BAB 19

Drama Series 18523

Qatrunnada yang terlantar di atas katil dihampiri oleh Maya. Raut wajah yang tiada cacat cela itu dipandang. Tidak patut dirinya menanyakan soalan yang mampu mengguris hati Qat dan menyebabkan Qat bertindak agresif.

Keluhan berat dilepaskan. Rasa bersalah mula menyelubungi diri Maya. Tangan Qat yang berbalut dilihat sekali imbas.

"Qat... saya minta maaf."

Berjuraian air matanya mengalir. Mulutnya dikemam sehabis baik agar tiada bunyi esakan terjadi. Maya memegang tangan kiri Qat lalu di bawa ke dalam genggaman tangannya.

"H...haus."

Maya yang sedang leka dengan perasaannya tersedar kembali apabila satu suara kedengaran di halwa telinganya. Sekali gus mematahkan semangatnya kerana suara itu kedengaran terlalu sadis. Pasti Qatrunnada terpaksa menanggung kesakitan yang dirinya sendiri tidak mahu. Namun semua yang terjadi ini sudah ditakdirkan-Nya.

"Awak dah sedar?"

"H...haus"

Tanpa berlengah masa, Maya menuju ke meja bersebelahan meja solek. Di atas meja itu terdapat satu jag yang berisi air kosong dan ada satu bekas khas yang didalamnya terdapat ubat-ubatan.

"Qat, jangan banyak bergerak. Tangan awak belum sembuh. Nah, air!"

Qatrunnada perlahan-lahan bangkit daripada tidur sebelum tangannya yang sebelah kiri diangkat untuk mengambil gelas kaca itu. Diteguk perlahan air kosong itu.

Qatrunnada mengalihkan pandangannya ke arah Maya yang sedang menundukkan kepalanya ke bawah. Terdapat sisa-sisa air matanya di pipi.

"Maya, awak menangis ke?"

"Mana ada saya menangis. Mata saya masuk habuk tadi semasa kemas bilik." Dalih Maya

Maya berbuat demikian kerana tidak mahu menunjukkan kesedihannya dihadapan Qat.

"Qat, saya nak minta maaf. Kalau saya tak tanya soalan macam itu mesti awak tak sakit. Saya rasa bersalah sangat."

"Isk...isk...isk"

"Awak janganlah menangis. Bukan salah awak tapi salah saya. Kalau saya tak bertindak mengikut emosi, saya tak akan cederakan diri saya. Ini bukan kali pertama saya buat perangai macam ini. Kalau awak nak tahu, sebelum ini banyak kali saya cederakan diri sendiri."

"Kenapa awak perlu cederakan diri sendiri?" Tanya Maya sambil mengesat air matanya

"Saya tak tahu. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya cuba tepis segala perasaan yang saya sendiri tak faham. Saya selalu berhalusinasi dan saya rasa benda itu dekat sangat dengan saya. Saya hilang pertimbangan."

"Hahahah!"

Selepas Qatrunnada menceritakan tentang dirinya, dia seakan dirasuk. Mulutnya tidak henti ketawa seperti orang yang tak berakal. Bebola matanya merenung tajam ke arah Maya. Bagai mahu tersembul keluar.

"A...awak dah kenapa?"

"Kenapa kau risau sangat pasal aku? Aku penting ke bagi kau? Aku ni sampah. Orang selalu buang aku. Kau nak ke kawan dengan sampah macam aku?"

Qatrunnada bangkit dari tilam empuknya itu lalu duduk bertentangan dengan Maya sebelum mendekati Maya yang membatu di atas kerusi berdekatan katilnya. Jarak dirinya dari kedudukan asal Maya terlalu dekat.

"Awak nak buat apa ni?"

Maya sudah panik. Perwatakan Qatrunnada pelik. Seolah-olah itu bukan dirinya. Baru sahaja kaki nya ingin membuka langkah seribu, lengannya dicengkam kuat.

"Sakit!" Jerit Maya

Maya menyeringai kesakitan. Seboleh-bolehnya dia mahu merentap tangannya daripada cengkaman Qat tapi hampa cengkamannya terlalu kuat. Kuasa apa yang ada di dalam tubuh Qatrunnada?

"Kenapa kau takut? Aku tak makan orang lah. Aku cuma nak tanya. Aku penting ke dalam hidup kau?"

"P... penting. Awak yang bantu saya lari daripada rumah puaka tu. Awak yang kutip saya. Saya terhutang budi dengan awak. Saya takut, tolonglah jangan buat saya macam ini."

Qatrunnada mengambil gelas kaca lalu membaling gelas itu ke atas lantai.

Prang!

"Qat apa yang awak buat ni?" Tengking Maya

"Kenapa? Salah ke? Rumah aku, harta aku lantaklah apa yang aku nak buat."

"Kenapa dengan awak, Qat. Apa masalah awak sebenarnya ni? Apa motif awak? Kenapa awak berubah dalam sekelip mata?"

"Saya sakit, Maya. Sakit yang saya tanggung tak dapat diubati."

Maya cuba mendekati Qat. Perasaan takutnya tidak hilang walaupun sedikit. Dirinya berasa terancam dengan Qatrunnada.

"A...awak sakit apa sebenarnya? Kenapa awak bersikap seperti ini? Macam orang lain."

"Nothing. Awak pergi bersiap cepat. Kata nak pergi rumah mama awak."

"Baru saya teringat. Baiklah, saya pergi bersiap dulu."

Gadis naif itu meninggalkan Qatrunnada keseorangan.

"Aku minta maaf, Maya. Aku keliru. Aku berharap segala niat yang aku sendiri tak faham ini cepat terhapus. Aku tak mahu sakiti siapa-siapa tetapi dia selalu menyuruh aku. Apakan daya?"

Qatrunnada merenung jauh ke luar jendela. Keluhan berat dilepaskan.

Maya memberhentikannya langkahnya di dapur. Dia melihat semua bibik sedang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan untuk makan tengahari.

"Bibik... saya nak tanya satu soalan." Bisik Maya kepada salah seorang bibik di situ.

"Ya, kenapa Cik Maya?"

"Cik Qat sakit apa sebenarnya?"

Semua bibik berhenti daripada melakukan kerja. Mereka semua memandang antara satu sama lain sebelum menyambung kerja mereka semula.

"Dalam bahasa Inggeris penyakit ini dipanggil Dissociative Identity Disorder. Penyakit ini merupakan sebahagian daripada masalah mental. Pesakit ini akan mempunyai dua atau lebih personaliti yang berbeza dari segi identiti, sikap, imej, nama dan juga ingatan. Mereka seolah-olah menjadi seperti orang lain, dan tidak sedar apa yang dilakukan." Terang bibik itu

"Wah, macam doktor lah bibik ni! Macam mana semua itu boleh terjadi?"

"Semuanya berkaitan dengan kisah silamnya. Cik jangan ganggu kami. Kalau Cik Qat tahu cik tanya soalan seperti ini kepada kami, mesti kami diberhentikan kerja."

"Cik Qatrunnada sebenarnya banyak penyakit. Semuanya berkaitan dengan mental. Susahlah bibik nak terang. Cik jangan main-main dengan Cik Qat. Kita tengok luaran dia macam baik sahaja tapi didalam hatinya, siapa yang tahu?" Sampuk bibik seorang lagi

"Tak apalah, Bik. Saya naik ke bilik dulu."

Qatrunnada dan Maya pergi bersama-sama ke rumah ibu bapa Maya. Qat memakai tudung atas permintaan Maya. Hari ini mereka menaiki kereta mewah Toyota Vellfire yang dipandu oleh pemandu yang kacak rupanya. Hampir kesemua pengawal peribadi ataupun dipanggil bodyguard Qatrunnada kacak belaka.

Perjalanan ke rumah Maya mengambil masa selama satu jam. Kereta mewah itu berhenti di hadapan rumah Maya.

"Saya takutlah."

"Awak nak takut apa? Kita dah sampai, jomlah masuk. Takkan awak nak duduk dalam kereta. Nanti apa pula mama dan ayah awak kata." Pujuk Qat

"Baiklah." Akur Maya

"Assalamualaikum"

Pintu dibuka.

"Waalaikumussalam, Maya! Mari masuk. Ameena sudah balik." Pelawa Riana dengan ramah.

Maya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Riana. Qatrunnada pun turut melakukan benda yang sama.

"Ayah mana, ma?" Tanya Maya

Matanya meliar mencari kelibat ayah tirinya itu. Tidak nampak batang hidung langsung. Kerja kah?

"Ayah ada dalam bilik. Baru balik outstation. Penat agaknya. Kalau Maya nak tengok Meena, dia ada dalam bilik."

"Makcik minta maaf ya Qat tentang apa yang berlaku beberapa hari lepas. Makcik keterlaluan dan tak patut berkata kesat. Makcik minta maaf, nak."

"Tak apalah, makcik. Saya maafkan. Saya tahu mesti makcik penat sebab itu terlebih emosi. Saya faham." Ujar Qat sambil tersenyum manis

"Maya naik atas dulu nak tengok Meena."

"Saya ikut." Kata Qat

Maya mengangguk tanda memberi keizinan kepada Qat untuk menemaninya berjumpa dengan Ameena.

Maya mengetuk pintu perlahan tapi tiada tindak balas daripada penghuni bilik. Tidur gamaknya.

"Jomlah masuk. Lama sangat saya tak jumpa adik kesayangan saya tu. Kalau dia tidur pun saya nak gerak juga supaya dia bangun."

Qatrunnada menggelengkan kepalanya. Apa jenis kakak si Maya ini?

Masuk saja ke dalam bilik itu, tepat sekali tekaan Maya yang Ameena sedang lena dibuai mimpi.

"Assalamualaikum, Ameena. Lama sudah kita tak bersua muka." Kata Maya lalu menghadiahkan ciuman hangat di dahi Ameena

Ameena tersedar dari tidurnya.

"P... pembunuh! Kau buat apa dekat sini? Mama! Ayah! Tolong Meena!" Jerit Ameena

"Kenapa Meena? Akak bukan pembunuh sayang. Maafkan akak. Akak tak sengaja." Rayu Maya.

Tangannya cuba memegang tangan Meena tetapi Meena terlebih dahulu menolak dan memukul tubuh Maya sekuat tenaga.

"Kau pembunuh. Berambus!" Tengking Ameena

Qatrunnada melindungi diri Maya daripada dipukul. Dia memandang wajah gadis dihadapannya itu. Cantik, tapi sayang akhlak tak ada.

"Cik adik, awak tu adik Maya. Tolong hormat orang yang lebih tua. Kalau awak rasa kakak awak ni pembunuh, tak adanya dia nak tunjuk diri depan awak. Daripada dia muncul dekat sini baik dia pergi sembunyikan diri. Semua perkara yang muncul dibenak fikiran awak, semua itu hanyalah hasutan syaitan yang ingin menyesatkan awak."

"Kau siapa nak masuk campur dalam urusan keluarga aku? Nenek? Makcik aku? Tak ada kan? Berambus lah. Terjegat apa lagi dekat bilik aku."

Pang!

"Meena jangan kurang ajar dengan kawan akak. Selama ni akak banyak bersabar dengan karenah Meena. Akak banyak berkorban demi Meena tapi sikit pun Meena tak nampak pengorbanan akak apatah lagi menghargainya. Akak penatlah!"

"Sampai hati kan akak tampar Meena. Meena pun muak lah tengok muka akak. Kelahiran akak sepatutnya tak perlu wujud. Akak selalu menyusahkan mama dan ayah. Akak tak sedar ke semua itu. Otak ada kan, fikirlah. Jangan jadi bodoh sangat!"

Qatrunnada menahan marah yang sedang menggelegak.

Tarik nafas, hembus. Relaks, Qat. Kau tonton dulu drama ni. Kalau budak ni melampaui batas baru kau bertindak. Bisik hati Qat

"Meena tolonglah jangan benci akak. Akak sanggup buat apa saja janji Meena maafkan akak. Lupa pula! akak ada bawakan hadiah dan coklat kegemaran Meena. Meena nak?"

"Nak!"

Maya menghulurkan bungkusan coklat itu kepada Ameena.

"Betul lah coklat kegemaran Meena. Kejap Meena buka dan rasa."

Bungkusan coklat itu dikoyakkan sedikit dibahagian atas lalu Ameena melemparkan kesemua coklat tadi di atas lantai.

"Kenapa Meena lempar?"

"Tadi akak cakap akak sanggup buat apa saja kan? Akak nak tak Meena maafkan akak?"

Maya mengangguk.

"Kalau macam itu akak kutip balik semua coklat ini."

Kaki Ameena menendang perlahan coklat itu sehinggakan coklat itu terpelanting ke arah dinding, bawah meja solek dan bawah katil.

"Terjegat apa lagi? Kutiplah. Kata sanggup lakukan apa saja."

"Maya jangan kutip!" Kata Qat tegas

"Tapi ini sahaja cara untuk Ameena memaafkan aku."

"Biar sahajalah Kak Maya nak kutip. Kau sibuk dah kenapa?"

"Kau tanya aku kenapa? Aku rasa kau tak patut buat kakak kau macam ini. Berdosa, Meena. "

"Tak payah ceramah dekat sini. Tunjuk alim lah konon. Perangai macam syaitan. Kau ingat aku tak kenal kau siapa. Anak jutawan tetapi mak bapak kaki clubbing, berzina sana sini. Anak pun mesti ikut perangai mak bapak. Betulkan Cik Qatrunnada?" Soal Meena sinis

Gaya Ameena bercakap seperti sudah matang dan banyak tahu menahu tentang semua ini. Kenapa budak ini boleh tersasar sejauh ini? Dari manakah dia belajar?

"Macam mana kau tau nama aku? Itu semua fitnah. Semua media sosial sebarkan sebab mereka dibayar untuk jatuhkan reputasi syarikat mak bapak aku dan nama baik keluarga aku. Sebelum sisi hitam aku keluar, baik kau tutup mulut rapat-rapat. Diam!"

"Tak nak mengaku sebab semua itu betul kan?"

"Kau belum kenal lagi siapa aku!" Tengking Qat sekuat mungkin.

Tangannya mengeluarkan sesuatu daripada bag tangannya. Qat memegang objek itu lalu dia melangkah merapati tubuh Ameena.

"Qat, jangan!"

Don't forget to follow my IG: aleyafarz.np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience