Bunyi seretan tayar Audi R8 Spyder berwarna hitam sangat kuat kedengaran. Sang pemandu menghentak stereng keretanya dengan marah. Manusia bodoh mana yang melintas tidak tengok kiri kanan. Dia melangkah keluar dengan hati yang marah membara.
"Hoi!! Gila ke? Nasib aku tak terlanggar kau kalau tak free- free je makan bumper kereta aku" marahnya bengang.
Dia melihat seseorang yang jatuh terjelepok di depan keretanya. Dia menarik lengan kasar perempuan yang berbaju kurung itu supaya berdiri. Saat gadis itu mendongak, dia terpana. Panahan mata yang berkaca itu membuatkan dia terkedu.
"kau nak mampus ke hah?!!" jerkahnya lagi, sungguh dia hampir membunuh satu nyawa itu.
Hanya esakan yang kedengaran keluar dari mulut gadis itu.
"jawablah!! Bisu ke?!" marahnya lagi.
"tolong saya encik...." rayu gadis itu perlahan namun dapat di dengari olehnya.
Tiba- tiba kedengaran lelaki menjerit.
" Hoi!!" ada beberapa lelaki mula menghampiri mereka berdua.
"bagi perempuan tu dekat aku!!" ujar salah seorang samseng itu.
"kau orang siapa? Kenapa dia kena ikut kau orang?!" soalnya kepada samseng tersebut.
"itu kau tak payah sibuk! Bagi dia sebelum pecah kepala kau kami kerjakan!!" jerit Lelaki samseng itu lagi.
"nampaknya kau tak kenal aku siapakan?!!" balasnya pula.
Saat itu dia merasakan bajunya di genggam erat dari belakang. Siapa lagi kalau bukan dari gadis di belakangnya itu.
Tak lama sebuah kereta pacuan empat roda berhenti lalu 4 orang berbadan tegap menghampirinya.
" Bos! Apa cerita? " soal Salah seorang daripada mereka.
Samseng itu terkedu melihat lelaki sasa itu seakan mengawal lelaki dan gadis itu.
"Selesaikan Mereka! Bagi mereka kenal siapa aku!" ujarnya lalu menarik gadis itu ke dalam keretanya. Lalu memecut meninggalkan tempat itu.
Dari cermin pandang belakang dia dapat melihat orang suruhannya sedang membelasah samseng tersebut. Dia tersenyum sinis.
" siapa nama kau?" soalnya saat menjeling ke gadis di sebelahnya.
" Aisya Rose" jawab gadis itu sambil menunduk.
Dia tersenyum sinis mendengar nama gadis itu. Sesekali dia menjeling penampilan gadis itu. Berbaju kurung tengah malam buta ditengah kuala lumpur ni, tudung yang comot. Seperti gadis itu baru datang dari kampung, sempat dia melihat hanya beg galas kecik di dalam pelukannya.
Dia meneruskan perjalanan ke penthouse miliknya. Pintu rumahnya di buka, Aisya Rose masih berdiri di depan pintu. Tengku Amir sudah melangkah masuk memandang Rose yang masih tercegat.
" kau tercegat kat situ buat apa? Masuk! " arahnya tegas.
Kelam kabut Aisya Rose melangkah masuk namun berdiri berhampiran pintu setelah pintu itu di tutup. Jelas riak takut di wajah gadis itu. Dia merebahkan badannya ke sofa. Merehatkan diri setelah pulang dari kelab malam, Nasib dia bukan jenis minum kerana dia ke kelab itu hanya untuk urusan bisnes. Lama memejam mata, dia membuka kembali lalu tajam merenung gadis itu.
" macam mana kau boleh kena kejar dengan diaorang tadi?“ soalnya.
Aisya Rose merasa makin sebak. Dengan mata berkaca dia membalas renungan lelaki kacak di depannya itu.
Suaranya tidak mampu dikeluarkan. Kedua tangannya di genggam erat.
Dia mengeluh kasar lalu berdiri.
"aku tak suka menunggu! Bila aku tanya kau kena terus jawab!! Aku dah penat! Kau masuk tidur dalam bilik sana! Pagi esok aku nak dengar jawapan dari kau faham!!" jerkahnya membuatkan bahu gadis itu terhinjut.
Laju Aisya Rose mengangguk kepalanya.
Dia meninggalkan Aisya Rose di situ lalu naik ke biliknya.
Aisya Rose memandang belakang lelaki itu yang sedang melangkah meninggalkannya di situ. Setelah lelaki itu hilang dari pandangannya, perlahan-lahan dia melangkah masuk ke bilik yang ditunjuk oleh lelaki itu. Bilik sederhana besar yang kemas itu di tatapnya.
Dia duduk di birai katil, air mata merembes kembali mengenangkan nasibnya. Siapa lelaki yang telah menyelamatkannya tadi??
Hi guys.... Ni bukan cerita baru CE tapi cerita lama y di olah semula... KAU MAWARKU old version sudah di unpublish dan takkan di publish semula sebab nak bagi peluang new version.. Those yang pernah baca old version, jln cerita takkan sama
Share this novel