"saya tahu lamaran saya tiba-tiba dan saya tak harapkan jawapan sekarang dari awak." ujar Tengku Amir.
Aisya Rose masih lagi diam tidak bersuara.
"Hey look at me Rose,"
Aisya Rose memandang ke dalam mata Tengku Amir.
" saya harap awak sudi terima saya sebagai suami awak. Walaupun baru beberapa bulan kita kenal tapi awak sudah mendapat tempat dihati saya sejak pertama kali saya menatap wajah awak. Let's be my Halal sebab saya sayang awak and i want to protect you Rose." ujar Tengku Amir lagi.
" tapi... " Aisya Rose seakan keliru dengan perasaannya sekarang.
" saya akan ke Jerman untuk dua minggu. Dan dalam tempoh itu saya nak awak fikir betul-betul. Selepas dua minggu, i'll be back and i want to hear your answer boleh? . Saya berharap sesuatu yang mengembirakan hati saya tapi keputusan di tangan awak Rose." ujar Tengku Amir.
Aisya Rose mengangguk kepalanya.
" Bila Tengku akan ke Jerman? " soal Aisya Rose.
" lagi 3 hari. Dan awak kemas baju awak sebab sepanjang saya tak ada, saya hantar awak tinggal dengan bonda saya. Atleast awak tak keseorangan di rumah ni"
"baiklah.."
"ini bilik Aisya. Buat macam rumah sendiri ya" ujar Puan Sri Amina.
"Terima kasih Puan Sri" balas Aisya Rose terharu.
"apa pula Puan Sri, Bonda nak Aisya panggil bonda sahaja. Bonda dah anggap Aisya seperti anak bonda sendiri" ujar Puan Sri Amina tersenyum.
"terima kasih bonda.."
"dah jom turun makan," ajak Puan Sri Amina lalu menarik Aisya Rose turun ke bawah.
"amboi bonda, mentang-mentang Rose tinggal dekat sini dah tak boleh berengang pula." usik Tengku Amir.
Puan Sri Amina tersenyum mendengar usikan anaknya itu.
Lalu duduk di meja makan.
"flight pukul berapa Am?" soal Tan Sri Tengku Amran sambil mencedok lauk ke pinggan nasinya.
"pukul 10 pagi esok ayah. Hope kali ni semua berjalan lancar dan this time harap kita dapat yakinkan para pelabur di sana" ujar Tengku Amir.
" i know you can do it Am. You're my son" puji Tan Sri Tengku Amran.
"insyaallah Ayah." balas Tengku Amir tersenyum.
Selesai makan malam, Aisya Rose membantu bibik mengemas walaupun ditegah oleh Puan Sri Amina.
Sementara Aisya Rose di dapur, Tengku Amir mengambil peluang untuk berbincang dengan ibu bapanya.
"hah?? Kahwin??" soal Puan Sri Amina terkejut.
"Dengan siapa? Juwita ke?" soal Tan Sri Tengku Amran pula.
" bukan... Dengan Aisya Rose" ujar Tengku Amir perlahan.
Lebar senyum Puan Sri Amina saat mendengar nama Aisya Rose meniti di bibir anak terunanya.
"bukan kamu bercinta dengan Juwita ke?" soal Tan Sri Tengku Amran.
"Am dah lama putus dengan Juwita. Dan Am dah jatuh cinta dengan Rose. Am nak jadikan Rose isteri Am. Ayah dan bonda setuju ke?" soal Tengku Amir.
"ayah dan bonda tak kisah asalkan kamu bahagia Am. Lagipun bonda memang berkenan dengan Aisya berbanding Juwita tu" ujar Puan Sri Amina.
"walaupun Rose hanya gadis kampung dan anak yatim piatu?" soal Tengku Amir.
"kamu dah lupa ke Am, bonda pun gadis asal kampung masa berkenalan dengan ayah kamu dan seperti mana ayah kamu dapat terima bonda, macam itu la juga bonda dapat terima pilihan kamu asalkan dia seornag yang baik dan boleh menjadi isteri yang baik buat kamu" ujar Puan Sri Amina lagi.
Tan Sri Tengku Amran tersenyum senang dengan kata-kata isterinya itu.
"Habis tu, kamu dah lamar Aisya belum?" soal Tan Sri Tengku Amran pula.
"Dah tapi Am bagi masa untuk Rose fikir dulu, Am balik dari jerman nanti dia akan bagi jawapan." ujar Tengku Amir.
"yang ni Bonda akan restu Am. Jangan risau, bonda akan tolong anak teruna bonda ni" ujar Puan Sri Amina membuatkan Tengku Mair tersenyum lebar.
Malam itu Aisya Rose tak dapat melelapkan matanya. Dia duduk di kerusi di tepi kolam renang di laman rumah agam itu. Dia termenung melihat kebiruan air kolam tersebut.
"tak tidur lagi?"
Tersentak Aisya Rose mendengar suara garau itu. Tengku amir mengambil tempat di kerusi sebelah Aisya Rose lalu menghulurkan paperbag sederhana kecik kepada Aisya Rose.
"ambil, saya beli untuk awak" ujar Tengku Amir.
Dengan teragak-agak Aisya Rose mengambil beg kertas tersebut lalu mengintai ke dalamnya.
"keluarkanlah..." arah Tengku Amir.
Aisya Rose menyeluk lalu mengeluarkan kotak. Kotak itu pula dibuka dan terkejut dia melihat isi dalamnya.
"Telefon?" soal Aisya Rose.
"saya nak pergi dua minggu. Dan nanti saya akan rindu awak. So saya hadiahkan telefon ni untuk awak nanti senang la kalau saya rindu saya akan call atau pun video call awak." ujar Tengku Amir tersenyum.
Dia mengambil telefon tersebut lalu menghidupkannya.
" simkad dan line dah aktif. Nombor saya pun saya dah save. Nanti saya akan call awak" ujar Tengku Amir.
Aisya Rose melihat iphone di tangannya itu.
"Tapi ni telefon mahal, saya tak ada duit nak bayar" ujar Aisya Rose serba salah.
Tengku Amir ketawa kecil.
"as i said just now, saya belikan untuk awak. Saya hadiahkan untuk awak telefon ni dan awak tak perlu bayar pun Rose"
"tapi..."
"takde tapi-tapi, kalau awak tak nak ambil, malam ni juga kita kahwin. Senang nanti dengan awak-awak sekali saya angkut bawa pergi jerman" usik Tengku Amir sambil ketawa.
Merona merah muka Aisya Rose di usik oleh lelaki itu.
"Terima kasih Tengku" ucap Aisya Rose ikhlas.
"kasih awak saya terima dengan ikhlasnya" balas Tengku Amir sambil mengenyit matanya.
Bertambah malu gadis di sebelahnya itu.
"dah lewat ni, pergi la masuk tidur." ujar Tengku Amir.
Aisya bangun dari kerusi dan saat itu Tengku Amir bersuara.
"i will miss you Rose.." ujar Tengku Amir perlahan.
Aisya Rose menunduk malu lalu menyambung langkah masuk ke dalam rumah.
Tengku Amir terus mendongak mencari bintang malam itu sambil tersenyum.
Sudah tiga hari Tengku Amir ke jerman namun lelaki itu masih menghubunginya. Iphone pemberian Tengku Amir di tenung mengharapkan skrin itu memaparkan pangilan dari Tengku Amir.
Entah kenapa dia merasa sunyi tanpa mendengar suara lelaki itu. Ini pertama kali Tengku Amir outstation sepanjang dia bekerja dengan lelaki itu. Aisya Rose mengeluh lemah.
"kenapa ni Aisya?" tegur Puan Sri Amina.
Aisya Rose membetulkan duduknya. Lalu senyuman manis diberikan kepada Puan Sri Amina.
"tak Ada apa-apa la bonda" balas Aisya Rose.
"rindu Am ke?" tebak Puan Sri Amina lagi.
Suka dia melihat wajah Aisya Rose yang lembut itu, walaupun tiada secalit mekap namun terserlah kecantikannya. Melihat Aisya Rose senyap dia tersenyum.
"Am takde call Aisya ke?" soal Puan Sri Amina.
"takde bonda. Tengku sibuk kut" balas Aisya Rose.
"Aisya..." Puan Sri Amina mengapai tangan gadis itu lalu mengenggamnya.
" Am satu-satunya anak Bonda, walaupun Aisya tengok dia seorang yang sentiasa serius dan tegas namun dia seorang yang sangat baik. Sebelum ni kalau dia bercinta tak pernah dia memikirkan hal yang lebih jauh seperti kahwin. Dan bila dia cakap yang dia nak kahwin, bonda dapat yakin yang dia betul-betul sayang dan cintakan Aisya. " ujar Puan Sri Amina lembut.
Aisya Rose tekun mendengar kata-kata Puan Sri Amina.
" Am dulu pernah dikecewakan, sejak itu hati dia keras menerima cinta. Walaupun Juwita menjadi penganti dan antara paling lama dengannya pun Am tak pernah cakap nak kahwin. Tapi Aisya dah bukakan hatinya dan bonda bersyukur Aisya hadir dalam hidupnya. Dulu dia kerap ke kelab malam, walaupun tak pernah minum arak tapi pasti dia akan bergaduh dekat situ dan ayah sentiasa kena pergi leraikan sebab itu Zack diupah untuk jadi pengawal peribadinya. Am menjadi panas baran sejak dikecewakan oleh bekas kekasihnya dulu. Tapi sejak Aisya hadir dalam hidup dia, dia sudah tidak ke kelab malam dan bonda tengok dia pun dah makin ceria. Bonda harap Aisya dapat terima Am. " sambung Puan Sri Amina.
" bonda tahu? " soal Aisya Rose terkejut.
Puan Sri Amina mengangguk kepalanya.
" sebelum Am ke jerman dia beritahu bonda dan ayah. " balas Puan Sri Amina.
" Bonda tak marah? Aisya ni orang kampung, anak yatim piatu. Belajar pun tak tinggi" ujar Aisya Rose menunduk malu.
"Aisya, sebelum kahwin dengan ayah, bonda pun gadis kampung. Anak orang miskin dan belajar pun sampai SPM sahaja. Ayah jumpa bonda masa dia masuk ke kampung bonda untuk lawat tapak projeknya. Keluarga ayah tak pernah memilih pangkat dan darjat walaupun mereka dari keluarga Tengku. Bonda lihat keikhlasan hati Ayah dan bonda jatuh cinta. Selepas kahwin ayah bagi bonda sambung belajar dan bonda yakin selepas Aisya kahwin dengan Am pasti dia akan benarkan Aisya sambung belajar. " ujar Puan Sri Amina tersenyum.
Aisya terus memeluk wanita itu.
" terima kasih bonda terima Aisya. Aisya rindukan mak Aisya. Boleh Aisya peluk bonda lama" ujar Aisya Rose.
"boleh sayang. Anggap bonda seperti ibu Aisya sendiri, bonda harap Aisya boleh bahagiakan Am, boleh sayang?" puan Sri Amina membalas pelukan itu. Saat melihat respon Aisya dia tersenyum senang.
.
.
.
.
.
.
.
Saat Aisya Rose baru habis berdoa, telefon bimbitnya berbunyi. Laju dia mencapai telefonnya dan bersinar matanya saat melihat nama pemanggil. Butang hijau di tekan.
"Hi Rose...." bunyi suara garau yang dia rindui itu.
"Assalamualaikum Tengku..." balas Aisya Rose.
Terdengar suara ketawa kecil di sebelah sana.
"waalaikumusalam.. I miss you so much Rose" balas Tengku Amir.
Merona merah wajah Aisya Rose saat itu.
"Erm... Terima kasih, Tengku apa khabar?" soal Aisya Rose.
"Sihat... Sorry, dah seminggu baru saya call awak. Terlalu sibuk sampai nak curi masa sekejap pun tak sempat" ujar Tengku Amir. Dalam diam dia mengharapkan Aisya Rose membalas rindunya.
"Tengku jaga kesihatan juga. Nanti jatuh sakit pula" ujar Aisya Rose.
Tengku Amir dah tersenyum.
"I will Rose..so awak tengah buat apa sekarang?" soal Tengku Amir pula.
"baru siap solat subuh. Kejap lagi bonda ajak saya ke pasar, hari ni bonda nak masak special sebab bonda cakap sepupu Tengku nak datang. " ujar Aisya Rose.
"Sepupu? Siapa?" soal Tengku Amir pula.
"errr... Nama apa ek..jap, ermm Tengku Qaliff dan isterinya." jawab Aisya Rose.
"Owh... Qaliff dan Dahlia. Qabil tak datang sekali ke?" soal Tengku Amir.
Lama dia tak bertemu dengan sepupunya itu. Last jumpa ketika perkahwinan Tengku Qabil dulu.
"tak pasti, tapi bonda cakap sekeluarga. Mungkin semua datang kot." jawab Aisya Rose.
"Rose...." panggil Tengku Amir.
"err... Ya?"
"awak dah ada jawapan?" soal Tengku Amir berdebar.
"erm... Dah, saya tunggu Tengku balik dan saya akan beritahu keputusan saya" ujar Aisya Rose segan.
" saya harap jawapan itu menggembirakan saya Rose.." balas Tengku Amir.
"Inshaallah Tengku, saya tunggu Tengku balik dan saya harap Tengku dapat menerimanya ya?" balas Aisya Rose.
Terus berdebar-debar jantung Tengku Amir mendengar ayat terakhir gadis itu.
"saya akan terima dengan hati yang rela..okay la saya nak rehat sekejap. Nanti saya call lagi ya" ujar Tengku Amir.
"baiklah... Assalamualaikum Tengku"
"waalaikumusalam Rose..."
"errr... Tengku" panggil Aisya Rose tiba-tiba saat Tengku Amir ingin menamatkan panggilan.
"ya Rose....."
" i miss you too" terus panggilan itu terputus.
Terkebil-kebil Tengku Amir melihat skrin telefonnya. Untuk seketika senyumannya sampai ke telinga apabila dia menangkap butir bicara gadis itu.
"i miss you moree Rose..." bisik Tengku Amir gembira.
Aisya Rose tersenyum melihat Puan Sri Amina sedang mencantas daun-daun rosak pada pokok bunga kesayangan wanita itu. Tan Sri Tengku Amran pula sibuk melihat ipad di tangannya. Aisya meletakkan dulang air ke meja.
" Ayah, jemput minum. Ni ada kuih sikit" ujar Aisya Rose menyua secawan teh kepada Tan Sri Tengku Amran.
"Bonda, mari minum dulu." ajak Aisya Rose.
Puan Sri Amina tersenyum lalu menghampiri lalu duduk di sebelah suaminya.
"Bang, Am balik lusa kan?" soal Puan Sri Amina.
"ikut perancangannya begitu la. Lagipun dia ada call abang yang urusan dekat sana hampir selesai" balas Tan Sri Tengku Amran pula.
"Ina rasa lepas Am balik, boleh la kita teruskan rancangan kita tu" ujar Puan Sri Amina sambil tersenyum melihat Aisya Rose tersipu malu.
"abang ikut je..." jawab Tan Sri Tengku Amran pula.
"Am ada call Aisya ke?" soal Puan Sri Amina pula.
"ada, dua hari lepas tapi tak sempt borak lam sebab Tengku sibuk" balas Aisya Rose tersenyum.
"tak sabar bonda nak tunggu Am balik.." balas puan sri Amina tersenyum.
Malam itu, Saat sedang menghidang makanan dimeja, pintu rumahnya berbunyi.
"Takpe bik, biar Aisya pergi buka." ujar Aisya Rose.
Saat itu dia bertembung dengan Puan Sri Amina dan Tan Sri Tengku Amran yang baru turun dari tingkat atas.
"nak pergi mana Aisya?" soal Puan Sri Amina.
"nak pergi buka pintu, ada orang datang bonda" ujar Aisya Rose.
"siapa pula yang datang masa ni?" soal Tan Sri Tengku Amran pelik.
Aisya Rose melangkah ke pintu dan saat pintu di buka, terkedu dia melihat figura di depannya itu.
"Assalamualaikum..." ujarnya sambil tersenyum.
"waa... Waalaikumusalam..." balas Aisya Rose masih dalam riak terkejut.
"siapa tu Aisya.." soal Puan Sri Amina.
Aisya Rose melebarkan pintu rumah dan terjengul wajah Tengku Amir yang sedang tersengih.
"bertuah punya anak, kata balik lusa??" bebel Puan Sri Amina.
"dah kerja siap awal, Am balik awal la bonda" balas Tengku Amir lalu memeluk ibunya itu.
"dah-dah, jom kita pergi makan" Tan Sri Tengku Amran pantas mengajak semuanya ke ruang makan.
Aisya Rose perlahan-lahan berjalan mengikut langkah semua dan saat itu Tengku Amir menyainginya.
"miss me, my princess??" bisik Tengku Amir lalu mengenyit matanya.
Merona merah wajah Aisya Rose saat itu. Ketawa besar Tengku Amir melihat wajah gadis yang dia cinta itu lalu melajukan langkahnya.
Aisya Rose tersenyum senang melihat Tengku Amir tertawa itu. 'yes, i miss you my tengku' desis Hatinya.
Tengku Amir menghampiri Aisya Rose yang sedang duduk di gazebo, lalu dia melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.
"jauh termenung..." tegurnya.
Aisya Rose menoleh lalu tersenyum.
"Tengku Tak rehat ke? Kan baru sampai." soal Aisya Rose
"jetlag...lagipun saya dah puas tidur dalam flight. So sekarang ni ada hal yang lagi penting untuk saya tahu" ujar Tengku Amir sambil merenung ke mata Aisya Rose.
Aisya menunduk kepalanya. Malu untuk terus direnung lelaki itu.
"Can i get the answer now?" soal Tengku Amir.
"erm.. Sebenarnya saya malu dengan Tengku, kita bagai langit dan bumi. Saya takut saya tak serasi dengan Tengku. Saya orang kampung dan tiada pelajaran.. Saya takut orang akan pandang serong dekat Tengku sebab ada isteri macam saya"
"Rose... Saya tak pandang semua tu, dan hati saya ingin memilikki awak dalam erti yang sebenar. Trust me, saya betul-betul cintakan awak Rose. Izinkan saya menjadi suami awak dunia dan akhirat. I never feel like this before, i love you so much Rose... Please be my wife" pinta Tengku Amir lalu kotak baldu di dalam poket seluarnya di ambil dan dibuka, sebentuk cincin bertatahkan berlian di sua kepada Aisya Rose.
Terpana Aisya Rose saat itu.
"Aisya Rose, sudikah awak menjadi isteri Tengku Amir??" soal Tengku Amir mengharap.
Aisya Rose merenung ke dalam mata Tengku Amir.
"awak janji takkan tinggalkan saya? Akan jaga saya sampai bila-bila? Akan lindungi saya? " soal Aisya Rose.
Tengku Amir mengangguk.
"with all my heart, my princess" balas Tengku Amir romantik.
Aisya Rose menunduk kepalanya.
"Tapi jawapan saya tetap...."
Berubah wajah Tengku Amir saat itu.
Jeng jeng jeng..... Pst: sape ingat lagi Tengku Qaliff X Dahlia?? Tengku Qabil X Jannah.. Huhu
Share this novel