BAB 24 (ENDING)

Drama Series 18523

Sumayyah merintih menahan kesakitan yang tidak terperi. Hendak lari ke mana lagi jika pandangan matanya mula kabur dan kepalanya sakit tidak terkata. Tudung yang menutupi kepala sudah basah lencun dek kerana darah yang mengalir seperti air terjun.

“Isk..isk.. Maya sakit?” Qatrunnada menunjukkan reaksi kesian sambil menggigit kukunya. Psiko!

“Alololo, meh sini Qat ubatkan adik kesayangan kakak ni. Meh sini meh!”

Sumayyah masih duduk meringkuk di atas lantai. Tidak diendahkan derapan kaki Qat yang menghampiri dirinya.

“Meh sini Qat ubatkan.” Qatrunnada mengusap kepala Sumayyah dengan lembut sebelum mencengkam kuat tudung itu.

“Hidup kalau menyusahkan orang baik pergi mampus je lah kau, perempuan. Sampai hari ini aku tak puas hati dengan kau. Bapak kau bapak aku juga kan?”

“Sa...sa...kit...”

“Aku tak nak dengar sakit kau, aku nak dengar 'Ya, Qat. Ayah saya, ayah awak juga tapi saya memang kejam, tak berhati perut, tak berperikemanusiaan sebab buat awak macam tu'. ”

“Su...su... sudahlah, Qat. Buang dendam di hati. Jangan bawa sampai ke mati. Tolonglah istighfar, Qat. Maafkan Maya walaupun Maya tak tahu di mana silap Maya. Bercakap soal perkara yang lepas, itu semua Allah dah tetapkan. Siapa kita untuk menyoal jika apa yang kita rancang mahupun jangka tidak seindah apa yang kita impikan. Life must goes on, Qat. Masa tak berhenti untuk kita. Aduh!” Maya memegang kepalanya yang berdenyut.

“Ada betul, ada salah juga apa yang kau kata. Kalau aku berdendam, kau tu kejam. Kalau kau kejam, kau pun sama saja macam aku. Nah, aku kasi cenderahati untuk kau sempena detik-detik terakhir sebelum kau masuk liang lahad.” Qat mengambil pisau lipat. Niatnya hendak menoreh muka Sumayyah tetapi perbuatannya terhenti apabila dia terdengar siren polis. Rumah mewah itu kini dikepung.

“Wow, abang polis! Tangkaplah saya. Bawa saya pergi balai lepas tu kita nikah dekat sana ya?” Qatrunnada melempar pisau itu ke tepi. Dengan rela hati Qat menghulurkan tangannya untuk digari.

Maya yang terbaring lemah dibantu oleh pihak-pihak yang terlibat. Sempat Maya melihat Qatrunnada yang tersengih-sengih seperti hilang akal.

“Walau dimana, seteruk mana perangai kau, kau tetap kakak aku. Masa lalu tidak mengizinkan aku bertemu dengan kau. Bukannya salah sesiapa mahupun diri aku tetapi itu kehendak-Nya.” Sejurus selepas berkata sedemikian, Maya terus pengsan tidak sedarkan diri.

10 tahun kemudian...

Dalam masa 10 tahun ini banyak perkara yang tidak terjangka berlaku. Sumayyah dikurniakan rumahtangga yang bahagia, anak yang comel dan yang paling penting suami yang penyayang. Rezeki daripada Allah. Keluarga Sumayyah? Alhamdulillah, tiada lagi bermusuhan. Doa dulu akhirnya termakbul walaupun mengambil masa yang lama untuk Maya rasa kembali semua kebahagiaan sementara ini.

“Come, Wardeena sayang. Ibu suap nasi ye sayang? Nganga mulut.” Sumayyah tidak pernah letih menguruskan anaknya keseorangan dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dengan baik.

Siapa sangka dia berkahwin dengan lelaki menjengkelkan yang bernama Hazzar. Tempoh perkenalan mereka berdua singkat. Tidak pernah sekalipun mereka berjumpa untuk mengenal hati budi masing-masing. Itulah dinamakan jodoh. Mereka hanya sekadar terjumpa dan bertembung secara tidak sengaja. Tidak sangka akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Tetapi, Allah lebih menyayangi Hazzar. Hazzar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan maut di tempat kejadian semasa Wardeena masih dalam kandungan. Kehidupan tanpa seorang suami semasa hamil tidak mudah untuk dia hadapi. Emosinya sering terusik mengenangkan nasib anak ini. Terimbau kembali memori perit kakak tirinya, Qatrunnada. Dilahirkan tanpa seorang ayah juga. Tiba-tiba dia merindui kakaknya yang berada di hospital sakit jiwa.

“Semoga kakak dalam keadaan baik.”

“Deena rindu ayah.” Mulut kecil itu memulakan bicara.

“Nanti dekat syurga, Deena jumpa ayah ya? Ayah pun mesti rindu Deena. Ibu pun rindu ayah. Mari peluk, sayang.” Dibawa tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Sungguh hati ini sesak dengan rindu yang mendalam.

”Kita kena kuat, sayang. Ibu sayang Deena dunia dan akhirat. Lillahi ta'ala, ibu akan berusaha jadi ibu yang terbaik untuk Deena. Walaupun tanpa ayah disisi.”

“Ibu, kenapa Deena kena jumpa ayah di syurga bukan di dunia? Bukan ke semua manusia tinggal di bumi? Kubur ayah kan dekat bumi.”

Geleng kepala Sumayyah dengan soalan itu. Terlalu KBAT!

“Deena mungkin masih kecil untuk memahami semua ini tapi yang perlu Deena tahu, setiap yang hidup pasti akan merasai mati.”

“Tukar topik lah, sayang. Sedih ibu macam ni. Petang ni kita pergi jumpa your grandpa and grandma tau.”

“Ok, ibu. After this, Deena akan pastikan ibu happy everyday. I love you, ibu. Allah sayang ayah sebab tu Allah ambil ayah daripada kita, kan?”

Sumayyah mengiyakan kata-kata Wardeena. Satu ciuman hinggap di pipi Sumayyah. Pandai anak kecil ini menenangkan hatinya.

Ketenangan ini,
Rasa ini,
Peluang ini,
Waktu ini,
Kebahagiaan ini,

Rahmat Allah. Bukan senang untuk sampai ke tahap ini. Dulu, Sumayyah rebah dalam lelah. Kalau bukan disebabkan sokongan Arrian dan Hajar, mungkin dia masih berada di takuk yang sama. Arrian dan Hajar telah mengikat tali pertunangan dan akan berkahwin tidak lama lagi. Tamat sudah zaman bujang dua sahabatnya nanti.

“Tak lama lagi daddy dan mummy Deena kasi adik lah kan?”

“Ibu cakap apa? Adik?”

“Ye la. Daddy dengan mummy nak kahwin dah nanti. Tak sabar ibu nak tengok pelamin mummy.”

“Kenapa ibu tak sabar pula? Sekarang pun ibu boleh tengok pelamin kalau ibu nak kahwin. Hehe...”

Amboi, kecil-kecil cili padi dah pandai cakap pasal kahwin.

“Nope! Deena je la kahwin.”

Sumayyah mengenyit mata.

“Ibu!” Wardeena mengejar ibunya yang sudah berlari mengelilingi sofa.

‘Terima kasih ya Allah berikan aku peluang kedua untuk memperbaiki semula semuanya.’ bisik hati Sumayyah sambil melihat anak tunggalnya mengejarnya.

Tamat.

Alhamdulillah sudah tamat. Terima kasih kepada yang membaca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience