Bab 19

Romance Series 5397

Hana keluar dari ruang dapur menuju ke ruang tamu dengan secawan hot coklat yang masih panas. Wap yang terdapat di permukaan air menampar lembut deria bau Hana membuatkannya berasa tenang. Terukir senyuman menyenangkan di wajah Hana.

Hana melabuhkan duduknya di sofa L ruang tamu tersebut. Matanya mengerling jam dinding di tengah-tengah ruang tamu. Keluhan kecil di lepaskan.

“Mana Anum ni. Dah pukul 11 malam, tak ingat nak balik ke. Mana si Qairy bawa minah ni. Haee….. naik risau pula aku.”

Siaran di tv langsung tidak menarik minatnya. Dia bangun melihat di celahan jendela. Berharap Anum sudah pulang. Seketika kemudian terlihat cahaya lampu kereta masuk ke perkarangan laman rumahnya. Pantas dia menyarung tudung sarung di kepala. Nasib pakaiannya sopan malam ini. Tidak perlu dia mencari sesuatu untuk menutup tubuhnya.

Pintu utama di buka. Terpancul susuk tubuh Anum di depan matanya. Kelihatan juga Qairy di sebelah Anum, mereka bercakap sesuat. Wajah Anum sugul. Qairy pula seperti memujuk. Keadaan mereka agak serabut.

‘Kenapa nampak kusut sangat dorang ni.’ Di abaikan saja kata hatinya itu.

“Lambat kau balik Anum.”

Terkejut mereka berdua mendengar suara Hana. Anum mendekati Hana di depan pintu itu. Qairy juga mengikut dari belakang. Wajahnya tenang tidak seperti Anum.

“Mana korang pergi. Aku call banyak kali kau tak angkat. Kau ok ke tak ni. Nampak sugul je..” Hana membelik wajah Anum. Pantas Anum menangkap tangan Hana dari terus memegang wajahnya.

“Maaf lah Nur tadi saya bawa Anum pergi makan malam sekali. Masa dalam perjalanan ada masalah sikit. Jadi saya selesaikan dulu sebelum hantar Anum pulang. Sekali jalan saja lah.”

Terang Qairy pada Hana. Anum hanya menundukkan wajahnya. Tidak berkata apa.

“Oooo.. macam tu ke. Ok lah, asalkan Anum dah balik, saya dah lega.” Mereka berdua tersenyum.

Tiba-tiba Anum bersuara.

“Nur, aku masuk dulu lah ye, nak mandi. Badan aku dah belengas sangat ni.” terus saja Anum berlari ke biliknya.

“Anum.. hei… kenapa dengan dia ni, tak sihat la tu, hem..” kepala di gelengkan.

“Saya minta diri dulu.” Pamet Qairy lembut.

“Ok, terima kasih hantar Anum dengan selamat. Hati-hati memandu. Assalamualaikum.” Hana menghantar Qairy dengan senyuman.

Hilang saja bayang kereta Qairy, terus dia masuk. Pintu di kunci dengan selamat. Langkah di ambil menuju ke bilik Anum, di ketuk perlahan tetapi tidak ada sebarang sahutan. Di pulas tombol pintu, tidak berkunci lalu dia masuk dan duduk di kerusi kerja Anum, menanti Anum keluar dari bilik air.

Seketika, pintu bilik air di buka dari dalam. Terpancul susuk tubuh Anum, pantas Hana berpaling memandang sahabatnya itu. kelihatan mata Anum memerah seperti baru lepas menangis. Hana mula berasa anih.

Anum pantas berlalu ke almari pakaiannya. Pijama berlengan panjang di sarungkan pantas pada tubuhnya.

“Kau ok ke. Macam baru lepas menangis saja. Qairy ada buat apa-apa ke pada kau. Aku nampak tadi macam dia tengah pujuk kau.” Hana menukar posisi duduknya di hujung katil Anum pula.

“Tak ada apa lah… mata aku masuk sabun je tadi, tu yang merah. Qairy tu ada buat salah kat aku tadi. Tu yang dia macam nak pujuk. Aku je yang malas nak layan.” Tangannya lincah memastikan pakaiannya tidak terdedah. Risau akan kesan di tubuhnya terdedah. Wajah di ceriakan sebelum menghampiri katil. Tubuhnya terus di sembunyikan di bawah selimut.

Hana hanya memandang pelik.

“Kau ni dah kenapa. Tak pernah aku tengok kau pakai baju sopan-sopan ni masa nak tidur. Selalunya kau lah umat paling seksi masa nak tidur. Ni dah bertaubat ke.” Hana bertanya dalam gurauan. Di ketawa sambil menahan perutnya.

Anum lah yang paling berani masa tidur. Tidak pernah Anum menghiraukan keselamatan masa tidur. Dia langsung tidak terfikir akan bahaya yang boleh terjadi dengan tiba-tiba.

Penat Hana menasihatkan agar pakai pakaian yang sopan semasa tidur, jika ada apa-apa yang berlaku tidaklah kelam-kabut mecari sesuatu untuk menutup tubuhnya. Tetapi hari ini lain pula berlaku.

“Aku rasa nak pakai baju yang kau beli ni. Tu saja. Kau ni suka pikir yang bukan-bukan. Jangan perjudis sangat dengan aku boleh tak.” Anum sudah cemberut. Di jelling kawannya itu.

“Ye lah apa-apa je lah. Aku bukan apa, sekadar bertanya. Aku kan sayang kau. Tak nak lah apa-apa terjadi pada kau. Kau nak tidur dah ke.”

“A’ah.. pergi balik bilik kau sana, jangan kacau aku. Bye.” Pantas dia menghalau Hana.

“Ok. Bye. Tak payah nak halau sangat lah.” Dengan langkah gedik Hana keluar dari bilik itu. Pintu di biarkan terbuka sedikit. Hatinya terasa ingin berbuat begitu.

Langkah di ambil menuju ke tingkat bawah. Dia perlu memastikan semua pintu dan tingkap sudah di kunci sebelum masuk tidur. Gas di dapur juga di cabut, sekadar berjaga-jaga.

Semasa melalui bilik Anum, dia terdengar sayup-sayup suara tangisan. Telinganya didekatkan pada pintu bilik tersebut.

“Kenapa kau buat aku macam ni…. aku jijik dengan kau. Jantan tak guna, dasar buaya. Kau memang setan….” Keras suara Anum memarahi seseorang.

Perlahan-lahan Hana menutup pintu bilik itu. Tidak mahu Anum sedar kehadirannya. Dia berlalu ke bilik. Fikirannya masih memikirkan apa yang di katakan Anum tadi.

“Siapa yang di maksudkan Anum tu. Tak akan Qairy pula. Tak mungkin Qairy sanggup buat yang bukan-bukan pada Anum. risau pula aku.” Badan di baringkan.

“Nak tanya ke tidak.” Lama dia memikitkan.

“Biar je lah, nanti bila Anum dah sedia, dia akan cerita juga kat aku.” Akhirnya dia hanya membiarkan saja. Mata di pejamkan.

“Tidur lagi baik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience