BAB 3

Romance Completed 46461

Hampir 2 minggu kejadian itu berlaku. Sepanjang itu juga Aisya mengelak dari bertemu mata dengan Tengku Amir. Setiap kali lelaki itu keluar kerja baru Aisya Rose keluar dari biliknya. Malah dia akan menyiapkan segala kerjanya sebelum lelaki itu pulang. andai lelaki itu ada di rumah, dia akan berkurung di dalam bilik. Kini dia sudah tahu jadual waktu Tengku Amir di rumah. Seminggu sekali akan ada lelaki bernama Shah datang menghantar barangan basah dan keperluan, oleh kerana keramahan Shah, dia mengenali siapa Tengku Amir sebenarnya. Dia tidak menyangka lelaki itu merupakan seorang jutawan muda di malaysia. Tengku Amir Tan Sri Tengku Amran. Pewaris tunggal bagi pelopor perniagaan hartanah bapanya. Selain itu, mempunyai perniagaan kereta mewah terbesar di Malaysia disamping beberapa buah hotel bertaraf lima bintang. Tengku Amir sendiri mempunyai syarikatnya yang di usahakannya.

Saat dia sedang melipat baju, terdengar ketukan di pintu biliknya. Setiap hari pasti ada ketukan dan dia sedia maklum siapa gerangan yang mengetuk. Dia biarkan saja dan tidak ingin untuk membuka. Walaupun perasaan marah terhadap lelaki itu makin berkurang namun dia harus berhati-hati agar kejadian sama tak berulang kembali.

Tengku Amir mengeluh, Aisya Rose masih enggan bertemunya. Walaupun dia mempunyai kunci bilik itu tapi dia tidak mahu dianggap penceroboh. Dia tahu setiap kali dia tiada di rumah pasti Aisya Rose keluar dari biliknya. Buktinya setiap kali dia pulang pasti rumahnya berkeadaan kemas dan bersih, juga ada makanan yang disediakan Aisya Rose setiap kali dia pulang dari kerja.

" Tengku ada anything to highlight ke?" Soal Joanne sambil melihat bosnya itu termenung.

" Tengku? Tengku?" panggil gadis itu lagi.

Tengku Amir kembali ke alam nyata. Dia membetulkan duduknya.

" hah? Nothing tapi hari ni saya nak balik awal, anything important please inform before 4.30 pm " arah Tengku Amir tegas.

Dia masih memikirkan Aisya Rose di kondonya. Dia harus fikirkan cara untuk pulihkan keadaan mereka. 2 minggu tak melihat wajah gadis itu dia rindu. Mata bundar milik Aisya Rose ibarat magnet menariknya untuk terus memandang. Wajah yang polos dan cantik itu membuatkan dia terbuai. Sesungguhnya Aisya Rose mempunyai daya tarikan yang membuatkannya terbayang- bayang.

"oh ya Tengku, puan Sri Amina call tadi cakap beliau tunggu di rumah Tengku. Beliau cakap nak dinner dengan Tengku sama-sama hari ni" ujar Joanne.

Terlepas pen di tangannya.

"pukul berapa bonda call?" soal Tengku Amir kalut.

"dalam sejam lepas, masa Tengku meeting dengan klien tadi." ujar Joanne.

"shitt"

Tengku Amir terus mencapai kot dan telefonnya.

"Jo, i balik dulu. Anything urgent call me" ujar Tengku Amir kelam kabut sambil keluar dari pejabatnya meninggalkan Joanne yang terpingga-pinga.

Aisya menyarung tudung ke kepala lalu keluar dari dapur, bunyi pintu dibuka membuatkan dia mengintai siapa yang datang. Dia pasti bukan Tengku Amir kerana jam sekarang baru pukul 3 petang. Dia melihat susuk tubuh seoeang perempuan sedang berjalan diikuti seorang lelaki.

"kamu bawa tu ke dapur, letak dalam peti sejuk." ujar Puan Sri Amina. Saat itu Aisya menatap wajah wanita separuh usia yang sangat elegan itu dan tiba-tiba mata mereka bertembung. Luas mata wanita separuh usia itu melihat Aisya Rose yang sedang berdiri kaku itu.

" you siapa?! Kenapa ada dalam rumah anak i ??" soal puan Sri Amina terkejut.

"Err.. Saya Aisya, orang gaji Tengku" jawab Aisya Rose takut-takut.

"orang gaji?" Puan Sri Amina melihat gadis itu atas bawah.

"err.. Puan Sri duduk dulu ya, saya buatkan air untuk Puan Sri" ujar Aisya Rose sambil berlalu ke dapur.

Saat dia sedang membancuh kopi, Puan Sri Amina muncul di dapur. Dia melihat gerak geri Aisya Rose menyediakan minuman untuknya. Saat Aisya berpusing dia terkejut melihat ibu Tengku Amir di dapur.

"Eh, puan sri nak apa-apa ke?" soal Aisya Rose sambil meletak teko air kopi di atas meja makan yang di duduki oleh wanita itu.

"berapa umur kamu? Berapa lama kamu dah kerja dengan Amir? Macam mana boleh kerja dengan Tengku Amir?" soal Puan Sri Amina serius. Dia merasakan sesuatu yang pelik, sebelum ini dia pernah nak mengupah orang gaji kepada anaknya namun anaknya itu menolak mentah-mentah namun sekarang ada pula orang gaji, muda pula tu.

" ke kamu ni perempuan simpanan dia?! " tebak Puan Sri Amina.

Laju Aisya Rose menggeleng kepalanya.

"tak puan sri, saya memang orang gaji Tengku. Saya dah hampir sebulan kerja dengan Tengku. Saya umur 20 tahun, Tengku...."

"Bonda..."

Kedua-dua wanita itu menoleh ke arah yang sama. Tengku Amir menapak mendekati ibunya lalu menyalam tangan dan mencium pipi wanita itu. Sempat masanya melirik ke arah Aisya Rose yang tegak berdiri di tepi kabinet dapur.

"kenapa nak datang tak beritahu Am dulu? Tup tup dah ada dekat rumah, nasib baik Joanne beritshu tadi kalau tak Bonda tunggu la Am balik malam nanti" ujar Tengku Amir lalu duduk di sebelah puan Sri Amina.

Aisya Rose menghulurkan secawan kopi buat Tengku Amir. Lelaki itu tersenyum manis kepadanya tapi laju dia mengalihkan pandangannya.

"kamu tu busy memanjang, bukan nak balik rumah pun. Ayah kamu dah bising dah tu" ujar Puan Sri Amina.

"Ayah bila balik?" soal Tengku Amir. Bukan dia tak perasan ibunya itu asyik melirik ke arah Aisya Rose.

"lagi dua hari. Hari ni bonda tidur sini. Bosan duduk rumah sorang-sorang. Kamu pergi la naik mandi dulu, bonda nak masak. Aisya, kamu tolong saya keluarkan barang-barang basah tadi" arah Puan Sri Amina.

Laju tangan Aisya Rose membuka peti sejuk lalu mengeluarkan barangan yang dibawa oleh wanita itu tadi.

"Am tunggu apa lagi? Pergi la naik mandi dulu" ujar Puan Sri Amina.

Tengku Amir meninggalkan dapur dengan rasa serba salah.

Dari tangga Tengku Amir mendengar suara bondanya. Dia terus menuju ke arah dapur.

"jadi Am telah selamatkan kamu malam tu?" soal Puan Sri Amina.

Aisya Rose mengangguk.

"Tengku yang tawarkan saya kerja ni. Puan Sri jangan salah faham. Tengku tak pernah bawa perempuan ke rumah ni. Saya memang bukan perempuan simpanan Tengku." ujar Aisya Rose bersungguh.

Puan Sri Amina tersenyum nipis. Suka dia melihat gadis itu, lembut dan matang walaupun masih muda.

" saya bukan apa Aisya, tak manis kamu berdua duduk di rumah ini. Walaupun Am tu jarang ada di rumah namun kamu tu anak dara" ujar Puan Sri Amina lagi.

"Saya faham puan sri, saya minta maaf. Tapi saya nak balas budi Tengku selamatkan saya malam tu. Dan Tengku memang seorang yang baik." ujar Aisya Rose lagi.

Tengku Amir yang mendengar terharu, gadis itu tidak mengungkit akan kejadian hitam itu.

"kalau macam tu apa kata kamu duduk dengan saya? Kamu kerja dengan saya je. Atleast ada juga teman saya dekat rumah sana" ujar Puan Sri Amina teruja. Dia seakan sudah jatuh sayang akan Aisya Rose. Memandangkan dia tidak mempunyai anak perempuan.

"apa bonda borak ni, meriah Am dengar" sampuk Tengku Amir. Dia mendengar apa yang dikatakan oleh bondanya dan untuk melepaskan Aisya Rose tinggal bersama bondanya dia tidak rela. Tidak betah rasa hatinya. Entah kenapa hatinya tidak mahu berjauhan dengan Aisya Rose. Sudah la rumah keluarganya itu agak jauh dari pejabatnya.

"tak ada apa-apa. Dah jom makan, Aisya duduk, Kita makan sekali." ajak Puan Sri Amina.

Aisya mencedok nasi ke pinggan Puan sri Amina dan Tengku Amir lalu dia duduk bertentangan dengan Tengku Amir.

"macam mana Aisya dengan tawaran saya?"

"tawaran apa bonda?" soal Tengku Amir.

"bonda ingat nak ajak Aisya tinggal dengan bonda, biar dia kerja dekat rumah kita saja. Ada la teman bonda di rumah sana"

Tengku Amir berubah riak. Dia ingatkan bondanya sudah lupa akan itu.

"tapi Aisya kan pekerja Am. Lagipun Am perlukan pembantu rumah sekarang ni. Biarlah Aisya kerja dengan Am" balas Tengku Amir.

Aisya Rose hanya mendiamkan diri. Tidak mampu dia bersuara. Tapi tawaran Puan Sri Amina itu menarik minatnya. Sekurang-kurangnya dia dapat mengelak dari Tengku Amir.

"Tapi..."

"Bonda jangan risau, Am takkan buat benda yang terlarang. Am pun bukan dua puluh empat jam duduk rumah. Am tahu hukum haram halal" balas Tengku Amir. Sempat dia melirik ke arah Aisya Rose yang menunduk itu.

Aisya Rose yang mendengar mencebik dalam hati. Dia meneruskan makan tanpa mengangkat wajahnya.

"yelah kalau kamu dah cakap macam tu. Ingat, Aisya ni anak dara. Kalau bonda tahu kamu buat benda tak elok dekat Aisya, bonda tak teragak-agak kahwinkan kamu berdua" ujar Puan Sri Amina.

Huk!huk! Huk!

Perit tekak Aisya Rose akibat tersedak. Laju Tengku Amir menghulurkan air kepada gadis itu. Puan Sri Amina pula mengosok belakang Aisya.

"makan elok-elok Rose..." tegur Tengku Amir.

Aisya Rose hanya diam mengangguk. Segan apabila dia menjadi perhatian.

Sejak kedatangan Puan Sri Amina tempoh hari, kerap wanita itu menelefon ke rumah itu. Selepas Puan Sri Amina pulang tempoh hari, dia mula mengelak dari bertemu dengan Tengku Amir. Manakala lelaki itu cuba untuk mencari peluang bercakap dengannya.

Aisya Rose bangun dari baringannya. Jam menunjukkan jam 12 tengah malam, tekaknya merasa dahaga. Laju dia menyarung tudung lalu keluar dari biliknya. Keadaan rumah yang hanya di terangi lampu balkoni, dia melangkah ke dapur.

Dia duduk di meja makan sambil meneguk air kosong. Dia sudah memikirkan yang dia akan berdepan dengan Tengku Amir dan meminta lelaki itu melepaskannya. Dia akan memulakan hidup yang baru, jauh dari lelaki itu. Lagipun betul apa yang Puan Sri Amina cakapkan bahawa tak manis dia tinggal di disini dengan Tengku Amir.

Tiba-tiba Lampu dapur dibuka dan saat itu terkedu Aisya Rose melihat Tengku Amir di sebelah suis itu. Laju Aisya Rose bangun membasuh gelas dan ingin berlalu dari situ. Namun saat ingin melintasi, Tengku Amir menahan.

"Boleh awak buatkan saya coklat panas? Saya tunggu di balkoni" ujar Tengku Amir lalu menuju ke arah balkoni.

'awak??' desis Aisya Rose perlahan.

Selesai membancuh air yang di minta oleh lelaki itu, dia menatang mug itu ke arah balkoni. Dia dapat lihat Tengku Amir sedang berdiri merenung bandaraya Kuala Lumpur.

"ehem..."

Tengku Amir menoleh. Dia melihat Aisya meletakkan mug di meja berhampiran. Saat melihat gadis itu ingin masuk dia memanggil.

"Rose..."

Langkah Aisya Rose terhenti.

"boleh saya nak cakap sikit dengan awak?" soal Tengku Amir.

Aisya Rose masih lagi membatu di situ. Serba salah dia dibuatnya. Namun apabila difikirkan balik, sampai bila dia harus mengelak dan rasanya sudah tiba masanya dia meluahkan permintaannya.

"maafkan saya Rose untuk kejadian hari tu. Saya terlalu marah hingga awak yang tak berslah menjadi mangsa. Saya betul-betul menyesal" ujar Tengku Amir. Dia duduk di salah satu sofa outdoor yang berda di situ.

"have a sit Rose..."

Aisya Rose melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengan lelaki itu.

"saya tahu saya dah memusnahkan kepercayaan awak terhadap saya. Saya mohon awak maafkan saya." Tengku Amir merenung tepat ke dalam mata Aisya Rose.

"saya dah maafkan Tengku. Cuma..."

"cuma apa Rose?"

"cuma saya nak minta sesuatu dengan Tengku.."

"apa dia.." soal Tengku Amir lalu mendekatkan wajahnya ke arah gadis itu.

Aisya Rose terpaku melihat wajah lelaki itu yang dekat dengannya. Dia seakan terpukau dengan renungan redup dari mata hazel lelaki itu. Tak di nafikan Tengku Amir seorang yang sangat kacak, berwajah seakan kacukan dengan jambang yang sangat nipis itu, alis mata yang sempurna. Dia melarikan pandangannya saat merasakan dia terlalu merenung leaki itu.

"Saya nak berhenti kerja dan saya mohon Tengku lepaskan saya." ujar Aisya Rose perlahan.

Riak wajah Tengku Amir berubah saat mendengar permintaan gadis di depannya itu.

Tengku Amir hatuh cinta ke!?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience