"Tapi jawapan saya tetap sama dari minggu lepas..." ujar Aisya Rose menahan senyum.
Berubah wajah Tengku Amir saat itu.
"maksud Rose??"
"Saya terima Tengku sebagai suami saya. Saya harap Tengku boleh cintai saya dan terima saya seadanya." ujar Aisya Rose mengharap.
Melebar senyuman Tengku Amir mendengar kata-kata gadis itu.
"Saya janji Rose, saya akan sentiasa cintai Rose hingga akhir hayat saya. Terima kasih terima saya" ujar Tengku Amir lalu menghulurkan cincin untuk disarungkan ke jari manis gadis itu.
Aisya tersenyum manis melihat kegembiraan Tengku Amir, dia akan cuba mencintai lelaki itu sepenuh hatinya. Mungkin ini jodoh yang telah di aturkan oleh Allah untuknya.
"Bonda cakap nanti saya kena tinggal dekat sini sampai hari pernikahan kita" ujar Aisya Rose sambil melirik ke wajah kacak di sebelahnya.
"maksudnya Rose tak ikut saya balik rumah?" soal Tengku Amir kecewa.
Aisya Rose menggeleng kepalanya.
"Bonda cakap tak boleh, tak manis kita duduk serumah tanpa ikatan. Nanti Bonda nak cari pembantu rumah sementara untuk ganti saya" ujarnya.
"tak perlulah, lagipun nanti saya akan balik sini jarang-jarang. Mana boleh tak tengok muka Rose, nanti saya rindu.." ujar Tengku Amir romantik.
Tersipu malu Aisya Rose mendengar kata-kata lelaki itu.
"Esok saya bincang dengan bonda, kalau boleh saya nak majlis kita di cepatkan. Rose rasa macam mana? " soal Tengku Amir.
"saya ikut je.." ujar Aisya Rose tersenyum.
"Aisya, kejap lagi kita pergi fitting baju kahwin ye? Bonda dah call Am untuk pergi butik nanti" ujar Puan Sri Amina sambil melihat pokok bunga kesayangannya itu.
Aisya Rose tersenyum lalu mengangguk. Dia bersyukur ditemukan dengan keluarga yang baik dan keluarga itu juga bakal menjadi keluarganya juga nanti.
Aisya mengenakan kemeja putih di pandankan dengan skirt labuh berwarna khaki, tudung bawal bercorak abtraks dikenakan ditudung. Sejak dia tinggal bersama Puan Sri Amina, wanita itu banyak mengajar dia berfesyen dan mekap juga di ajar olehnya.
Puan Sri Amina memaut lengannya masuk ke butik pengantin yang mewah itu.
"selamat datang Puan Sri, sila ikut saya, Shelly dah menunggu puan sri dekat dalam" ujar staff di situ.
Mereka mengikut langkah staff tersebut masuk ke dalam bilik yang menempatkan bilik fitting baju.
"Hai Puan Sri, thank you for choosing us. Jadi ini ke bakal menantu Puan Sri? Cantik orangnya. " soal Shelly ramah.
Puan sri Amina mengangguk sambil tersenyum.
"Kenalkan ni Aisya, so Shelly i nak you pilih baju yang paling cantik untuk menantu i" ujar Puan Sri Amina.
"dont worry Puan Sri, ni ada beberapa baju yang I dah pilih, cik Aisya boleh cuba dulu. Mana tahu ada yang berkenan." ujar Shelly tersenyum.
"Aisya pergi try baju-baju tu Bonda nak tengok" arah Puan Sri Amina.
Aisya mengambil baju-baju tersebut lalu masuk ke fitting room tersebut. Dia mencuba baju untuk akad nikah berwarna putih itu. Baju kurung moden yang mempunyai perincian manik mutiara. Tak terlalu sarat namun sangat cantik dan elegan. Terpaku dia di depan cermin melihat dirinya berpakaian serba putih itu. Dia ingin menunjukkan kepada Puan Sri Amina. Tudung bawal dililit ke belakang. Lalu dia keluar dari fitting room itu. Saat keluar dia terkedu melihat figura di depannya itu. Tengku Amir berdiri di depan cermin di ruangan itu dengan lengkap berbaju melayu sedondon dengannya. Mata Tengku Amir juga seakan terpaku melihat Aisya Rose saat itu.
"cantiknya Aisya!" puji Puan Sri Amina.
"meh sini berdiri di sebelah Am." Puan Sri Amina menarik tangan Aisya Rose lalu mendekati Tengku Amir yang masih tak lepas memandang Aisya Rose itu.
"perfect!!" ujar Puan Sri puas hati.
"sesuai sangat baju ni dengan kamu berdua. So bonda rasa kita pilih yang ni jela ya?" soal Puan Sri Amina.
"Am ikut bonda je" balas Tengku Amir.
"okay kalau macam tu bonda nak beritahu Shelly kejap. Lepas ni kita pilih baju resepsi pulak ya" ujar Puan Sri Amina lalu meninggalkan ruangan itu.
Kini tinggal Tengku Amir dan Aisya Rose berdua. Aisya Rose mula merasa tidak selesa melihat pandangan Tengku Amir itu. Dia hanya menundukkan kepalanya.
"you look so beautiful like an angel, my princess" ujar Tengku Amir romantik.
Aisya Rose tersipu malu mendengar pujian itu.
" i wish that we are going to married now. Tak sabar saya. I want you to be mine Rose" bisik Tengku Amir di telinga Aisya Rose. Sangat dekat.
Aisya mengundur sedikit lalu dia tersenyum.
"saya pergi tukar baju sekejap ya" ujar Aisya Rose lalu masuk ke fitting room dengan wajah memerah.
Lebar senyuman Tengku Amir melihat wajah gadis itu menahan malu. Arghh tak sabarnya nak kahwin!
Hari minggu itu mereka berdua menghadiri kursus kahwin. Dan apabila selesai, Tengku Amir membawa Aisya Rose makan di restoran kegemarannya.
Sambil menunggu makanan sampai, Tengku Amir ralit merenung Aisya Rose di depannya. Gadis itu cantik mengenakan baju kurung kapas berwarna biru lembut. Selendang juga dililit kemas dikepala. Dia tertarik dengan solekan nipis gadis itu yang menambah seri diwajahnya. Makin cantik gadis yang dia cintai itu. Dia juga geram apabila dia perasan beberapa mata pelanggan lelaki di restoran itu mencuri pandang ke arah Aisya Rose.
"erm... Awak.." panggil Aisya Rose.
"ya sayang?" jawab Tengku Amir tersenyum.
"pasal wali saya...."
"don't worry about that, saya akan cari pak cik awak tu. Cukup lah dia jadi wali awak then saya takkan bagi dia kacau awak lagi lepas tu" ujar Tengku Amir.
"kalau guna wali hakim tak boleh ke? Sebab pakcik saya tu hanya adik tiri arwah ayah. Lain mak dan lain bapa, pak cik tak ada pertalian darah langsung dengan arwah ayah" ujar Aisya Rose.
"kalau begitu lagi senang, kita just guna wali hakim saja."
"lagipun saya takut nak jumpa pak cik. Saya takut dia apa-apakan saya dan awak nanti" ujar Aisya Rose lemah.
"hey sayang, don't worry okay. No one will hurt us. Saya akan lindungi my Rose will all my heart. Lupakan pak xik awak yang tak guna tu, dan ingat yang lagi dua minggu kita nak kahwin" ujar Tengku Amir membuatkan bibir Aisya Rose tersenyum.
.
.
.
.
.
.
.
"Tengku Amir bin Tengku Amran?"
"ya saya"
"aku nikahkan dikau dengan Aisya Rose binti Aziz dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai"
"aku terima nikahnya Aisya Rose binti Aziz dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai"
"Sah"
"sah!"
"Alhamdulillah....." tok kadi membacakan doa syukur atas selesainya akad sebentar tadi.
Aisya Rose mengaminkan doa dalam sebak. Di usia 20 tahun dia sudah bergelar isteri kepada Tengku Amir. Puan Sri Amina mengelap air matanyna saat itu.
Tengku Amir yang segak berbaju melayu putih itu menghampiri Aisya Rose yang duduk dipelamin.
"assalamualaikum isteri abang..." ujar Tengku Amir.
Aisya Rose tersenyum manis lalu menjawab salam itu perlahan.
Tengku Amir menyarung cincin bertatahkan berlian ke jari manis Aisya Rose. Gadis itu juga menyarungkan cincin ke jari manis suaminya. Dia menyalam dan mencium tangan Tengku Amir dan selepas itu Tengku Amir mencium dahi isterinya lama. Kerdipan kamera menghiasi mereka berdua.
"Thank you sayang kerana sudi jadi isteri abang." bisik Tengku Amir tersenyum.
"Terima kasih juga sebab sudi terima Rose jadi isteri abang" balas Aisya Rose tersenyum.
Tengku Amir mengenggam erat tangan kecil Aisya Rose. Senyuman tak lepas dari bibirnya saat itu.
"tahniah bro!“ sapa seorang lelaki bersama isterinya.
Tengku Amir menoleh lalu dia tersenyum senang. Tengku Qalif bersama isteri dan anak- anaknya.
" Sayang kenalkan, ini sepupu abang, Tengku Qaliff dan ini isterinya Dahlia" ujar Tengku Amir.
"abang lupa ke kami dah kenal la, masa abang pergi jerman, abang Qaliff dan kak Dahlia ada datang rumah bonda" ujar Aisya Rose tersenyum.
"oh yela.. Sorry abang lupa." Tengku Amir mengosok belakang lehernya sambil tersengih.
" Akhirnya kahwin jugak Tengku Amir,hero malaya kita ni" seloroh Tengku Qalif. Semua ketawa.
" Haha.. Alhamdulillah jodoh dah sampai bro" balas Tengku Amir.
Aisya Rose hanya tersenyum. Mereka berborak dan selepas itu Tengku Amir membawa Aisya Rose berkenalan bersama saudara mara lelaki itu.
Selesai majlis, dia meninggalkan Tengku Amir di bawah yang sedang berbual dengan rakannya. Dia menapak masuk ke bilik Tengku Amir. Sebelum akad nikah berlangsung, bibik sudah membawa pakaiannya ke dalam bilik suaminya itu. Selepas ini dia tidak lagi menghuni bilik yang dia diami sebelum ini. dia ingin membersihkan dirinya. Rimas dengan make up dan badannya perlukan sentuhan air sejuk untuk menyegarkan kembali badannya.
Saat dia terkial- kial membuka zip baju di belakang, pintu bilik dibuka daripada luar. Tengku Amir terkedu melihat belakang badan Aisya Rose yang terdedah itu. Aisya Rose terus memusing badannya menghalang daripada suaminya terus melihat badannya yang terdedah itu.
" terkejut Rose! Abang kenapa tak ketuk dulu? ." soal Aisya Rose.
Tengku Amir menghampiri Aisya Rose dan gadis itu mengundur kebelakang. Saat badannya rapat ke dinding, tahu la dia sudah terperangkap. Tengku Amir mendekatinya sehingga jaraknya hanya beberapa inci.
" takkan nak masuk bilik sendiri kena ketuk sayang oi. Nak abang tolong ke?" soal Tengku Amir lalu tangannya menjalar kebelakang badan isterinya lalu membuka zip.
Aisya Rose memejam matanya. Tak mampu untuk bertentang mata dengan Tengku Amir.
Tengku Amir membenam bibirnya ke bibir Aisya Rose lama. Aisya Rose yang terkejut dengan tindakan Tengku Amir cuba menolak namun semakin kejap pelukkan suaminya itu. Tengku Amir seakan tenggelam di dalam gelora lelakinya. Tengku Amir melepaskan tautan itu.
"you are so beautiful sayang. I love you so much." ucap Tengku Amir lembut.
Aisya Rose merenung ke dalam mata suaminya itu.
" i love you too abang. Tapi Rose nak mandi ni" ujar Aisya Rose manja.
Tengku Amir ketawa kecil. Geram dia mendengar suara isterinya yang manja itu lalu dia menjauhkan badannya.
"Rose mandi dulu, kejap lagi kita solat sunat nikah sama-sama" ujar Tengku Amir lalu menanggalkan sampin di pinggangnya.
Aisya Rose mencapai tuala dan baju bersih lalu masuk ke bilik air.
Aisya Rose mencium tangan suaminya itu saat mereka selesai solat. Tengku Amir sangat kacak berbaju melayu maroon dengan berkain pelikat. Saat Aisya Rose mengangkat kepalanya, tiba-tiba tubuhnya dirangkul ke dalam pelukan suaminya.
"abang nak sayang tahu yang abang akan sentiasa cintakan sayang. I'm proud to be your husband. Abang betul-betul jatuh cinta dengan Rose saat pertama kali abang tengok Rose di tengah jalan tu. Sebab itu abang bawa Rose balik ke rumah abang. Abang tak nak menyesal kalau abang kehilangan Rose" ujar Tengku Amir.
Terharu Aisya Rose mendengar kata-kata suaminya. Dia membalas pelukan suaminya itu.
"Rose pun bertuah kerana ditakdirkan bertemu dengan abang. Rose akan setia dengan abang dan Rose nak abang percayakan Rose sepenuh hati"
" i will sayang" balas Tengku Amir lalu mencium kepala isterinya yang berbalut telekung.
****WARNING MATURE CONTENT****
Aisya Rose melihat dirinya di cermin bilik air. Rambutnya yang panjang berombak cantik itu di sikat bagi kemas. Dia melihat lingerie tali halus dan labuhnya hanya setakat paha berwarna pink tersarung di tubuhnya. Dia malu untuk menayangkan di depan suaminya. Baju itu dibeli oleh Puan Sri Amina untuknya. Katanya malam pertama haruslah menjadi malam yang paling indah buat suami isteri. Dan hasilnya dia memakai pakaian itu. Walaupun tak terlalu jarang tapi nampak tersangat seksi dengan kontra warna pink dengan kulitnya yang putih gebu itu.
Tok! Tok!
"sayang??"
Tersentak Aisya Rose mendengar ketukan itu. Dia menelan air liurnya saat mendengar suara suaminya. Perlahan- lahan dia membuka sikit pintu bilik air. Hanya kepalanya saja yang kelihatan.
"sayang buat apa dalam bilik air lama sangat? Dah lewat ni jom tidur" ajak Tengku Amir.
Aisya menelan air liur melihat suaminya hanya mengenakan seluar tidur panjang dan tak berbaju. Terserlah lekuk-lekuk sasa suaminya itu. Sedang dia ralit melihat badan suaminya, Tanpa sedar Tengku Amir sudah menarik tangannya membuatkan dia terkeluar dari bilik air.
Terpanar Tengku Amir melihat penampilan isterinya itu. Sangat seksi dan menggoda. Dilihat Aisya Rose cuba menutup bahagian dada yang agak terdedah itu namun Tengku Amir pantas mencapai tangan isterinya. Dia mendekati isterinya lalu merangkul pinggang ramping itu.
"you look so sexy sayang." nafas Tengku Amir mula berubah rentak.
Dia mencuit dagu isterinya agar memandang lalu bibir merah itu dipagutnya. Tanpa sedar Aisya Rose melilit tangannya ke leher suaminya. Dia merelakan perbuatan Tengku Amir yang mula mencium lehernya.
"i'm so in love with you Aisya Rose. Please be mine.." bisik Tengku Amir di telinganya lalu menciumnya.
Tangannya mula menjalar di badan lalu menjatuhkan tali baju tidur Aisya Rose ke bawah. Dia merangkul tubuh isterinya lalu di baringkan di katil.
"please be mine sayang...i love you so much" ujar Tengku Amir dengan merenung ke dalam mata Aisya Rose. Nafasnya dilihat sudah tidak teratur menahan gelodak jiwa.
Aisya Rose mengangguk sambil tersenyum dan saat itu Aisya Rose mendengar Tengku Amir membacakan doa dan malam pertama itu dia menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada lelaki bergelar suaminya.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aisya Rose turun ke bawah menuju ke dapur, saat itu dia melihat Puan Sri Amina sedang menyiapkan sarapan pagi.
"morning bonda" tegur Aisya Rose.
"morning sayang. Awal bangun? Am tak cari Aisya ke nanti tu? " usik ibu mentuanya. Tersenyum simpul saat dia terpandangkan leher menantunya itu.
"abang Am sambung tidur bonda. Ada apa-apa yang nak Aisya tolong ke?" soal Aisya Rose.
Sebenarnya dia tidak betah duduk di dalam bilik bersama suaminya. Tengoklah apa yang jadi selepas solat subuh tadi, tak pasal-pasal kena 'terkam' dek suaminya. Itu yang dia cepat-cepat turun ke bawah selepas mandi tadi.
" Aisya buatkan kopi la. Bonda nak naik mandi sekejap. Kejap lagi kita sarapan sama-sama" ujar Puan sri Amina.
Aisya Rose mula membancuh kopi dan setelah selesai dia mula mengemas dapur yang agak berselerak itu. Dia kenal benar dengan ibu mentuanya yang setiap pagi, bibik hanya ditugaskan untuk menyiapkan mengemas ruang lain dan Puan Sri Amina sendiri akan menyediakan sarapan untuk keluarga.
Tiba-tiba ada tangan melingkar pinggangnya erat. Dari bau wangian dia sudah tahu siapa gerangannya.
"sayang... Kenapa tinggal abang dekat bilik?" soal Tengku Amir sambil membenamkan wajahnya ke leher Aisya Rose. Suka dia mencium bauan wangian bunga mawar dari tubuh isterinya.
"Rose tengok abang tidur, Rose turun la dulu tolong bonda" balas Aisya Rose Sambil membelai rambut separa basah suaminya itu.
"i miss you.." bisik Tengku Amir menggoda lalu mencium telinga isterinya.
"Amboi, tahu la baru kahwin. Sampai kat dapur pun nak beromatika pula" tegur Puan Sri Amina sambil masuk ke ruang dapur itu.
Tengku Amir tersengih namun tak lagi melepaskan pelukan. Aisya Rose pula sudah serba salah melihat sengihan ibu mentuanya yang mula meninggalkan ruang dapur itu.
"sayang..." panggil Tengku Amir.
Aisya Rose berpaling ke arah suaminya. Keningnya diangkat bermaksud kenapa. Pelik dia melihat senyuman nakal suaminya itu.
"cantik tatoo kat leher sayang" ujar Tengku Amir lalu meninggalkan Aisya Rose terpingga-pingga.
Laju Aisya Rose menilik lehernya di cermin yang ada di dapur dan saat itu luas matanya melihat beberapa kesan merah di leher itu.
"Abang!!!" jerit Aisya Rose di dalam hati. Laju dia merungkai ikatan rambutnya lalu menutup lehernya dengan rambut.
Dari jauh dia mendengar suara Tengku Amir mengekek ketawa.
Kompang dipalu... Nakal jugak Tengku Amir ni ek.. Haha, sorry kalau ada y tak selesa dgn mature content...btw esok mungkin xde update sebab esk CE ada appointment utk first dose vaccine.... But maybe CE akan updte siap2 next chap mlm nanti kalau sempat siapkan ok.... Thanks for readind guys
Share this novel