BAB 14

Drama Series 18523

"Kenapa kau tolak aku, Balqees? Apa yang kau tak puas hati lagi? Aku tak kacau hidup kau kan? Jadi, jangan kacau hidup aku! Kau jangan ingat kau anak VVIP, kau boleh buat ikut suka hati kau? Boleh pergi mampus lah! Aku takkan jadi lemah lagi depan kau!" tengking Maya.

Namun suaranya sedikit bergetar. Balqees bukan calang-calang orang dan agak susah untuk Maya lawan. Perasaan takut mula menyelebungi dirinya. Takut jikalau Balqees melakukan sesuatu di luar kawalan. Gadis itu psiko!

Punggungnya yang sakit akibat terjatuh di atas batu kerikil dibiarkan sahaja. Hati ini lagi sakit berbanding kesakitan yang dialami olehnya.

"Kau tak payah tunjuk kuat sangatlah!. Aku tahu, keluarga kau bencikan kau kan? Sudah-sudahlah Maya jadi orang bodoh! Kau tak sedar ke yang mak bapak kau lebih sayangkan Ameena? Kau buta ke pekak atau mental? Mesti kau mental sebab kau tak lari dari rumah itu. Mana ada orang sanggup tinggal dengan orang yang macam mereka. Aku tahu kau terseksa tapi aku lebih terseksa."

Maya menjungkitkan keningnya tanda tidak faham apa yang dikatakan oleh Balqees. Mimik wajah sinis Balqees dipandang sekilas. Ingat cantik?

"Kau terseksa? Setahu aku, kau anak orang kaya dan aku pasti kau tak pernah rasa susah dan terseksa. Apa yang kau nak, pasti akan dapat. Mustahillah kau rasa semua itu!"

"Aku terseksa sebab kau sudah rampas hak aku. Kau memang jahat kan, Maya? Aku tak tahu kau guna ilmu apa sampaikan Arrian tergila-gilakan kau. Kau jumpa bomoh mana? Boleh bagitahu?" sinis percakapan Balqees

"Kau ingat aku jahil sangat ke nak buat perkara syirik macam itu. Berdosa besar tahu tak?!" kata Maya lalu bangkit dari permukaan tanah. Hilang sudah sakit di punggung ini.

Tiba-tiba sahaja tolak aku dan lepas itu tuduh aku lakukan benda yang tak bermoral. Memang cari nahas betul! Sudahlah macam-macam masalah timbul. Serabut!

"Bukan ke kau nak perhatian Arrian? sebab itu kau guna cara kotor kan? Jijiklah aku dengan perempuan macam kau ini. Sampah!" selesai sahaja Balqees berkata, dia terus meludah ke arah Maya.

Maya memegang pipinya yang diludah tadi. Jelas ada air liur Balqees di pipinya. Pantas tangannya diangkat sebelum hujung lengan bajunya dipegang lalu mengesat air liur itu. Geli!

"Kau ingat air liur kau wangi?. Muka sahaja cantik tapi pengotor. Aku rasa kau yang sampah sebenarnya" kata Maya lalu menolak Balqees sehinggakan dia jatuh tersembam mencium tanah.

"Argh! Habis calar muka aku. Kau memang..."

Lantas Maya mencantas kata-kata Balqees

"Memang apa?Cantik dan pandai? Aku tahu semua itu. Kau tak payah bagitahu"

Maya berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Dibiarkan sahaja Balqees yang masih meraung kesakitan. Jelas sekali muka Balqees sudah calar-balar dan ada sedikit darah mengalir dari celah-celah rambut perangnya. Rasakan!

"Sekarang aku nak pergi rumah Hajar tapi aku nak naik apa? Rumah dia jauh pula. Macam mana ini?"

Sedang leka memikirkan bagaimana hendak ke rumah Hajar, dirinya disapa oleh seorang lelaki.

"Assalamualaikum, awak! Tengah fikir apa itu?"

Maya mengecilkan matanya untuk memandang lelaki itu. Cahaya matahari yang terik menyebabkan dia sukar melihat wajah lelaki itu.

"Waalaikumussalam. Saya nak pergi rumah kawan tapi tak ada pengangkutan untuk pergi ke sana. Kalau berjalan kaki, memang mengambil masa yang lama"

Sekarang Maya sudah dapat melihat wajah lelaki itu. Wajahnya yang bujur sirih dan keningnya yang tak berapa tebal terletak elok dimukanya. Maya dapat melihat bulu matanya yang melentik dan bibirnya yang merah merekah bak delima. Persis seperti orang Arab!

"Nak tumpang tak? Tapi saya naik basikal sahaja"

"Tak apa, saya boleh berjalan kaki sahaja. Lagipun kita bukan mahram. Tak elok kalau kita naik basikal berdua"

"Kalau macam itu, saya teman awak lah. Saya tuntun basikal ini. Boleh berbual-bual dengan awak. Nama saya Hazzar. Nama awak?"

Difikirkan balik bagus juga lelaki ini menemaninya. Risau juga kalau ada penyangak atau seangkatan dengannya.

Lelaki yang tinggi lampai itu memandang Maya.Kenapa muka dia buatkan hati aku berdetak laju. Jangan cakap ini cinta pandang pertama.

"Err... nama saya Maya"

"Sedap nama awak. Saya tengok macam awak ada masalah. Kalau tak keberatan, boleh kongsi dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong."

"Saya tak ada masalah. Awak, boleh tak kita bergerak pantas sikit. Nanti lambat sampai. Tak manis kalau orang melihat kita berjalan berdua-duaan seperti ini"

"Baiklah. Maaf,saya bukan mahu menyibuk. Hati saya kuat mengatakan bahawa awak ada masalah. Saya tak tahu masalah apa awak yang hadapi tapi saya harap awak dapat selesaikan masalah itu dengan baik."

"Terima kasih. Harap-harap begitulah. Sampai disini sahaja awak teman saya. Rumah sahabat saya di taman ini saja."

"Sama-sama. Awak jaga diri baik-baik. Kalau ada jodoh, pasti kita bertemu lagi."

"Saya cari rumah dia dulu ya. Assalamualaikum"

Padahal sudah tahu jalan ke rumah Hajar. Saja mahu cepat-cepat tinggalkan lelaki ini. Takut terjatuh cinta!

"Waalaikumussalam. Hati-hati!" kata Hazzar lalu mengayuh perlahan basikalnya. Maya memandang Hazzar yang berlalu pergi. Keluhan berat dilepaskan.

Kenapa hidup aku tak macam orang lain? Ada keluarga yang bahagia dan lengkap.

"Hajar ada ke tak? Sunyi saja rumah dia. Tak apa bagi salam dulu"

"Assalamualaikum, Hajaaaaar" panggil Maya meleret sambil mengetuk pintu

"Waalaikumussalam. Maya? Kau buat apa datang rumah aku?" soal Hajar

"Aku datang sini nak meminang adik kau. Boleh ke tak?" seloroh Maya.

Takkan minah ini tak tahu tujuan aku ke rumah dia. Selalunya aku ke rumah dia mestilah sebab masalah keluarga aku. Nak kata tua, Hajar ini tak tua lagi. Mungkin dia tertelan lima puluh biji Panadol sebab itu jadi pelupa.

"Kau ini suka main-main. Mari masuk" pelawa Hajar

Maya bermalam di rumah Hajar pada hari itu. Mahu pulang ke rumah tapi hatinya masih sakit dek kerana kata-kata yang dilontarkan oleh ahli keluarganya. Terpaksa Maya meminjam baju sekolah Hajar. Nasib baik muat kalau tidak mesti dia tak ke sekolah. Keluarga Hajar tidak pernah memerlinya atau berkata apa-apa sedangkan sudah banyak kali Maya menumpang di rumah mereka. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan sahabat seperti Hajar yang selalu memahaminya.

Masa berlalu dengan pantas. Hari sudah bertukar kepada hari yang lain. Baju sekolah yang dipakai olehnya dipandang sepi. Rindunya dekat Mama. Mama rindu Maya tak?

"Maya...jom! "

Maya hanya tersenyum tawar.

"Buang kesedihan kau itu jauh-jauh. Jangan bawa ke rumah aku. Nanti berjangkit!"

"Banyaklah kau berjangkit. Ya, aku janji aku dah tak sedih. Aku cuba untuk jadi kuat"

Bahu Maya ditepuk perlahan

"Itu yang aku mahu dengar. Maya yang aku kenal tak lemah. Dia kuat dan hebat"

"Hebat dan kuat macam Wonder Woman tak?"

"Lebih dari itu. Jom turun bawah. Nanti ayah aku membebel pula"

Sampai sudah di sekolah mereka. Maya dan Hajar berjalan beriringan ke kelas mereka yang terletak di tingkat dua bangunan sekolah tersebut.

Maya meletakkan begnya di atas kerusi sebelum kakinya melangkah keluar dari kelas itu. Hajar yang masih terpinga-pinga ditinggalkan begitu sahaja. Perutnya memulas seperti mahu membuang segala sisa tinjanya.

"Arghh! Leganya" kata Maya didalam tandas. Akhirnya dapat juga membuang hajat yang terbantut sejak semalam lagi.

Maya melihat dirinya dicermin tandas. Tudung putihnya dibetulkan dengan tekun. Benda yang paling penting bagi perempuan. Tidak mahu tudungnya senget sebelah.

Tiba-tiba sahaja pintu ditendang kuat dan selepas itu dikunci dari dalam.

DANG!

"Kau mari sini perempuan sial!"

"Kau nak apa, Aqees?"

Soalan Maya dibiarkan masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. Tangan kanan Balqees pantas mencengkam kuat tudung Maya manakala tangan sebelah kiri memegang kuat tangan Maya. Balqees mengheret Maya ke tandas yang paling hujung.

"Lepaslah bodoh! Sakit!"

"Kau tahu ke apa erti sakit? Kau cuba tengok muka aku! Habis calar-balar. Ini hasil perbuatan kau lah!"

"Muka aku sudah jadi hodoh tahu tak?! Kau dengar sini perempuan sial! Aku akan ajar kau macam mana nak calarkan muka 'cantik' kau ini!"

Balqees mengeluarkan pisau lipat dari kocek seluar sukannya. Pisau lipat itu bermain di sekitar wajah Maya selama beberapa saat sebelum muka Maya ditoreh dengan pisau itu. Darah jatuh menitik ke atas lantai.

"Sakit! Sakit! Lepaskan aku, manusia bertopengkan syaitan!" tengking Maya

Dalam sekelip mata tubuh Balqees sudah ditendang oleh seorang gadis. Gadis itu tidak melepaskan peluang untuk menyepak perut Balqees berulang kali. Darah terpercik keluar dari mulut Balqees. Gadis itu datang ke arah Maya.

"Luka dimuka awak dalam. Mungkin akan tinggalkan parut nanti. Mari saya tolong ubatkan" kata gadis itu. Wajahnya cantik bak bidadari. Tubuh badannya pula ala-ala model tetapi kuatnya gadis ini.

"Dia macam mana?" soal Maya sambil menunding jari ke arah Balqees yang sudah terkulai layu di tepi pintu tandas.

"Biarkan dia. Manusia macam dia memang patut kena macam itu. Kecil-kecil taknak mampus, bila sudah besar menyusahkan orang. Tak patut dia toreh muka awak!" kata gadis itu lalu menarik pergelangan tangan Maya keluar dari tandas itu.

Maya membontoti langkah gadis itu.

"Siapa dia? Kenapa dia nak tolong aku? Aku tak pernah nampak pun gadis ini" omel hati Maya

Maya masih ragu-ragu dengan gadis itu. Siapakah dia dan identitinya yang sebenar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience