BAB 18

Romance Completed 46461

"Maafkan kami.. Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan Datin Aisya" ujar doktor yang baru keluar dari bilik ICU itu.

Tengku Amir terduduk saat mendengar kata-kata doktor itu. Puan Sri Amina tak mampu menahan sedihnya lalu dipeluk erat oleh Hana yang juga berada di situ.

"Sayang tinggalkan abang..." ujar Tengku Amir lirih. Air matanya tidak mampu ditahan lagi.

"Am, bawa bersabar. Allah lebih sayangkan arwah. Am kena kuat demi Arman" ujar Tan Sri Tengku Amran.

"Rose dah takde ayah. Isteri Am dah takde.." Tengku Amir meraung disitu.

Tan Sri Tengku Amran memeluk erat anaknya, cuba untuk menenangkan Tengku Amir.

Dia menarik kain putih yang menutupi sekujur badan itu. Wajah pucat isterinya di renung penuh kasih. Air mata terus gugur tanpa mampu menahannya.

"Sayang...." panggilnya perlahan.

"kenapa sayang tinggalkan abang? Macam mana abang nak beritahu Arman yang sayang dah takde. Abang tak mampu untuk hadapi semua ini. Kenapa saat abang mengharapkan sayang bangun dan cakapkan cinta sayang sekali lagi dekat abang. Abang tak boleh kehilangan sayang. Abang dah janji nak jaga Rose dan Arman sampai bila-bila.... " teresak- esak Tengku Amir saat itu.

Dia tidak mampu menahan rasa sedih itu. Separuh dari jiwanya sudah pergi. Tiba-tiba bahunya di pegang dari belakang. Ayahnya seakan memberi kekuatan untuknya.

" Am, mari kita uruskan arwah. Tak elok melambatkan urusan arwah" ujar Tan Sri Tengku Amran.

Segala proses pemandian serta mengafankan jenazah diuruskan pihak hospital.

Ahli keluarga diberi penghormatan terakhir untuk menatap wajah arwah. Puan Sri Amina, Hana mengambil peluang untuk mengucup wajah Aisya Rose. Terakhir sekali Tengku Amir mengucup dahi isterinya. Tengku Arman memeluk ibunya dan saat ingin menariknya, dia merengek tidak mahu melepaskan ibunya itu.

jenazah dibawa ke masjid berhampiran lalu disolat jenazah. Tengku Amir sendiri menjadi imam untuk solat tersebut. Tiada siapa menyangka, ilmu yang dia terdetik untuk dipelajari saat diajak ayahnya itu akhirnya dia praktikkan untuk arwah isterinya. Bacaan juga diselangi dengan sebak saat Tengku Amir tidak dapat menahan sedihnya.

.
. .
. .
. .
. .

"Bismillah hir rah man nir rahim.. KULLU NAFSIN ZAA IKATULMAUTT..
Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Allahuakbar...

Maha Suci Tuhan yang bersifat Baqa’ dan Qidam, Allah yang berkuasa mematikan setiap yang bernyawa, Maha Suci Allah Tuhan yang telah menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa di kalangan hambanya yang terbaik sewaktu hayatnya.

Maha Suci Allah Tuhan yang menjadikan lubang kubur kubur ini, sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar, dan sebesar-besar peringatan kepada kita yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan binasa, melainkan zatNYA yang kekal abadi.Kita semua juga akan kembali mengadap Allah, sebagaimana telah kembalinya saudari kita saat ini.

Wahai Aisya Rose binti Mawar,
Wahai Aisya Rose binti Mawar,
Wahai Aisya Rose binti Mawar,

Ingatlah janji-janji Allah terhadap kamu, sebelum kamu lahir ke dunia ini, hinggalah waktu kamu meninggalkan dunia ini. Saat ini kamu telah masuk ke negeri Akhirat.

Ingatlah janji-janji Kamu.... Kamu mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan kamu mengaku bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Aisya Rose binti Mawar , apabila kamu di datangi oleh 2 orang malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, janganlah kamu bimbang dan takut.

Ketahuilah wahai Aisya Rose binti Mawar , bahawasanya Malaikat Mungkar dan Nakir adalah hamba Allah, sebagaimana kamu juga.

Mereka ditugaskan untuk memeriksa kamu dan bertanya kepada kamu atas perintah Allah...

Wahai Aisya Rose binti Mawar, Apabila mereka bertanya kepada kamu :

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Wahai Aisya Rose binti Mawar, Jawablah soalan-soalan itu dengan tenang, cermat, jelas dan betul, Janganlah kamu berasa gementar sewaktu menjawabnya..

Jawablah wahai Aisya Rose binti Mawar,

Allah Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

Al-Quran ikutanku,

Baitullah qiblatku,

Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji adalah kefardhuanku.

Semua orang Islam adalah saudara ku, malah aku bersaksi sewaktu hidup dan matiku dengan kalimah: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”."

Tengku Amir termenung sambil meriba anaknya di tepi pusara isterinya. Bacaan Talkin oleh imam di dengari dengan penuh hiba. Kesedihan mencengkam hatinya saat itu. Sesekali kepala anaknya yang seakan turut sama menangis itu di usap.

Selesai semuanya, Tengku Amir masih berteleku di tepi kubur.

"Daddy, why mommy sleep in the ground? How mommy want to breath? " soal Tengku Arman sambil menangis.

Tengku Amir memeluk tubuh anaknya itu.

"mommy are going to heaven now, sayang. We must always pray for mommy okay?" pujuk Tengku Amir.

" but i want mommy!!" bentak Tengku Arman sambil menangis.

Semakin erat Tengku Amir memeluk anaknya. Dia memujuk anaknya itu sehingga Tengku Arman tertidur keletihan.

"Am, mari balik. Kita doakan Aisya semoga ditempatkan dengan orang yang beriman. Lepaskan arwah pergi, Allah lebih sayangkan arwah. " ujar sepupunya, Tengku Qabil.

Tengku Arman yang di atas riba diambil Tengku Qabil, Tengku Amir bangun lalu mengikut langkah untuk berlalu. Namun beberapa langkah dia menoleh ke belakang.

" abang akan sentiasa cintakan sayang. Nama Aisya Rose akan terpahat kukuh sebagai wanita yang abang cinta di dalam hati abang. Abang janji akan jaga anak kita. Abang balik dulu, nanti abang datang lagi ya" bisik Tengku Amir perlahan.

Dia kembali meneruskan langkah, namun saat di pintu pagar tanah perkuburan dia rebah dan terus tak sedarkan diri.

What! Rose meninggal??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience