"uwekkk"
"Uwekk"
Bergema suaranya yang sesang muntah itu.
"abang okay ke ni?" soal Aisya Rose mengosok belakang suaminya.
Saat Tengku Amir sedang bersiap tadi entah kenapa tekaknya merasa loya. Tanpa menunggu sesaat laju dia berlari ke bilik air untuk memuntahkan isi. Selesai muntah, Aisya Rose memapah suaminya ke katil.
" abang okay ke? Kalau tak okay abang tak payah pergi kerja la. Rose pun ambil cuti nanti. Kita pergi klinik ya?" ujar Aisya Rose risau.
"abang tak larat la sayang..." rengek Tengku Amir.
Cabang rehat jap, Rose turun bawah ambil breakfast dengan ubat ya. Nanti Rose beritahu Joanne yang kita cuti hari ni" ujar Aisya Rose sambil membuka kemeja suaminya agar lelaki itu lebih selesa tidur.
Aisya Rose laju turun ke bawah setelah tukar pakaiannya. Saat di dapur dia melihat mentuanya sedang bersarapan.
"eh, Aisya tak pergi kerja ke? Mana Am?" sapa Puan Sri Amina.
"Am tak sihat bonda, tadi dia cakap rasa loya lepas tu muntah-muntah. Sekarang terbaring dekat atas katil tu. Sya nak ambil breakfast untuk dia then bagi dia makan ubat." jawab Aisya Rose.
"muntah-muntah?" soal Puan Sri Amina seakan sedang berfikir.
"teringat pula abang masa awak mengandungkan dia dulu. awak mengandung, abang yang alahan" sampuk Tan Sri Tengku Amran tiba-tiba.
Berubah riak wajah Aisya Rose saat itu. Dia melihat ibu mentuanya sudah sengih memandangnya.
"Aisya dah datang period?" soal Puan Sri Amina.
Aisya Rose seakan berfikir. Sebenarnya hampir sebulan dia tak datang bulan. Dia menyangka oleh kerana hormonnya yang berubah selepas kemalangan.
"baik Sya cek, mana tahu bonda dan ayah nak dapat cucu lagi" ujar Puan Sri Amina lagi.
"err... Nanti Sya cek ya bonda. Sya bawa naik breakfast untuk Am dulu ya" ujar Aisya Rose sambil berlalu.
Dia merenung lama kit di tangannya itu. Sudah 5 tahun dan dia tidak menyangka dia akan merasainya kembali. Dia keluar dari bilik air sambil memegang kit tersebut.
"Sayang... Buat apa lama sangat dalam bilik air?" soal Tengku Amir yang sedang menonton tv di dalam biliknya.
Aisya Rose menghampiri suaminya.
"abang dah okay? Nak muntah lagi tak?" soal Aisya Rose.
"hurmm kurang sikit. Tak macam pagi tadi" balas Tengku Amir tersenyum.
"Abang, Rose nak minta maaf" ujar Aisya Rose
"kenapa sayang nak minta maaf pula ni?" soal Tengku Amir pelik.
"sebab abang mungkin kena hadap benda ni setiap pagi untuk beberapa bulan" ujar Aisya Rose.
"maksud sayang? Macam mana sayang tahu abang akan muntah lagi? Sayang tahu ke abang sakit apa?" soal Tengku Amir risau.
Aisya Rose menghulurkan kit yang disembunyikan tadi kepada suaminya. Tengku Amir mengambil lalu meneliti kit tersebut. Dia membaca tulisan clear blue dan di skrin tertera positive 3 weeks plus. Tengku Amir mengerutkan keningnya.
"sayang.. Apa ni??"
" Rose pregnant abang..." ujar Aisya Rose teruja.
Bulat mata Tengku Amir saat itu. Dia melihat kit ditangan dan wajah isterinya bergilir-gilir.
"betul ke ni sayang??" soal Tengku Amir teruja.
"insyaallah abang. Kejap lagi kita pergi klinik untuk confirm kan okay" ujar Aisya Rose.
Temgku Amir terus memeluk erat isterinya. Tak tergambar kegembiraannya saat itu. Akhirnya dia diberi peluang sekali lagi untuk melihat dan menjaga isterinya tika hamil.
"Arman mesti teruja nak dapat adik. Thank you sayang. I love you so much!!" ujar Tengku Amir lalu mengucup pipi isterinya bertalu-talu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
8 bulan kemudian....
Uwaa.. Uwaa..
Bergema suara bayi di bilik bersalin itu.
"good job sayang...." ujar Tengku Amir sambil mengucup dahi isterinya itu.
"okay Datin, now push lagi sekali untuk second baby okay" ujar doktor wanita yang bertugas menyambut kelahiran anak-anaknya.
"arghhh..." Aisya Rose meneran lagi sekali dan bertambah bingit saat seorang lagi bayi lahir.
"Alhamdulillah, tahniah dato, datin." Doktor tersebut meletak kembarnya ke dada Aisya Rose.
"anak-anak mommy" bisik Aisya Rose perlahan.
"thank you sayang. Terima kasih untuk pengorbanan sayang lahirkan anak-anak kita" bisik Tengku Amir lagi
Aisya Rose tersenyum. Tenaganya sudah habis.
Aisya Rose tersenyum sayu apabila mendengar Tengku Amir mengazan dan iqamatkan anak kembarnya. Alhamdulillah untuk kali ini dia dikurniakan kembar sepasang. Jatuh air matanya saat mendengar lunak suara suaminya itu. Ketika Tengku Arman dulu, bapa mentuanya yang mengambil alih mengazankan anak sulungnya itu dan sekarang Tengku Amir sendiri mengalas tugas itu.
Selesai mengazankan anak-anaknya, Tengku Amir menolak baby cot ke katil isterinya. Bibirnya tak lepas dari tersenyum bangga saat melihat wajah anak-anaknya. Tubir matanya berair saat itu.
"comel anak-anak kita sayang, si kakak sebijik muka Arman, si adik pula ikut muka sayang." ujar Tengku Amir tersenyum.
Aisya Rose tersenyum.
"abang dah pilih nama babies?" soal Aisya Rose.
"Dah, abang pilih nama yang sayang beritahu hari tu. Kakak nama Tengku Amna Mawar, adik pula Tengku Akashah" ujar Tengku Amir.
Aisya Rose tersenyum. Dia memilih nama Amna Mawar jika anak perempuan, Amna nama hampir sama dengan ibu mentuanya dan Mawar pula nama arwah ibunya.
Pintu wad dibuka dari luar membuatkan mereka berdua menoleh ke arah itu.
"mommy! Daddy! Adik Arman dah lahir ke?" ujar Tengku Amir teruja. Anak sulungnya itu sudah pandai berbahasa melayu walaupun ada pelatnya sedikit.
Tengku Arman menjenguk ke dalam baby cot dan riak wajahnya berubah.
"why there's have two babies?" soal Tengku Arman pelik.
"because you got two baby sister brother Arman" jawab Tengku Amir tersenyum.
"i got two baby brother sister?" ulang Tengku Arman lagi. Tak sampai sesaat riak wajahnya berubah gembira.
"Yeahhhh! Atuk, nenda... Arman dapat ramai adik" ujar Tengku Arman mengundang tawa semua yang berada di situ.
"say hi to your baby sister Tengku Amna Mawar, and this your baby brother Tengku Akashah" ujar Aisya Rose pula.
"Hello baby... This is abang Arman." ujar Tengku Arman lalu mencium pipi gebu adik-adiknya.
Tengku Amir dan Aisya Rose tersenyum bahagia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2 tahun kemudian....
"Amna! Kashah! Come here now!" jerit Tengku Arman kepada adik-adiknya itu. Geram dia melihat adik- adiknya seronok berkejaran di dalam salji tanpa menghiraukan abangnya itu.
"mom! Dad!" jerit Amna dan Akashah serentak saat melihat ibu bapanya menghampiri mereka.
Laju si kembar memeluk kaki ibu bapa mereka.
"hey, why both of you so naughty ha? Kesian abang Arman" ujar Tengku Amir tersenyum.
Wajah cemberut anak sulungnya ditatap.
"they dont listen to me daddy! Penat Arman jerit!" adu Tengku Arman.
Aisya Rose tersenyum lalu memeluk anak sulungnya itu. Si kembar sudah selamat di dalam dukungan ayah mereka.
"its okay sayang, adik-adik kan kecil lagi. Mommy tahu Arman abang yang baik. Jom, daddy nak bawa kita pergi petik strawberi. Kan Arman cakap nak petik Strawberi sendiri kan" ujar Aisya Rose.
Mereka sekeluarga sekarang bercuti di korea. Dan itu atas permintaan Arman sendiri kerana dia melihat satu travel video dan tak semena-mena dia ingin memetik buah strawberi besar yang ada di korea.
Aisya Rose merapati Tengku Amir yang sedang duduk di balkoni hotel yang di duduki mereka. Lalu dia memeluk suaminya dari belakang. Tengku Amir tersenyum.
"anak-anak dah tidur?" soal Tengku Amir.
"dah, penat sangat seharian duk ladang strawberi tadi."
Aisya Rose berdiri menghadap suaminya. Rasa cinta di dalam hatinya buat Tengku Amir semakin mendalam. Wajah tampan suaminya itu sentiasa memukau dirinya. Tak dinafikan walaupun Tengku Amir sudah hampir menginjak ke umur empat puluh tapi aura lelaki itu makin kuat. Dia tersenyum.
"sayang senyum-senyum ni nak goda abang ke?" usik Tengku Amir.
"apa salahnya goda suami sendiri" balas Aisya Rose selamba.
"waaa macam bagi greelight je, kan balik bercuti twin dapat adik kan... Diaorang pun dah dua tahun kan sayang" giat Tengku Amir lagi.
Aisya Rose menampar lembut dada suaminya.
"ke situ pulak dia. Larat ke nak jaga anak kecil lagi? Si kembar pun abang dah letih" ujar Aisya Rose.
"kalau dah rezeki abang terima" ujar Tengku Amir sambil memeluk isterinya.
"abang... I love you" ujar Aisya Rose.
"i love you more sayang... Selama lamanya..." balas Tengku Amir.
Aisya Rose tersenyum bahagia. Hanya doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Allah agar hubungan mereka kekal ke syurga...
TAMAT
Akhirnya... Tamat sudah kisah T. A dan Rose... So mcm CE cakap cerita ni pendek je sebab y ni re-publish story... Dan CE terharu sebab readers untuk cerita y ni double dr y old version.. Thank you guys!! So jika ada lekurangan hrp dimaafkan ok... Jumpa lagi next story... Korang nk special bab ke? Kalau nk CE cuba create just bagi situation nk mcm mna.. Tp CE tgh fikir nk create tme raya..
Share this novel