Aisya Rose sampai ke rumah lewat petang. Semenjak habis SPM dia bekerja di sebuah kedai buku di pekan. Walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang namun dia tiada rezeki untuk melanjutkan pelajarannya kerana pak cik dan makciknya tidak mahu menanggung kos pelajarannya. Pakcik hashim melihat Aisya Rose memasukki rumah.
" Aisya!! Ke sini sekejap" jerit pak Hashim.
Aisya Rose memhampiri pak ciknya.
" aku nak kau ikut aku malam esok. Kau tak payah pergi mana- mana walaupun ke surau tu!! Kau kemas baju-baju kau. Aku dah dapatkan kerja untuk kau di KL“ tegas pak Hashim.
" kenapa pak cik, esok Aisya ada kelas mengaji. Lagipun Aisya dah kerja dekat kedai buku kan" balas Aisya Rose takut- takut.
" eh! Aku cakap tu ikut jela jangan banyak tanya! Kalau kau keluar malam esok siap kau aku kerjakan, paham!!" tengking pak Hashim.
Aisya Rose mengangguk laju. Dia terus berlalu ke biliknya. Entah kenapa dia tidak sedap hati melihat pandangan mata pak ciknya. Ya Allah selamatkanlah aku.
Petang itu dia pulang seperti biasa, apabila hendak ke dapur, dia terdengar seakan ada orang berborak.
" haa.. Malam ni kau tunggu aku."
"iya..barang dara lagi..kau jangan risau la"
" jangan lupa duit aku 10 ribu tu. Aku bukan bagi free."
Aisya Rose menekup mulutnya. Tiba- tiba dia sesak nafas. Tergamak pakciknya menjual dirinya. Dia melangkah ke dalam biliknya. Dia mundar mandir.. Apa harus dia lakukan sekarang. Dia mesti buat sesuatu. Dia tak mahu menjadi mangsa nafsu serakah manusia itu. Dia harus larikan diri. Tapi macam mana dia nak lari dari genggaman pakciknya itu. Dia terduduk di atas tilam nipis miliknya itu. Air mata mula merembes keluar. Pakcik dan makciknya mana pernah menyayanginya. Malah harta arwah ayah dan ibu habis digadainya.
"Aisya!!" jerit pakciknya.
Aisya Rose keluar dari biliknya. Sebuah beg pakaian dan beg galas di bawanya. Dia nekad, apabila sampai di Kuala lumpur, dia akan cuba melarikan diri.
"Cepat masuk! Terhegeh-hegeh!!" jerkah pakcinya lagi. Mak ciknya mencebik melihat lalu dia masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukannya.
Aisya Rose melihat keluar melalui tingkap kereta. Dia dapat melihat bangunan di depannya itu 'Star night Club'
Aisya Rose menelan air liurnya. Pak ciknya keluar dari kereta setelah menyuruhnya juga keluar. Dia melihat lelaki itu menyapa seseorang di depan pintu masuk kelab tersebut. Sesekali dia dapat melihat susuk mata lelaki itu merenungnya atas bawah. Dia menarik tudungnya agar menutup badannya. Dia tidak selesa diperhatikan begitu.
"itu bos kau! Lepas ni kau kerja dengan dia!!" ujar pak ciknya itu lalu mencampak beg pakaiannya ke bawah.
"pak cik! Aisya tak nak kerja dekat sini. Tolong pak cik," rayu Aisya Rose namun bapa saudaranya tidak mengendahkannya lalu meninggalkannya di situ.
Dari jauh dia melihat beberapa lelaki mula mendekatinya. Saat itu dia nekad. Tanpa mengambil beg pakaiannya dia terus mengundur lalu melangkah laju melarikan diri.
"Hoi!!" jerit lelaki di belakangnya.
Aisya Rose melajukan lariannya. Dia nekad, dia harus mempertahankan maruah dirinya. Dia tahu dia sudah dijual dan dia akan cuba selamatkan maruahnya dari dijadikan pelacur walau nyawanya tergadai.
Lelah dia tidak peduli, dia terus melintas jalan tanpa dia sedar ada kereta laju sedang menghampirinya. Dan saat itu bunyi seretan tayar yang sangat kuat. Dia hanya menangis sambil memejam matanya. Redha dengan apa yang bakal berlaku.
.
.
.
.
.
Lelaki itu berpeluk tubuh mendengar cerita gadis di depannya itu. Dia meneliti gadis itu atas dan bawah. Masih berpakaian semalam. Cuma pagi ini dia dapat lihat wajah itu bersih dari air mata dan tudung yang dipakai agak kemas dari semalam. Dia dapat melihat sekilas anak mata gadis bernama Aisya Rose itu, mata yang bundar memukau. Pipi yang gebu dan bibir merah merekah itu amat menggodanya untuk merasa. Dia mengeluh perlahan.
Dia bangun lalu mencapai kot hitam di tepinya.
Dia menghampiri gadis yang sedang menunduk itu.
"since aku dah selamatkan kau semalam. Aku nak kau duduk sini dan jadi orang gaji aku! Jangan cuba nak larikan diri, kalau tak aku boleh buat lagi teruk dari apa yang kau hadapi semalam. Aku... "
Ding dong....
Bunyi loceng rumahnya berbunyi lalu dia menekan remote unlock di tangannya. Dia sudah tahu siapa yang akan muncul kerana penthouse miliknya hanya orang tertentu saja boleh masuk.
" Tengku... " tegur lelaki berpakaian hitam itu.
Dia masuk lalu meletakkan beberapa beg kertas dan plastik makanan. Selesai meletakkan barang lelaki itu laju meninggalkan rumah tersebut.
Aisya Rose mendengar lelaki itu memanggil lelaki di depannya ini Tengku. Dia menguatkan dirinya untuk merenung lelaki di depannya itu.
"tu semua barang kau"
Selepas itu dia terus keluar dari rumah mewah itu tinggal Aisya Rose terpingga-pingga.
Aisya Rose meneliti pakaian yang dia ambil dari beg kertas. Ada tshirt lengan panjang dan pendek, seluar,skirt labuh, blouse dan beberapa helai tudung. Saat membuka paperbag terakhir dia terkedu melihat telekung berwarna rosegold yang sangat cantik. Dia membelai lembut fabrik itu, mesti mahal. Dia tersenyum gembira. Ucapan syukur di sedut dalam hati. Sejadah berwarna hitam pula dikeluarkan namun dia tak pasti mana arah kiblat. Subuh tadi pun dia tawakkal sahaja kerana kewajipan kepada yang esa harus ditunaikan. Ingin menanyakan kepada lelaki bernama Tengku itu dia takut. Walaupun lelaki itu sangat kacak namun panahan mata tajam lelaki itu amat menakutkannya.
Tuala yang sedia ada dibilik itu diambil lalu dia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan menukar pakaian.
.
.
.
.
.
.
Tok! tok!
"come in!"
Pintu dibuka dari luar.
"Tengku, petang ini mesyuarat dengan Tan Group Holding cancel sebab Tan Sri Thomas Tan ada emergency. So petang ni Tengku free" ujar Joanne, PA kepada Tengku Amir itu.
Dia mengangguk kepalanya sekali.
"Thanks Joanne, anything else?" soalnya.
"oh ya Tengku, miss Juwita ask to have dinner with you tonight. It's yes or no Tengku?" soal Joanne lagi.
Tengku Amir mendengus kasar.
"nope! I not interest to meet her. Just ignore her, Joanne" ujar Tengku Amir.
"okay Tengku." balas Joanne lalu meninggalkan bilik itu.
Tengku Amir memusing kerusinya lalu memandang pemandangan kotaraya dari cermin kaca officenya. Juwita, gadis itu pernah mendapat tempat dihatinya namun kesetiaan yang diberikannya dibalas dengan perkhianatan.setelah dia dibuang oleh wanita itu, Berani pula perempuan itu mejilat ludahnya kembali. Keluhan dilepaskan, terbayang wajah polos gadis yang kini berada dirumahnya. Entah kenapa raut wajah itu menjadi bayangan di dalam kepalanya saat itu. Dia bangun dari kerusi lalu mencapai telefonnya.
"Zack, standby kereta" arahnya ringkas lalu keluar dari biliknya.
"Joanne, i balik. Anything urgent, just call me"
"Baik Tengku"
.
.
.
.
.
.
.
.
Aisya Rose duduk termenung di balkoni rumah itu, di ruang itu terdapat kolam renang serta gazebo kecil. Dia duduk di atas rumput tiruan di satu sudut. Tudung sesekali dipegang apabila ditiup angin. Dia mengenakan baju lengan panjang serta sweatpant berwarna hitam. Saiz pakaiannya yang kena dengan bentuk badannya. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.
Dia merenung langit biru, mengenangkan nasib dirinya. Dijual oleh pak cik sendiri dan diselamatkan oleh lelaki yang tak dikenali dan sekarang dia terperangkap di rumah mewah itu. Namun dia bersyukur kerana Allah masih memelihara maruah dirinya dan dia yakin lelaki bernama Tengku itu bukan seseorang yang jahat.
Tengku Amir masuk ke dalam rumahnya. Hatinya tak senang saat terbayangkan wajah polos Aisya Rose ketika dia di pejabat dengan itu disitu dia berada sekarang. Entah apa yang merasukinya agar pulang ke rumah ketika jam pukul3 petang. Dia melilau mencari kelibat yang ingin dia lihat namun rumah itu sunyi sepi. Saat dia melangkah, dia melihat pintu sliding dari arah balkoni terbuka. Laju dia menuju ke arah situ. Dari muka pintu itu dia menangkap tubuh yang sedang memeluk lututnya dan muka disembam ke lututnya sendiri.
"Ehem..."
Deheman itu membuatkan Aisya Rose terkejut lalu tegak dia berdiri. Wajahnya automatik ke bawah.
"cantik sangat ke rumput tu sampai kau tak nak pandang aku?" sindir Tengku Amir. Dia meneliti penampilan gadis itu dari atas ke bawah. Sangat comel gadis itu mengenakan tshirt lengan panjang Biru gelap, dipadankan dengan sweatpants hitam dan tudung hitam.
Laju Aisya rose mengangkat muka dalam perasaan takut.
Tengku Amir mendekati gadis itu lalu dia memandang ke arah pemandangan di balkoni rumahnya itu.
"Aku nak kau kemas rumah ni dan masak untuk aku breakfast dan dinner. Kalau telefon rumah berbunyi kau tengok dulu nama pemanggil sebelum jawab. Selain nombor aku, kau tak dibenarkan jawab sama sekali. Ikut aku!!" arah Tengku Amir lalu masuk ke dalam. Aisya Rose membuntuti lelaki itu.
" seperti kau lihat dekat telefon ni ada skrin" ujar Tengku Amir lalu dia menyeluk ke dalam poket seluarnya lalu iphone 12 miliknya dikeluarkan lalu dia menekan skrin. Saat itu telefon rumah berbunyi.
Tengku Amir meluruskan jari telunjuknya ke skrin.
Tengku Amir calling.....
Aisya membaca nama di skrin. Oh, nama lelaki itu Tengku Amir rupanya. Aisya Rose mengangguk tanda faham kepada lelaki tersebut.
"Dapur ni your place, but jangan hancurkan dapur aku. Pagi aku nak breakfast siap seawal 7.30 pagi. Menu kena berubah setiap hari. I just drink black coffee, no tea or juice. Masa aku balik kerja aku nak kau sediakan jus untuk aku. " ujar Tengku amir lagi.
"kau tahu masak tak?" soal Tengku Amir.
"tahu tuan" jawab Aisya Rose perlahan.
Tengku Amir mula melangkah dan Aisya Rose masih setia mengikut langkah lelaki itu.
Sampai di tingkat atas,
"this room is forbidden to enter without my permission. This is my room. Baju kotor aku akan letak dekat luar nanti kau ambik dan basuh." ujar Tengku Amir lalu melangkah ke bilik selang 2 bilik dari bilik lelaki itu tadi.
"this is laundry room. Make sure kau iron baju aku siap-siap then letak di penyakut situ nanti aku ambil."
"ini pula bilik kerja aku. Kau juga tak dibenarkan sesekali masuk tanpa arahan aku faham!"
Aisya Rose mengangguk kepala tanda faham.
Aisya Rose hanya mendengar arahan yang dikeluarkan oleh lelaki itu. Tak di sangka yang di sudah terjerat dengan lelaki ini. Cuma entah kenapa dia rasa selamat bersama lelaki itu lagipun lelaki itu telah menyelamatkannya.
"Rose?"
Aisya Rose terpana saat lelaki yang duduk di sofa itu memanggilnya dengan nama Rose, jarang-jarang orang memanggilnya nama itu.
"err... Tuan boleh Panggil saya Aisya je" ujarnya.
"suka hati aku la nak panggil kau apa." balas Tengku Amir selamba.
"lagi satu, everything yang kau nampak atau dengar dalam rumah ni aku nak kau tutup mata dan telinga kau."
Aisya Rose mengangguk lagi.
"berapa umur kau?"
"20 tahun tuan" balas Aisya Rose perlahan.
'hurm muda lagi' desis Tengku Amir.
"errr... Tuan boleh saya tahu kiblat arah mana?" soalnya lagi takut-takut.
"dalam bilik dekat atas shiling dah ada tunjuk arah kiblat." jawab Tengku Amir sambil melihat telefonnya.
"err... Terima kasih Tuan belikan pakaian untuk saya" ujar Aisya Rose dengan ikhlas.
Tengku Amir mengangguk sekali lalu dia bangun berdiri.
"siapkan aku dinner, pukul6 nanti ak nak makan." ujar Tengku Amir lalu melangkah ke tingkat atas.
CE hanya akan update satu chapter sehari sahaja... Kalau rajin updte lebih ok... So happy reading guys
Share this novel