BAB 9

Romance Completed 46461

Dia merenung tasik yang tenang, namun itu tak mampu untuk meredakan perasaannya itu. Air mata jatuh ke pipinya, surat ditangan digenggam kemas. Baru sahaja ingin berkongsi berita gembira itu namun segalanya hancur sekelip mata. Aisya Rose menyapu air matanya, terimbau kembali kejadian sejam yang lepas.

" why Rose?? Kenapa buat abang macam ni??" tengking Tengku Amir.

Matanya yang merah menahan marah menggerunkan Aisya Rose. Kepulangannya dari keluar bersama Hana berjumpa dekan fakultinya disambut dengan tengkingan suaminya.

"apa maksud abang? Abang, kenapa ni?" soal Aisya Rose tidak faham.

Tengku Amir menyua skrin telefonnya ke muka isterinya. Terbeliak mata Aisya Rose melihat gambarnya yang diambil dari sudut yang salah sampai memperlihatkan yang dia sedang memeluk seorang lelaki yang dia kenal siapa.

" abang, Rose tak buat semua tu bang. Rose pergi dengan Hana bukan dengan Ilham. Kami hanya terjumpa di cafe sahaja. Kebetulan dia pun join seminar dekat situ.Rose boleh panggil Hana untuk jelaskan semua ni. Tolong la percayakan Rose bang" ujar Aisya Rose teresak- esak.

"then ni apa? Kenapa kau masuk lif sama- sama dengan jantan tu?? Apa yang kau cuba buat ni Aisya Rose!! aku bagi kau sambung belajar tapi ni yang kau tahu. Melacur dengan jantan!!" jerkah Tengku Amir.

"Abang!!! Rose tak sehina tu bang! Kenapa abang sanggup cakap Rose macam tu. Mana kepercayaan abang buat Rose??" ujar Aisya Rose.

" kalau kau nak tahu aku dah lama tahan dengan perangai kau. Kau jangan ingat aku tak tahu yang jantan ni selalu kejar kau dekat universiti sana! Aku sabar Aisya Rose! aku sabar tapi ni dah buktikan semuanya yang kau bukan seorang isteri yang baik. Sanggup menduakan suamikau sendiri. Patutlah jarang balik rumah. Sibuk konon tapi simpan jantan lain. Hey! Aku nak kau berambus dari rumah aku! Berambus kau!!" jerit Tengku Amir.
Aisya Rose ditolak ke pintu.

" mana kepercayaan abang untuk Rose! Selama ni Rose tak pernah curang dengan abang! Rose beri sepenuh kesetiaan Rose untuk abang! Rose juga selalu minta kepercayaan untuk Rose tapi hari ni abang dah tunjukkan kepada Rose yang abang tak pernah percayakan Rose!! Abang dah kecewakan Rose. Rose akan pergi, andai suatu hari nanti kebenaran terungkai, Rose harap abang takkan datang jumpa Rose sebab Rose tak nak tengok muka abang lagi. Halalkan makan minum Rose" ujar Aisya Rose tersedu sedan.

Saat dimuka pintu. Tengku Amir bersuara.

" Aisya Rose binti Aziz, aku....."

Opsss... Chapter ni pendek kan... Saje nak bagi korang tak senang duduk.. Hahaha... Jangan marah k, jom kita lempang TA beramai-ramai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience