BAB 14

Romance Completed 46461

Saat masuk ke pejabat semua mata memandang mereka berdua. Tengku Amir terus membawa Aisya Rose ke pejabatnya.

"Joanne, minta semua berkumpul di bilik meeting lagi 10 minit saya nak jumpa." ujar Tengku Amir lalu masuk ke biliknya.

Aisya Rose juga mengekori langkah Tengku Amir.

"Rose duduk sini sekejap," ujar Tengku Amir lalu meninggalkan Aisya Rose di biliknya.

Aisya Rose memerhati sekitar ruang kerja suaminya. Kemas dan teratur. Kena dengan gaya suaminya, saat melintasi meja dia melihat ada bingkai gambar di atas meja kerja suaminya. Saat melihat gambar itu dia terkedu. Gambar mereka berdua tersenyum bahagia berpelukan dan saat itu dia mencium pipi Tengku Amir. Dia mengusap gambar itu. Tengku Amir masuk dan Aisya Rose terus meletak gambar tersebut. Dia menyapu air mata namun itu dapat dilihat Tengku Amir. Aisya Rose ingin duduk di sofa namun tiba- tiba Tengku Amir memegang tangannya.

"i'm sorry. Abang tahu sayang banyak terluka. Abang tuduh sayang macam-macam abang hina sayang. Empat tahun abang tinggalkan sayang. Sayang sakit sorang- sorang. Maafkan abang, i miss u so much. Empat tahun abang menanggung rindu yang tak terkira, percayalah nama Rose tak pernah hilang dalam hati abang. " ujar Tengku Amir sambil menarik tubuh Aisya Rose merapatinya.

Aisya Rose hanya diam namun dia tidak pula menolak. Saat Tengku Amir merapatkan bibirnya ke pipi isterinya,Tiba-tiba pintu pejabat diketuk, Aisya Rose seakan tersedar lalu dia menolak tubuh Tengku Amir. Lelaki itu mengeluh.

"masuk!" ujar Tengku Amir lalu membetulkan duduknya. Aisya Rose pula duduk di sofa.

"Dato, semua dah ready di bilik meeting." ujar Joanne.
Tengku Amir mengangguk lalu membenarkan Joanne pergi.

Dato? Aisya Rose pelik dengan panggilan PA suaminya itu namun dia mengabaikan saat suaminya menghulur tangan namun dia tidak menyambut huluran itu. Tengku Amir senyum nipis, Aisya Rose bukan seperti dulu lagi. Dia amat rindukan isterinya yang manja dan sentiasa tersenyum itu. Mereka melangkah masuk ke bilik mesyuarat yang sudah di penuhi oleh staff pengurusan.

" Tujuan saya memanggil kamu semua hari ini kerana saya ingin memperkenalkan pembantu saya iaitu isteri saya sendiri, Aisya Rose. Beliau akan membantu saya dan saya bagi sepenuh kuasa sama seperti saya jika ketiadaan saya di office." ujar Tengku Amir lalu menarik isterinya rapat.

Semua staff menyambut kedatangan isterinya dengan baik sekali. Joanne mula memperkenalkan semua staff kepada Aisya Rose.

" Datuk, bilik datin belum siap lagi, kontraktor akan siapkan dalam masa seminggu kerana perubahan yang Dato' minta tu. Sementara itu datin akan sebilik dengan dato' ." ujar Joanne serba salah.

Aisya Rose menfokuskan perbualan suaminya dengan setiausahanya itu.

" it's okay but make sure they do as per my request. sayang duduk dalam bilik abang dulu boleh?" soal suaminya sambil merenungnya.

Joanne senyum sipu memandangnya juga. Dia hanya mengangguk tanda setuju. Saat dia ingin masuk ke bilik pejabat suaminya baru dia perasan akan nama yang tertera di pintu.

DATO' TENGKU AMIR TAN SRI TENGKU AMRAN

CEO T.TEGUH SDN BHD

Dato'? Sejak bila pula suaminya mendapat gelaran itu? Semuda suaminya itu sudah bergelar Dato'? Namun dia tak mahu ambil pusing. Suaminya itu mewarisi legasi ayahnya, pasti senang saja dia mendapat gelaran itu.

Aisya Rose meneliti dokumen- dokumen yang diberikan oleh Tengku Amir. Pening dia melihat. Dahlah takde siapa nak tolong terangkan. Tengku Amir pula pergi meeting dengan bakal clientnya. Tiba-tiba pintu diketuk.

"masuk" ujar Aisya Rose.

Joanne masuk sambil membawa secawan kopi.

"thanks Joanne, boleh saya tanya awak sikit?" soal Aisya Rose.

Joanne mengangguk.

"Sejak bila Tengku Amir dapat gelaran Dato' ni?" soal Aisya Rose ingin tahu.

Joanne hairan takkan isteri bos nya tak tahu. Melihat riak Joanne yang berubah dia menambah.

"awak tahu kan saya di Brisbane 4 tahun, suami saya tu perahsia orangnya. Kononnya nak suprisekan saya." bohong Aisya Rose.

Joanne tersenyum.

"tahun lepas datin, mesti dato lupa la tu nak beritahu datin. Masa hari penerimaan pun dato cakap datin sedang sambung belajar" terang Joanne.

"owh begitu, mungkin dia nak beritahu saya nanti kut, saya pun baru balik mungkin dia busy sehingga terlupa nak ceritakan dekat saya. Oh ya Joanne, Awak tahu tak siapa yang incharge tentang sales ni? Saya nak minta dia terangkan kepada saya sedikit tentang dokumen ni" soal Aisya Rose.

Joanne melihat fail tersebut.

" Oo.. Ni encik Borhan yang handle. Takpe saya panggilkan dia ye" ujar Joanne.

Aisya Rose tersenyum lalu mengangguk.

Tengku Amir melangkah masuk ke pejabatnya petang itu setelah selesai mesyuarat dengan kliennya. Saat itu dia melihat Borhan sedang berborak mesra dengan Ausya Rose. Perbualan mereka terhenti saat melihat Tengku Amir yang berwajah serius di muka pintu.

"err... Datin, saya rasa setakat ini dulu la. Kalau ada apa- apa nanti just call extension saya saja." ujar Borhan. Aisya Rose mengangguk.

" Thanks Borhan." ujar Aisya Rose lalu bangun mengemas dokumen di meja.

Tuan rumah dah balik kena la bagi. Borhan berlalu keluar, Tengku Amir menutup pintu lalu menekan kunci. Matanya menatap isterinya kembali.

" kenapa sayang panggil Borhan?" soal Tengku Amir.

" saya just nak tanya pasal dokumen ni. Saya tak faham. Kenapa, salah ke?"soal Aisya Rose kembali.

" tak salah tapi kenapa tak tunggu abang je. Hari ni first day sayang. Abang keluar sekejap je. Abang boleh ajar sayang tak perlu panggil Borhan. Tak manis duduk berduaan" ujar Tengku Amir tak puas hati.

Aisya Rose merenung suaminya.

" apa kena dengan awak ni? Saya just nak tanya tak ada kena mengena dengan duduk berdua ke apa. Kenapa? Awak nak tuduh saya mengatal, macam tu?!" tebak Aisya Rose.

" bukan macam tu sayang"

" stop calling me sayang. Cukup la Tengku, saya tak layak untuk tengku panggil macam tu. Hari tengku buang saya dalam hidup tengku, saya anggap tengku dah buang saya dalam hidup tengku" ujar Aisya Rose sambil mengambil dokumen lalu ingin berlalu.

" sayang, abang minta maaf. Abang tahu abang banyak silap. Abang tak boleh nak hakis cemburu abang sebab abang terlalu cintakan sayang. Sayang jangan la pergi" ujar Tengku Amir lalu memegang lengan isterinya.

"Tengku ni kenapa! Saya nak duduk dekat sofa lah. Pening la macam ni! Dan tolong jangan terlalu cemburu buta. Sebab cemburu buta awak dulu la awak buang saya" ujar Aisya Rose rimas.

Tengku Amir tersengih bersalah.

"ok abang minta maaf. sayang buat muka macam tu buat abang geram. Dah jom balik. Abang dah janji dengan Arman nak bawa dia pergi beli toys" ajak Tengku Amir.

Aisya Rose mengerut muka, baru pukul4.30 petang. Mentang-mentang dia bos, sesuka hati dia je nak balik belum habis waktu pejabat. Melihat kerutan dimuka isterinya,

" abang kan bos," ujar Tengku Amir.

Haa.. Kan betul dia cakap. Aisya Rose mengeluh lemah saat tangan Tengku Amir menarik tangannya. Nasib baik di pejabat. Kalau tak memang aku luku kepala kau Tengku. Asyik nak pegang- pegang je. Desis hatinya.
. .
. .
. .
. .

Lelaki itu menghempas gelas ke meja.

"abang, apa kita nak buat ni? Sampai bila nak menyorok macam ni? Diaorang masih cari kita" ujar isterinya.

"Ini semua sebab budak tak guna tu!! Kalau dia tak lari malam tu takde la kita kena hidup merempat macam ni!!" marah Hashim.

"anak saudara abang la. Pandai pulak dia lari. Sekarang gangster tu nak balik duit diaorang. Mana kita nak cari duit bang!" soal isterinya.

" bertahun kita kena hidup merempat. Kali ni aku nak cari budak tu dan dia kena bayar duit gangster tu. Aku dengar sekarang dia dah balik Malaysia. Aku nak dia terima akibatnya sebab dah meyusahkan kita! Dah kahwin dengan orang kaya jangan ingat dia dapat hidup senang" ujarnya lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Am, jadi ke syarikat kita akan buat hari keluarga nanti?" soal Tan Sri Tengku Amran.

"jadi yah, dah confirm kita akan buat dekat Gold Coast morib. Dekat situ ada waterpark, sesuai untuk staff bawa keluarga mereka nanti" balas Tengku Amir.

"okay lah. Boleh la kita sekeluarga bercuti nanti. Arman mesti suka dapat bercuti" balas Tan Sri Tengku Amran lagi.

Aisya Rose hanya diam mendengar perbualan dua beranak itu. Dalam diam dia masih bengang dengan suaminya. Entah kenapa hatinya sakit melihat adegan di pejabat tengah hari tadi.

Tengku Amir tekun menyiapkan kerjanya di pejabat, manakala Aisya Rose pula berada di meja mesyuarat kecil yang tersedia di bilik itu.

Bunyi pintu diketuk lalu Tengku Amir memberi arahan masuk. Terjengul wajah staf bahagian marketing masuk. Aisya Rose memerhati penampilan staf tersebut. Berbaju kemeja ketat dan berskirt pendek atas lutut. Ketat! Entah kenapa dia tak suka melihat lenggok tubuh wanita itu menghampiri meja suaminya.

"Dato', ni ada dokumen untuk approval Dato. I nak Dato approve cepat untuk i proceed." ujar Zana, staff marketing itu.

"just put there Zana, after i signed i suruh Joanne hantar kepada you" ujar Tengku Amir sambil meneruskan kerjanya.

"Dato, sudi tak Dato lunch dengan i nanti? Ada few ideas i nak kongsikan dan minta pendapat Dato" Zana mencuba lagi.

Tanpa sedar Aisya Rose mengenggam kuat pen di tangannya.
' perempuan ni buta agaknya! Tak nampak aku tercongok dekat sini, sempat lagi nak menggatal dengan laki aku!' marah Aisya Rose di dalam hatin.

Tengku Amir sempat menjeling sekilas isterinya. Jelas merah padam wajah isterinya saat itu.

"if you have any ideas, you should tell on the meeting. My lunch time only with my wife. Zana if you can see, turn to your right, my wife is there so please give some respect to her!" ujar Tengku Amir tegas.

Berubah wajah Zana saat ditegur oleh bosnya. Bukan dia tak nampak isteri bosnya itu tapi dia saja nak menunjukkan bahawa lelaki itu adalah pilihannya.

" i'm sorry Dato. I keluar dulu" ujar Zana lalu keluar dari bilik itu.

Tengku Amir menapak ke meja isterinya.

"sayang, abang tak layan pun dia. Dia cuma staff abang tak lebih dari itu" ujar Tengku Amir. Dia cuba menarik tangan isterinya namun laju Aisya Rose mengelak.

"tak tanya pun" balas Aisya Rose selamba lalu meneruskan kerjanya.

Tengku Amir mengeluh.

"abang nak jumpa klien sekejap. Anything nanti abang call ya" ujar Tengku Amir lalu bersiap untuk keluar.

Saat itu Tengku Amir dapat melihat wajah isterinya yang masam mencuka. Mulut pula dilihat terkumat kamit entah apa yang dibebelkan itu, seketika dia tersedar akan sesuatu. Isterinya cemburu?? Melebar senyuman Tengku Amir saat itu. Dia yakin hati Aisya Rose masih milik dia.
. .
. .
. .

Akhirnya mereka tiba di lokasi yang dijadikan hari keluarga syarikat itu. Aisya Rose memimpin tangan anaknya. Tengku Amir juga sudah berdiri di sebelah isterinya lalu mengambil Tengku Arman ke dukungannya. Aisya Rose dapat lihat banyak mata staff wanita memandang ke arah lelaki tu. Geram Aisya Rose melihat penampilan suaminya itu. Walaupun hampir menginjak ke umur 35, hari itu Tengku Amir mengenakan seluar berwarna khaki, berkemeja biru gelap dan 3 butang atas dibiarkan. Tiga butang okay! Maka meriah la mata-mata anak dara melihatnya. Arman juga di gayakan lebih kurang bapanya. Makin naik la saham Tengku Amir apabila ramai memuji anak dan daddy hot. Dia? Dah anak laki hot, dia dah terbakar dekat sebelah.

"wow Dato, handsome anak you." puji Joanne sambil mecuit pipi Tengku Arman.

"you nak puji i sebenarnya kan Jo?" usik Tengku Amir mengundang tawa mereka.

"you memang dah handsome Dato, kalau tak takdenya staf perempuan dari tadi tak lepas pandang Dato." ujar Joanne mengundang tawa Tengku Amir.

Aisya Rose mencebik dengar ketawa lepas suaminya itu

"Datin, jangan jelous, i gurau je" ujar Joanne kepada Aisya Rose.

Aisya Rose hanya tersenyum. Dia tak pernah mengambil hati kerana dia tahu Joanne memang rapat dengan Tengku Amir. Selaku PA, Joanne memang staf yang berkaliber.

"no worries Joanne, Kalau you nak Tengku Amir ni pun ambil la saya tak kisah." ujar Aisya Rose pula.

Kata-kata Aisya Rose membawa dua maksud. Joanne sedang ketawa menyangka wanita itu bergurau. Manakala Tengku Amir hanya redha kerana dia memahami maksud tersirat isterinya.

"Dato, boleh kami nak bergambar dengan Dato'? Handsome sangat la Dato hari ni" ujar Zana tergedik-gedik.

Aisya Rose mencebik. Dia berjalan meninggalkan kumpulan itu lalu duduk bersama beg bagasinya.

"Datin nak air?" soal Borhan datang menghulur botol mineral kepada isteri majikannya.

"thanks Borhan" ujar Aisya Rose lalu mengambil botol mineral itu.

"bukan main Dato hari ni, kena serang dengan peminat" ujar Borhan bergurau.

Aisya Rose hanya tersenyum nipis.

"are check in process is done Borhan?" tiba-tiba suara Tengku Amir didengari sangat dekat.

Aisya Rose melihat riak kurang senang di wajah suaminya. Tengku Arman di dukungan diturunkan lalu anak kecil itu terkedek-kedek mendekati mommynya.

"Errr... Sudah Dato, tengah tunggu dapat kunci" jawab Borhan serba salah.

"then do your work. I want my room's key immediately" arahan Tengku Amir berbunyi tegas.

"Baik dato" Borhan terus berlalu.

Saat itu Aisya Rose menangkap jelingan tajam suaminya.

"pantang duduk sorang, mesti ada yang menempel dengan isteri abang. Nampaknya Daddy kena ikat mommy la baru takde orang kacau, kan Arman" ujar Tengku Amir seakan-akan berbual dengan anaknya itu.

Tengku Arman hanya ketawa mendengar kata-kata daddynya itu.

"Arman, daddy cakap dengan cermin ke? Tak lama lagi Arman dapat mommy baru la kan, entah-entah sampai habis kuota di kautnya" Aisya Rose membalas perlian Tengku Amir dengan pakej jelingan maut.

"hurmm mommy is jealous la Arman. Jom ikut daddy before mommy eat us" usik Tengku Amir sambil ketawa lalu mendukung anaknya menghampiri Borhan yang baru sahaja mendapat kunci bilik.

Aisya Rose hanya menjeling langkah suaminya itu. Aku nak jealous? Lambeettt lagi. Desis hati Aisya.

Aisya Rose mengeluh perlahan. Selesai makan malam, tiba-tiba Tengku Arman merengek nak tidur bersama atuk dan nendanya. Maka sekarang dia terkebil-kebil di dalam executive suite itu. Katil king itu akan dia kongsikan dengan suaminya malam ni.Argggh tidak!!

" sayang tak tidur lagi ke?" tiba-tiba ada suara garau menegur.

Laju Aisya menoleh ke arah lelaki itu. Menyesal pula dia melihat figura itu. Tengku Amir baru keluar dari bilik air hanya tuala yang melilit pinggangnya. Dah la lilitan itu dilihat agak longgar, kalau tertarik sikit confirm terlondeh. Aishh apa kau mengarut ni Aisya Rose!

Dia mengalihkan pandangan nakalnya. Tengku Amir mengambil sweatpant hitam lalu mengambil singlet berona sama. Selesai berpakaian dia mengambil tab lalu duduk di sofa di dalam bilik itu.

"kalau sayang mengantuk, tidur la jangan duduk je macam tu. Abang nak siapkan kerja sekejap. Abang janji takkan kacau sayang." ujar Tengku Amir sambil mata memfokus kepada tab di tangannya.

Aisya Rose memandang suaminya itu. Walaupun Penampilan hanya singlet dan sweatpant namun aura suaminya tetap menyerlah, cara Tengku Amir fokus membaca sesuatu di tab dan sesekali dia membetulkan cermin mata yang hanya dipakai ketika bekerja itu membuatkan lelaki itu nampak sangat kacak.

"jangan tenung abang macam tu sayang. Arman takde ni, kan abang tak boleh tahan diri abang pula nanti" tiba-tiba Tengku Amir bersuara membuatkan dia tersedar.

Laju dia baring lalu menarik selimut berselubung, dia yakin wajahnya kini merah semerahnya.

Lenanya terganggu saat itu. Entah kenapa dia bermimpi tidak enak. Dia dikejar seseorang dan dalam mimpi itu dia melihat Tengku Amir berlumuran darah. Dia membuka mata dan saat itu dia terpandang Tengku Amir yang sedang lena di sofa.

Dia bangun lalu mendekati lelaki itu. Dia melentokkan kepalanya ke tepi kepala suaminya itu, dia merasa selamat dekat dengan Tengku Amir. Tak lama dia terlena.

Tengku Amir merasakan kepalanya dihimpit dari tepi. Dia membuka matanya dan saat itu dia melihat Aisya Rose tidur terduduk di sisinya. Tangannya juga digenggam oleh isterinya.

"sayang... Kenapa tidur sini?"tegur Tengku Amir dengan suara serak.

Dia mendengar Aisya Rose merenggek sambil mata terpejam. Dia tahu isterinya itu tidak sedar.

Dia bangun lalu mencepung isterinya yang sedang nyenyak tidur itu lalu meletakkan ke atas katil. Saat dia ingin kembali ke sofa. Tiba-tiba tangan Aisya Rose melingkar pinggangnya. Terpana dia seketika. Dia juga mendengar rengekan isterinya itu.

"abang jangan tinggalkan Rose. Rose sayang abang, Rose rindu abang, Rose marah abang tapi Rose cintakan abang sangat-sangat. Rose tak salah abang..jangan tinggalkan Rose please.. " ujar Aisya Rose dalam tidur.

Tengku Amir terharu mendengar kata-kata isterinya itu. Alangkah indahnya kalau isterinya itu mengungkapnya dalam sedar. Tengku Amir merebahkan badannya lalu dia menarik tubuh isterinya itu ke dalam pelukannya. Aisya Rose juga membalas pelukan itu. Dia tahu pagi esok pasti isterinya akan marah jika melihat keadaan mereka begini. Biarlah, malam itu dia ingin melepaskan rindunya terhadap isterinya.

"abang takkan tinggalkan sayang lagi. Abang cintakan sayang sangat-sangat. Abang rela berkorban apa saja untuk sayang. Tidurlah, abang akan lindungi sayang" ujar Tengku Amir lalu mengucup dahi, pipi dan seterusnya bibir merah isterinya.

Akhirnya Tengku Amir kembali terlena memeluk insan yang sangat dia cintai itu.

Dalam hati keras cemburu juga si Rose ni... Hati wanita ni kan lembut.. Dalam taknak tu nak jgk kan.. TA ni pula makin tua makin helok....lepas ni TA xpyh bg ayat la... Gaya dia pun dh buat hati Rose mencair.. Ahh giteww... Hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience