"Hai handsome boy" ujar Hana lalu mendukung Tengku Arman.
Aisya Rose tersenyum saat anaknya mengekek ketawa saat di geletek Hana.
" mentua kau tahu tak kau dah balik?" soal Hana lagi.
" Dah, aku dah inform mereka semalam. Diorang nak datang jemput aku yang tak bagi sebab kau tau la kan. Aku tak nak nanti dia tu tahu aku dah balik" ujar Aisya Rose.
" urmm patutlah Aunty Amina suruh aku bawa kau pergi rumah dia. Kau jangan risau, dia tu takde. Aunty cakap dia pergi Singapore seminggu, ada business trip katanya. Wah... makin cantik kau sekarang. Apa kau makan dekat Brisbane sana hah?"gurau Hana.
" ada-ada je kau ni. Dah jom aku dah tak sabar nak makan masakan bonda, mesti bonda dah masak macam-macam" ujar Aisya Rose.
" dahlah, jom mesti Arman tak sabar nak jumpa nenda dia kan sayang" ujar Hana sambil mencium pipi Tengku Arman.
Aisya Rose tersenyum. Walaupun baru pertama kali mereka berdua berjumpa namun anaknya seakan mengenali sahabatnya itu. Hari- hari skype mau tak kenal.
Selama dia di sana juga mentuanya tak lekang dari membantunya termasuk ketika dia ingin melahirkan anaknya ibu mentuanya sanggup datang menemaninya. Sedar tak sedar sudah empat tahun dia meninggalkan bumi Malaysia, dan juga kenangan pahitnya di situ. Dia nekad untuk lupakan segala kepahitan yang dilalui. Nama Lelaki itu sudah dia tanam ke sudut yang paling dalam dan tak mungkin dia akan bukakan hatinya kembali.
Aisya Rose mengikut langkah Hana yang sedang mendukung anaknya itu.
"enda...." jerit Tengku Arman dalam pelatnya.
Puan Sri Amina terus memeluk cucu kesayangannya itu. Aisya Rose menyalami ibu bapa mentuanya.
" maaflah, bukan Aisya tak bagi ayah dan bonda jemput tapi dh suruh Hana jemput Aisya" ujar Aisya Rose.
" takpe, lagipun bonda dah mesej Hana suruh terus bawa ke sini. Aisya tidur sini yer malam ni?jangan risau, Am takde, dia dah 4 hari pergi Singapore. Ada business trip, lagi 3 hari baru balik" ujar puan Sri Amina seakan tahu gundah hatinya.
" boleh bonda tapi pagi lusa Aisya nak balik rumah Hana ya?"soal Aisya Rose.
" boleh Aisya, janji Aisya sudi bermalam di rumah ni pun bonda dah gembira. Cucu nenda mari sini sayang. Rindunya dekat prince nenda ni" ujar Puan Sri Amina memanggil cucunya yang sedang bergurau dengan Atoknya, Tan Sri Tengku Amran.
" amboi, bukan nenda aje yang rindukan Arman, atuk ni lagi rindukan Arman." perli Tan Sri Tengku Amran mengundang tawa semua yang ada di situ.
Malam itu meriah meja makan dengan celoteh Tengku Arman, Tan Sri Tengku Amran gembira melayan cucunya itu.
Selesai makan, mereka sekeluarga berehat di ruang tamu. Tiba-tiba telefon bimbit Puan Sri Amina berbunyi. Terkedu dia melihat nama pemanggil.
"assalamualaikum bonda.."
"waalaikumusalam Am,."
Aisya Rose mengerling sekilas ibu mentuanya.
"bonda buat apa? Ni Am nak tanya bonda ada nak apa- apa ke dari Singapore?" tanya Tengku Amir.
"takde buat apa-apa, tengah rehat-rehat je. Am dah balik hotel ke?"
"haah, baru dapat baring ni" jawab Tengku Amir.
"bonda takde nak apa-apa pun..tak teringin apa-apa dari sana pun" ujar Puan Sri Amina lagi.
"takpe la kalau macam tu.."
"Atuk! Catch this ball!!" tiba-tiba Tengku Arman menjerit kepada atuknya.
"suara siapa tu bonda? Siapa yang datang?" soal Tengku Amir seakan mendengar suara kanak-kanak.
"err... Mana ada orang datang, suara tv tu" ujar Puan Sri Amina dalam debar.
"takpelah Am nak rehat. Kirim salam dekat ayah ya Bonda. Assalamualaikum"
"waalaikumusalam" jawab Puan Sri Amina lalu menamatkan panggilan.
Aisya Rose tersenyum nipis memandang Puan Sri Amina.
Puan Sri Amina mendekati Aisya Rose yang sedang termenung di gazebo. Tengku Arman pula sudah mengikut atuknya keluar berjalan-jalan.
"Aisya..."
Aisya Rose menoleh. Dia tersenyum kepada ibu mentuanya.
"bonda nak apa-apa ke? Biar Aisya ambilkan" soal Aisya Rose.
"takde pape, bonda nak cakap sikit dengan Aisya boleh?" soal Puan Sri Amina.
"boleh bonda," ujar Aisya Rose lalu duduk rapat lalu mengenggam tangan ibu mentuanya.
"bila Aisya nak beritahu Am tentang Arman? Dah empat tahun berlalu. Bonda takut dia tak dapat menerimanya nanti." soal Puan Sri Amina.
"bonda jangan risau, suatu hari nanti Tengku Amir akan tahu tentang Arman, Aisya sendiri akan kenalkan Arman kepada daddynya" ujar Aisya Rose.
"dan dah tiba masanya dia lepaskan Aisya" sambung Aisya Rose lagi.
"Aisya, bonda tahu Am memang salah sebelum ni tapi Aisya rasa perpisahan ni akan menggembirakan hati Aisya ke? Macam mana dengan Arman?"
"bonda, empat tahun Aisya menahan rasa ni, Aisya bagi peluang untuk Tengku Amir jumpa Aisya tapi dia tak pernah muncul dan tempoh empat tahun yang Aisya berikan terlalu lama seakan dia dah lupakan siapa Aisya baginya. Cukup la dia menerima Arman sebagai anak dia walaupun dia tak pernah ambil tahu tentang Aisya. " ujar Aisya Rose menahan sebak.
" Aisya rasa mungkin kami berdua memang tak ada jodoh. Walaupun perpisahan kami akan membuatkan Arman sedih tapi Aisya takkan buatkan Arman rasa kurang kasih sayang ibu bapanya. Maafkan Aisya bonda, Aisya dah tak mampu nak tanggung lagi. Ia sangat membebankan Aisya" ujar Aisya lalu dipeluk Puan Sri Amina.
"maafkan bonda kalau bonda memaksa Aisya. Walau apapun yang bakal terjadi, aisya tetap anak bonda" ujar Puan Sri Amina.
.
.
.
.
.
.
Tengku Amir melangkah masuk, penatnya hanya tuhan yang tahu. Mujurlah perbincangan itu mendapat persetujuan awal dari pihak klien.
Entah kenapa dia sangat ingin pulang awal. Tiba di tangga, saat ingin melangkah dia mendengar gelak tawa ibu bapanya berselang seli dengan gelak tawa kanak- kanak.
Entah kenapa dia begitu tertarik saat mendengar gelak ketawa kanak-kanak itu. Dia menukar langkah kakinya ke arah kolam renang yang berada di belakang rumahnya. Dari jauh dia melihat bondanya duduk membelakanginya di tepi kolam renang bersama seorang perempuan manakala ayahnya sedang memegang kanak- kanak yang sedang ketawa comel sambil tangannya bermain dengan air. Tiba- tiba...
" Arman sayang, jangan buat macam tu dekat atuk"
Suara itu!! Suara yang sudah 4 tahun tak didengarinya. Dia mendekati.
"bonda?" panggil Tengku Amir.
Mati senyuman semua yang berada di situ kecuali Tengku Arman yang tiba- tiba menjerit
" Daddy!!" sebut kanak- kanak itu pelat.
Tengku Amir merenung wanita itu. 4 tahun menghilang,dia semakin cantik dan matang namun matanya tak menunjukkan kebahagiaan. Ingin saja dia memeluk tubuh itu namun dia tahu isterinya itu takkan suka. Dia beralih pula ke arah kanak- kanak lelaki yang berada di pangkuan bondanya dan tiba- tiba berlari ke arah playmat, kanak- kanak yang tadi merenggek ingin didukung olehnya. Seiras wajahnya.
" Bukan ke Am balik esok ke?"soal Tan Sri Tengku Amran.
" sepatutnya. Tapi klien buat persetujuan awal, Am ambil flight awal sehari" ujar Tengku Amir. Matanya tak lepas memandang Aisya Rose yang duduk bertentangan dengannya.
Aisya Rose hanya beriak kosong. Tak ambil peduli dengan perbualan itu. Menyesal dia tidak pulang awal ke rumah sewa Hana. Kalau tak dia takkan bertembung dengan Tengku Amir.
" bonda, tu siapa?" soal Tengku Amir sambil merenung Tengku Arman yang sedang bermain di hujung sudut.
Firasat hatinya menyatakan tu anaknya kerana wajahnya betul- betul seiras dengannya.
" Tu anak. .." belum sempat Puan Sri Amina menghabiskan kata- katanya, aisya Rose memotong.
" anak saya!" ujar Aisya Rose.
"anak awak bermakna anak saya juga la kan? " soal Tengku Amir.
" itu Tengku Arman, anak Am dan Aisya." ujar Tan Sri Tengku Amran.
Tengku Amir menoleh melihat anaknya. Bagai tahu bapanya sedang memandangnya, Tengku Arman laju berlari ke arah daddynya.
Tubuh kecil itu dipeluk erat. Dia mencium pipi anaknya itu.
" daddy, i miss you so much. Mummy always told me that you works and stay far from us. Please daddy, dont leave us anymore. I don't want you make mummy cry. Pelase" ujar Tengku Arman perlahan.
"i won't sayang. I will never leave you and mummy again" balas Tengku Amir sebak.
Aisya Rose hanya memandang anaknya. Tipu la jika dia tak merasa sedih mendengar anaknya berkata begitu. Saat pandangan matanya bertembung dengan Tengku Amir, laju dia melarikan matanya.
Tengku Amir bangun lalu laju Tengku Arman bertanya.
"where are going daddy?"
Tengku Amir mendukung anaknya.
"jom ikut daddy naik ke bilik, i got something for you" ujar Tengku Amir.
Laju anaknya memeluk lehernya.
Aisya Rose yang melihat sudah tidak senang duduk, dari cara Arman, sudah pasti kerinduan terhadapa bapanya itu akan mengukarkannya untuk bawa anaknya pergi.
" biarkan dia Rose. Bagi dia rasa indahnya kurniaan seorang anak dari isteri yang banyak berkorban untuknya. dia akan rasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan dulu." pujuk puan Sri Amina.
Aisya Rose hanya tersenyum nipis mendengarnya.
"Bonda, boleh ambil Arman tak? Rose dah nak pergi rumah Hana ni" pinta Aisya Rose.
"betul ke Aisya tak nak tinggal di sini?“ soal Puan Sri Amina.
Aisya Rose menggeleng.
" Terima kasih bonda tapi berikan Aisya masa ya"
"Baiklah, tunggu sekejap Bonda tengok dia dalam bilik Am"
Saat Puan Sri Amina ingin menaiki tangga, Tengku Amir sudah melangkah turun ke bawah.
"Bonda nak kemana?"
"nak ambil Arman," jawab puan Sri Amina.
" mana Arman?" soal Aisya Rose datang menerpa.
"Tidur dalam bilik" jawab Tengku Amir selamba.
" saya ambil sekejap" ujar Aisya Rose sambil melangkah namun ditahan Tengku Amir.
" nak ambil Arman, nak bawa ke mana? " soal Tengku Amir.
" saya nak anak saya dan sekarang saya nak balik rumah sewa saya!"Aisya Rose cuba menahan rasa mendengar pertanyaan lelaki itu.
Puan Sri Amina cuba menenangkan menantunya.
"Arman anak abang juga. Apa salahnya kalau Rose dan Arman tinggal di sini? Kenapa perlu ke rumah sewa Hana? Abang tak izinkan Rose dan Arman keluar dari rumah ni. Jangan lupa abang masih suami Rose, cukup la 4 tahun Rose pisahkan abang dengan Arman" ujar Tengku Amir.
Aisya Rose mengeletar menahan marah. Dia tersenyum sinis saat mendengar kata-kata terakhir lelaki itu.
Ikutkan hati mahu saja dia membalas kata-kata lelaki itu namun dia masih menghormati ibu mentuanya yang berada di sebelah. Tanpa sepatah kata dia terus berlalu masuk ke bilik tetamu.
"kenapa Am masih nak sakitkan hati Aisya. Tak cukup lagi ke empat tahun Am buat Aisya merana?" ujar Puan Sri Amina terkilan.
"maaf bonda, ini je cara untuk Am tak nak bagi Rose pergi lagi. Am tahu Am salah, dan Am nak gunakan peluang yang ada ni untuk Am tebus balik salah Am pada Rose. Am tak nak kehilangan Rose buat kali kedua." ujar Tengku Amir.
"tapi cara Am ni akan buat Aisya bertambah marah. Cuba la berbincang elok-elok. Aisya tu banyak terluka. Ya, Bonda dan ayah selalu cakap yang kami bercuti tapi sebenarnya kami selalu jenguk Aisya di Brisbane. Masa bonda tak ada sebulan, bonda pergi jaga Aisya berpantang. Walaupun Aisya nampak kuat tapi bonda tahu dia memerlukan Am sebagai suami dia. Tapi Am sia-siakan peluang tu. Entah la, bonda tak tahu nak cakap apa dah dengan kamu ni" ujar Puan Sri Amina lalu meninggalkan Tengku Amir disitu.
"Am tak pernah sia-siakan peluang bonda, cuma Am hanya mampu melihat isteri Am dari jauh. Hanya dapat melihat dari jauh anak Am membesar. Kenapa Am tak nak ceraikan Rose? Sebab Am tak sanggup kehilangannya. Memang Am pentingkan diri sendiri tapi itu lebih baik dari melepaskan Rose pergi" bisik Tengku Amir perlahan. Hanya dapat di dengari oleh dirinya sahaja.
'abang akan tebus dosa abang pada Rose. Cukuplah empat tahun abang hanya jadi pemerhati sayang dari jauh. Bukan abang tak pedulikan Rose tapi abang malu untuk muncul, abang malu dengan kebodohan diri abang yang buatkan Rose menangis.' bisik hatinya lagi.
Dia yang berada di tepi kolam renang itu mengeluh perlahan. Teringat perbualannya bersama anaknya tadi.
"come sit here, daddy want to get your presents." ujar Tengku Amir lalu meletakkan anaknya di atas katil.
Dia masuk ke walk in closet dan seketika dia keluar semula bersama beberapa bungkusan hadiah yang berbalut kemas.
Bersinar mata Tengku Arman saat melihat bapanya meletakkan hadiah didepannya.
" so this is your present for your each birthday. Daddy minta maaf sebab tak dapat bagi hadiah ni pada Arman sebelum ni sebab daddy kerja" ujar Tengku Amir.
Tersenyum dia melihat anaknya yang terpingga-pingga cuba memahami bahasa melayu. Aihhh... Begini la kalau dah lahir di oversea.
"thank you daddy. Can i open it?" soal Tengku Arman.
"of course my son. That yours"
Tengku Arman teruja membuka hadiah tersebut.
"Arman, can daddy ask you something?" soal Tengku Arman.
"yes you can daddy" balas Tengku Arman sambil mengoyak pembungkus hadiah.
"it's true that mommy always cried?"
"yes daddy, but when in front of me, she will pretend that she's not. But i know mommy always cried when look at your photo" ujar Tengku Arman. Tangannya sudah berhenti membuka hadiah lalu dia memeluk bapanya.
" i love you daddy. Please don't leave us. I love mommy too, i want mommy happy. I will be a good boy so that mommy can smile everday" ujar Tengku Arman mengundang sebak di hati Tengku Amir.
"i will sayang. I love mommy so much. And daddy love you too" ucap Tengku Amir.
"can i sleep with you tonight daddy?" soal Tengku Arman.
"Sure. But what about mommy?"
"mommy will sleep here also. So we will be one happy family" jerit Tengku Arman.
Tersenyum Tengku Amir melihat gelagat anaknya itu.
Tengku Amir tersenyum. Dalam duk bermain dengan mainan, anaknya akhirnya terlelap. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan saat itu dia terpandang pintu bilik tetamu yang diduduki isterinya. Sudah tidurkah isterinya? Dia mendekati bilik itu dan tangan diangkat mengetuk bilik itu. Namun tiada reaksi dari dalam. Setelah beberapa kali mencuba, dia mengalah.
'abang akan cuba pinta kemaafan dari sayang' bisik hatinya.
Akhirnya dia melangkah ke biliknya.
'
Hi CE bersiaran malam ni, memandang takde effect after vaccine, (alhamdulillah) so CE dapat siapkan satu chapter lagi... So terjwb la sudah kenapa TA tak cuba pjuk Rose...so kita tgk sekeras mana hati Rose utk terus menolak TA.. CE geram dgn Tengku Arman, soo cute..korang boleh imagine mana2 bdk cute sbgai Arman k.. Bonda always be at Rose's side kn...
Share this novel