teman lelaki?” Soal Maya tak puas hati
“Tak payah tipu! Tadi aku nampak kau dengan Arrian. Senior yang kacak tu. Kau borak apa dengan dia?”

“Tak penting pun. Kau tak payahlah soal aku macam aku ni penjenayah!” Kata Maya lalu mencebik. Menyibuk je nak tahu pasal orang!

“Baik kau jujur dengan aku! Bukan senang tau dapat bersembang dengan dia. Kira kau beruntunglah.”

“Yalah, aku bagitahu. Dia nak berkawan dengan aku. Itu sahaja!”

Tiba-tiba Hajar mengetuk kepala Maya. Kau dah pahal minah sewel?

“Kau ni bengaplah, Maya!”

Maya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Memang dia tak tahu!

“Kau sepatutnya gunakan peluang yang ada. Tadi masa kau berborak dengan dia, kau ada minta nombor telefon dia?” Soal Hajar

Maya menggelengkan kepalanya. Kemudian Hajar menepuk dahinya.

Salah kah aku kalau tak gunakan peluang itu betul-betul?

“Tapi kan aku rasa dia hanya nak berkawan dengan kau. Aku tak rasa dia akan jadikan kau teman wanitanya. Kau tahu kan dia dengan Qeeqees tu? Jadi aku taknak kau menaruh harapan yang tinggi terhadap Arrian. Nanti kau yang sakit.” Nasihat Hajar

“Bukan Qeeqees lah, Qees. Balqees Amberlee nama penuh dia. Kau ni bengaplah Jaja, hahaha!” kata Maya

Sedaya-upaya Maya cuba mengawal emosinya. Emosinya bercampur baur antara sedih dan kecewa. Memang dia menaruh harapan yang tinggi terhadap Arrian!

“Aku nak pergi tandas sekejap. Jaja tolong bagitahu cikgu kalau cikgu sudah masuk nanti” Kata Maya lalu keluar dari kelasnya

“Aku tahulah si Qees tu cantik dan sempurna. Tapi aku pun nak juga jadi kekasih Arrian! Hahaha kau tak sedar diri lah Maya! Arrian bukan nak pun dekat budak mentah macam kau. Aku baru empat belas tahun, dia? Tujuh belas tahun. Banyak bezanya Maya.Tapi kalau aku....”

Bum!

Ya Allah! Aku tak perasan ada kolam ikan depan aku. Habis basah kuyup baju aku. Tolong! Bau hanyirnya air kolam ini. Pasti ada ikan mati! Kedengaran bunyi suara orang ketawa cukup membuatkan aku merasa sangat malu. Nasib kau lah Maya. Siapa suruh bercakap tak tengok depan, kan dah mendapat habuan!

Selepas Maya menukar pakaian yang diberikan oleh gurunya untuk menggantikan pakaian yang basah tadi. Maya mengambil keputusan untuk kembali ke kelasnya. Semasa dalam perjalanan, Maya ternampak sosok tubuh badan Arrian. Maya menghampiri Arrian yang berdiri di belakang bangunan sekolah. Maya melihatnya memegang telefon pintarnya dan secara tidak sengaja Maya terdengar perbualan antara Arrian dan seseorang.

“Aku suka dengar kisah kau. Kau kejam! Aku suka. Sekarang aku dah dapat dia, jadinya aku boleh jadi kejam macam kau lah kan? Hahaha!” Kata Arrian seperti orang tidak waras

Dengan siapakah dia berbual? Maya takut! Arrian seperti psiko! Perlahan-lahan Maya undur kebelakang.

Krik! Kruk!

Maya terpijak ranting kayu. Automatik Arrian memandang ke arah Maya dengan pandangan yang berbeza. Lain macam! Kemudian Maya melihat Arrian berlari ke arahnya. Arrian seperti terkena histeria.

Seram!

“Lari!” Jerit Maya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience