Tengku Amir mengeliat kecil, dia menggosok-gosok matanya sambil tangan sebelah mengagau ke sebelah. Kosong?! Dia meluaskan matanya. Kelibat isterinya tiada di sebelah. Dia mengambil telefon di meja sebelah katil, pukul6. 30 pagi? Dia bangun lalu menoleh ke sekeliling bilik. Saat itu dia melihat langsir balkoni bilik hotelnya beralun menandakan pintu sliding terbuka. Dia menghampiri lalu saat itu dia melihat isterinya sedang duduk termenung memandang keluar balkoni.
"Rose? Buat apa pagi-pagi dekat luar ni?" soalnya.
Aisya Rose tersentak mendengar teguran itu namun dia tak menoleh. Sebenarnya dia malu apabila tersedar tadi, dia sedap memeluk tubuh suaminya itu. Dan diam-diam dia bangun lalu mandi dan solat subuh tanpa mengejutkan lelaki itu.
" Rose dah solat?" soal Tengku Amir lagi apabila isterinya tidak memberi respon.
Dia melihat kepala isterinya mengangguk.
"abang nak mandi dan solat, Rose tunggu abang ya, nanti kita ambil Arman then breakfast sama-sama" ujar Tengku Amir. Sekali lagi dia melihat isterinya mengangguk.
Aisya Rose melangkah masuk ke ruang bilik, dan saat itu dia terlihat Tengku Amir sedang solat. Dia mengeluh perlahan, dia ingat semalam dia bangun lalu tidur di sebelah suaminya. Dia juga sedar dia mengenggam tangan suaminya. Entah kenapa saat mimpi semalam dia seakan takut, taku jika dia kehilangan Tengku Amir. Dia tahu dia terlalu ikutkan amarah hatinya. Hatinya memang terluka namun semenjak dia balik, Tengku Amir tak putus-putus cuba memujuknya. Segala kata pedasnya ditelan oleh lelaki itu. Dia berasa berdosa kerana perlakukan suaminya seperti itu.
"Sayang??"
Dia tersentak saat Tiba-tiba tangan Tengku Amir mengenggam jemarinya. Dia melihat genggaman itu, yang pelik dia tidak menolak kelakuan suaminya itu.
"kenapa ni? Abang tengok Rose asyik termenung je, abang panggil pun tak dengar" ujar Tengku Amir.
Aisya Rose hanya menggelengkan kepalanya.
"jom la pergi bilik ayah bonda, tadi kata nak breakfast" ujar Aisya Rose sambil berdiri untuk mencari tudungnya.
Namun Tengku Amir menarik tangan Aisya Rose membuatkan isterinya itu terduduk kembali dan memeluknya. Aisya Rose terkedu apabila tangan Tengku Amir memeluk pinggangnya. Lama mata mereka bertemu dan saat wajah Tengku Amir mendekati wajah isterinya laju Aisya Rose menjarakkan kedudukan mereka.
"kenapa ni? Taknak share dengan abang ke? Abang tengol sejak bangun tadi Rose asyik termenung je." soal Tengku Amir.
"takde pape la" ujar Aisya Rose melarikan pandangannya.
"Rose, pandang abang. I know you, tell me" pujuk Tengku Amir lagi.
Aisya Rose meramas jemarinya.
"Semalam..." susah untuk dia meneruskan katanya.
"Semalam??" soal Tengku Amir lagi.
"semalam saya mimpi. Saya mimpi awak kena langgar, awak cedera parah dan badan awak berlumuran darah.." ujar Aisya Rose perlahan.
Tersentak Tengku Amir mendengar kata-kata isterinya itu. Namun bibirnya menjungkit ke atas sedikit. Dia tahu apa dalam hati isterinya itu.
"sayang, mimpi kan mainan tidur. Jangan difikirkan sangat. Abang okay je ni ada depan sayang. Abang kan dah janji akan sentiasa ada disamping sayang. Inshaallah semoga Allah melindungi kita sekeluarga. Dah sayang tak payah fikir. Sekarang kita datang nak enjoy kan. Jom pergi ajak ayah bonda breakfast" ujar Tengku Amir lalu menghulurkan tangan kepada isterinya.
Dia hanya mencuba nasib mana tahu isterinya menyambut hulurannya dan terkejut dia saat Aisya Rose menyambut huluran itu. Syukur dia kepada Allah kerana telah membuka hati isterinya walaupun sedikit, dia akan usaha lagi untuk menawan sepenuh hati isterinya.
Balik dari hari keluarga, Aisya Rose dan Tengku Amir mula sibuk dengan rutin kerja mereka, namun sesibuk mana pun mereka tidak pernah menyisihkan Arman. Anak mereka sentiasa menjadi keutamaan. Dan balik dari kerja, Tengku Arman membawa isteri dan anaknya berjalan di sekitar KLCC. Berjalan di hari bekerja agak lengang berbanding hari minggu.
Aisya ingin ke tandas lalu dia meminta Tengku Amir agar menunggunya sebentar. Ya, dia sudah semakin baik dengan Tengku Amir. Walaupun mereka tidak berbaik seperti suami isteri namun Aisya Rose cuba bertoleransi dengan suaminya itu.
Saat dia keluar dari tandas, dia terlanggar dengan seseorang.
"sorry..." ujar Aisya Rose namun saat dia ingin memandang orang yang terlanggar itu, kelibat orang itu terus menjauh.
Aisya Rose mengangkat bahu lalu terus keluar mencari suami dan anaknya. Kelibat suaminya kelihat di kedai di hujung itu dan saat berjalan, entah kenapa dia merasakan seperti diikuti. Dia menoleh ke belakang namun tiada sesiapa yang mencurigakan. Namun matanya terpandang akan satu susuk disebalik tiang, kelibat seseorang memakai hoodie dan memakai mask namun Aisya Rose dapat lihat matanya tajam memandangnya. Jantungnya berdebar-debar dan merasa seram.
Terhinjut bahunya saat satu tangan memegang lengannya. Dia menoleh dan melihat Tengku Amir memandangnya pelik. Dia menoleh kembali ke arah tiang itu namun susuk tubuh tadi sudah hilang. Tengku Amir memandang ke arah yang sama.
"Rose tengok apa?" soal Tengku Amir.
"tak.. Takde pape. Jom la" ujar Aisya Rose lalu menarik tangan Tengku Arman berjalan meninggalkan Tengku Amir dibelakang.
Tengku Amir memerhati Aisya Rose dari jauh. Isterinya dilihat sedang termenung di tepi kolam renang. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan wanita itu.
Aisya Rose merenung kolam renang di depannya namun fikiran jauh memikirkan kejadian tengah hari tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aisya Rose keluar dari restoran itu setelah selesai berjumpa dengan klien. Dia menggantikan Tengku Amir kerana lelaki itu ada urusan penting di Putrajaya.
"Datin, boleh tak saya nak ke tandas sekejap?" ujar PAnya saat itu.
"boleh, saya tunggu dekat kereta ya" ujar Aisya Rose.
Saat melihat anggukkan PAnya dia berlalu ke kereta. Saat ingin membuka pintu kereta, lengannya di tarik dari belakang.
Meluas matanya saat melihat figura yang menarik lengannya.
"wahhh dah hidup senang kau sekarang ya" perli Hashim.
Aisya Rose merentap tangannya namun tak berjaya.
"hidup lagi rupanya ya" perli Aisya Rose pula. Dia ingin tunjuk dekat lelaki tua depannya itu bahawa dia bukan Aisya yang dulu.
"kurang ajar kau! Dapat laki kaya terus berlagak kau!!" tengking Hashim lalu mengangkat tangan ingin menampar pipi Aisya Rose.
Namun Aisya Rose lebih pantas. Dia menepis laju tangan pak ciknya.
" pak cik jangan sesekali berani sentuh saya dengan tangan pak cik!! Dulu Dah jual saya, rasanya tak layak digelar pak cik saya! Tapi saya ni tak kejam macam pak cik!" jerkah Aisya Rose marah.
"kau!!! Aku nak duit!! Gangster tu cari aku! sebab kau lari malam tu aku yang kena tanggung pula! Aku nak kau bagi aku 100 ribu!!" arah Hashim sombong.
Aisya Rose tersenyum sinis.
"sesenang hati je datang minta duit! Pak cik dah makan duit tu sekarang saya pulak yang kena bagi duit dekat pak cik? Pak cik cari masalah, pak cik sendiri yang selesaikan sendiri! Saya dah tak nak ada kena mengena dengan pak cik lagi. Pak cik tak layak untuk jadi keluarga saya sebab pak saudara saya takkan jual saya untuk jadi pelacur!! "
Dari jauh Aisya Rose melihat kelibat PAnya keluar dari restoran tadi. Dia harus menghalau pak ciknya agar PAnya tak nampak. Nanti laju Tengku Amir tahu akan hal ni.
" pak cik pergi sekarang sebelum saya panggil polis!! " tegas Aisya Rose. Saat itu dia melihat motor peronda polis mula mendekati kawasan mereka.
" kali ni kau selamat! Aku belum habis lagi dengan kau!! Ingat Aisya, Kalau kau tak bagi aku duit tu, mampus kau aku bunuh!!! " bisik Hashim keras lalu meninggalkan Aisya Rose di situ.
Saat itu PAnya sampai ke kereta.
"maaf Datin lama menunggu" ujar PAnya.
Aisya Rose menarik nafas lega kerana PAnya tidak perasan akan pak ciknya tadi.
.
.
.
.
.
.
.
"sayang.."
Aisya Rose tersentak. Dia menoleh ke sebelah. Tengku Amir menghampirinya lalu duduk di sebelah. Dekat sehingga bersentuh bahu mereka.
"tak nak share dengan abang?" soal Tengku Amir tak lepas memandang isterinya.
"share apa?" soal Aisya Rose.
"kasih sayang dan cinta Rose kepada abang?" ujar Tengku Amir nakal mengundang jelingan Aisya Rose.
"abang tak gurau. Tapi i know you got problems. Tak nak kongsi masalah sayang dengan abang ke? Pasal kerja ke?" soal Tengku Amir lagi.
"takde pape la... Arman mana?"
"tengok tu, saja nak lari kan?" cebik Tengku Amir.
"takde la, ni Arman ada beritahu saya yang minggu depan sekolah dia ada buat hari sukan. Beria dia beritahu saya dia masuk 2 acara" ujar Aisya Rose.
"Arman pun ada beritahu abang tadi. Nanti kita support dia okay. He will get the best support from the best parent!" ujar Tengku Amir teruja.
Aisya Rose tersenyum nipis. Dia dapat melihat wajah bahagia Tengku Amir.
"kenapa awak masih tunggu saya?" soal Aisya Rose tiba-tiba.
Tengku Amir tersenyum.
"because you're my wife sayang. Hanya Rose yang abang cintai dari dulu hingga selamanya. Biar bertahun, abang akan sentiasa tunggu Rose terima abang kembali. Because i love you so so much" ujar Tengku Amir romantis.
"awak berhak bahagia Amir, sampai bila awak nak telan kata-kata saya kepada awak. Macam- macam saya kata untuk sakitkan hati awak. Saya tak layak untuk awak." ujar Aisya Rose
"abang akan bahagia jika bersama sayang. Rose ajar abang untuk menyintai dan dicintai. Rose tak pernah ada dosa dengan abang sebab setiap saat abang ampunkan dosa Rose malah abang yang banyak berdosa dengan Rose. Abang hanya nak keluarga kita. Abang, Rose dan Arman. "
" saya... "
" mommy... "
Mereka menoleh ke arah suara kecil itu.
" i'm sleepy... Jom tidur" ujar Tengku Arman. Sejak beberapa bulan ni, anak kecil itu sudah boleh berbahasa melayu walaupun ada pelatnya.
"come, mommy tidurkan Armam" ujar Aisya Rose lalu bangun mendapatkan anaknya.
Tengku Amir hanya memandang langkah isterinya. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sayu.
'Ya Allah, kau lindungilah anak dan isteriku' doanya di dalam hati.
Macam yang CE cakap sebelum ni cerita ni pendek berbanding cerita lain. So tggl less than 10 chap lg utk habis.... Apa akan jadi kepada Rose? Selamat membaca...
Share this novel