Tengku Amir melihat hidangan di atas meja. Tom yam, telur dadar, daging masak merah. Dia melabuhkan punggung ke kerusi dan dengan laju Aisya Rose mencedok nasi ke pinggan lelaki itu. Air kosong dan air sunquick di letak di tepi pinggan.
Dia menhirup kuah tom yam, ermm sedap. Lalu dia menjamah nasi. Aisya Rose hanya kaku berdiri di hujung sudut dapur.
"Duduk!" arah Tengku Amir.
Aisya Rose terkebil-kebil.
"Duduk sini Rose!"
Laju Aisya Rose duduk di kerusi yang di tunjuk oleh Tengku Amir tadi.
"Kau dah makan?"
Aisya Rose menggeleng kepalanya.
"kau teman aku makan! Ambil nasi tu" arah Tengku Amir.
"err... Takpe tuan sekejap lagi saya makan" tolak Aisya Rose. Dia takut tak tertelan nasi jika makan semej dengan lelaki itu.
"aku bukan pelawa kau tapi ni arahan! Sebelum aku buat bukan-bukan dekat kau baik kau makan!" marah Tengku Amir.
Laju tangan Aisya Rose mencedok nasi ke pinggannya. Hanya sedikit sahaja. Suasana menjadi senyap semula. Tengku Amir berselera menjamah masakan gadis itu. Aisya Rose pula hanya menunduk dari tadi. Tak berani mengangkat wajahnya walau seinci.
Tiba-tiba telefon bimbit Tengku Amir berbunyi. Dia meletakkan sudu lalu menekan butang hijau di skrin.
"Hello..."
....
"you dekat mana sekarang?" riak wajah Tengku Amir berubah.
...
"tunggu i dekat situ!"
Lantas dia bangun dari kerusi berlari ke biliknya. Aisya Rose terkebil-kebil melihat lelaki itu yang seperti kalut. Tak lama Tengku Amir turun semula dengan pakaian yang lain. Tanpa sepatah kata dia keluar dari rumah itu.
Aisya kembali ke dapur lalu mengemas makanan di atas meja. Nasib baik la lelaki itu hampir siap makan.
Selesai mengosok baju milik Tengku Amir, Setelah memastikan semua siap dia menyarung semula tudungnya lalu keluar dari bilik laundry tersebut. Hampir pukul11 dan dia sudah mengantuk. Lelaki itu masih belum pulang lagi. Semenjak seminggu ini, Tengku Amir selalu pulang lewat. Dia akan balik untuk makan malam selepas itu lelaki itu akan keluar semula. Aisya Rose tidak mengambil kisah kerana dia hanyalah orang gaji di dalam rumah itu.
Saat di anak tangga yang terakhir dia menangkap tubuh milik Tengku Amir yang baru masuk ke rumah itu namun riak tegang diwajah lelaki itu merisaukannya. Tengku Amir memandang tajam ke arahnya.
Saat dia ingin melangkah ke biliknya, tak semena-mena lengannya di rentap oleh Tengku Amir.
"Tuu.. Tuann??" tergagap-gagap Aisya Rose bersuara. Melihat wajah bengis Tengku Amir itu amat menakutkan.
Dia ditolak ke sofa lalu Tengku Amir mengepungnya kiri kanan.
"kenapa perempuan sangat jahat!!" jerkah Tengku Amir.
Dia mencengkam pipi gebu Aisya Rose dengan kuat.
"perlu ke dengan cara kotor untuk memilikki lelaki hah!!!" marah Tengku Amir lagi. Lelaki itu seakan tidak waras.
"tuan cakap apa ni?" soal Aisya Rose sambil melepaskan cengkaman itu. Tak berjaya.
"nak sangat ke aku jadi jahat hah?!! Okay! Aku buat jahat kalau itu yang kau nak!!"
Lantas Tengku Amir mula memeluk Aisya Rose lalu bibir gadis itu di ragut kasar. Aisya Rose sedaya upaya melepaskan dirinya dari jadi mangsa kerakusan lelaki itu.
Tengku Amir merentap tudung yang dipakai Aisya Rose. Lalu leher putih gadis itu di serang. Menangis Aisya Rose saat diperlakukan seperti itu..
"tuan.. Tolong jangan buat saya macam ni.." rayu Aisya Rose sambil meronta.
Dia menolak tubuh Tengku Amir, lelaki itu terundur ke belakang dan peluang itu digunakan Aisya Rose untuk melarikan diri namun laju Tengku Amir sempat menarik kaki Aisya Rose sehingga gadis itu tersembam ke lantai.
" Tuan tolong lepaskan saya" rayu Aisya Rose lagi dalam tangisnya.
Namun Tengku Amir mula menindih badannya.
"Shhh... Aku takkan buat macam ni kalau kau tak perangkap aku Juwita.." bisik Tengku Amir di telinga Aisya Rose.
'Juwita??' desis Aisya Rose.
Tak disangka Tengku Amir menyelak baju yang dipakai oleh Aisya Rose sambil mencium rakus gadis itu.
Aisya Rose menolak tubuh sasa lelaki itu. Tidak! Dia takkan biarkan lelaki itu meragut maruah dirinya.
Aisya Rose meronta kuat hingga tautan bibir mereka terlepas.
"Saya bukan Juwita!!!" jerit Aisya Rose kuat.
Tengku Amir terdiam mendengar jeritan itu. Dikesempatan itu Aisya Rose terus menolak tubuh lelaki itu lalu berlari masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dikunci dan dia melorot jatuh ke lantai. Teresak-esak dia melepaskan tangis. Tak dia sangka kesuciannya hampir diragut oleh lelaki yang pernah menyelamatkannya minggu lepas.
Tok! Tok! Tok!
"Rose..."
Kedengaran suara Tengku Amir diluar biliknya. Aisya Rose menekup mulutnya untuk mengelakkan lelaki itu mendengar esakannya.
"maafkan aku Rose... Aku... Aku tak sengaja.." ujar lelaki itu lagi.
"buka pintu ni please.." rintih Tengku Amir. Dia rasa bersalah kerana hampir meragut kesucian gadis itu.
Aisya Rose hanya diam tanpa membalas. Selepas itu dia mendengar derap kaki menjauh. Dia yakin bahawa Tengku Amir sudah meninggalkan biliknya.
Dia bangun lalu menuju ke bilik air. Dia ingin mandi bagi menghilangkan kesan lelaki itu. Dia rasa jijik dengan kejadian tadi.
Aisya Rose mengeluh saat melihat dirinya di cermin. Beberapa Kesan merah dilehernya kelihatan. Puas ditenyeh, tak mungkin akan hilang. Pagi itu selesai subuh dia terus ke dapur menyediakan sarapan pagi buat majikannya. Walaupun apa yang berlaku, dia harus menjalankan tugasnya kerana Tengku Amir sudah memberikannya gaji pendahuluan beberapa hari lepas.
Selesai mengoreng nasi, dia membancuh kopi pekat kegemaran Tengku Amir lalu masukkannya ke dalam termos tahan panas. Dia menyelitkan nota di bawa saji agar lelaki itu panaskan semula nasi goreng nanti. Selalunya pukul7. 45 lelaki itu akan turun sarapan.
Selesai mengemas, laju dia masuk ke dalam biliknya. Dia masih belum mampu menatap wajah Tengku Amir. Dia perlukan masa, mungkin dia akan memikirkan adakah dia harus tinggal di situ lagi atau ingin memohon agar lelaki itu melepaskannya.
.
.
.
.
.
Tengku Amir mengikat tali leher di depan cermin di dalam walk in closetnya. Dia mengeluh perlahan apabila mengingati kejadian semalam. Jarinya naik menyentuh bibirnya. Bibir itu sudah mencium bibir merah milik Aisya Rose semalam. Dia tersenyum nipis namun senyumannya kendur saat teringat kejadian bersama Juwita.
"Babe, teman i naik rumah ambil barang sekejap boleh tak? I takut la" ujar Juwita saat berada di dalam kereta Tengku Amir.
"you nak takut apa lagi? Kan boyfriend you tu dah kena tangkap." balas Tengku Amir selamba.
Ya, beberapa hari lepas Juwita menelefon meminta tolong selamatkan dirinya dari boyfriend dia yang kaki pukul. Tengku Amir membantu Juwita dari menjadi mangsa dan dia juga telah menyumbat lelaki itu ke penjara. Sejak itu dia menemani Juwita kerana katanya masih trauma akan kejadian tersebut.
"ala you please... Sekejap je." rengek Juwita lagi.
"Zack, kau teman Juwita naik atas sekejap" arah Tengku Amir kepada bodyguard a.k.a drivernya.
Baru Zack ingin keluar, Juwita menahan.
"Am... Please.. I nak you teman i. Biarlah Zack tunggu dalam kereta. I tak biasa dengan dia. Boleh la Am" rayu Juwita lagi membuatkan Tengku Amir mengalah.
Juwita tersenyum gembira. Mereka berdua masuk ke dalam lif, saat itu Zack terpandang beberapa orang menekan butang lif. Zack melihat cara pemakaian mereka tersebut dengan dahi berkerut. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu dia mendial nombor yang dicarinya.
"Hello..."
Juwita membuka pintu rumahnya.
"Masuk dulu Am, i nak cari barang tu dulu. Lupa pula i letak mana." ujar Juwita.
Lebar senyumannya melihat Tengku Amir melangkah masuk. Juwita masuk ke dalam bilik sekejap tak lama dia keluar dengan hanya berkemban tuala. Tengku Amir yang melihat mengerutkan keningnya.
" you ni kenapa Juwita? Kata nak ambil barang, yang you berkemban ni kenapa?" soal Tengku Amir.
Juwita merapati Tengku Amir dan saat itu pintu rumahnya diketuk.
Laju Juwita membuka pintu.
"Assalamualaikum... Kami mendapat laporan bahawa ada pasangan melakukan maksiat di sini" ujar lelaki berkopiah di muka pintu.
Mereka melihat pemakaian Juwita lalu mereka menjengah melihat Tengku Amir yang berdiri di belakang.
"kami tak buat apa-apa encik. Saya hanya teman dia ambil barang sahaja" ujar Tengku Amir.
"tapi kenapa pemakaian cik Juwita sangat mencurigakan dan mengaibkan?" balas pegawai JAIS tersebut.
"tuan, kami mengaku kami dah lakukan kesalahan. Saya sanggup berkahwin dengan Tengku Amir tuan" ujar Juwita sambil menangis.
Tengku Amir mengenggam erat tangannya. Dia merenung tajam Juwita yang sedang menangis itu. Huhh.. Plastik!!
"saya takkan kahwin dengan dia!!" tegas Tengku Amir.
"Tengku ada dua pilihan sahaja, sama ada Tengku berkahwin dengan cik Juwita atau Tengku kena bayar denda dan akan dibicarakan di mahkamah. Saya tahu Tengku orang yang amat dikenali. Ia akan mengaibkan maruah Tengku kalau pihak media bercerita tentang ini." balas pegawai tersebut lagi.
" saya takkan pilih pun. Sebab kami bukan duduk berduaan. " ujar Tengku Amir selamba.
" maksud Tengku? "
Juwita tak senang duduk dengan kata-kata Tengku Amir.
" maaf.. " Zack muncul dari arah dapur.
" pembantu saya ada bersama sepanjang saya di sini. Dan terang terangan saya bukan berdua bersama Juwita. " ujar Tengku Amir tenang.
Pegawai JAiS memandang sesama sendiri.
Juwita terkejut melihat kelibat Zack itu. Tanpa sedar dia mendengus marah. Rosak rancangannya memerangkap Tengku Amir.
" maafkan kami Tengku. Kami sudah silap. Anggap saja hal ini selesai" ujar pegawai itu lalu mereka beransur keluar dari rumah Juwita.
Zack mendekati Tengku Amir. Manakala lelaki itu mula berdiri memandang tajam ke arah Juwita.
Dia bertepuk tangan beberapa kali sambil tersenyum sinis.
"Hebat rancangan kau Juwita!! Berani kau cuba perangkap aku ya??" sindir Tengku Amir.
Juwita menunduk. Tengku Amir mencengkam pipi Juwita.
"kau nampaknya belum betul-betul kenal siapa Tengku Amir, don't you?"
. Dia melepaskan cengkamannya dengan kasar.
"kau nak sangat tunjuk aku ni jahat dimata orang kan. Baik! Kau tengok macam mana aku jadi jahat"
"Am please forgive me.. I buat semua ni sebab i terlalu cintakan you. I nak you jadi milik I saja" ujar Juwita.
Tengku Amir ketawa kuat.
"apa? You love me?? Heiii pergi mampus dengan cinta kau!! Kau dah sedap main dengan jantan lain lepas jantan tu pukul kau, suka hati kau je nak balik dekat aku!! Kau dengar sini. Ingat Tengku Amir ni suka ambil bekas orang?? Hell no!!!" jerkah Tengku Amir.
Juwita menangis tersedu-sedu.
" aku tak nak tengok muka kau muncul depan aku lagi. Aku harap kau tahu apa yang kau harus buat kan. Kalau kau muncul depan aku lagi. Mampus kau aku kerjakan" ugut Tengku Amir lalu meninggalkan kondo milik Juwita diikuti oleh Zack.
Selepas itu dia pulang dan apabila melihat Rose, marahnya terhadap Juwita membuak-buak hingga dia membayangkan Rose adalah Juwita.
Dia menuju ke meja makan, saat itu dia membuka penutup makanan itu lalu melihat nasi goreng yang terhidang. Nota di bawah mangkuk nasi itu di baca. Dia mengeluh lagi, matanya di hala ke pintu bilik Aisya Rose. Gadis itu mesti takut untuk bersemuka dengannya.
Dia duduk lalu menjamah nasi goreng itu tanpa memanaskannya.
"Tok! Tok!
Aisya Rose yang sedang melihat pakaiannya menoleh ke arah pintu. Dia tidak rasa ingin membukanya dan hanya membiarkan sahaja.
.
.
.
.
.
.
.
" Tengku? "
Lamunannya terhenti. Dia menoleh ke arah Zack yang duduk di depannya.
" kau yakin dia dah naik flight?" soalnya.
"yakin Tengku, Shah sendiri ikut dia ke airport pagi tadi. Kondo dia pun dia dah kosongkan." balas Zack.
Tengku Amir mengangguk.
"kau boleh keluar" arahnya.
Saat Zack ingin membuka pintu dia bersuara.
"thanks Zack tolong aku. Kalau kau tak perasan orang Jais tu, confirm aku kena tangkap malam tu." ujar Tengku Amir.
"sudah tugas saya untuk lindungi Tengku" ujar Zack sambil meninggalkan pejabat itu.
Saat Zack menutup pintu dia kembali termenung. Dia harus fikir macam mana ingin memulihkan hubungannya dengan Aisya Rose. Dia yakin gadis itu sudah takut dengannya dicampurkan dengan rasa marah. Untuk kesekian kali dia mengeluh lagi.
Sape y pernah baca KM y old version, apa y terjadi kepada Aisya Rose on chapter 2??
Share this novel