Juwita menghempas telefon bimbitnya ke katil. Berapi hatinya saat melihat gambar perkahwinan di instagram milik lelaki itu dan dia juga melihat beberapa portal menyiarkan berita perkahwinan anak hartawan itu.
"Arghhh tak guna! Berani kau kahwin dengan Tengku Amir. Kau masih belum kenal siapa Juwita aku takkan biarkan kau bahagia. Tengku Amir milik aku seorang!" ujarnya marah.
Dia melangkah ke balkoni yang memaparkan pemandangan musim panas di bumi Australia itu.
" aku akan dapatkan hak aku. Tengku Amir, kau hanya milik aku, bukan perempuan itu" bisiknya dalam amarah.
.
.
.
.
.
.
.
"sayang sini jap" panggil Tengku Amir saat melihat isterinya di tangga.
Aisya Rose mendekati suaminya lalu melabuhkan punggung di sofa. Tubuh Tengku Amin pula dirangkul erat, dia meletakkan kepalanya di dadap bidang suaminya. Suka dia mendengar degupan jantung lelaki itu.
Tengku Amir tersenyum meliihat tingkah manja isterinya itu. Sudah seminggu usia perkahwinan mereka, dia cukup bahagia bersama Aisya Rose. Gambar persandingan mereka yang tergantung di ruang tamu itu di tatapnya.
"sayang tak nak sambung belajar ke?" soal Tengku Amir.
Aisya Rose mendongak kepala mencari wajah suaminya.
"maksud abang?" soal Aisya Rose.
"i found your SPM certificate in your old room. You got excellent result sayang. 8A, rugi kalau Rose tak sambung belajar." ujar Tengku Amir sambil membelai rambut isterinya.
"abang izinkan Rose sambung belajar?"
" of course sayang, Rose patut capai cita- cita yang Rose impikan. Abang akan tanggung semua perbelanjaan untuk sayang"
Laju Aisya Rose memeluk lalu mencium pipi suaminya itu.
"thank you abang. Akhirnya Rose dapat sambung belajar. I love you abang" ujar Aisya Rose teruja.
"most welcome sayang and i love you too. Nanti abang daftarkan universiti yang terbaik untuk sayang. Tapi sebelum tu..." Tengku Amir melirik nakal ke arah isterinya.
"sebelum tu apa?" soal Aisya Rose yang tak sedar akan riak wajah suaminya itu.
Tiba-tiba Tengku Amir merangkul tubuh isterinya. Aisya Rose yang tidak bersedia terjerit kecik lalu melilit kaki ke pinggang suaminya tangannya pula kemas melilit leher lelaki itu.
" abang!" marah Aisya Rose.
Tengku Amir ketawa kuat lalu tangga dinaiki menuju ke bilik mereka. Tersenyum Aisya melihat raut wajah kacak suaminya yang sedang ketawa itu. Setiap hari dia semakin jatuh cinta kepada lelaki itu.
Hampir sebulan berlalu dan hari ini Aisya Rose mendaftar di UiAM. Dia menghampiri suaminya selepas selesai mendaftar.
" dah settle ke?"
soal Tengku Amir sambil membelai tangan Aisya Rose.
" Dah, sekejap lagi kita pergi ke bilik Rose" ujar Aisya Rose tersenyum manis.
Selepas ni dia akan meninggalkan Tengku Amir.
" tak boleh ke sayang ulang alik je pergi kelas?abang akan cari driver untuk sayang. Abang tak boleh la berjauh dengan sayang" ujar Tengku Amir lirih. Nampaknya tak lena la tidurnya nanti.
" tak boleh la abang. Kan semua pelajar baru kena duduk asrama untuk semester pertama. Lagipun buat apa nak upah driver, membazir jela bang. Okey Rose janji next semester Rose akan ulang alik je dan nanti hujung minggu abang ambik Rose ye" ujar Aisya Rose memujuk suaminya.
Melihat senyuman suaminya dia tahu Tengku Amir terubat dengan pujukannya.
" abang takut hari- hari abang datang je. Nasib baik dalam KL je. Sayang jaga diri elok-elok. Jangan nak layan senior lelaki tu" ukar Tengku Amir tegas.
Aisya Rose hanya gelak, paham sangat dengan tabiat suaminya yang kuat cemburu.
" yer Rose janji tapikan Rose tengok abang yang jadi perhatian sekarang ni. Ramai anak dara duk pandang-pandang abang dari tadi" perli Aisya Rose.
Suaminya mengenakan tshirt berkolar warna maroon serta jeans biru gelap dipadankan dengan kasut converse hitam kesayangannya itu. Cermin mata hitam elok terletak di hidung mancung suaminya. Gaya tak seperti umur 30 tahun, Keadaan yang panas membuatkan kulit putih suaminya kemerahan sedikit. Mengalahkan kulit baby.
Tengku Amir hanya tergelak.
" biar diorang nak tengok, yang penting abang milik sayang seorang saja" bisik Tengku Amir romantis buatkan Aisya Rose senyum senang.
Aisya Rose sampai ke biliknya dan apabila dia masuk ada seseorang sedang menyimpan bagasi. Ini pasti teman sebiliknya.
" Assalamualaikum, saya Aisya Rose roommate awak" tegur Aisya Rose ramah.
Gadis itu tersenyum
" saya Hana, selamat berkenalan" ujar Hana mesra.
Saat itu Tengku Amir masuk membawa bagasi Aisya Rose.
" opss sorry ingatkan takde orang." ujar Tengku Amir.
Hana memandang Tengku Amir tak berkelip. Hensemnya! Padanlah Aisya Rose cantik, ada abang hensem rupanya. Hana membuat andaiannya sendiri.
" Err....abang letak sini beg Rose. Kemas kejap lagi boleh? Dahaga la, jom turun minum dulu" ajak Tengku Amir.
Aisya Rose mengangguk lalu meminta diri. Hana seakan pernah melihat lelaki itu tapi tak pasti di mana.
" abang jaga diri elok- elok, jangan lupa makan ikut masa. Hujung minggu ni Rose balik" pesan Aisya Rose sambil mengenggam tangan suaminya.
Tengku Amir memeluk isterinya erat. Nasib mereka berada di dalam kereta. Nasib Cermin kereta yang gelap, dapat mengelakkan orang diluar nampak.
" i miss u already sayang. Macam mana abang nak tidur malam ni, baru sebulan kahwin dah kena tinggal" ujar Tengku Amir mengusap pipi isterinya dan dengan pantas dia mencium bibir isterinya.
" Abang, jangan la macam ni. Rose nak belajar pun tak senang kalau abang macam ni. Risau la Rose. Tu la Rose taknak daftar abang suruh jugak" ujar Aisya Rose manja sambil tangannya menyapu kesan gincu di bibir Tengku Amir.
" ini impian sayang kan, abang nak Rose capai impian Rose" balas Tengku Amir.
" Rose tahu, thanks abang. I love you so much. Okey la dah lewat ni. Kejap lagi ada orientasi pulak. Abang drive leklok. Nanti dah sampai text me ok" ujar Aisya Rose sambil menyalam suaminya.
Tengku Amir mengenggam erat tangan isterinya seakan tak mahu dilepaskannya.
"abang.. Jangan macam ni, serba salah Rose di buatnya." ujar Aisya Rose memujuk suaminya.
"janji dengan abang jaga diri elok-elok. Jangan lupa sentiasa call abang." ujar Tengku Amir lirih.
"ya, Rose janji. Dah Rose pergi dulu. I love you so much abang" ujar Aisya Rose mengucup pantas bibir suaminya.
Tersenyum Tengku Amir saat melihat wajah isterinya yang sudah bertukar merah. Dia melepaskan tangan isterinya.
Aisya Rose keluar dari kereta. Tengku Amir berlalu perlahan. Setelah suaminya hilang dari pandangan Aisya Rose berlalu ke biliknya.
Hari ini hari terakhir minggu orientasi. Aisya Rose dan Hana berjalan ke dewan. Saat sampai ke dewan, Hana perasan yang seorang senior diorang asyik memandang ke arah mereka.
" Aisya, kau perasan tak senior depan tu asyik tengok kau dari hari pertama orientasi lagi. Dia syok kat kau kot" ujar Hana.
" ishh...ke situ pulak. Entah- entah dia sukakan kau kot Hana" balas Aisya Rose. Sambil itu dia sedang membalas mesej daripada suaminya.
~petang nanti abang ambik sayang yer. Cant wait to hug you~
~okey, nanti Rose tunggu dekat pintu masuk yer. Miss u too abang~
Aisya Rose tersenyum.
" Beb, kau dengar tak aku cakap?" sergah Hana.
" hah?? Apa kau cakap?" soal Aisya Rose terpingga- pingga.
" lah minah ni. Aku cakap tak mungkin dia sukakan aku sebab aku pernah berborak dengan dia sebelum ni tapi takde pulak dia tunjuk interest dia dekat aku. Ni mesti dia duk ushar kau ni. Yela, sepanjang minggu ni saja ramai budak lelaki batch kita duk asyik mintak nombor telefon kau je dari aku." ujar Hana.
" sorry sebab susahkan kau dan terima kasih sebab kau tak bagi nombor aku" ujar Aisya Rose sambil memeluk bahu Hana.
"Dah jom kita masuk. Aku dah tak sabar nak habiskan minggu orientasi ni" tambah Aisya Rose lagi. Gadis itu tersenyum senang lalu menarik tangan Hana melangkah masuk ke dewan.
Bebas! Akhirnya minggu orientasi berlalu dengan jayanya. Dia tak sabar untuk berjumpa dengan suaminya petang nanti.
" Hana, weekend ni aku takde tau. Aku balik rumah." ujar Aisya Rose sambil mengemas bajunya.
" Okey. Kau balik dengan apa? Abang kau yang ambik ek?" soal Hana.
Aisya Rose hanya senyum tanpa menjawab soalan Hana. Nanti dia akan terangkan perkara sebenar kepada Hana.
Dia berdiri di hentian bas di depan pintu masuk universiti. Tengku Amir dalam perjalanan. Saat itu ada seorang lelaki menghampirinya tanpa dia sedar.
" Balik rumah ke?" tegur lelaki itu.
Aisya Rose menoleh ke arah suara itu.
" Saya Ilham, awak ingat tak muka saya?" soal Ilham.
Aisya Rose mengangguk.
" Saya Aisya, saya kenal abang ni senior yang incharge minggu orientasi tadi kan." ujar Aisya Rose tersenyum manis.
Ilham terpesona dengan senyuman gadis depannya. Sangat manis sehingga dia tidak mahu mengalihkan pandangannya dari gadis itu.
" kalau Aisya ada masalah apa- apa, boleh tanya abang sebab kita sama course" ujar Ilham lagi.
" terima kasih, so lepas ni abang Ilham boleh la bagi tunjuk ajar dekat Aisya".
" boleh abang dapatkan nombor telefon Aisya" pinta Ilham.
Belum sempat Aisya menjawab, sebuah kereta Mercedes 350 berhenti depan mereka, cermin diturunkan dan Tengku Amir yang berkaca mata hitam itu merenung tajam lelaki di sebelah isterinya.
" oklah, Aisya minta diri dulu. Assalamualaikum" ujar Aisya Rose.
Dia Membuka pintu kereta, lalu bersalam dengan Tengku Amir selepas cermin dinaikkan dengan laju Tengku Amir mencium pipi isterinya.
" miss you so much sayang" ujar Tengku Amir sambil menggenggam erat tangan Aisya Rose.
" miss you too abang. Macam mana kerja? Abang nak makan apa hari ni? Kita singgah pasaraya nanti Rose masak untuk dinner" soal Aisya Rose.
" abang nak makan sayang" ujarnya sambil menjeling nakal.
"sayang masakkan abang sambal udang boleh? Abang rindukan masakan sayang la" renggek Tengku Amir sambil mengucup lembut tangan isterinya.
Aisya Rose mengangguk kepalanya sambil tersenyum. tak puas melihat suaminya. Segak berkaca mata hitam.
" sayang, siapa lelaki yang berborak dengan sayang tadi?" soal Tengku Amir sambil mata menfokus ke jalan raya.
" ohh...itu senior Rose yang incharge minggu orientasi. Kebetulan jumpa tadi." ujar Aisya Rose.
" lain macam je dia tengok sayang tadi." ujar Tengku Amir dengan riak cemburu jelas di wajahnya.
Aisya Rose tersenyum.
" abang cemburu ek? Jangan risau, Rose setia dekat abang sorang je. Lagipun Rose datang untuk belajar. Dan paling penting suami Rose jauh lagi hensem. " puji Aisya Rose.
" mesti la abang cemburu sayang. Isteri abang ni cantik, mesti ramai yang minta nombor telefon kan." telah Tengku Amir namun mendengar hujung kata isterinya membuatkan dia merasa sedikit lega.
Aisya Rose tersenyum, comel suaminya buat muka macam tu.
" ada- ada je abang ni. Jom pergi pasaraya, malam ni Rose masak special untuk abang, malam nanti Rose pujuk suami Rose ni" ujar Aisya Rose sambil mengenggam tangan kiri suaminya.
Tengku Amir tersenyum lebar. Lalu dia menarik tangannya dan tangan kanan isterinya dicium.
Selesai makan malam, mereka berdua lepak di ruang tamu. Hari itu mereka pulang ke rumah ibu bapa Tengku Amir.
"macam mana Aisya dekat universiti?" soal Puan Sri Amina.
"penat bonda, senior banyak buli budak baru. Ada ke patut dia suruh kami cari senior dan minta tanda tangan diorang. Nasib baik dah habis dah minggu orientasi" adu Aisya Rose manja.
Tengku Amir yang memeluk bahu isterinya tersenyum mendengar aduan dari bibir kecil itu.
Puan Sri Amina tersenyum.
"sunyi bonda kamu takde, kalau tak seminggu tiga empat kali kamu dan Am datang rumah ni" ujar Puan Sri Amina lagi.
"nanti setiap weekend Am bawa Rose balik sini bonda" ujar Tengku Amir tersenyum.
Ceria Puan Sri Amina mendengarnya.
"Abang...." panggil Aisya Rose.
Dia memandang suaminya di sebelah yang sedang mengatur nafasnya.
Aisya menarik selimut ke atas menarik menutup tubuhnya yang terdedah. Tengku Amir menoleh ke arahnya lalu tubuh itu dipeluk.
"ya sayang..." balas Tengku Amir sambil mencium tepi kepalanya.
"macam mana kalau Rose mengandung nanti?" soal Aisya Rose polos.
Tengku Amir tersenyum.
"kalau sayang mengandung kita jadi mummy daddy la sayang." seloroh Tengku Amir.
"abang... Rose serius ni" rengek Aisya Rose pula.
"don't make that voice sayang, nanti abang nak lagi satu round" usik Tengku Amir mengundang tamparan lembut ke bahu lelaki itu.
"kalau rezeki, kita terima jela. Lagipun study boleh tangguh. Takde masalah. Lepas sayang bersalin, kita ambil la pembantu untuk jaga anak kita then sayang boleh sambung study balik" ujar Tengku Amir lagi.
Aisya Rose memikirkan apa yang dikatakan suaminya itu. Dia membelai rambut Tengku Amir yang lembut itu.
"one more thing, kalau sayang tak bersedia lagi. Sayang kira la waktu subur sayang. Sebab kalau kita bersama masa sayang tak subur maka kemungkinan besar sayang takkan mengandung" tambah Tengku Amir lagi sambil mencium pipi isterinya.
Dia merenung dari mata turun ke hidung dan seterusnya bibir isterinya yang muncung sedang memikirkan apa yang dia katakan tadi. Arghh Aisya Rose buatkan dia gila bayang dan ketagih untuk mencintai gadis itu. Dia membenamkan wajahnya ke leher isterinya.
"tapi Rose kan baru di semester satu. Tak pe ke kalau tangguh belajar kalau Rose mengandung?" soal Aisya Rose lagi. Dia hanya membiarkan tangan suaminya yang sedang menjalar di badannya.
"sayang, satu semester tu berape bulan je. Sementara nak bersalin tu sayang sempat habiskan satu semester. Ni sayang duk risau ni sayang dah mengandung ke?" soal Tengku Amir pelik.
"ishh abang ni, belum la.. Rose cuma nak prepare je" jawab Aisya Rose.
"nak prepare? So maknanya Rose nak mengandung la ni?" soal Tengku Amir teruja. Tersinggap senyuman nakal dibibir suaminya.
Aisya Rose yang melihat terus menelan air liurnya.
"so alang-alang sayang nak prepare, apa kata abang memudahkan urusan kita untuk dapatkan anak" ujar Tengku Amir nakal lalu menindih isterinya.
"abang!!" jerit Aisya Rose.
Malam itu dilayari dengan penuh bahagia oleh pasangan itu.
Chapter ni mostly di copy dari old version.. Cuma ada penambahan yang dilakukan sbb tu dpt siapkan cepat... Tengku Amir masih nakal guys.. Biasa la baru kahwin kan.. Hahaha... So konflik akan muncul tak lama lagi, standby guys..
Share this novel