BAB 4

Romance Completed 46461

"Saya nak berhenti kerja dan saya mohon Tengku lepaskan saya."

" kenapa Rose? Awak tak suka tinggal di sini? Saya bayar gaji kan. Awak duduk sini dan jaga keperluan saya. I will take care of you!" suara Tengku Amir sedikit merayu namun ayat terakhir di ucapkan agak tinggi.

Aisya Rose memandang tepat mata Tengku Amir. Hatinya sayu. Tidak tahukah lelaki itu tak elok mereka tinggal berdua di dalam rumah itu. Boleh mendatangkan fitnah.

" Kalau awak lupa, saya yang selamatkan awak, kalau tak awak dah jadi pelacur sekarang ni Rose. Awak yakin yang bapak ayam tu takkan cari awak??" soal Tengku Amir sinis.

Dia menunduk, Air mata Aisya Rose menitis, dia terasa hati dengan apa yang baru dikatakan lelaki itu

" Saya tahu Tengku, tapi saya pun tak nak diri saya dijual oleh darah daging saya sendiri. Saya tahu saya masih diburu diluar sana tapi biarlah saya pergi dari sini, saya tak nak menyusahkan Tengku lagi. Tempat saya bukan disini Tengku. saya mohon tolong lepaskan saya" rayu AIsya Rose. Sungguh dia berkecil hati.

Tengku Amir mengeluh. Sayu hatinya melihat tangisan gadis itu, ingin sekali dia menarik Aisya Rose ke dalam pelukannya namun dia tahu batas antara mereka.
Andai dia membenarkan Aisya Rose pergi, mampukah dia. Hatinya sakit saat mendengar permintaan gadis tu.

"awak masuk la tidur. Dah lewat ni" Ujar Tengku Amir lalu meninggalkan Aisya Rose di situ.

Tengku Amir mengintai Aisya Rose yang masih kaku di situ. Dia tahu Aisya Rose sedang menangis pilu. Kejam kah dia? Desis hatinya. Dia terus masuk ke biliknya lalu merebahkan badannya ke katil saiz king. Tengku Amir merenung siling biliknya. Melepaskan Rose? Tak mungkin...

Pagi itu Tengku Amir segak berpakaian kerja. berkemeja ungu lembut betul- betul ikut saiz badannya yang tegap itu. Aisya Rose menyiapkan sarapan. Hanya roti bakar serta peanut butter serta kopi panas menjadi kegemaran Tengku Amir, dia tak suka heavy breakfast. Tengku Amir duduk dan Aisya menyapu peanut butter untuk Tengku Amir.

" Lunch nanti saya balik tapi awak tak payah masak. Zack akan datang ambil awak. Kita keluar." ujar Tengku Amir lalu menghabiskan kopi.

Aisya Rose hanya mengangguk. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Kemana pula Tengku ni nak bawak dia. Jangan dia tinggalkan aku di tepi jalan sudah. Aisya Rose menggelengkan kepalanya.

" hey are you okey" tegur Tengku Amir.

" saya okey Tengku" ujar Aisya Rose mengangkat wajahnya dan dia baru perasan yang jarak antara mereka sangat dekat.

Handsome betul! Kulit yang kuning langsat, tak gelap dan tak terlalu putih. Mata yang bulat, alis yang cantik serta hidung yang mancung. Bibir yang elok terletak. Indah sungguh ciptaan tuhan. Ishh apa kau mengarut ni Rose, sempat lagi usha mamat ni. Aisya Rose menjarakkan dirinya.

" ini beg Tengku," dia menghulurkan briefcase kepada Tengku Amir.

" Thanks," ucap Tengku Amir tersenyum lalu meninggalkan rumah itu.

Seperti dijanjikan tepat pukul12. 30 tengah hari Zack terpacak depan penthouse itu. Aisya Rose mengenakan blouse ungu gelap bersama palazo hitam dan tudung hitam.

Dia tersenyum kepada Zack dan lelaki itu membalas dengan senyuman nipis sahaja.

Aisya Rose masuk ke range rover hitam itu lalu kereta tersebut bergerak ke office Tengku Amir kerana Zack menelefon lelaki itu bahawa mereka sudah dalam perjalanan.

Setelah sampai, seminit kemudian pintu kereta di buka dan Tengku Amir masuk duduk di sebelah Aisya Rose. Dia memberikan senyuman manis kepada gadis itu membuatkan Aisya Rose terpana seketika.

Aisya Rose melihat Tengku Amir membuka tali leher lalu di letakkan ke atas kerusi antara mereka. Dua butang di atas di buka dan lengan kemeja dilipat hingga ke bawah siku.

Saat matanya bertembung dengan Tengku Amir laju dia mengalihkan pandangannya. Malu terkantoi. Tengku Amir tersenyum.

Senyap Sepanjang perjalanan, Tengku Amir sibuk melihat ipadnya manakala Aisya Rose hanya memandang ke luar tingkap.

Kereta diberhentikan.

"dah sampai Tengku" ujar Zack di depan.

Tengku Amir yang khusyuk melihat ipadnya mengalihkan pandangan.

"jom" ujarnya kepada Aisya Rose.

Aisya Rose keluar dari kereta. Terkebil-kebil dia melihat rumah agam yang sangat besar itu. Dia mengikut langkah Tengku amir. Dan saat di pintu, terjegul wajah Puan Sri Amina sambil tersenyum menyambut mereka.

"jom masuk Aisya. Sukanya bonda kamu berdua datang lunch dekat rumah hari ni" ujar Puan Sri Amina teruja.

Lengan Aisya Rose disambar lalu ditarik gadis itu ke dalam rumah. Aisya Rose terkebil-kebil dengan gelagat Puan Sri Amina. Tengku Amir pula tersenyum lalu mengikuti langkah ibunya.

Saat ingin menjamu selera, muncul Tan Sri Tengku Amran sambil tersenyum.

"Ayah..." tegur Tengku Amir lalu menyalam tangan ayahnya.

Mereka duduk di meja makan, Zack juga dijemput makan sekali. Sungguh Aisya Rose bangga dengan keluarga ini. Walaupun berpangkat tinggi namun mereka tak pernah membezakan darjat.

Selesai makan, Aisya Rose membantu mengemas pinggan mangkuk. Tak di nafikan rumah ini memang besar namun sunyi memandangkan hanya ibu bapa Tengku Amir sahaja yang tinggal di situ.

"Aisya..."

Aisya Rose menoleh ke arah Puan Sri Amina.

"Saya nak awak tengok-tengokkan Am untuk saya ya. Semenjak dia sudah pindah ke penthouse dia, dah jarang dia balik sini. Hari ini pun saya terkejut apabila dia call nak balik makan tengah hari."

Aisya Rose tersenyum.

"Saya kan orang gaji Tengku, insyaallah saya akan jaga kebajikan Tengku Amir sebaik mungkin. Puan Sri jangan risau ya."

"kan seronok kalau kamu tinggal di sini. Saya lama teringin nak anak perempuan, tapi hanya Am sahaja rezeki yang kami dapat. Aisya, kamu muda lagi. Tak nak sambung belajar ke?" soal Puan Sri Amina sambil memegang tangan Aisya.

Aisya Rose terharu dengan layanan Puan Sri Amina.

" saya teringin nak sambung belajar Puan Sri tapi belum ada rezeki. Saya nak kumpul duit dulu lepas tu saya akan sambung belajar." balas Aisya Rose tersenyum.

Puan Sri Amina ralit melihat wajah di depannya itu. Aisya Rose seorang yang sangat cantik. Wajah polos putih gebu, alis cantik terbentuk. Mata yang bundar dan bibir yang merah merekah. Andai la dia dapat anak perempuan seperti Aisya pastu dia bertuah. Kalau dapat bermenantukan Aisya pasti dia akan bersetuju walaupun Aisya hanya gadis kampung. berbanding Juwita yang cukup dia tidak berkenan, namun dia tidak mahu memaksa anaknya.

"Am tu walaupun dah 30 tahun, tapi perangai keras kepala dan kadang-kadang baran tu harap Aisya bersabar ya. Tapi anak Bonda baik sebenarnya. Kalau ada salah dia Aisya tegur walaupun Aisya hanya pekerjanya sahaja" ujar Puan Sri Amina lagi.

"insyaallah Puan Sri" balas Aisya Rose.

Sedar tak sedar sudah hampir 4 bulan dia bekerja di rumah Tengku Amir. Semakin hari lelaki itu semakin baik dengannya. Selalu sangat Tengku Amir memberikannya hadiah. Selalunya lelaki itu akan memberinya pakaian baru dan kadang-kadang apabila dia pulang dari outstation pasti ada buah tangan untuk Aisya Rose.

Selesai menghidang sarapan, Aisya Rose berlalu ke tingkat atas untuk ke bilik laundry. Selalunya Tengku Amir akan turun sarapan dalam 10 minit lagi.

Dia memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, cadar yang sudah kering pula di lipat dan di simpan ke dalam kabinet bilik tersebut. Hampir sejam dia menyelesaikan tugas di situ, dia turun ke bawah semula. Saat dia melihat makanan di atas meja tak terusik dia mengerutkan keningnya. Tengku Amir tak bersarapan ke? Jam dilihat hampir pukul9 pagi.

Dia mula menapak ke atas semula. Pintu bilik Tengku Amir di ketuk beberapa kali namun tiada reaksi dari dalam.

"Tengku..."

Panggil Aisya Rose namun tiada balas. 'dah pergi kerja ke?' desis hatinya. Namun Tengku Amir tak pernah pergi ke pejabat tanpa sarapan dulu.

"Tengku, saya masuk ya.."

Aisya Rose masuk ke dalam bilik dan saat itu dia melihat di atas katil Tengku Amir sedang lena tidur berbungkus dengan selimut. Dia mendekati katil itu lalu mula memanggil Tengku Amir.

"Tengku tak pergi kerja ke?" soal Aisya Rose namun tiada balas malah Tengku Amir menarik selimutnya lagi.

Aisya Rose menggaru kepalanya. Dia mendekatkan lagi jarak dengan katil.

"Tengku, Tengku okay ke?" soal Aisya Rose risau.

"Ermm...saya tak larat la Rose" serak suara Tengku Amir bersuara.

Mendengar suara Tengku Amir, laju Aisya Rose menyelak selimut yang menutupi muka Tengku Amir lalu meletakkan tangannya ke dahi lelaki tersebut. Panas!

"Tengku demam ni! Nak saya call Puan Sri ke?" soal Aisya Rose kalut.

"No! Saya dah mesej my personal doctor, kejap lagi dia sampai.

Aisya Rose laju membuka langsir di bilik lelaki itu agar bilik itu menjadi terang dan angin segar masuk.

" Tengku kena mandi segarkan diri dulu. Saya tolong bawa Tengku ke bilik air ya? " soal Aisya Rose.

Melihat anggukan Tengku Amir, dia mencapai tuala lalu di letakkan di dalam bilik air. Lantas dia mendekati lelaki itu dengan niat ingin membantu Tengku Amir ke bilik air.
Saat Tengku Amir bangun, bulat matanya melihat lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek atas lutut, jelas kelihatan badannya yang sasa dan juga six pack yang cantik terbentuk. Laju dia menutup mata lalu berpusing ke belakang.

"Rose... Help me!" ujar Tengku Amir lemah.

Aisya Rose menarik nafas menenangkan debaran hatinya. Tanpa melihat ke arah lelaki itu dia mula memapah Tengku Amir.

"why are you blushing Rose?" soal Tengku Amir saat melihat wajah Aisya Rose memerah.

"err.. Ta..tak ada pa.. Pape" balas Aisya Rose tergagap. Sampai di bilik air, terus Tengku Amir menutup pintu dan membersihkan dirinya.

Aisya Rose mengemas katil itu sementara menunggu Tengku Amir siap mandi. Dia juga mengambil sehelai tshirt dan seluar panjang untuk Tengku Amir.
Saat mendengar pintu bilik air dibuka. Sekali lagi Aisya Rose terpana melihat Tengku Amir. Laju dia memandang ke arah lain. Tengku Amir yang agak bertenaga sedikit berjalan mendapatkan pakaiannya.

"mana boxer saya?" soal Tengku Amir kepada Aisya Rose.

"hah? Apa?" soal Aisya Rose terpingga- pingga.

"Boxer saya. Ada dalam drawer bawah dalam almari seluar panjang saya. Tolong ambilkan untuk saya Rose" pinta Tengku Amir.

Laju Aisya Rose berlari ke walk in closet mencari boxer yang dikatakan oleh Tengku Amir.

Selesai berpakaian, Telefon bimbitnya berbunyi dan nama Doktor Daim terpapar di skrin.

"Hello, kau dah sampai ke?"

"haa kejap.."
. .
. .
. .
. . "ubat aku dah letak dekat situ nanti makan ikut description. Ni, kerja tu kerja juga tapi jangan sampai sakit." tegur Doktor Daim yang merupakan kawan baiknya itu.

"Yelaaaa..." balas Tengku Amir malas.

Doktor Daim melirik ke arah Aisya Rose yang berada di hujung bilik.

"bila kau kahwin?" soal Doktor Daim tiba-tiba.

"bila aku kahwin?" soal Tengku Amir pula.

" tuu.. Bukan isteri kau ke?"

Aisya Rose Terkedu mendengar soalan dari doktor tersebut.

"hurmm.. Saya keluar dulu Tengku" ujar Aisya Rose lalu keluar dari bilik itu.

"dia bukan isteri aku la. Dia pembantu rumah aku" jawab Tengku Amir.

"mak aiii.. Pembantu rumah bukan main cantik, kau jaga-jaga kan jadi orang rumah pulak nanti" perli Doktor Daim lagi.

Tengku Amir mencebik.

Aisya Rose membawa masuk dulang makanan untuk Tengku Amir. Selepas doktor peribadinya pulang, Tengku Amir sambung tidur dan sekarang lelaki itu perlu makan.

"saya buatkan bubur untuk Tengku. Tengku makan ya?" ujar Aisya Rose sambil meletak dulang makanan di meja sebelah katil.

"saya takde selera la Rose."

"tapi Tengku kena makan dulu sebelum makan ubat. Nanti Tengku takde tenaga pula nanti"

"awak suap saya boleh?" soal Tengku Amir sambil merenung ke dalam mata Aisya Rose.

Bagai dipukau laju tangan Aisya Rose mengambil sudu lalu menyua bubur ke mulut Tengku Amir. Tersenyum lebar Tengku Amir saat itu...

"Rose..."

"hermm..."

"Kahwin dengan saya?" soal Tengku Amir.

Bulat mata Aisya Rose. Tangannya yang ingin menyuap bubur ke mulut Tengku Amir terhenti.

As per request :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience