Bab 24

Romance Series 5387

Hakimi terjaga dari lena, matanya masih terpejam. Dia berasa ada bebanan di atas tubuhnya. Ada haruman yang sangat dia inginkan selama ini masuk ke dalam rongga hidungnya. Haruman citrus itu sangat menenangkan jiwanya. Tiba-tiba dia merasakan pergerakan dari bebanan tersebut. Terasa ada tiupan pada dadanya seperti orang bernafas, dalam masa yang sama ada tangan yang memeluk tubuhnya. Di sebabkan dia tidur tidak berbaju, dia dapat merasakan semua itu dengan tepat sekali. Terus matanya di buka besar.

Pada mulanya Hakimi terkejut, tetapi perlahan-lahan senyuman penuh makna terukir di bibirnya.
‘Rezeki datang bergolek, mana boleh lepaskan.’ Sifat nakalnya mula menguasai diri.

Pantas dalam lembut dia merangkul tubuh Hana agar lebih rapat padanya. Hana yang masih lena itu juga mengeratkan lagi pelukannya siap dengan kaki sekali memeluk kaki Hakimi.

Hakimi sudah tidak keruan.

‘Aduh, jadi bantal peluk sungguh aku ni. Alahai iman.. tolonglah kawal nafsu. Aku nak rasa sekejap sahaja pelukan dia. Peluang tak datang lagi dah lepas ni.’

Agak lama dia membiarkan situasi di antara mereka itu. Pelukan di kemaskan agar Hana dapat tidur dengan selesa. Hakimi mula berperang dengan diri sendiri bila dia dapat merasakan sesuatu yang lembut di perutnya. Benda lembut itu semakin terasa bila terdapat pergerakan dari Hana.

“Minah ni tak pakai bra ke.” Hakimi memandang Hana tidak percaya. Pelukannya di longgarkan sedikit. Di dalam samar cahaya lampu jalan, dia memandang dada Hana.

“Sah dia tak pakai bra.” Mata nakalnya masih memandang di tempat yang sama. Tangannya mula gatal untuk beraksi. Pantas di tahan keinginan itu.

Tangan tersebut di bawa mencapai Iphonenya yang berada di meja sisi katil. Jam di lihat hampir 5 pagi.

“Tak boleh jadi ni. Aku kena kejutkan dia juga sebelum yang lain bangun.” Terus saja tubuh kecil itu di goncang lembut.

“Sayang bangun, awak salah bilik ni. Ni bilik saya.. dengar tak ni.. sayang bangun cepat… nanti orang perasan susah kita..” lembut dia menuturkan dengan suara maskulinnya itu.

Hana merengek bila tidurnya di ganggu.

“Apa awak merepek ni… bilik kitakan sama... yang awak nak kisah sangat orang perasan tu buat apa.. kitakan dah nikah semalam, tak ada orang marah lah..” Hana mengeratkan lagi pelukannya. Wajah di sembabkan kembali pada dada bidang Hakimi.

Hakimi tersenyum bahagia.

“Alangkah indahnya kalau kita betul-betul dah bernikah sayang. Tapi itu semua cuma mimpi sayang saja… kita tak kahwin pun.” Hakimi cuba merungkaikan pelukan Hana di tubuhnya.

“Awak janganlah kacau saya pagi-pagi buta ni… saya mengantuk sangat…” suara serak-serak basah Hana itu betul-betul meransang nasfu Hakimi ketika ini. Liur di telan terasa seperti kertas pasir. Dia cuba mengawal dirinya saat ini. Tidak mahu perkara buruk berlaku antara mereka.
“Sayang please wake up, cuba sayang buka mata tu tengok sekeliling ni. Ada nampak macam bilik pengantin ke..” Hakimi masih mampu beriak tenang. Dia masih berusaha meleraikan pelukan Hana.

‘Kuat betul minah ni peluk. Dah macam gam dah melekatnya.’

Perlahan-lahan Hana membuka mata bila di rasakan Hakimi bersungguh-sungguh dalam bicaranya. Pelukannya di leraikan perlahan-lahan. Matanya memandang sekeliling bilik yang tidak asing bagi dirinya.

‘Ini bukan bilik tetamu sebelah bilik aku ke. Maknanya aku mimpi je lah tadi tu.’

Laju sahaja Hana duduk membelakangkan Hakimi yang juga sudah bangun dari baring itu.

Hakimi menjenguk sedikit wajah Hana yang sedang membelakangkan dirinya itu. Senyuman nakal terselah di bibirnya.

“Sayang dah sedar ke, atau masih mengigau.” Hana diam tanpa balasan. Makin seronok Hakimi menyakat gadis itu.

“Kalau sayang masih mengigau, jomlah kita sambung tidur. Kimi pun mengantuk lagi ni.”
Pantas Hana berpaling dan memukul bahu Hakimi. Wajahnya sudah seperti udang di kukus. Merah menahan malu.

“Jangan lah sakat saya. Malulah… tahu lah kita yang salah.” Bibirnya sudah memuncung.

‘Macam mana aku boleh masuk bilik ni pula.’

“Alahai, merajuk pula dia. Dahlah sayang.. I know you did’t mean it. Kimi tak salah faham pun. Pergi lah balik bilik sayang sebelum diorang bangun. Dah nak subuh ni.” lembut Hakimi menyuruh.

Hana memandang mata biru tersebut mencari kepastian. Hakimi membalas dengan senyuman. Jantungnya seperti mahu meletup saja ketika ini bila dia dengan jelas melihat susuk tubuh Hana di sebalik gaun tidur yang agak jarang itu. Dengan kondisi matanya yang terang itu sememangnya tidak mustahil untuk melihat dalam samar lampu jalan ini.

“Saya minta maaf, sebab susahkan awak. Saya betul-betul tak sedar tadi. Tapi bukan sepatutnya si kembar ke yang duduk dekat bilik ni? Kenapa awak pula dalam bilik ni.” Hana berasa pelik.

‘Aduh dia tanya soalan pula.’ Sehabis baik Hakimi mengawal riak mulanya agar terus tenang.

“Kitorang tukar sebab kembar tak boleh tidur bila ada cahaya.”

“Ooo.. macam tu ke..” entah kenapa dia berasa selesa sangat dengan Hakimi. Langsung tidak berasa risau atau takut pada Hakimi.

Hakimi yang melihat wajah innocent gadis di depannya itu sudah tidak tertahan lagi.

‘Ada yang kena terkam juga ni..’ matanya di pejam seketika mencari kekuatan.

“Sayang, apa kata sayang balik bilik sayang sekarang. Dah nak subuh ni, nanti dorang bangun susah kita.” Hakimi sudah tertunduk. Suaranya pun seperti menahan kesakitan.

“Awak ok ke ni, kenapa suara macam tahan sakit je ni. Awak sakit dekat mana-mana ke?” Hana bertanya tanpa sedar dia punca Hakimi sakit tika ini.

‘Aduh.. innocent sangat muka dia ni.. tak boleh jadi ni.’

“Ye Kimi tengah sakit. Sakit tengok sayang sekarang ni. Sayang sedar tak yang pakaian sayang tu seksi sangat. I can see what’s behind the sexy gown. Daripada sayang tak dapat keluar dari bilik ni sampai subuh nanti, baik sayang keluar sekarang. Sebelum….” Lembut tutur kata Hakimi. Tetapi pandangannya tidak setenang kata. Mata Hakimi mula meliar pada tubuh Hana, seperti pemangsa yang siap sedia untuk menerkam mangsanya.

Hana terkejut. Matanya mula terbuka luas. Pantas dia bangun dari katil tersebut dan berlalu ke biliknya. Terus dia ke bilik air menyejukkan badan yang berbahang itu. Malunya Tuhan saja yang tahu.

‘Aku tak pakai bra kot!!! Malunya!!!!’

Di bilik sebelah, Hakimi juga melakukan perkara yang sama. Dia perlu menyejukkan diri secepat yang boleh. Dia memandang ke bahagian bawah badannya. Keluhan berat di lepaskan.

“Lambatlah subuh aku hari ni..” Hakimi tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Dia mula beristifar di dalam hati, agar cepat reda situasinya saat ini.

. . . . . . .

“Ros betul ke Along dah bangun ni.”

“Betul.. aku masuk tadi dia dalam bilik air, tengah mandi. Aku siap cakap yang kita nak solat berjemaah sekali and dia cakap ok, tunggu sekejap. So tunggu je lah. Bising lah kau ni.” Ros membaling telekungnya pada Lily. Geram dengan Lily yang tidak berhenti dari merungut itu.

Hana sudah terfikirkan satu perkara itu.

‘Aku lah tu punca dia mandi lama. Alahai Nur Hanani… asal kau ni lembab sangat. Kalau kau terus keluar tadi, mesti tak akan jadi macam ni.’ Hana berperang dengan rasa bersalahnya.

Anum hanya beriak biasa. ‘Biasalah orang lambat, nama pun manusiakan.’

Seketika kemudian muncul Hakimi di pintu bilik tersebut.

“Maaf lambat, jom kita solat.” Dia terus berlalu ke hadapan tanpa memandang Hana. Cuma di kerling adik kembarnya itu.

‘Mulut dah macam boleh sangkut baju.’

“Sudah lah Lily, Along tahu Along lambat. I’m sorry ok. Jom kita solat nanti lagi lambat.” Di usap kepala adiknya itu seketika beserta senyuman manis sebelum mengambil posisinya semula.

Mereka solat dengan tenang. Masing-masing melupakan seketika urusan di dunia untuk cuba menumpukan sepenuhnya pada Sang Pencipta.

Selesai solat. Hana meminta Anum membawa si kembar keluar dahulu. Dia nak bercakap dengan Hakimi sebentar. Hakimi yang perasan situasi tersebut hanya memandang. Si kembar hanya mengikut tanpa bantahan. Lebih elok mereka mengemas rumah atau menyediakan sarapan. Takut lambat pula nak bersarapan.

Hana memulakan bicara.

“Awak, saya minta maaf, di sebabkan saya awak yang di persalahkan sebab lambat turun.” Penuh rasa bersalah pada pendengaran Hakimi.

“Tak adalah.. Kimi tak salahkan sayang pun. Sayang dah penat seharian buat kerja, tidur pula lambat. Mestilah kurang kesedaran diri sikit. Tapi, Kimi suka bila sayang cakap yang kita dah kahwin tu. Rasa macam betul-betul saja.” Hakimi sudah tersenyum nakal.

Hana memukul bahu Hakimi dengan telekung di tangan.

“Janganlah sakat saya. Malu lah..” wajah di tekupkan pada telekung di tangan.

Hakimi tertawa besar. Lucu melihat Hana saat ini. Sangat tidak tentu arah.

“Ok ok, Kimi tak sebut lagi pasal tadi. Jom kita bersiap. Nanti petang semua orang dah berkumpul. Kita nak masak sarapan lagi kan.”

“Allah lupa pula tak buat sarapan lagi. Saya masak sekejap.” Pantas dia berlalu dari bilik tersebut.

Hakimi juga berlalu ke ruang tamu untuk merehatkan mata yang masih terasa kantuknya itu. Ramai-ramai dekat dapur nanti tak jadi kerja lah jawabnya.

Waktu petang mula memunculkan diri. Mereka semua sudah berkumpul selepas solat Jumaat tadi. Malam ini semua akan tidur di rumah Hana memandangkan esok selepas subuh mereka akan bertolak ke Terengganu. Hana lah manusia yang paling sibuk bila tetamu semakin ramai. dia perlu memastikan tempat tidur yang selesa untuk tetamunya. Makan malam juga perlu di sediakan. Untung barang-barang yang ingin di bawa esok sudah di simpan di dalam kereta oleh kaum adam. Cuma yang tinggal adalah bahan makanan.

“Nur, apa menu kita malam ni?” Anum yang duduk di meja pulau berdepan dengan dapur kering itu mengejutkan Hana sedikit. Selamat pisau di tangan tak terlepas.

“Kau ni, buat aku terkejut je lah. Salamnya mana cik kak oiii..” bebel Hana.

“Sorry..” itu saja balasan Anum. Hana hanya tersenyum malas.

“Aku pun tak pasti nak masak apa.” Tangannya masih lincah mengupas bawang. Menu masih belum di tetapkan tetapi bahan-bahan asas sudah di sediakan terlebih dahulu.

“Nur, apa kata malam ni kita makan makanan kampung. Ikan goreng, telur mata sambal kicap, lepas tu buat kangkung tumis belacan. Saya nampak ada banyak kangkung dalam peti ais tu. kita masak simple saja malam ni. esok nak jalan jauh, pakai tenaga lagi.” Amir yang muncul dari ruang dapur basah itu sudah siap memegang bekas yang terdapat semua bahan untuk memasak menu yang dia sebut tadi itu.

Hana dan Anum sudah pandang sesama sendiri. Tidak sangka sekelip mata menu dah ada.

“Ok, kalau macam tu, mari saya masakkan. Awak pergilah duduk dengan yang lain.” Hana berkira untuk mengambil bahan dari Amir. Pantas Amir melarikannya.

“Biarlah saya tolong sekali. Teringin juga nak masak dekat dapur luas Nur ni. Rasa lapang bila ruangnya terbuka macam ni. Berdiri dekat dapur ni pun boleh nampak orang yang ada dekat ruang tamu tu.” wajah Amir sudah teruja. Seteruja kata-katanya itu.

Hana hanya merelakan sahaja. Seronok juga sesekali masak dengan orang lain.

Anum sudah hilang bila dia nampak Hana setuju dengan cadangan Amir itu. Nasibnya baik sangat dua hari ini. Semalam si kembar membantu di dapur, hari ini pula Amir yang membantu. Peluang yang datang tidak akan di sia-siakan. Sesungguhnya dia tidak gemar berada di dapur. Sekadar membantu dia boleh, bila di suruh berperang dengan api dapur, dia akan terkorban dahulu sebelum bertempur. Dia lebih suka mengemas dari memasak.

“Laju Anum hilang ye. Dia memang tak suka duduk dapur ke.” Amir bertanya sambil mengeluarkan sayur kangkung dari beg plastic. Terus tangannya lincah melakukan tugas seterusnya.

“Anum boleh masak. Masakannya pun sedap. Cuma itulah, dia bila ada orang dekat dapur terus dia senang hati pergi tempat lain. Tak toleh belakang dah.” Terletus ketawa kecil dari mereka berdua.

Dalam bersembang, tangan mereka pantas melakukan kerja. Amir yang siap membersihkan bahan masakan. Hana pula siap menyediakan rencahnya. Kuali di panaskan untuk mengoreng ikan yang telah diperasakan dengan serbuk kunyit serta garam. Nasi sudah di tanak oleh Anum tadi.

Amir mengambil tugas di depan dapur. Hana sudah di suruh duduk saja. pada mulanya Hana akur, tetapi dia tidak sedap hati pula. Terus dia teringat yang air belum di bancuh. Pantas dia menyebukkan diri di bahagian air pula. Sekurang-kurangnya dia tidak duduk sesaja.

Perlakuan mereka itu di lihat oleh mereka di ruang tamu tersebut.

“Isya, kamu tak cemburu ke tengok dorang masak sama-sama tu.” pertanyaan mengejut Zarul itu tidak memberi apa-apa riaksi kepada Isya melainkan hanya gelengan.

“Mi, kau tak rasa apa-apa.” Hakimi pula yang di tanya.

Gelengan yang sama juga di beri kepada Zarul.
“Kenapa?” muka Zarul dah mula teruja.

“Simple, aku tahu Hana seorang yang setia, kalau tak kenapa dia tak terima lamaran kau. Kau baik apa.” Kening di angkat sebelah kepada Zarul.

Qairy yang memerhati dari tadi mula berminat dengan topik mereka. Isya pula mengiyakan kata Hakimi itu.

Anum datang bersama si kembar dari tingkat atas. Wajah mereka ceria sahaja.

“Korang malam ni kita tengok movie lagi nak. Tadi kitorang keluar beli movie seram. Mesti seronok tengok ramai-ramai.” Ros berkata dengan teruja. Tempat duduk di sebelah Isya di ambil. Lily di sebelah Hakimi, yang tinggal hanya tempat duduk di sebelah Qairy memandangkan Zarul telah duduk di sofa single.

Anum terpaksa duduk di sebelah Qairy. Hatinya masih belum boleh terima apa yang telah di lakukan lelaki itu kepadanya malam tersebut. Masih segar di fikirannya. Qairy beriak tenang, di dalam hatinya sudah melonjak girang. Ada peluang duduk rapat dengan Anum.

“And Amir pun jenis yang setia. Cuma dia tu mesra alam. Jadi saya tak kesah pun.” Isya pula memberi sebabnya.

“Lagi pun, kejap lagi mereka mula bertengkar. Benda kecil pun boleh jadi isu.” Selesai sahaja Hakimi berkata begitu, kedengaran pergaduhan kecil dari dapur. Semua menoleh ke arah itu.

“Amir apa awak buat dekat dapur saya ni… habis kotor lantai ni.. Kalau nak basuh kuali pergilah dekat dapur basah. Sini untuk basuh tangan saja lah..” Hana membebel sambil mengelap lantai dengan kain basah.

Amir di lihat masih bersahaja membuatkan Hana semakin panas.

“Orang cakap tu bukan nak ambil serius, buat suka hati dia je. Geramnya!...” Hana berlalu ke dapur basah dengan kain kotor tersebut.

Amir yang diam dari tadi memandang mereka yang seronok melihat dia di marahi. Hakimi dan Isya yang paling seronok sekali. Akalnya ligat memikirkan cara untuk membalas pada dua mahluk itu. Seketika kemudia dia tersenyum nakal, pantas dia berlalu ke peti sejuk mencari sesuatu.

“Ha.. tu nak buat apa pula dalam peti ais…” belum Hana habis berkata Amir sudah menyuapkan sesudu kek cheese. Terus terdiam Hana di buatnya. Amir tersenyum melihat Hana yang sudah senyap itu.

“Duduk dulu, tenangkan hati awak tu. Saya minta maaf ye.. nanti saya kemas dapur awak ni bersih-bersih. Saya janji. Nah ambil kek ni makan.” Dia menghulurkan sepiring kek tersebut kepada Hana yang sudah duduk di stool meja pulau. Di jeling manusia yang dari tadi memerhati dari ruang tamu. Dapat di lihat dua gunung berapi mahu meletus. Pantas dia menarik tangan Hana yang menyudu sedikit kek cheese, terus di bawa ke dalam mulutnya. Di kenyitkan sebelah matanya pada Hana sebelum berlari ke tingkat atas menyembunyikan diri. Dia yakin yang dia akan di kerjakan oleh satu dari gunung berapi tersebut.

Hakimi pantas mengejar Amir. Geram dengan apa yang lelaki itu buat pada Hananya. Isya terus menuju ke arah Hana dan mengambil kek Hana. Terus di makan semuanya. Hana hanya melihat perbuatan Isya tersebut. Perlahan-lahan senyumannya terukir di bibir bila mula dapat menagkap apa yang berlaku pada Isya dan Hakimi. Cemburu.

Zarul dah mengangkat tangan tanda mengalah. Lily sudah berlalu ke dapur menyelesaikan apa yang tidak habis lagi. Ros dan Anum sudah tertawa besar bila mendengar Amir meminta tolong dari tingkat atas. Seketika cuma, Anum berhenti apabila dia merasakan pandangan Qairy tajam memandang dirinya. Pantas dia berlalu ke dapur membantu yang lain.

15 minit kemudian Lily melaung dari tangga memanggil mereka turun makan. Hidangan sudah tersedia di atas meja makan. Semua mengambil tempat masing-masing. Hakimi turun dengan wajah ceria tetapi sebaliknya pada Amir. Wajah lelaki itu muram selepas di kerjakan Hakimi tadi. Penat dia pertahankan diri dari di pukul Hakimi. Rambutnya sedikit kusut.

Isya mengangkat ibu jarinya pada Amir. Kerusi di sebelahnya di tarik untuk Amir.

“Sedap kena belasah. Buat lagi perangai bukan-bukan tu.” Isya ketawa mengejek.

“Sudahlah tu, jom kita makan. Nanti boleh Jemaah sama-sama.” Hakimi dengan wajah tidak bersalah membacakan doa makan.

Mereka makan sambil bersembang. Yang paling riuh sudah semestinya si kembar. Bermacam cerita yang keluar dari mulut mereka. Riuh-rendah meja makan tersebut.

. . . . . .

“Kak Long jom dorang dah pasang movie tu.” Ros, Lily dan Isya berlalu dengan popcorn serta Air berkabonat di tangan mereka. Selepas Isyak tadi, Hana teringat yang dia ada membuat popcorn dua hari lepas. Pada awalnya dia sengaja membuatnya. Untung tetamunya hari ini dapat menonton movie sambil makan popcorn. Persis di panggung wayang.

“Ok satu movie sahaja ye. Hari ni kena tidur awal. Esok kita nak bergerak pagi.” Hakimi memberi peringatan terakhir.

“OK Along…” jawab si kembar.

Perempuan duduk di atas kerusi manakala lelaki duduk di bawah. Hana di bahagian hujung sebelah kiri di ikuti Anum, Lily, Ros dan Isya. Manakala yang lelaki, Hakimi di kiri sekali kemudian Qairy, Zarul dan Amir. Suasana menjadi berdebar bila babak membunuh mula menyerang. Darah yang membuak-buak keluar dari mangsa-mangsa tersebut mengerunkan Hana dan Anum. Perlahan-lahan tanpa mereka sendiri sedar, mereka sudah turun kebawah menyorok di belakang lelaki di depan mereka. Mereka hanya melihat apabila terasa selamat. Lampu yang di padam membuatkan suasana rumah tersebut gelap sepenuhnya, hanya terdapat cahaya dari kaca tv sahaja.

Hakimi yang terasa lengan kirinya di peluk, menoleh ke arah itu. Bila dia melihat Hana, terus di biarkan. Tidak menegur perlakuan Hana itu. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Dia menoleh ke sisi kanannya bila di lihat Qairy seperti membetulkan duduknya. Wajah Hakimi sedikit berkerut bila melihat senyuman yang sama terukir di wajah Qairy. Mereka berpandangan sebentar sebelum Qairy mengisyaratkan bebola mata ke belakang badannya. Hakimi melihat Anum sudah mengenggam kedua-dua sisi badan Qairy. Matanya seperti terpejam. Kepala melihat yang lain, masih focus pada kaca tv. Langsung tidak memandang mereka. Masing-masing membiarkan perlakuan pujaan hati mereka itu. Semua orang focus dengan cara sendiri sehingga cerita tamat.

Tamat sahaja cerita itu, Hana dan Anum bangun dari terus menyorok di tempat persembunyian itu. Wajah di kawal dari memberi reaksi yang melampau. Semua orang sudah naik ke bilik untuk berehat.

“Selamat malam semua… tidur dulu.” Ucap si kembar dari tangga kepada semua. Tangan Isya di tarik mengikut langkah mereka. Mereka bertiga akan berkongsi bilik Anum manakala Anum akan tidur dengan Hana.

Hilang sahaja mereka semua..

“Kami naik dulu ye. Maaf pasal tadi.” Anum berkata dan terus naik ke atas begitu juga Qairy.
Hana juga berura-ura untuk melangkah naik.

“Sayang.” Hana berpaling memandang Hakimi. Kening di angkat beserta senyuman manis.
Melihat senyuman itu, Hakimi dengan perlahan mendekati Hana. Wajah di dekatkan di sisi wajah Hana. Di tiup telinga gadis itu di sebalik tudung yang tersarung. Hana terus menutup matanya. Sangat merangsangnya.

“Sayang jangan salah masuk bilik lagi ye. Nanti Kimi terus tarik pergi hotel. Dari sini dekat sangat hotel tu.” rendah sahaja suara yang dituturkan Hakimi.

Hana yang tadi asyik dengan nada rendah suara Hakimi itu, terus menjarakkan dirinya. Dia berpaling memandang jejaka bermata biru itu. Mata di besarkan dan mulut di kemam menandakan dia geram dengan fikiran Hakimi itu.
“Selamat malam cik abang.” Terus Hana berlalu ke biliknya.

Hakim tertawa nakal. Wajah Hana itu sangat comel. Dia melihat susuk tubuh yang mula menghilang ke tingkat atas. Sedikit pun Hana tidak menoleh.
'Malu sangat ke sayang aku ni..' Hakimi senyum seorang diri seketika sebelum dia melangkah ke pintu utama rumah.

Hakimi memeriksa setiap pintu dan tingkap di rumah itu bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya sebelum dia berlalu ke biliknya. Dia perlu rehat secukupnya untuk perjalanan yang panjang esok.

. . . . . . .

Semua keperluan sudah siap di masukkan ke dalam kereta. Mereka semua setuju untuk membawa kereta Ford Ranger XLT putih milik Hakimi yang di bawa oleh Qairy dari kondo mereka. Begitu juga dengan Amir yang membawa kereta Ford Ranger XLT hitamnya. Hakimi dan Amir sengaja membeli kereta jenis 4WD ini kerana bentuknya yang kemas serta gagah. Kereta jenis ini juga tahan lasak, boleh di gunakan untuk kemana sahaja. Hakimi lebih gemarkan warna putih manakala Amir lebih kepada hitam.

Pada mulanya agak susah untuk menentukan siapa naik kereta mana. Si Kembar nak naik dengan Kak Longnya lah, Anum tak nak naik dengan Qairy lah, Isya pula tak nak satu kereta dengan lelaki sahaja.

Akhirnya keputusan Hakimi yang buat. Dia, Qairy, Hana dan Anum akan naik satu kereta manakala Amir, Zarul, Isya, Ros dan Lily akan naik satu kereta. Muktamat, tiada bantahan boleh di buat.

“Ala, Along cemburu lah tu bila Abang Zarul satu kereta dengan Kak Long.” Lily sudah mula dengan teori-teorinya. Dia tidak puas hati sebab tak dapat satu kereta dengan Hana.

“Lily, senyap sebelum Along hantar balik rumah nanti.” Terus diam Lily. Dia masuk ke dalam kereta yang di arahkan tadi.

Hakimi masuk ke tempat pemandu. Mereka yang lain sudah masuk terlebih dahulu. Hakimi melihat ke sisinya.

“Dah selesai ke drama sebabak tadi. Kenapa muncung je mulut Lily tu.” tanya Hana di sebelah.
“Dia nak duduk juga dengan sayang so Kimi cakap kalau degil juga, Kimi hantar balik. Tak payah ikut langsung.” Dia tersenyum.

“Ok… dan kenapa aku kena duduk sebelah buaya ni. Nur kau tak sayang aku ke, macam mana kalau dia baham aku. Kau dah tak jumpa aku lagi nanti.” Anum mula dramanya pula.

“Buaya, ok.. saya akan jadi satu-satunya buaya yang akan terkam awak sorang sahaja. Tak akan ada buaya lain yang akan boleh sentuh awak pun. ” Wajahnya di dekatkan pada Anum. Pantas Anum melarikan wajahnya memandang ke luar tingkap.

Hana dan Hakimi tersenyum melihat mereka berdua. Semuanya di abaikan sahaja. Perjalanan mereka masih jauh lagi.

‘Tak sabarnya nak berkhemah!!’ Hana sudah teruja dengan perjalanan mereka hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience