Dia mengetuk bilik anak terunanya itu. Habya beberapa kali ketuk terjengul wajah anak sulungnya yang berusia 10 tahun itu.
"Bagus anak teruna mommy, kejutkan Kashah sekali ya. Mommy nak kejut Amna sekejap" ujar Aisya Rose.
Melihat Tengku Arman mengangguk kepalanya dia berlalu ke bilik anak daranya pula. Bilik itu dibuka lalu dia melihat anak daranya itu tengah tidur dengan pulasnya. Walaupun baru berusia lima tahun tapi semangatnya ingin berpuasa sehingga berkali-kali dipesan agar kejutkan sahur.
"Amna... Bangun sahur sayang" kejut Aisya Rose sambil menepuk bahu anaknya.
Tengku Amna Mawar mengeliat malas.
"Amna dah kenyang la mommy" ujarnya sambil mata terpejam.
Aisya Rose menggeleng kepalanya.
"jom bangun, mommy dukung ya, Mawar anak yang baik kan" bodek Aisya Rose.
Dia tahu anak daranya itu sangat suka dia memanggil dengan nama Mawar. Laju Tangan kecil itu dihulurkan kepada mommynya. Dia turun ke bawah sambil mendukung Amna.
Sampai di bawah dia melihat Arman sudah bersedia untuk bersahur, saat mata dialihkan kepada anak ketiganya dia tersenyum. Akashah sudah terlangkup muka ke pinggan kosong depannya. Ibu bapa mentuanya baru sahaja masuk ke ruang makan itu, setelah membasuh muka Amna, dia meletakkan anaknya ke meja makan.
Saat itu Tengku Amir masuk sambil mendukung Tengku Ayla Lily anak keempatnya yang berusia satu tahun.
"bulatnya mata. Nak sahur dengan abang dan kakak ya sayang" agah Aisya Rose sambil mengambil anaknya dari dukungan suaminya. Aisya Rose duduk bersebelahan suaminya.
"so, siapa nak baca doa? Arman boleh?" soal Tab Sri Tengku Amran melirik ke arah cucu sulungnya.
"boleh atuk." Tengku Arman mengangkat tangan lalu doa makan dibaca dengan lancar sekali.
Mereka sekeluarga bersahur dengan meriah sekali dan si kembar yang tadinya mengantuk mula segar saat atuk dan nendanya mula melayan.
"sayang, aaa..." Tengku Amir menyua tangan yang berisi nasi ke mulut isterinya.
"abang makan la dulu, nanti Rose makan."
"takpe, sayang kan tengah riba Ayla. Biar abang suap sayang"
Terus Aisya Rose membuka mulutnya. Saat dia mengunyah, matanya menangkap pandangan Tengku Arman yang ralit melihat aksi ibu bapanya.
Aisya Rose tersenyum manis.
"Mom,"
Aisya Rose yang sedang menyusu badan Ayla itu menoleh ke arah pintu biliknya. Di lihat Tengku Arman sedang berdiri memandangnya.
Dia membetulkan bajunya lalu Ayla yang sudah ketiduran itu di letak ke dalam baby cot.
Dia mengamit Tengku Arman agar mendekatinya.
"kenapa sayang?" soal Aisya Rose.
"mom, janji dengan Arman yang mommy dan daddy takkan berpisah?" ujar Tengku Arman.
Berubah riak wajah Aisya Rose saat itu.
"kenapa Arman cakap macam tu? Ada yang Arman nak share dengan mommy ke?" soal Aisya Rose.
"kawan Arman, his parents got divorce. Setiap hari dia nangis dekat sekolah. Dia cakap mama papa dia asyik bergaduh then one day, his dad move out from the house"
Tengku Arman terdiam sekejap.
"i don't want mommy and daddy separate like his parent. I don't wanna cry everday." sambung Tengku Arman lagi sambil menangis.
Terus Aisya Rose memeluk anak sulungnya itu. Berbanding adik beradiknya yang lain, Arman lebih pandai membawa diri dan dia juga cepat faham bila melihat sesuatu situasi.
" Sayang, jangan sedih, mommy dan daddy sayang satu sama lain dan anak-anak kami. Arman, Amna, Kashah dan Ayla nyawa mommy daddy. Arman doa banyak-banyak semoga Allah melindungi dan merahmati keluarga kita okay. Arman juga doa agar keluarga kawan Arman bersatu kembali. Jangan lupa bagi semangat dekat kawan Arman. Berbuat baik pada orang yang dalam kesusahan, ingat tu" ujar Aisya Rose.
Tengku Arman mengangguk.
"okay mommy, Arman sayang mommy daddy!" ujarnya lalu memeluk erat mommynya.
"daddy pun sayang anak-anak daddy" sapa satu suara.
Aisya Rose tersenyum melihat Tengku Amir sedang berdiri di muka pintu bilik. Suaminya itu melangkah mendekati mereka berdua lalu dia melakukan rutin mencium dahi isterinya. Pipi Tengku Arman juga di cium kasih.
"kenapa puasa-puasa ni nangis? Nanti makruh puasa."soal Tengku Amir.
" maaf daddy" ujar Tengku Arman.
"dah, jangan fikir bukan-bukan, mommy dan daddy akan sentiasa ada untuk anak-anak daddy ni" ujar Tengku Amir sambil memeluk bahu isterinya.
Tengku Arman dilihat tersenyum lebar.
"dah, daddy nak mandi. Kejap lagi nak ikut daddy pergi bazar ramadhan tak?"
"Nak!!!"
Tiba-tiba muncul si kembar entah dari mana. Pecah ketawa mereka sekeluarga di dalam bilik itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aisya Rose membantu ibu mentuanya masak untuk juadah berbuka puasa dan saat itu kelihatan anak-anaknya masuk bersama beberapa plastik makanan di tangan mereka.
"banyaknya makanan, habis ke nanti?" soal Puan Sri Amina.
"Habis nenda. Kami beli kuih je. Daddy tak bagi beli lauk sebab daddy cakap nenda dan mommy masak lagi sedap" ujar Tengku Arman.
Aisya Rose tersenyum.
"Mana daddy?" soal Aisya Rose.
"ada tengah on call dengan kawan." balas Tengku Amna Mawar pula.
Aisya Rose mencari kelibat suaminya. Saat itu dia terpandang suaminya sedang bercakap di telefon. Dia mendekati suaminya itu dan saat mendekat dia dapat mendengar butir bicara suaminya itu.
" ya Cik Rissa, i appreciate it."
......
"Hahaha... Kalau macam tu tak perlu panggil i Dato bagai.. Just call me Amir."
........
"anything Rissa, i ada jika you perlukan pertolongan"
Berubah riak wajah Aisya Rose saat itu. Terdetik rasa cemburu di hatinya. Sejak dia melahirkan kembar, dia sudah tidak bekerja di syarikat bersama suaminya lagi. Dia sepenuhnya menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya. Dan apabila dia mendengar perbualan mesra suaminya dengan wanita lain. Rasa cemburu itu muncul tanpa di minta.
Tengku Amir menoleh ke belakang dan saat itu dia melihat isterinya berdiri tidak jauh darinya.
"okay i got to go, anything just proceed with joanne, she will manage our meeting. Selamat berbuka. Assalamualaikum "
Tengku Amir mematikan panggilan lalu mendekati isterinya.
"sayang??"
Tersentak Aisya Rose saat itu. Senyuman diberikan kepada suaminya namun nampak tawar.
"jom abang, dah nak berbuka dah ni" ajak Aisya Rose sambil berlalu.
Tengku Amir yang tak perasan akan gelodak hati isterinya hanya mengikut langkah ke ruang makan.
Aisya Rose meletakkan Tengku Ayla lily ke baby cot. Perlahan-lahan dia menuju ke katil, saat itu dia terpandang telefon suaminya yang bernyala nenandakan ada mesej masuk. Dia memandang dan saat itu dia terpaku.
**Client Rissa**
- thanks Amir for the give, appreciate it. Pandai you pilih sesuai dengan i
Sejak beberapa minggu ini kerap dia melihat Rissa berhubung dengan suaminya. Saat itu dia mendengar pintu bilik air dibuka laju dia meletakkan kembali telefon milik suaminya lalu dia berpura-pura baring. Saat itu dia melihat Tengku Amir menjeling sekilas telefonnya lalu dia merebahkan badannya ke katil. Dalam Aisya Rose mencuri lihat, Tengku Amir memeluk pinggangnya erat.
"how your day sayang? I miss you and our childs so much" bisik Tengku Amir sambil mengucup pipi isterinya.
Aisya Rose membuka matanya.
"okay macam biasa. Abang macam mana?"
"penat sikit since ada klien baru. Sayang, ingat tak dulu abang pernah cakap yang nak hadiahkan baju raya untuk staff tahun ni, abang dah bagi dekat diaorang dengan niat sedekah atas nama ayah dan ibu sayang. Dekat klien abang pun bagi sekali" ujar Tengku Amir sambil mengelus pipi gebu isterinya.
Terharu Aisya Rose mendengar, dia berdosa saat mula menuduh suaminya dalam diam.
"abang... Rose minta maaf" ujar Aisya Rose
"kenapa pula sayang minta maaf?" soal Tengku Amir.
"Rose terbaca mesej dekat telefon abang tadi. Dari Rissa, Rose dah fikir bukan-bukan tadi. Malah Rose dah mula rasa sangsi sejak Rissa tu asyik hubungi abang" ujar Aisya Rose.
Tengku Amir mengeratkan pelukan.
"sorry kalau buat sayang salah sangka, Rissa hanya client abang tak lebih dari tu. Sayang, setelah hampir sebelas tahun kita kahwin, abang takkan duakan sayang yang banyak berkorban lahirkan anak-anak kita. You're my priority sayang. Tadi abang baca mesej tu pun terus delete dan tak rasa nak balas pun. Rissa banyak mesej abang tapi hal kerja sahaja. Dia pun sudah bertunang dan akan kahwin tak lama lagi. Trust me, cukup la enam tahun lepas abang kehilangan sayang. Abang dah tak sanggup untuk kali kedua. " luah Tengku Amir jujur.
" i love you abang...terima kasih setia dengan Rose walaupun Rose dah tak secantik dulu" ujar Aisya Rose
" i love you more sayang... Siapa cakap sayang dah tak cantik, kalau sayang nak tahu, sayang makin lama makin cantik, makin seksi. Geram abang! Kalau sayang tak cantik, takdenya anak kita sampai empat orang." usik Tengku Amir.
Membahang wajah Aisya Rose saat itu.
" lagipun sayang, kata-kata Arman yang dia luahkan dekat sayang hari tu abang ingat sebagai peringatan. Abang takkan lakukan kebodohan yang akan musnahkan kebahagiaan sayang dan anak-anak. I love all of you so much. Remember that" ujar Tengku Amir sambil mengucup bibir isterinya.
"thank you abang. I love you too".
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Arman! Amna! Kashah! Cepat sayang... Kita nak beraya ni" jerit Aisya Rose memanggil anak-anaknya.
Dilihat tiga beradik itu terkocoh-kocoh turun tangga. Arman dengan sampin di tangan, Amna dengan headband di tangan, Akashah dengan songkok senget. Mengggeleng kepala dia saat itu. Tengku Amir yang sedang mendukung Ayla tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
"Mommy!!!"
Ketiga-tiga beradik itu menjerit mencari mommynya.
Masing-masing berbaris meminta Aisya Rose menyiapkan mereka. Meriah banglo milik Tan Sri Tengku Amran pagi itu.
"Selamat hari raya Atuk, Nenda. Maaf zahir batin" ucap Tengku Arman sambil bersalam dengan Tan Sri Tengku Amran dan Puan Sri Amina.
Aksi itu diikuti oleh adik-adiknya yang lain.
"nah, duit raya untuk cucu-cucu atuk dan nenda" ujar Tan Sri Tengku Amran lalu menghulurkan sampul raya buat cucunya.
"Yeay!! Dapat duit raya!!" sorak mereka bertiga.
"i got three hundred abang!" jerit Tengku Akashah sambil menunjukkan duit tersebut kepada abangnya.
"we all got the same, Kashah" balas Tengku Amna lily menyampah.
Riuh gelak ketawa seisi keluarga itu. Tengku Amir tersenyum, tak menyangka yang dia akan memilikki keluarga besar begini. Dia bahagia dan bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.
"Selamat hari raya abang, ampunkan dosa-dosa Rose. Rose sayang abang sangat-sangat" ucap Aisya Rose sambil tunjuk menyalami tangan suaminya.
"Selamat hari raya sayang. Abang ampunkan dosa-dosa sayang walaupun tiada dosa sayang dengan abang. I love you. Thank you for alway be beside me" ujar Tengku Amir lalu mengucup dahi isterinya syahdu.
"Mommy, daddy! Jom ambil gambar family!" laung Tengku Arman.
Aisya Rose dan Tengku Amir menghampiri ibu bapa dan anak-anaknya. Tan Sri Tengku Amran duduk bersama Puan Sri Amina, manakala Tengku Arman duduk diantara atuk dan nenda mereka dan si kembar pula duduk di sebelah lagi atuk dan nendanya. Tengku Amir dan Aisya Rose berdiri di belakang orang tuanya dan Tengku Ayla Lily berada dalam dukungan daddynya.
Bibik memegang iphone 11 milik Tengku Amir untuk mengambil gambar.
"okay say cheese!!!" jerit Tengku Akashah tiba-tiba mengundang ketawa seisi keluarga.
Klikk!!
Gambar di hari bahagia diabadikan dalam memori. Terserlah kebahagiaan keluarga Tan Sri Tengku Amran saat itu.
TAMAT
Thanks yang sudi komen bagi support n nak special chap...So here the last updte untuk Kau Mawarku. Harap you guys enjoy walaupun ringkas sahaja. Thank you for your support.. Jumpa lagi di lain story... Hehehe kalau ad idea CE akan muncul lagi ok.. Hehehe...
Share this novel
Alhamdulilah dan tahniah author. best ceritanya.. terima kasih byk2.. 06:36 pm 24/08/2024