BAB 13

Romance Completed 46461

"are you okay mommy? Did you fight with daddy?" soal Tengku Arman dalam nada yang sedih.

Aisya Rose menutup pintu bilik Tengku Amir. Aisya Rose merasa serba salah dengan anaknya itu. Arman tidak patut melalui zaman kanak-kanak yang macam ni. Dia melutut menyamai ketinggian anaknya.

" No, mommy and daddy having a discussion just now. Think about which school that you should go." jawab Aisya Rose tersenyum nipis.

"but i see daddy crying" ujar Tengku Arman lagi.

"No, daddy not crying Arman. I'm looking for something that i drop." tiba-tiba suara Tengku Amir kedengaran.

Terus Tengku Arman memeluk kaki ayahnya itu.

"Daddy, can you play with me. Please daddy teach me how to play car that you give me" ujar Tengku Arman petah.

"okay, jom daddy ajar Arman."

Tengku Amir mendukung anaknya lalu turun ke bawah meninggalkan Aisya Rose di situ.
Saat Aisya Rose turun, dilihat Arman sedang mendengar tunjuk ajar suaminya tentang permainan yang dipegangnya. Terus Aisya Rose masuk ke biliknya.

Tengku Amir bergelak ketawa bersama anaknya diruang tamu. Kelibat isterinya masih belum kelihatan. Dia mengeluh sendirian, isterinya begitu cekal mengharungi semuanya seorang diri. Betul apa yang isterinya cakap, dia seorang pengecut kerana hanya mampu melihat isterinya mengharungi hidup dengan susah payah seorang diri.

" Am ada nampak Aisya? Dari tadi bonda tak nampak dia pun. Ke Aisya tak sihat? " soal Puan Sri Amina runsing.

" ada tu dalam bilik, bonda." ujar Tengku Amir.

" Am pergi tengok Aisya sekejap. Ajak Aisya keluar makan, nanti perut masuk angin tak makan. Bonda nak solat mahgrib sekejap, nanti kita makan sama-sama. tinggalkan Arman dengan ayah kamu tu sekejap" arah puan Sri Amina sambil meninggalkannya.

Tengku Amir melangkah masuk ke bilik isterinya berada.
Saat itu dia melihat isterinya sedang lena tidur. Dia mendekati lalu merenung setiap inci wajah yang menawan itu. Ingin sekali dia mencium dan memeluk wanita yang sentiasa ada dihatinya. Dia mendekatkan bibirnya ke dahi isterinya lalu dengan berani mengucup lembut. Dia tersenyum saat Aisya Rose tidak sedar akan tindakannya. Dia menepuk lembut tangan isterinya

" Rose, bangun..dah mahgrib ni, tak elok tidur waktu macam ni" kejut Tengku Amir.

Aisya Rose merenggek manja mengundang debar Tengku Amir, tapi tiba-tiba Aisya Rose bangun dan dia menjauhkan dirinya dari tengku Amir.

" apa awak buat dekat sini?! " soal Aisya Rose cemas lalu melihat ke dalam selimutnya dan keluhan lega saat dia masih lengkap berpakaian.

" Bonda suruh kejut, dah mahgrib ni" ujar Tengku Amir selamba lalu meninggalkan isterinya terpingga-pingga.

"err...Arman mana?“ soal Aisya Rose beku.

" dekat luar dengan ayah" ujar Tengku Amir lalu menutup pintu bilik.

Aisya bingkas bangun membersihkan diri dan menunaikan solat magrib.

Makan malam itu cukup meriah bagi ibu bapa mentuanya tapi tidak kepadanya. Dia tepaksa duduk di sebelah suaminya manakala anaknya duduk di sebelah emak mentuanya. Saat itu juga dia dapat mendengar gelak ketawa suaminya. Tak dinafikan Tengku Amir makin kacak walapun sudah berumur 34 tahun. Wajah lelaki itu semakin matang dan badannya jugak makin tegap berbanding empat tahun dulu.

"Aisya tambah nasi, sikit je makan." tegur ibu mentuanya.

Saat itu Tengku Amir meletak nasi ke dalam pinggannya membuatkan dia membulatkan mata kepada suaminya namun lelaki itu buat tak endah. Puan Sri Amina tersenyum, dia tahu anaknya itu mencintai menantunya dan dia akan cuba untuk satukan mereka kembali.

"Enda..i want drumstik" ujar Tengku Arman.

" this is for you my prince" ujar Tengku Amir lalu meletakkan paha ayam goreng ke pinggan anaknya.

"thanks Daddy"ucap Tengku Amir lalu mengunyah ayam tersebut.

"pandai Aisya didik Arman, walaupun baru empat tahun tapi dah bijak." puji Tan Sri Tengku Amran.

Aisya Rose tersenyum sipu lalu menghabiskan makanan di pinggannya. Tengku Amir pula tak puas merenung senyuman itu.

Mereka sekeluarga sedang menonton tv dan Tengku Amir bergelak ketawa bermain dengan anaknya. Aisya Rose agak pelik kerana begitu cepat anaknya serasi dengan daddynya. malah dia sedikit cemburu saat anaknya lebihkan Tengku Amir dari dirinya.

"lepas ni Aisya plan apa?" tegur Tan Sri Tengku Amran.

"Aisya ingat nak cari kerja area sini. Aisya ada juga cuba minta kerja sektor kerajaan. Kalau ada rezeki dapat la" jawab Aisya Rose.

" kalau macam tu kerja je dekat syarikat ayah, boleh juga tolong Am nanti" cadang Tan Sri Tengku Amran.

Saat itu Tengku Amir memandangnya seakan ingin mendengar apa yang dia ingin cakap.

" urmm...Aisya rasa biarlah Aisya cari dulu kerja lain ayah. terima kasih tapi berilah Aisya peluang untuk cuba sendiri" jawab Aisya Rose.

Tengku Amir agak kecewa dengan jawapan itu.

"ayah berharap sangat Aisya terima tawaran ayah. Lagipun hanya Am dan Aisya sahaja anak ayah. Am pun anak tunggal. Kalu bukan untuk kamu, siapa lagi yang ayah nk harapkan." ujar Tan Sri Tengku Amran lagi.

Aisya Rose menjadi serba salah, bapa mentuanya banyak membantunya selama ini.

" nanti Aisya fikirkan dulu ye ayah. " ujar Aisya Rose tersenyum.

" arman jom. Time to sleep sayang" panggil Aisya Rose.

Tengku Arman mula mencapai tangan mommynya lalu masuk ke bilik tamu. Tengku Amir hanya memandang langkah dua beranak itu. Tapi tiba-tiba anaknya menoleh.

"daddy, jom listen mommy's bedtime story." ajak Tengku Arman tanpa riak bersalah.

Aisya Rose mula merasa tak selesa dengan ajakan anaknya itu.

"Arman pergi dulu ya nanti daddy masuk" ujar Tengku Amir menyedapkan hati anaknya itu.

"no! We never been together on bed time. Please daddy..." rayu anak kecil itu.

"err... Arman, we go in first. After this daddy will follow. Daddy need to talk with atuk for a while" ujar Aisya Rose pula.

"okay! Make it fast daddy" arah suara kecil itu.

" okay I'm promise." ujar Tengku Amir pula.

Pintu bilik tidur dibuka perlahan, saat itu dia mendengar Aisya Rose membaca buku cerita kepada Tengku Arman. Dia melihat isterinya yang membelakangi pintu itu bersungguh bercerita siap dengan gayanya sekali.

"Daddy! Come join us" ajak Tengku Arman saat melihat

pnya di muka pintu. Aisya Rose berhenti bercerita, Tengku Amir memanjat katil lalu duduk menyandarkan badannya ke kepala katil sambil merenung isterinya.

" esok la kita sambung ye sayang?" ujar Aisya Rose menutup buku cerita.

Sang kancil dan buaya? Tengku Amir tersenyum,

"mommy sambung la cerita, daddy pun nak dengar mommy cerita kan Arman?" giat Tengku Amir.

Tengku Arman yang agak tak faham apa yang dituturkan oleh bapanya hanya mengangguk saja. Aisya Rose sudah menjeling tajam ke arah suaminya.

"mommy...please?" pujuk Tengku Arman.

Haih ni yang susah bila anaknya memujuk, serba salah dibuatnya.

"ok! But after finish you must sleep okey. Dah lewat dah ni" ujar Aisya Rose tegas.

"okey mommy, Promise!" ujar Tengku Arman membuat tanda ikrar.

Tengku Amir tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
Aisya Rose menyambung cerita. Tengku Amir terpesona dengan gaya isterinya. Aisya Rose semakin cantik,sungguh cintanya tak pernah pudar malah makin menggebu. Dia nekad ingin menambat semula hati itu. Dia akan rawat kelukaan isterinya dengan cintanya yang tak berbelah bahagi.

Selesai bercerita Aisya Rose memandang Tengku Amir dan anaknya sudah tertidur itu. Dia memandang wajah tampan suaminya itu. Hatinya sakit saat kenangan lalu menerjah semula ke kotak memorinya. Dia mendekati Tengku Amir ingin mengejutkan lelaki itu.

"Tengku, bangun. Saya nak tidur ni. Tengku balik la ke bilik Tengku semula" ujar Aisya Rose.

Tengku Amir mengosok matanya. Saat dia ingin bangun, pautan anaknya menjadi kemas.

"i want sleep with daddy.." Tengku Arman merengek dalam tidurnya.

Aisya Rose menggaru kepalanya. Dia dapat lihat pelukannya anaknya sangat kemas. Tengku Amir juga menjadi serba salah melihat wajah tak puas hati isterinya itu.

"Arman, daddy want to toilet. You sleep with mommy okay?" bisik Tengku Amir kepada anaknya.

"No! Daddy will leave me. I want to sleep with mommy and daddy" Tengku Arman dah mula menangis.

"okay-okay daddy will sleep with us okay. Now Arman tidur okay. Jom mommy ulit" ujar Aisya Rose lalu merebahkan badannya di sebelah kiri Arman manakala Tengku Amir di sebelah kanan anaknya.

Aisya Rose membaca zikir-zikir ke telinga anaknya. Arman adalah segala-segalanya dan dia sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. Saat dia melihat Tengku Amir mula bangun.

"just sleep here Tengku. Saya taknak Arman bangun nanti dia kecewa bila daddy dia takde." ujar Aisya Rose tanpa memandang.

"thank you sayang" ujar Tengku Amir lalu merebahkan semula badannya.

"saya buat demi Arman, bukan kerana saya dah terima Tengku. Saya takkan terima Tengku semula. Arman segala-segalanya buat saya. Saya rela disakitit asalkan bukan anak saya" ujar Aisya Rose lalu menutup matanya.

Tengku Amir hanya mampu menelan kata-kata isterinya. Ternyata hati Aisya Rose sudah keras untuk menerimanya.

" Aisya tak kisah kalau itu yang ayah harapkan. Aisya akan cuba tapi Amir tak kisah ke kalau Aisya kerja di situ?" soal Aisya Rose pula.

Tan Sri Tengku Amran tersenyum senang. Petang itu dia cuba untuk memujuk menantunya demi mendekatkan semula hubungan anak menantunya. Lega dia apabila Aisya Rose akhirnya menerima tawarannya.

"tentang tu Aisya jangan risau. Ayah dah beritahu Am tentang ni. Terima kasih Aisya, ayah tahu kamu yang sesuai untuk bantu Am" ujar Tan Sri Tengku Amran lagi.

"Aisya yang patut berterima kasih dengan ayah dan bonda, kalau ayah dan bonda tak ada, Aisya tak tahu la macam mana hidup Aisya dan Arman dekat Brisbane dulu" ujar Aisya Rose sayu.

"Hai borak apa anak menantu ni?" tegur Puan Sri Amina.

"takde pape la Ina. Ni ha abang tengah pujuk Aisya kerja di syarikat. Dan Aisya bersetuju untuk sama-sama majukan syarikat dengan Am" ujar Tan Sri Tengku Amran.

"Alhamdulillah, bonda tahu Aisya akan bersetuju. Aisya memang anak yang baik" ujar Puan Sri Amina lalu memeluk bahu menantunya.

"Aisya yang bertuah sebab dapat ayah dan bonda dalam hidup Aisya" balas Aisya Rose.

" daddy is back!! " jerit Tengku Arman yang sedang bermain di laman rumah lalu menhampiri kereta Tengku Amir yang masuk ke rumah.

Tengku Amir keluar lalu mendukung anak lelakinya itu.

" hai handsome boy daddy." ujar Tengku Amir lalu mengucup pipi anaknya. Dia menghampiri keluarganya di laman itu.

"awal balik Am?selalu kalau matahari tak terbenam selagi tu la tak nampak batang hidung" soal Puan Sri Amina.

Tengku Amir tersenyum. Sempat dia melirik ke wajah isterinya. Hanya beriak macam biasa.

"dulu sorang-sorang bonda. Sekarang anak isteri dah balim kena la balik awal. Tak gitu yah?" ujar Tengku Amir mengundang senyuman dan anggukkan ayahnya.

"bagus la kalau macam tu. Sekarang dah ada tanggungjawab, kena utamakan keluarga dulu" ujar Puan Sri Amina lagi.

Pagi keesokkan mereka sekeluarga bersarapan. Tengku Amir turun dan saat itu dia melihat Aisya Rose memakai baju kurung ungu lembut bertudung pink lembut. Sungguh cantik sekali dengan make up yang minimal.

"Am, jom breakfast." tegur puan Sri Amina.

" Am, mulai hari ni Aisya akan bekerja di syarikat, Am pergi kerja dengam Am ye. Boleh la nanti Am kenalkan Aisya kepada staff nanti" ujar Tan Sri Tengku Amran. Aisya Rose hanya senyap.

Tengku Amir mengangguk. Matanya tak lepas memandang isterinya di sebelah. Puan Sri Amina tersenyum.

"Bonda dan ayah nak bawa Arman jalan-jalan nanti ya" ujar Puan Sri Amina lagi.

Tengku Amir dan Aisya Rose mengangguk kepala serentak.

Senyap suasana di dalam kereta. Aisya Rose hanya memerhati ke luar tingkap.

" Abang harap Rose boleh tolong abang di syarikat. Sekarang abang tak menang tangan nak hamdle semua" ujar Tengku Amir tiba-tiba dia menjeling sekilas kepada isterinya di sebelah.

"abang tahu Rose marahkan abang, bencikan abang. Abang nak sayang tahu yang abang akan sentiasa tunggu kemaafan dari sayang" ujar Tengku Amir lagi.

Melihat Aisya Rose masih membisu. Dia akhirnya mengalah, perjalanan ke pejabat pagi itu hanya ditemani dengan suara radio sahaja.

Hi sorry dua hari tak update.... Selamat membaca... Terima kasih keada yang sudi menunggu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience