BAB 12

Romance Completed 46461

Pagi itu Aisya Rose membantu ibu mentuanya menyediakan sarapan. Semalam dia menyatakan hasratnya ingin bersarapan nasi lemak sambal sotong dan hari ini terus Puan Sri Amina membuatnya.

Saat dia sedang membancuh kopi, dia terdengar suara anaknya bergelak ketawa diselangi dengan suara ketawa Tengki Amir. Semalam dia hanya membiarkan anaknya tidur bersama daddynya lagipun di Brisbane Arman sudah tidur sendiri.

"good morning enda, good morning mommy" ujar Tengku Arman lalu mencium pipi mommynya.

Tersenyum lebar Aisya Rose saat itu.

"good morning sayang..." balas Aisya Rose.

Tengku Amir tekun melihat gelagat isteri dan anaknya. Ingin sekali dia melakukan hal yang sama kepada isterinya namun dia tahu itu memang mustahil.

"mommy, why you dont give daddy good morning kiss?" soal Tengku Arman

Hampir tercekik air liur Aisya Rose saat mendengar kata-kata anaknya itu. Tengku Amir menahan senyum melihat riak wajah isterinya.

"err... Arman, please call Atuk. We will having breakfast now" ujar Aisya Rose mengalihkan perhatian anaknya.

"okay mommy!" jawab si anak lalu berlari keluar mencari atuknya.

Tengku Amir duduk sambil memerhati isterinya sedang meletakkan teko air kopi. Semerbak bau membuatkan Tengku Amir teringat akan air kopi buatan Aisya Rose yang menjadi kegemarannya. Empat tahun dia tidak merasa air tangan isterinya itu.

Aisya duduk termenung di ruang rehat di tepi kolam renang itu. Tengku Amir menghampiri isterinya.

"Rose... Can i talk to you?" soal Tengku Amir.

"shoot!" ujar Aisya Rose tanpa memandang lelaki itu.

"not here, come to our room please" ujar Tengku Amir.

"here or never! Kalau Tengku ada nak cakap apa-apa just cakap dekat sini je" balas Aisya Rose.

"abang tak nak Arman dengar kita berbincang dan pasti akan bergaduh nanti"

Aisya Rose tersenyum sinis.

"apa yang tengku nak cakap lagi!?"

"About us... Please Rose" rayu Tengku Amir.

Aisya Rose menjeling tajam.

"baik! Saya pun ada benda nak cakap pasal kita!?" ujar Aisya Rose sambil berlalu meninggalkan lelaki itu.

Aisya berpeluk tubuh di tepi sliding door. Tengku Amir menutup pintu lalu mengunci bagi tiada yang menganggu nanti.

Tengku Amir menghampiri isterinya.

" Abang bangga dengan Rose, Rose boleh membesarkan anak kita dengan baik sekali" ujar Tengku Amir

"itu tanggungjawab saya agar anak saya disayangi apabila suami saya membuang saya dari hidupnya. Nak tak nak saya harus kuat walaupun tanpa seorang suami!" ujar Aisya Rose sinis.

"Rose... Abang minta maaf, abang tahu abang dah banyak dosa dengan Rose. Abang tahu abang menuduh Rose tanpa siasat dulu. Ampunkan abang sayang,"

"senang kan mengungkap kata maaf. Empat tahun saya merasa sakit dan hari ni depan saya awak cakap maaf?? Simpan saja maaf Tengku tu kerana ia dah tak bermakna buat saya" ujar Aisya Rose marah.

"Rose, abang cintakan sayang, please berikan peluang kedua buat abang. Abang akan jadi suami dan ayah terbaik untuk keluarga kita. Bagi abang tebus balik masa yang abang terlepas bersama Arman. Maafkan abang Rose..." dengan tiba-tiba dia melutut depan isterinya namun pantas Aisya Rose beralih ke sudut lain.

" awak dah gila ke Tengku!? Tak perlu merendahkan maruah awak untuk perempuan macam saya! Saya ni pelacur, awak dah lupa ke apa yang awak katakan dulu!! Sudah la tengku, cukup lama masa saya bagi untuk tengku ambil peluang kedua tapi tengku sia-siakan!! Hati saya dah hancur dengan kata-kata tengku. Tengku tuduh saya, tengku gantung saya tak bertali! Tengku tak bagi peluang untuk saya beritahu kehamilan saya. Yang Tengku tahu hanya halau saya!! Cukup la Tengku Amir! Saya dah tak mampu menahannya lagi!! " jerit Aisya Rose.

Air mata Tengku Amir laju membasahi pipi. Dia sudah tidak malu lagi menangis depan isterinya. Hanya yang dia mahukan adalah kemaafan dari isterinya.

" apa yang abang boleh lakukan untuk tebus kesalahan abang dan untuk sayang maafkan abang?"

Aisya Rose menoleh ke arah suaminya.

"ada Tengku....."

Tengku Amir mengangkat wajahnya. Ada sinar gembira saat dia merasa isterinya memberinya peluang.

"Ceraikan saya!" ujar Aisya Rose dengan wajah beku.

"Rose!!" jerit Tengku Amir.

"No! Abang takkan ceraikan Rose!! Biar abang mati dari abang kehilangan Rose." ujar Tengku Amir

"awak dah tak perlukan saya Tengku. Tentang Arman awak jangan risau. Saya takkan pisahkan dia dari awak. Kita bercerai dan hidup dengan dunia masing-masing!!" ujar Aisya Rose lagi.

"Abang taknak Arman membesar dari keluarga yang berpisah. Abang cintakan Rose! Tolong jangan paksa abang"

"saya akan buat tuntutan fasakh."

Tengku Amir merenung wajah isterinya.

"Rose takkan dapat tuntut fasakh kerana abang tak pernah lupa untuk berikan nafkah kepada Rose dan Arman" ujar Tengku Amir.

Berubah wajah Aisya Rose.

"Ya.. Setiap bulan sepanjang empat tahun abang masukkan duit nafkah untuk Rose! Selepas Arman lahir abang menambah lagi jumlahnya."

Terkedu Aisya Rose saat itu.

"ya! Setiap bulan abang pergi ke Brisbane untuk jenguk Rose, cuma kalau terlampau busy abang akan hantar Zack ke sana. Abang dah tahu awal- awal yang Arman anak abang. Dari Rose mengandung hingga Rose bersalin abang tahu perkembangan Rose. Abang tak pernah lupakan Rose. Perceraian bukan jalan yang terbaik buat kita. Abang cintakan dan abang yakin Rose pun masih cintakan abang. Bagi abang tebus balik salah abang. Please" rayu Tengku Amir.

Aisya Rose terdiam. Dia cuba menghadam kata-kata suaminya. Lantas dia menoleh memandang tepat ke wajah itu.

"empat tahun... Empat tahun awak jadi pengecut Tengku Amir!!! Awak hanya lihat saya tanpa datang jumpa untuk tanya adakah saya okay? Awak tak pernah tanya betapa susahnya saya setiap malam tak boleh tidur! Ketika sarat saya penat ulang alik ke kelas!! Awak tak pernah tanya! Jangan terlalu yakin saya cintakan awak Tengku. Saya benci awak Tengku Amir! Saya benci!! " jerit Aisya Rose lalu keluar dari bilik tersebut.

" mommy?? "

Terkedu saat melihat wajah anaknya yag terkebil-kebil memandangnya dan Tengku Amir silih berganti. Tengku Amir sudah jatuh terduduk di dalam bilik sambil menunduk. Air matanya laju mengalir jatuh ke pipi.

Hati Rose sudah keras sekeras batu.... Kesian Arman...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience