Tengku Amir membuka matanya. Saat itu dia memandang sekelilingnya. Dia terpandang sebelah tangannya tersambung dengan beg iv drip.
"Am dah bangun?" tiba-tiba suara bondanya menyapa.
"pukul berapa sekarang Bonda?" soal Tengku Amir sambil meletakkan kepalanya kembali saat merasa pening.
"pukul 10 malam" jawab Puan Sri Amina.
10 malam?
"lamanya Am pengsan. Tak sempat Am nak join majlis tahlil arwah" ujar Tengku Amir kecewa.
"majlis tahlil?" soal Puan Sri Amina pelik.
"ya, Am pengsan dekat kubur petang tadi kan Bonda? Sepatutnya malam ni majlis tahlil pertama untuk Rose tapi Am tak dapat sertai" ujar Tengku Amir pagi.
"Am..."
"Arman mana bonda?" soal Tengku Amir yang tiba-tiba teringat akan anaknya itu.
"Arman dekat rumah dengan bibik. Kejap, apa yang Am cakap ni? Pengsan dekat Kubur? Tahlil? Untuk Rose?" soal Puan Sri Amina lagi.
"Bonda ni kenapa? Kan Rose dah takde. Bonda kena lepaskan Rose pergi. Am pun akan cuba lepaskan Rose pergi walau.."
"kejap!! Sebelum Am melalut lebih jauh lagi, bonda nak cakap yang Aisya tak meninggal! Isteri Am masih ada. Tiada siapa yang meninggal pun. Am tak pengsan dekat kubur tapi Am pengsan dekat depan wad ICU tadi. Masa doktor tengah buat CPR untuk Aisya, tiba-tiba Am collapsed. Doktor cakap Am terlalu penat dan kurang makan." ujar Puan Sri Amina lagi.
Tengku Amir terjeda sesaat. Cuba memproses kata-kata bondanya itu.
" Rose masih hidup? Tapi doktor... "
" Ya Am... Masalahnya sekarang kamu tu, tak jaga kesihatan kamu. Aisya yang baru sedar pula risau dengan keadaan kamu yang sakit pula.. HAihh la" bebel Puan Sri Amina lagi.
"Rose dah sedar?" soal Tengku Amir terkejut.
"ya dah sedar. Lepas doktor buat CPR, dengan kuasa Allah Aisya sedar kembali. Dah kamu pula pengsan dekat situ" ujar Puan Sri Amina lagi.
"Am nak jumpa Rose bonda!" ujar Tengku Amir lalu ingin bangun namun tindakannya itu dihalang ibunya.
"Eh! Eh! Jangan gatal nak bangun. Dah lewat, kamu rehat dulu. Esok baru jumpa Aisya. Lagipun Aisya masih di ICU, doktor nak pantau, kalau dah okay esok baru Aisya dipindahkan ke wad biasa." ujar bondanya.
"tapi Am nak tengok Rose, bonda!" ujar Tengku Amir lagi
"No! Aisya perlukan rehat dan kamu pun sama. Kalau nak jumpa isteri kamu, make sure sihatkan badan tu!!" marah Puan Sri Amina.
Akhirnya Tengku Amir mengalah. Dalam diam dia memanjat syukur kepada Allah kerana isterinya masih dipanjangkan umur. Syukur juga kerana dia hanya bermimpi dan dia mengharamkan mimpinya tadi menjadi kenyataan.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi-pagi lagi, Tengku Amir melangkah masuk ke wad yang menempatkan isterinya.atas permintaannya, wad Aisya Rose hanya bersebelahan wadnya sahaja.
Dia melihat wajah isterinya yang sedang tidur itu. Jatuh air matanya saat itu. Laju tangan isterinya di genggam lalu dikucup.
"Abang...."
Dia mengangkat wajahnya dan saat itu dia melihat bulat mata Aisya Rose memandangnya.
"Sayang..."
tanpa berlengah terus tubuh isterinya dipeluk. Dia menangis sambil mengucup seluruh wajah isterinya.
"abang... Sakitt..." rengek Aisya Rose lalu pergerakannya terhenti.
"maaf sayang. Abang happy sangat tengok sayang dah sedar. Abang takut kehilangan sayang. Please jangan tinggalkan abang" ujar Tengku Amir dalam tangis.
Aisya Rose tersenyum nipis lalu mengelap air mata Tengku Amir dengan jarinya.
"Rose takkan tinggalkan abang. Kan Rose dah ada depan abang ni" ujar Aisya Rose.
"Abang... Rose nak minta maaf, ampunkan dosa Rose selama ni. Rose berdosa buat abang terasa hati dengan kelakuan dan kata-kata Rose. Ampunkan Rose" ujar Aisya Rose sayu.
"sayang tak pernah ada dosa dengan abang. Abang bersyukur sebab sayang terima abang kembali." ujar Tengku Amir pula.
"Rose cintakan abang sangat-sangat. Tak pernah kurang walaupun sedikit, empat tahun di Brisbane, tidak sehari pun Rose lupakan abang. Nama abang tetap ada dalam doa Rose. Cuma kekecawaan yang Rose bawa hingga mengangkat ego Rose untuk berbaik dengan abang. Hanya abang sahaja yang ada dalam hati Rose. Tiada yang lain" luah Aisya Rose tulus.
Melebar senyum Tengku Amir lalu dia memeluk isterinya kembali namun dengan lebih lembut dan berhati-hati.
"Abang lagi cintakan Rose. Dari pertama kali abang lihat Rose hingga selamanya. Hanya Rose yang bertakhta di hati abang. Tiada yang lain" ujar Tengku Amir romantik.
Dia mendekatkan jarak wajahnya.
"ehem... Ehem..."
Deheman suara membuatkan mereka berdua menoleh ke pintu wad.
Tan Sri Tengku Amran dan Puan Sri Amina sedang ralit memerhatikan mereka.
"patutlah pesakit wad sebelah takde bang, rupanya tengah bercengkarama dekat wad ni" perli Puan Sri Amina.
Tengku Amir mengosok belakang lehernya menghilangkan malu.
"Mommy! Daddy!!" jeritan Tengku Arman bergema saat kanak-kanak itu masuk bersama Zack.
"anak mommy!" ujar Aisya Rose lalu mendepakan tangan untuk Tengku Arman.
Namun laju Tengku Amir menahan anaknya dari menerpa ke arah isterinya.
"hold on young man, mommy still sick, please be gentle" ujar Tengku Amir lalu mengangkat anaknya ke katil isterinya.
Tengku Arman seakan mengerti lalu memeluk mommynya perlahan. Dia juga mengucup pipi mommynya dengan gaya yang perlahan juga. Reaksi itu mengundang tawa semua yang berada di situ.
"i miss you mommy. I miss you daddy!" ujar Tengku Arman lalu memeluk Tengku Amir dan Aisya Rose silih berganti.
"we miss you too Arman" balas Tengku Amir.
Aisya Rose tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
"Aisya macam mana? Dah makin okay ke?" soal puan sri Amina.
"alhamdulillah bonda. Doktor cakap tengok tiga empat hari lagi kalau Aisya okay, dah boleh balik" ujar Aisya Rose.
"alhamdulillah..." ucap mentuanya serentak.
"Am pula macam mana?" soal Tan Sri Tengku Amran.
"Am dah boleh discharge petang ni. Lagipun Am dah okay" balas Tengku Amir.
"baguslah kalau macam tu. Lepas ni jaga kesihatan tu, ni makan tak nak, tidur tak nak. Kata nak jaga Aisya, tapi menantu bonda sedar dia pulak yang pengsan" sindir Puan Sri Amina pula.
Tengku Amir tersengih mendengar bebelan ibunya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah seminggu selepas sedar dari koma Aisya Rose dibenarkan pulang. Saat berhenti di laman rumah banglo mentuanya, Tengku Amir membantu Aisya Rose keluar dari vellfire milik keluarganya.
"Pak Ayub tolong angkat beg baju Rose ya." ujar Tengku Amir kepada pemandu ayahnya itu.
"takpe, Tengku bawa Aisya masuk dulu nanti pak ayub ambil barang-barang tu" ujar Pak Ayub.
Dengan perlahan-lahan dia memimpin isterinya. Keadaan Aisya Rose yang masih belum sembuh sepenuhnya itu mengehadkan pergerakannya. Saat di muka pintu, kelihatan bibik sudah membuka pintu untuk mereka berdua. Tengku Amir membawa isterinya ke bilik tetamu di tingkat bawah. Dia membantu Isterinya duduk di birai katil.
"sementara ni kita duduk di bilik bawah ni ya, sayang masih lagi belum sembuh " ujar Tengku Amir.
Aisya Rose tersenyum sambil mengangguk.
"Arman mana?" soal Aisya Rose.
" ke sekolah la sayang, tu pun merengek tak nak pergi tadi sebab dia nak sambut mommy dia balik" ujar Tengku Amir.
Aisya Rose tersenyum.
"Abang, Rose nak tanya boleh?" soal Aisya Rose.
"Apa dia sayang?"
"Abang dah tahu siapa yang langgar kita?" soal Aisya Rose.
Tengku Amir mengangguk lalu dia mengenggam erat tangan isterinya.
"kenapa sayang tak beritahu abang tentang pak cik Hashim? Sayang sanggup bahayakan nyawa sayang sendiri. Kalau sayang beritahu abang, kita sama-sama boleh selesaikan masalah tu" ujar Tengku Amir.
"maafkan Rose abang. Rose cuma tak nak susahkan abang. Lagipun Rose dah buat laporan polis. Tak sangka pak cik nekad macam tu sekali" ujar Aisya Rose.
"Dia dah kena tangkap, dan sekarang di hadapi dua pertuduhan. Langgar sayang dengan niat serta membunuh isterinya" ujar Tengku Amir.
Meluas mata Aisya Rose.
"Pak cik bunuh Mak Mah?" soal Aisya Rose tak percaya.
Tengku Amir mengangguk.
"mengikut pengakuan Pak Hashim, dia tertolak isterinya tanpa sengaja. Tapi pihak polis akan teruskan siasatan. Tentang kes sayang pula, dia mengaku memeras ugut sayang kerana ingin melangsaikan hutangnya seratus ribu dengan along." ujar Tengku Amir lagi.
Aisya Rose menggeleng kepalanya tanda kesal akan tindakan pak ciknya itu.
" abang pun dah tugaskan Zack untuk jaga Arman. Leps kejadian tu, abang makin risau akan keselamatan keluarga kita. " ujar Tengku Amir.
" Rose minta maaf, keluarga Rose bawa masalah kepada abang" ujar Aisya Rose.
"sayang tak salah. Semua tu atas ketamakan pak Hashim sendiri. Abang sentiasa ada untuk sayang dan keluarga kita. Dah, sayang rehat dulu. Nanti Arman balik, kita makan sama-sama ya." ujar Tengku Amir.
Dia membaringkan Aisya Rose lalu membetulkan selimut ke paras pinggang. Saat dia ingin mengangkat punggung dari katil, isterinya menyambar lengannya.
" temankan Rose tidur, Rose rindu nak peluk abang" ujar Aisya Rose manja.
Tengku Amir tersenyum lalu kembali merebahkan badannya ke katil, dia menarik tubub isterinya lalu memeluk erat. Akhirnya dia terlena bersama isterinya.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah sebulan, akhirnya Aisya Rose sihat sepenuhnya. Kini dia semakin bahagia bersama anak dan suaminya. Dia duduk di laman gazebo sambil memerhatikan Tengku Arman sedang bermain.
Tiba-tiba satu kucupan hinggap di pipinya. Dia tersenyum, bau wangian itu saja dia dah tahu gerangannya.
"Awal abang balik" ujar Aisya Rose.
Tengku Amir melabuhkan punggung disebelah isterinya lalu memeluk bahu itu.
"Rindu..." bisik Tengku Amir perlahan.
Aisya Rose tergelak. Semenjak berbaik, sikap manja Tengku Amir menjadi-jadi mengalahkan Arman.
"sayang, abang ada dengar pasal pak Hashim." ujar Tengku Amir.
"ye? Kenapa dengan dia?" soal Aisya Rose.
"pihak mahkamah dah jatuhkan penjara seumur hidup kerana dia didapati bersalah melanggar sayang dengan niat dan membunuh isterinya" ujar Tengku Amir.
"Rose harap Pak cik akan bertaubat dan menyesali perbuatannya. Disebabkan perbuatannya dia kehilangan orang yang tersayang" ujar Aisya Rose. Tengku Amir mengangguk bersetuju.
Aisya Rose masuk ke biliknya selepas menidurkan Tengku Arman. Dia melihat Tengku Amir ralit melihat ipadnya sambil badan bersandar di kepala katil. Dia mendekati meja solek lalu ikatan rambutnya di lepaskan. Dia menyikat rambut dengan rapi dan setelah berpuas hati dia mendekati katil.
Dia melihat Tengku Amir masih fokus membaca sesuatu di skrin ipadnya. Cermin mata yang tergantung di hidung mancung itu tidak mencacatkan kekacakkan lelaki itu. Aisya Rose merebahkan badannya. Dan saat itu dia melihat Tengku Amir meletakkan ipadnya di meja sebelah katil, cermin matanya juga di buka lalu di letak ke atas ipadnya.
Dengan tiba-tiba Tengku Amir menbuka bajunya. Lalu dia merebahkan badannya. Aisya Rose menelan air liurnya melihat aksi suaminya. Selalu Tengku Amir akan tidur bersama singlet tapi malam ni berbeza.
Dalam dia mengelamun, tiba-tiba tangan kekar Tengku Amir melilit pinggangnya. Lelaki itu juga mencium lehernya yang terdedah.
"Sayang...." panggil Tengku Amir perlahan.
Gugup Aisya Rose mendengarnya.
Ya abang... "
jawab Aisya Rose. Dia seakan tahu akan keinginan suaminya itu. Dan dia rela menunai tanggungjawab itu kerana dia sudah sembuh sepenuhnya.
"i love you.. I miss you so much" bisik Tengku Amir menggoda.
"Rose pun rindu dan cintakan abang." balas Aisya Rose pula.
Tengku Amir tersenyum, namun seketika dia teringatkan keadaan isterinya yang baru sembuh.
"sorry abang ganggu sayang. Dah tidur, abang akan tunggu sampai sayang sembuh sepenuhnya." ujar Tengku Amir sambil menenangkan gelodak hatinya.
Aisya Rose tersenyum lucu melihat wajah suaminya. Lalu dia merencana untuk menggoda suaminya.
Dia mula mendekatkan wajahnya ke wajah suaminya. Lalu dia mendekatkan bibirnya ke telinga suaminya.
" Rose dah sihat la abang. Rose dah bersedia nak tunaikan permintaan abang" bisik Aisya Rose mengoda lalu mengigit perlahan telinga Tengku Amir.
Perbuatan itu membuatkan satu rasa muncul dalam diri Tengku Amir. Tersenyum lebar Tengku Amir saat itu.
Malam itu mereka melepaskan segala rindu dan cinta yang tersimpan selama bertahun. Hanya pergerakan tubuh mereka mengambarkan rasa cinta mereka.
Takkan heroin meninggal pulak kan... Hehehehe Eh! Dah tamat ke? Belum lagi yer...ending is coming soon
Share this novel