Dia menghempas pintu rumah flat itu dengan kuat. Dia menggosok rambutnya dengan kasar dengan berjalan mundar mandir di ruang tamu kecil itu.
"abang dah kenapa? Dapat tak duit dari budak tu?" tegur isterinya yang baru keluar dari bilik.
"aku dah bunuh dia! Aku dah bunuh dia!!" ujar Hashim gelisah.
"abang bunuh siapa ni? Abang jangan main-main!" marah isterinya.
"kita kena lari Mah, polis mesti tengah cari aku sekarang!" ujar Hashim.
"abang cakap abang nak ugut je Aisya tu! Kenapa sampai kena bunuh pulak ni!! Abang dah gila ke!!" jerit isterinya lagi.
"aku tak gila! Jangan cakap aku gila! Kalau bukan sebab kau Mah, aku takkan pinjam 100 ribu duit gangster tu! Kalau kau tak membebel dekat aku! Aku takkan serabut!" marah Hashim.
"apa abang mengarut ni?!! Abang cakap dengan saya yang samseng tu nak balik duit 10 ribu yang abang jual Aisya. Tapi ni abang cakap abang pinjam duit pulak. Abang pinjam buat berjudi ya??!" soal Isterinya sambil memukul Hashim.
"Diam!! Kau ni bising la!!" Hashim hilang kesabaran lalu memukul isterinya kembali.
Mereka bergelut dan secara tiba-tiba Hashim menolak isterinya sehingga wanita itu terkena cermin nako tingkap rumahnya. Darah keluar membuak-buak dan saat itu Hashim hanya kaku mendengar raungan isterinya dan selepas itu isterinya sudah tidak sedarkan diri. Saat itu dia tidak boleh berfikir dan dia ingin larikan diri. Dia meluru ke pintu untuk keluar dan saat itu pihak polis muncul.
"Hashim! Kamu ditahan atas tuduhan cubaan membunuh!"
Laju Hashim diberkas dan beberapa pihak polis masuk kerumahnya apabila melihat tubuh isterinya yang berlumuran darah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Joanne datang menghampirinya lalu duduk di sebelahnya. Dia masih kekal di pintu bilik pembedahan itu. Dia tidak menghiraukan bajunya yang berlumuran darah itu. Sudah hampir dua jam namun pembedahan masih berjalan.
"Dato' harap bersabar, i yakin Datin akan selamat." ujar Joanne memberi kata semangat buat bosnya itu.
Tengku Amir masih berteleku di situ. Kejadian tadi ibarat filem yang berputar di dalam kepalanya. Dia menyaksikan sendiri isterinya dilanggar.
"Abang!!!"
Dia mencari suara yang seakan isterinya. Saat dia menangkap tubuh isterinya yang sedang berlari ke arahnya, dia baru sedar ada sebuah kereta yang laju menuju ke arahnya. Dengan tiba-tiba dia di tolak Aisya Rose ke tepi jalan.
BAMM!!
Dia melihat tubuh isterinya terpelanting setelah dilanggar lalu rebah di atas jalan. Darah mengalir di kepala dan hidung.
"Sayang!!!" jerit Tengku Amir.
Ab.. Abang.. " panggil Aisya Rose perlahan sambil memandang tubuh suaminya yang menerpa ke arahnya.
Orang ramai mula menggerumun. Joanne yang masih terkejut sempat menelefon ambulans.
" Sayang... Please bertahan. Jangan tinggalkan abang sayang" jerit Tengku Amir sambil memangku kepala isterinya.
"Ab.. Abang.. Ro.. Rose ci.. Cintakan ab.. Abang. Mmaafkan Rose Ab..bang. Aam..punkan doo..sa Rose" ucap Aisya Rose makin lemah.
"no sayang, jangan tinggalkan abang please. Sayang kena kuat! Abang cintakan Rose juga. Please jangan tutup mata. Sayang kena sentiasa sedar. Ingat Arman, anak kita sayang. Pleaseee" ujar Tengku Amir dalam tangis.
"Sssaakit Aabang..."
Saat itu kedengaran siren ambulans dan polis menghampiri tempat itu. Saat itu mata Aisya Rose sudahpun tertutup.
"daddy!!"
Tengku Amir mendongak, dari jauh dia melihat anaknya berada dalam dukungan Zack yang mengekori ayah dan bondanya ke arahnya.
"Macam mana Aisya, Am?" soal Puan Sri Amina risau.
"masih dalam pembedahan Bonda." ujar Tengku Amir lirih sambil meriba anaknya.
"Dato, ni pakaian baru. Seeloknya Dato tukar dulu baju tu." ujar Joanne yang menghulurkan beg kertas kepada Tengku Amir.
"Am pergi mandi tukar baju dulu, biar Ayah dan bonda tunggu." ujar Tan Sri Tengku Amran.
Dengan lemah Tengku Amir mengambil beg kertas itu. Dia tidak mahu anaknya perasan dan banyak tanya nanti kerana dia tidak mampu untuk memberitahu tentang ibu kepada anaknya itu.
Selesai mandi dan tukar baju, dia kembali ke dewan pembedahan namun wajah sugul ahli kelurganya yang mula meninggal tempat itu.
"kenapa ni? Soal Tengku Amir.
" pembedahan berjaya tapi Aisya dipindahkan ke ICU sebab kecederaan yang dialaminya agak teruk dan Aisya masih dalam keadaan koma " ujar Tan Sri Tengu Amran.
Terduduk saat bapanya mengungkap kata-kata itu.
" bersabar Am, minta pertolongan dari Allah. Kita sama-sama buat solat hajat" ujar Puan Sri Amina.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka melihat sekujur tubuh yang terbaring dengan wayar berselirat dari sebalik cermin kaca.
"daddy, it's that mommy?" soal Tengku Arman dalam dukungan Tengku Amir itu.
"yes sayang" jawab Tengku Amir sebak.
"why mommy sleep in that room. I want to see mommy daddy" rengek Tengku Amir.
"mommy is sick sayang. Mommy still sleep, Arman kena doa mommy to wake up ya" balas Tengku Amir menahan air matanya dari jatuh.
"Arman, come follow nenda" ujar Puan Sri Amina mengambil cucunya lalu di bawa keluar dari bilik ICU itu.
Tinggal Tengku Amir yang masih seti memandang isterinya.
"Dato.." Zack menghampiri bosnya.
" aku gagal Zack, aku gagal lindungi dia" ujar Tengku Amir
"Datin yang nak lindungi dato. Sebelum Datin kemalangan, dia ada call saya untuk lindungi Tengku Arman. Saya rasa yang Datin tahu Dato dan Tengku Arman dalam bahaya. Saya dapat maklumat orang yang melanggar Datin sudah ditangkap. Namanya Hashim." ujar Zack lagi.
Berkerut dahi Tengku Amir saat mendengar nama itu.
" Hashim?? " soal Tengku Amir.
" ya Dato, dia pak cik tiri Datin yang jual Datin lima tahun lalu. Saya dah berurusan dengan pihak polis, dan datin pernah membuat laporan polis sehari sebelum kejadian. Datin di ugut oleh pak ciknya dengan meminta sejumlah duit dan Dato dan Tengku Arman dijadikan galang ganti jika Datin tak penuhi permintaannya. " ujar Zack.
Terkedu Tengku Amir saat itu. Kenapa isterinya tak pernah memberitahunya dan menanggungnya seorang diri.
" saya tak sangka pak ciknya senekad itu" ujar Hana lirih.
Setelah mendapat berita Aisya Rose kemalangan, terus dia ke hospital dan dia melihat Tengku Amir setia menunggu isterinya.
"saya ralat Hana, kenapa Rose tak pernah beritahu saya" ujar Tengku Amir lagi.
"dia tak nak Tengku risau, Aisya terlalu cintakan Tengku. Sebelum kemalangan dia luahkan semua perasaan dia kepada saya. Aisya beritahu saya dia tak pernah benci Tengku, dulu dia kecewa tapi rasa cinta dia kepada tengku tak pernah berkurang. Tengku dan Arman adalah nyawa dia dan dia rela berkorban untuk tengku" ujar Hana.
"tapi saya tak sanggup kehilangan dia. Jantung saya bagai nak pecah tengok Rose terbaring kaku tu" luah Tengku Amir.
Tiba-tiba telefon milik Tengku Amir berbunyi. Nama bondanya.
"Hello bonda.." jawabnya.
"Am, Rose..." ujar Puan Sri Amina dalam tangis.
Terus Tengku Amir berkejar ke bilik ICU di ikuti oleh Hana.
Sampai di bilik itu, dari cermin kaca dia melihat doktor dan beberapa nurse sedang melakukan CPR kepada Aisya Rose. Dia dapat lihat keadaan panik di dalam bilik itu.
"please bertahan Rose... Please demi Abang dan Arman.jangan tinggalkan abang, abang tak mampu kehilangan sayang" rintih Tengku Amir dalam tangis.
Sesungguhnya dia tak rela kehilangan isterinya.
Janji nak update semalam tp ada hal tak dapat dielakkan.. So terjawab la sudah, bukan TA yang kena langgar... Harap Rose akan selamat.
Share this novel