BAB 8

Romance Completed 46461

Dia menolak troli yang mengandungi bagasi miliknya. Dia keluar dari balai ketibaan itu dengan penuh gaya. Selesai menempah teksi dia terus masuk ke dalam lalu teksi itu meninggalkan lapangan terbang itu.

'I'm back Am, just to get what i suppose to get. Walaupun i tahu you benci i tapi you tak layak hidup bahagia selain bersama i.' bisik hatinya.

Masa berlalu dengan begitu cepat, sudah hampir tamat semester dua. minggu ni sudah 3 minggu dia tak dapat pulang ke rumah. Nasib baik Tengku Amir ada datang melawatnya. Kesibukkan serta tugasan yang banyak membuatkan tidak tak dapat balik hujung minggu. Saat sedang berjalan kaki balik ke asrama Telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum melihat gerangan pemanggil.

" Assalamualaikum sayang, miss u" ujar Tengku Amir ceria.

"waalaikumusalam abang, miss u too. Abang dah balik kerja ke?"

" dah, baru sampai rumah ayah bonda ni. Sayang, minggu ni dapat balik tak? Minggu ni nak sambut anniversary ayah bonda"

" inshaallah Rose boleh balik minggu ni, abang jemput Rose ek?"

" of course la sayang. Abang rindukan sayang sangat-sangat"

" Rose minta maaf, dah 3 minggu abang datang jenguk Rose dekat sini. I'm sorry" ucapnya serba salah.

" no worries sayang, abang faham. Sayang belajar je."

" Abang, ramai suruh kirim salam dekat abang. Diorang ingat abang ni abang Rose" ujar Aisya Rose tak puas hati.

"Hahaha...Rose tak cakap yang abang ni suami sayang ke?"

"malas la bang, nanti ada yang bergosip nanti. Nanti la Rose beritahu diorang."

Tiba- tiba Ilham memanggilnya dari belakang

" Aisya, tunggu!!" jerit Ilham.

Tengku Amir dapat mendengar suara lelaki itu memanggil nama isterinya sebagai Aisya. Dia masih menanti butir bualan lelaki itu. Aisya Rose masih memegang telefon di telinga menoleh ke belakang.

" malam nanti ada perjumpaan kelab course kita. Abang nak Aisya datang sebab malam nanti ada perlantikan ahli baru" ujar Ilham.

" Err... Tapi saya pelajar baru kena join juga ke?" soal Aisya Rose.

" perlu la sebab nanti pelajar baru juga akan pilih ahli kelab tu. Please datang malam ni" rayu Ilham.

Tengku Amir mengenggam tangannya menahan marah mendengar suara rayuan lelaki asing kepada isterinya.

" takpelah nanti saya cakap dekat Hana, inshaallah saya datang dengan dia malam ni" ujar Aisya Rose.

" emmm...kalau macam tu boleh abang dapatkan nombor Aisya?senang abang nak contact Aisya nanti" pinta Ilham.

Saat itu Tengku Amir di sebelah sana sudah panas hati. Dia terus memanggil isterinya. Dan Aisya Rose tersedar yang suaminya masih di talian.

" hah..yeye, Rose ada lagi ni, sekejap ek. err... Maaf saya minta diri dulu, malam ni saya datang dengan Hana" ujar Aisya Rose berlalu sambil menjawab sahutan suaminya di talian.

Urmm melepas lagi, desis Ilham. Takpe malam ni aku akan dapatkan nombor telefonnya, Ilham tersenyum bahagia.

"Siapa lelaki tu sayang, beria minta nombor sayang tu kenapa?siap berabang lagi" soal Tengku Amir saat Aisya Rose sedang membuka pintu biliknya. Hana tiada di bilik, masih belum pulang.

" senior Rose bang, dia suruh Rose datang perjumpaan malam ni. Malas lah tapi tu lah, bila melibatkan course nak tak nak kena pergi jugak. Tulah, Rose pun pelik. Rose bukannya ahli jawatankuasa pun. Lagipun Rose ingat abang kan tak bagi Rose bagi nombor telefon kepada sebarangan orang. Lagipun dia je yang bahasakan dia abang, bagi Rose abang seorang je layak untuk dipanggil abang because i love you so much abang" ujar Aisya Rose memujuk sang suami sambil merebahkan badannya ke katil.

" betul, jangan dilayan sangat. Ok lah sayang abang nak mandi dulu. Nanti abang call lagi yer. I love you. Assalamualaikum" Tengku Amir memutuskan panggilan lepas Aisya Rose menjawab salam.

Aisya Rose melepaskan lelahnya sebentar. Hai la, penatnya, redha jela Rose, demi impian dan cita-cita. Chaiyokk! Ujar Aisya Rose memberi semangat kepada dirinya.

Malam itu dia bersama Hana pergi ke tempat perjumpaan. Saat melangkah ke dewan kecil, Ilham terus terpandang mereka lalu laju menyambut mereka.

" ingatkan tak datang dah tadi" ujar Ilham sambil matanya tak lepas merenung Aisya Rose.

" dah abang Am cakap wajib datang so kenalah datang, kan Aisya" ujar Hana tersenyum.

"Hah? Aah...hehe" Aisya Rose yang terpingga-pingga itu hanya bersetuju aje.

"duduk lah, sekejap lagi kita mula" ujar Ilham sambil meminta diri saat dia dipanggil ahli jawatan kuasa.

Dia selaku presiden kelab harus memberi kerjasama dan menjadi image bagi pelajar baru.

" Aisya, aku tengok abang Am ni macam syok dekat kau je, sejak dari minggu orientasi lagi kot. Ni kalau laki kau tahu ni mahu meletop UiAM ni dia serang" ujar Hana.

Aisya sudah berterus terang tentang status dirinya kepada Hana. Mula- mula dia terperanjat namun dia seorang yang bagus kerana rahsia itu kemas tersimpan sebab itu Aisya Rose berani berkongsi dengan teman sebiliknya itu.

" Sebab tu aku tak layan dia lebih. Takut dia mengharap lebih nanti. Akupun tak faham. Takkan dia tak baca data peribadi aku. Dia kan presiden kelab of course la dia dapat baca" ujar Aisya Rose.

" terlepas pandang la tu" balas Hana pula. Aisya Rose menjungkit bahu tanda malas ambil kisah.

Hari minggu itu meriah rumah keluarga Tan Sri Tengku Amran dengan kenduri doa selamat sempena ulangtahun perkahwinan pasangan itu.

Aisya Rose membantu bibik di dapur dan saat itu Tengku Amir melangkah masuk ke dapur mencari isterinya.

"Sayang... Hana ada dekat depan." ujar Tengku Amir lalu merangkul bahu isterinya.

"Hana!" tegur Aisya Rose tersenyum.

Hana membalas senyuman kawan baiknya itu. Bagai pinang dibelah dua dia lihat kawannya itu. Masing-masing mengenakan warna sedondon, Aisya Rose mengenakan jubah berwarna hijau emerald manakala Tengku Amir pula memakai baju melayu berona sama.

"jom aku teman kau pergi makan. Abang nak makan sekali?" soal Aisya Rose kepada suaminya.

"it's okay sayang, abang nak jumpa kawan-kawan abang sekejap. Rose teman la Hana makan dulu" ujar Tengku Amir.

Aisya Rose membawa Hana mengambil makanan lalu mereka makan di bawah khemah yang tersedia.

"wei hensem-hensem, cantik-cantik saudara laki kau ni" ujar Hana sambil mata melilau melihat sepupu sepapat Tengku Amir.

Aisya Rose tersenyum.

"yang dekat meja tu just see but no touch. Semua tu dah kahwin" balas Aisya Rose.

"ala... Eh, kau tahu tak nama kau tercalon untuk seminar dekat Terengganu nanti?" ujar Hana sambil menyuap makanan ke mulutnya.

"seminar apa?"

"laaa... Kan persatuan untuk course kita ada buat seminar keusahawanan, usahasama dengan UMT. Aku dengar Abang Ilham yang masukkan nama kau" ujar Hana,

saat menyebut nama Ilham dia hanya berbisik takut didengari oleh suami kawannya itu. Bukan dia tak tahu Tengku Amir anti benar dengan lelaki itu.

"kalau aku tak pergi tak boleh ke? Dah la nak cuti sem. Tu je masa aku nak luangkan masa dengan laki aku" ujar Aisya Rose lemah.

"nama dah proceed. Jangan risau aku pun join sekali. Kalau abang Tengku tanya banyak cakap je aku ada" ujar Hana.

Aisya Rose mengeluh perlahan.

"berapa hari?" soal Aisya Rose malas.

"tiga hari dua malam. Alah, pejam celik tak rasa pun tiga hari tu. Lepas tu kau boleh peluk laki kau puas-puas." usik Hana.

Aisya menampar perlahan lengan kawan baiknya itu.
. .
. .
. .
.

" i nak you ikut perempuan ni. Kalau nampak mencurigakan tangkap gambar. Ni pendahuluan, nanti kalau i puas hati dengan kerja you, i bayar lagi siap bonus lagi tapi make sure your job must be excellent" ujar wanita itu.

Lelaki bertopi itu tersenyum sinis lalu mengambil sampul surat berisi wang itu.

"just let me do my job and you just wait for best result." ujar lelaki itu lalu meninggalkan wanita itu disitu.
. .
. .
. .
. .

"abang..." panggil Aisya Rose saat membaringkan tubuhnya ke katil.

Tengku Amir yang sedang memandang ipadnya menoleh sekilas kepada isterinya. Aisya Rose memeluk pinggang suaminya.

"lepas exam, Rose kena pergi Terengganu. Ada seminar" ujar Aisya Rose perlahan.

Tengku Amir meletakkan ipadnya di meja sebelah katil lalu membaringkan tubuhnya. Dia membalas pelukan isterinya itu.

"berapa hari?" soal Tengku Amir lalu mencium kepala isterinya.

"tiga hari dua malam. Hana pun join sekali. Rose pun tak tahu macam mana nama Rose tersenarai. Malas la nak pergi..." rengek Aisya Rose.

Tengku Amir tersenyum.

"pergilah, abang izinkan. Tapi kena jaga diri elok-elok dekat sana. Anything just call me. Lagipun seminar embagus untuk menambah ilmu sayang. Walaupun lepas exam, tapi sijil tu yang mahal untuk masa depan sayang nanti" ujar Tengku Amir.

"terima kasih abang, selalu bagi support untuk Rose belajar" balas Aisya Rose mengeratkan pelukan. Dia membenamkan wajahnya ke dada suaminya itu.

"abang nak sayang berjaya dan capai cita-cita sayang. As long you take care of yourself and always remember that you are my wife" ujar Tengku Amir.

"i will abang... Please trust me. Rose perlukan kepercayaan abang buat Rose" pinta Aisya Rose.

"yes, i trust you sayang" balas Tengku Amir lalu mereka tidur dalam pelukan.

"kenapa kau berani muncul depan aku lgi Juwita?!" soal Tengku Amir sinis. Dia menghempas pen ditangannya ke meja.

Berani wanita itu muncul kembali di pejabatnya setelah apa yang dia lakukan dulu.

"Am, i nak minta maaf dengan you. I menyesal sebab pernah cuba perangkap you dulu. I datang dengan niat baik untuk menjernihkan hubungan kita." ujar Juwita.

Tengku Amir tersenyum sinis.

"Hubungan? Hubungan apa yang kau maksudkan ni. Setahu aku, kita tak ada apa-apa hubungan." ujar Tengku Amir menyampah.

"i harap you masih anggap i sebagai kawan you Am, i tahu kita tak ada jodoh. I betul-betul ikhlas minta maaf dengan you. Please Am, tak tenang hati i selagi tak dapat kemaafan dari you." ujar Juwita lagi.

Tengku Amir mengeluh. Dia bukanlah terlalu kejam untuk berdendam.

" Sudahlah Juwita. You balik la, i tak simpan dendam pada you cuma jangan sesekali kacau hidup i lagi" ujar Tengku Amir lembut.

Juwita tersenyum.

"Thanks Am, lega hati I sekarang ni. I balik dulu, i janji takkan kacau you lagi. Oh ya belum terlambat untuk i ucapkan tahniah atas perkahwinan you. you honeymoon dekat Terengganu kan bulan lepas? Tula i nak tegur you tapi i tak berani. Tengok you bukan main lagi peluk isteri you tak nak la i kacau. Tahniah Am, i doakan you bahagia ke anak cucu. I balik dulu" Juwita mempamerkan senyuman plastik.

Bersorak hatinya saat melihat wajah Tengku Amir berubah. Saat di muka pintu itu namanya di panggil.

"bila you tengok i dekat Terengganu?" soal Tengku Amir.

"hurm... Awal bulan lepas kan you pergi honeymoon. Takkan you dah lupa kot" ujar Juwita lalu keluar dari bilik pejabat lelaki itu.

Tengku Amir termenung, awal bulan lepas? Masa tu Aisya Rose ke Terengganu untuk hadiri seminar. Takkanlah isterinya curang kepadanya. Tak, dia takkan percaya cakap Juwita.

Ting! Ting!

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej diterima. Applikasi whatapps dibuka dan saat itu luas matanya melihat paparan di skrin telefonnya.

Since this few chapter byk y i copy dari old version... So i updte lagi... Walaupun dari old version tp ada part y CE tambah.. So enjoy the conflicts but not to worry, konflik CE tak terlalu heavy( i think so.. Hahaha) because cerita ni takkan panjang pun. Enjoy your readings guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience