Aisya Rose memejam mata, bersedia mendengar bait kata seterusnya.
Dia membuka mata, sakit menginggati kejadian tadi. satu surat tawaran untuk pertukaran pelajar ke university of Queensland, Brisbane ditangannya itu dilihat. Dia terpilih untuk menyambung terus ijazah setelah dapat keputusan yang cemerlang 3 semester berturut- turut. Dia baru ingin berbincang bersama suaminya namun lain yang jadi. Dia akan bawa kedukaan bersamanya. Aisya Rose menggosok perut kempisnya. Biarlah dia membawa diri jauh dari sini. Dengan biayaan dari kerajaan pasti dia boleh. Emosinya tak dapat dapat dikawal saat ini. Aisya Rose telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi malaysia buat sementara waktu. Saat itu telefonnya berbunyi.
"waalaikumusalam bonda..." saat itu dia tidak mampu menahan kesedihannya lagi.
Tengku Amir menghempas gambar perkahwinannya ke dinding. Kemarahannya tak mampu dibendung lagi.
Tengku Amir duduk dibirai katil membongkok. Dia hanya memandang bingkai gambar perkahwinannya yang sudah pecah itu.
Kenapa kau buat aku macam ni Rose. Kenapa tinggalkan aku. Kenapa kau permainkan cinta aku. Rintih hatinya.
Hancur hatinya saat rakannya yang bekerja di UiAM menelefon mengucapkan tahniah kerana isterinya berjaya menjadi salah seorang pelajar pertukaran ke Brisbane dan sempat memujinya memberi keizinan untuk ke sana.
Ya, dia marah melihat gambar isterinya yang curang namun dia tidak menyangka bahawa Aisya Rose akan pergi meninggalkan bumi Malaysia.
Dia mengenggam tangannya. Amarahnya tiba-tiba membuak,
"aku nak tengok berapa jauh kau boleh lari Aisya Rose" ujarnya dalam marah. Kata-katanya tadi tergiang dalam ingatan.
.
.
.
.
.
"Aisya Rose binti Aziz, aku.."
"aku takkan ceraikan kau dan aku gantung kau tak bertali. Sekarang kau berambus!!" jerit Tengku Amir.
Tanpa menoleh, Aisya Rose terus meninggalkan rumah itu.
.
.
.
.
.
Tengku Amir mengeluh. Telefon bimbit dicapai, nombor seseorang ditekan.
"Hello... Aku nak kau buat sesuatu..."
"apa semua ni Am!!" marah Puan Sri Amina.
Tengku Amir mengeluh melihat wajah amarah bondanya.
"bonda tak tahu yang kamu ni pendek akal! Sampai hati kamu halau isteri kamu!!" tengking Puan Sri Amina lagi.
Terkejut dia mendapat tahu bahawa Aisya telah pergi ke Brisbane. Nasib baik dia sempat menelefon menantunya itu. Dan Aisya menceritakan semua kepadanya.
" dia curang bonda!! Am tak boleh terima apa yang dia buat! "
" kamu yakin yang dia betul-betul curang? Kamu dah siasat tentang tu!?" soal Puan Sri Amina.
"Am ada bukti bonda!!" jawap Tengku Amir naik satu oktaf.
"bukti setakat gambar yang di ambil dari sudut yang salah? Ada kamu tanya kawan Aisya perkara sebenar? Ada kamu siasat siapa yang hantar gambar tu kepada kamu!!?" tanya Puan Sri Amina bertalu-talu.
"kenapa kamu tak siasat dulu Am, sebelum menuduh Aisya? Jangan ingat bonda tak tahu yang Juwita datang ke pejabat kamu baru-baru ni?"
Tengku Amir menoleh ke bondanya.
"dia datang just nak minta maaf je bonda" ujar Tengku Amir.
Puan Sri Amina tersenyum sinis.
"kamu percaya pula dekat perempuan tu! Dengan isteri sendiri kamu boleh pula tuduh macam-macam. Sudahlah Am, bonda malas nak fikir. Kamu dah besar, pandai la fikir hal hidup kamu. Aisya pun dah dua bulan ke Brisbane." ujar Puan Sri Amina sambil berdiri.
"Am kena ingat yang bonda yakin Aisya tak bersalah dan bonda nak Am semat dalam otak Am yang Aisya tetap akan jadi menantu bonda!"
Tengku Amir melihat bondanya naik ke tingkat atas.
Saat itu telefonnya berbunyi.
"Hello...."
"so macam mana?"
Terbuka luas mata Tengku Amir saat itu.
"aku nak jumpa kau sekarang.."
.
.
.
.
.
.
.
.
"tengku?" sapa Joanne.
Tengku amir yang sedang merenung bingkai gambar itu tersedar.
"yes Joanne?"
"pukul empat petang Tengku ada meeting dengan Tengku Qabil. Dan lepas tu malam nanti Tan Sri Tengku Amran minta Tengku pulang ke rumah untuk dinner." ujar PAnya itu.
Tengku Amir mengangguk kepalanya. Setelah Joanne keluar, dia menoleh melihat gambar hari pernikahannya.
Dia mengeluh, sesungguhnya dia sudah tidak mampu putarkan kembali masa.
Dia mengusap lembut gambar wajah isterinya.
" maafkan abang sayang. Abang berdosa buat sayang begitu." ujarnya perlahan.
.
.
.
.
.
"betul ke apa kau cakap ni Mat?" soal Tengku Amir.
"betul Tengku, saya dah siasat yang menghantar mesej kepada tengku tu namanya Umar, dia penyiasat upahan dan baru-baru ni saya nampak Umar berjumpa dengan wanita ni" ujar lelaki yang dipanggil Mat itu.
Tengku Amir melihat gambar wanita itu dan saat itu dia mengepal penumbuknya.
"pasal gambar tu betul ke?" soal Tengku Amir lagi.
"saya dah tanya Umar, dia cakap dia di upah untuk ambil gambar menampakkan seakan mereka berpeluk. Sebenarnya lelaki bernama Ilham tu memang terlibat dengan seminar itu dan mereka ditempatkan di satu hotel. Sebenarnya puan Aisya ada bersama kawannya Hana ketika Ilham datang menegur mereka. Dan gambar di dalam lif itu sebenarnya mereka beramai-ramai bersama pelajar lain but well Umar pandai cari angle dan tercipta la gambar yang tengku dapat" ujar Mat lagi.
Tengku Amir mengeluh kasar. Apa yang dia rasa saat ini kesal. Terbayang raut wajah isterinya menangis saat kali terakhir mereka bersama.
"tengku..."
Tengku Amir menoleh ke arah Mat.
"Umar mohon agar Tengku tak ambil tindakan atas dia, dia tak tahu yang gadis dalam gambar tu isteri tengku" ujar Mat.
"yang tu nanti aku fikirkan. Sekarang ada yang lagi penting aku kena fikir. Thanks Mat, payment nanti aku transfer" ujar Tengku Amir lalu meninggalkan lelaki itu.
.
.
.
.
.
"Tengku? Tengku Qabil sudah menunggu di bilik meeting" suara Joanne menghentikan lamunannya.
Dia bangun lalu melangkah ke bilik meeting.
"duduk Am" ujar Tan Sri Tengku Amran.
Tengku Amir mengambil tempat di meja makan.
Puan Sri Amina menghulurkan nasi kepada anak tunggalnya itu. Hampir 7 bulan Aisya Rose meninggalkan mereka dan dia dapat lihat keadaan anaknya tak terurus, muka sudah tiada serinya lagi.
"Ayah dan bonda nak pergi bercuti" ujar Tan Sri Tengku Amran saat itu.
"oh ya? pergi mana?" soal Tengku Amir sambil mencedok lauk ke pinggannya.
"Europe maybe.." jawab Puan Sri Amina.
"tapi kali ni ayah dan bonda pergi lama, mungkin dalam sebulan.." ujar Puan Sri Amina lagi sambil melirik ke arah suaminya.
"lamanya bonda? Nak road tour ke?" soal Tengku Amir pelik.
"bonda nak spend time dengan ayah, puas bonda pujuk ayah kamu ni nal bercuti" ujar Puan Sri Amina lagi.. Nampak gugup dia ketika itu.
"so ayah nak minta tolong Am, sepanjang ayah cuti ni Am tolong tengokkan syarikat ayah boleh?" pinta Tan Sri Tengku Amran pula.
"Syarikat Am macam mana? Takkan nak tinggalkan macam tu?" soal Tengku Amir pula.
"kan Qabil ada? Lagipun kamu pun ada staff yang dipercayai kan?" balas ayahnya pula.
"yela nanti Am cuba la. Kalau boleh jangan la bercuti lama sangat. Kan Am dapat adik pulak nanti" usik Tengku Amir.
"ishh ke situ pulak kamu ni!" marah Puan Sri Amina.
"Am, kamu tak cuba contact Aisya ke?" soal Puan Sri Amina.
Berubah wajah Tengku Amir saat mendengar nama isterinya. Terus pinggan nasi ditolak perlahan.
"ermm Am dah kenyang, Am naik dulu nak rehat"
Puan Sri Amina memandang suaminya lalu dia mengeluh perlahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
4 TAHUN KEMUDIAN....
Dia tiba di balai ketibaan sambil menolak troli yang penuh dengan bagasi miliknya. Saat itu dia ternampak seseorang melambai ke arahnya. Dia mendekati lalu berpelukkan buat seketika ingin melepaskan rindu.
"welcome back dear.. Aku rindu sangat dekat kau!!" ujar Hana gembira.
Dia hanya tersenyum melihat kawannya yang makin bertambah cantik itu.
"Mummy...."
Kedua dua wanita itu menoleh ke arah yang sama. Wajah Hana berubah teruja melihatnya.
Since ramai marah TA... nahh bonus utk korang, pg ni sempat siapkan satu chap smntra mnunggu appointment ptg ni... Padan muka TA.. Hahaha
Share this novel