Bab 21

Romance Series 5387

“Korang buat apa ni.”

Pantas mereka berdua berpaling ke pintu. Hakimi melepaskan tangan Hana. Hana pula hanya duduk bersimpul di sisi Hakimi menghadap 3 orang jejaka itu. Matanya terkunci pada salah seorang dari mereka. Tidak percaya dengan apa yang di lihatnya.

“Apa mimpi korang datang sini.” Hakimi bangun dari pembaringan. Selimut di tarik ke leher menutup tubuh terdedahnya.

“Korang bila sampai KL. Ingat tak nak balik sini dah.” Hakimi senyum bersahaja memandang 3 sahabat baiknya itu.

Qairy dan Amir senyum dan melangkah duduk di sofa berhadapan dengan sofa yang Hakimi gunakan. Tetapi tidak pada seorang lagi. Lelaki tersebut memandang tajam pada Hana.

Hana mula tidak selesa dengan pandangan itu. Dia bangun dari bersimpul duduk di atas sofa yang sama dengan Hakimi. Wajah di maniskan.

‘Apa semua ini. Apa hubungan dorang berdua. Kenapa nampak mesra sangat.’

Hakimi memandang sahabatnya yang masih berdiri itu.

“Zarul, apasal berdiri je. Mari duduk sini. Tak sangka kau dah balik sini. Macam mana sebulan dekat London. Selesai dah urusan kau.” Tegur Hakimi pada sahabat yang sorang itu.

Hakimi perasan Zarul memandang Hana tajam. Dia turut perasan Hana terkejut melihat Zarul. Dia mula cemburu.

Zarul tersedar. Pantas dia mengambil duduk di sofa single antara Hakimi dan Qairy. Amir di sebelah Qairy menghadap Hana.

Mereka bertiga perasan pakaian Hakimi tersadai di kepala sofa tersebut. Bermacam-macam andaian yang bermain di fikiran mereka.

“Korang buat apa sebenarnya. Asal kau tak pakai pakaian Mi. Sangsi betul aku.” Amir mengurut dagunya dengan tangan kanan sambil memandang Hakimi dan Hana seperti penjenayah di soal siasat.

Hakimi ketawa. Hana di sebelah beriak biasa. Tak salah buat apa nak takut.

“Saya nak tampalkan kool fever kat badan Hakimi, bagi cepat turun suhu badan dia. Ni tak tampal lagi kat belakang pelipat kaki dia.” kool fever di tangan di angkat sedikit sebelum di serahkan kepada Hakimi.

Hakimi menyambut dengan senyuman nakal. Lupa sebentar isu Zarul tadi.

“Saya ke bilik sekejap, nak ambilkan pakaian bersih untuk Hakimi.” pantas dia berlalu dari situ.
Hilang saja kelibat Hana, semua mata tertumpu pada Hakimi.

“Jarang kau sakit.” Qairy bertanya.

“Deman rindu.” Selamba saja dia berkata sambil tangan menampal kool fever di belakang pehanya.

“Getis la kau. Rindu… baru berapa hari tak jumpa, dah rindu. 5 tahun boleh pula bertahan.” Amir membuat muka gelinya.

Panas sahaja Hakimi melihatnya.

“Boleh aku tanya, siapa perempuan tadi tu.” Zarul menyampuk.

Qairy sudah bersandar di sofa sambil memeluk tubuh. Amir menongkat dagu pada lutut menanti bicara Hakimi.

“Tu Nur Hanani, kekasih yang selama ni aku cari.” Mendatar saja Hakimi menjawab. Dapat dilihat wajah terkejut Zarul tika ini.

Hana muncul dengan sepasang persalinan untuk Hakimi. Dapat dirasa suasana tegang di situ. Dia duduk di tempatnya tadi.

Zarul memandang Hana tidak percaya.

Hana mengabaikan pandangan itu. ‘Pasti dia dah tahu.’

“Awak ni pakaian untuk awak. Saya nak masakkan bubur sekejap.” Hana bangkit. Belum sempat dia melangkah, suara Zarul mematikan niatnya.

“Nur Hanani, selama ni, Hakimi lelaki yang awak tunggu tu. Sampai awak tolak pinangan saya.” Ada berbau negative dalam bicara Zarul.

Hana duduk semula. Wajah di maniskan.

“Ya. Ini lah orangnya. Saya dah cakap banyak kalikan. Jangan pernah simpan perasaan pada saya. Saya tak akan pernah balas perasaan awak tu.” lembut Hana berkata. Pandangannya redup kepada Zarul.

“Tapi dia dah bertunang kan, dah nak kahwin dah. Tak akan awak masih tunggu dia.” dia memandang Hakimi. Pandanganya sayu.

Hakimi masih beriak biasa. Baju di pakai. Hana di sisi di pandang seketika sebelum pandangannya di halakan kepada Zarul semula.

“Ya, saya tetap tunggu Hakimi. Biar tak kahwin pun tak apa. Saya tak pernah kisah, dan saya minta maaf sekali lagi, saya tak boleh nak terima awak atau mana-mana lelaki pun untuk menggantikan Hakimi…”

Dia berhenti sebentar.

“…saya tak boleh. Harap kali ini awak faham.” Hana senyum pada Zarul.

Semua di situ terdiam dengan kata Hana.

Zarul senyum sedikit. “Ya, saya faham. Nur dah beri tahu saya banyak kali, dan saya dah hadam semua tu.” pandangannya di alihkan pada Hakimi pula.

“Kau beruntung dapat hati dia. Aku ni dah cuba tiga kali lamar dia, mentah-mentah dia tolak. Jawapan dia sama je. Dia dah bagi hatinya pada seseorang.” Zarul ketawa.

“Tapi aku tak sangka orang tu engkau. Selama ni aku dengar cerita yang sama dari orang yang berbeza sahaja. Tak sangka betul aku. Menyesal aku tak tanya kau nama penuh Hana kau tu.” seloka Zarul. Dia mula menyandarkan dirinya semula. Nafas di tarik sedikit, sebelum memandang sepasang kekasih itu.

Hana dan Hakimi hanya memandang wajah tenang Zarul itu.

“Jadi, apa yang kau cuba nak sampaikan sekarang ni. Kau kecewa, Kau masih taruh perasaan dengan Hana.” perasaan cemburunya mula menjadi-jadi.

Zarul ketawa kuat. Bergema ruang pejabat itu dengan tawanya.

“Kau ni, jangan negative sangat…. Aku dah boleh terima yang Nur ni bukan jodoh aku. Cinta dia untuk engkau tak pernah padam.” Zarul menstabilkan semula nafasnya.

Hana sudah beronak merah. Malu bila menjadi topik utama waktu ini. Dia pantas bangun.

Semua mata memandangnya. Hana memandang sekilas, sebelum matanya berhenti pada wajah Hakimi.

“Saya nak pergi beli bahan untuk masak bubur sekejap dekat hyper market dalam moll. Awak nak bubur daging atau ayam.” dia menanti jawapan Hakimi.

“Daging lah. Saya tak pernah rasa lagi bubur tu.” Hakimi membalas pandangan itu dengan senyuman manisnya.

“OK. Nanti saya masakkan.”

Pandangan di alihkan pada Qairy.

“Qairy, awak boleh teman saya tak.”

Qairy terdiam. Air di atas meja tidak jadi di ambil. Dia memandang Amir meminta pertolongan. Dia tahu, Hana pasti mahu bertanya perihal Anum. Lama sudah dia tidak berjumpa Anum sejak peristiwa malam dia menghantar Anum pulang hari itu.

Amir yang paham pandangan itu terus menawarkan diri.

“Nur pergi dengan saya lah. Kebetulan saya nak beli barang juga. Boleh kita jadi sweet couple. Beli barang dapur sama-sama.” mata di kenyitkan pada Hana.

Hana ketawa kecil. Kepala di geleng-gelengkan. ‘Ada-ada saja Amir ni, niat aku ajak Qairy nak tanya tentang Anum. Tapi tak apa lah, nanti boleh cari masa lagi.’

“Apa-apa saja lah Amir, jom lah. Kami pergi dulu.” Dia memberi senyuman pada yang lain.

“Hati-hati sayang.”

Hana hanya mengangguk dengan senyuman sebelum hilang di balik pintu pejabat bersama Amir.

. . . . .

“So Mi, sejak bila kau jumpa balik dengan Nur.” Terus Zarul bertanya sebaik sahaja pintu pejabat tertutup.

Hakimi tersenyum bahagia. Wajah sahabatnya itu di pandang.

“Baru lagi kami berjumpa. Tak sampai sebulan pun lagi.”

“Korang couple balik ke?” Zarul menegakkan badannya.

Hakimi sekadar mengangguk.

Keluhan berat kedengaran dari Zarul.

“Kenapa korang buat macam tu, kenapa tak kahwin saja. Korang kan suka sama suka?” wajahnya di kerutkan. Pelik dengan situasi pasangan kekasih itu.

Hakimi menghirup air suam di gelasnya sebentar.
“Bukan aku tak ajak Hana kahwin, tapi dia yang tak nak. Katanya majlis aku dengan Sheryn dah hampir. Dia tak mahu keluarga kedua belah pihak malu bila majlis di batalkan sekarang. Dia juga cakap yang dia tak nak bermadu. Dia tak nak sakitkan hati seorang isteri…”

Nafas di tarik dalam. Rambut di ramas. Habis serabut jadinya.

“……dia sanggup jadi sahabat aku dari bermadu. Bila aku cakap yang aku akan ceraikan Sheryn dia tak bagi, nanti bonda aku kecewa dengan aku. Apa yang selalu dia cakap, dia tak nak aku jadi anak derhaka. Dia selalu pesan pada aku, yang bonda tu syurga aku, perlu patuh pada bonda….. tapi ni masa depan aku. Aku dah jumpa semula dengan Hana, kenapa aku tak boleh dapat dia.” wajahnya di raub kasar.

Sakitnya menahan perasaan, saat ini dia melepaskan semua tekanannya. Lega hatinya bila dapat melepaskan apa yang terbuku di hati. Hakimi yakin pasti ada penyelesaiannya. Cuma dia tidak jumpa saja lagi.

Qairy dan Zarul berpandangan. Mereka juga dapat merasakan tekanan yang Hakimi rasakan. Perit bila tidak dapat bersama yang tersayang, sedangkan orang itu berada di depan mata sahaja.

“Bro, kau masih ada masa lagi. Sempat lagi kalau kau nak pujuk dia. Apa kata kau luangkan masa dengan dia.” cadang Qairy.

“Nak pergi mana… aku dah ajak dia minggu lepas. Dia tak mahu.” Badan di sandarkan semula. Matanya memandang siling.

“Apa kata kita pergi ramai-ramai. Kita empat orang lelaki, Nur, Anum and Isya. Kalau macam ni pasti Nur nak ikut.” Zarul memberi cadangan dengan teruja. Di pandang dua sahabatnya itu bergilir-gilir.

Hakimi mula berminat. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Pantas Zarul di tenung.

“Kau betul-betul dah tak ada perasaan pada Hana ke. Mana tahu nanti kau nak rampas dia balik dari aku. Maaflah kalau aku serkap jarang. Aku dah tak boleh fikir positif sangat sekarang ni. Semua aku nampak negative.” Tangan di angkat keudara persis orang bersalah.

Zarul ketawa besar.

“Macam-macam lah kau ni Mi… ok jujur aku cakap, aku masih sayang dia…

…..tapi sebagai seorang sahabat. Aku dah boleh terima yang dia bukan jodoh aku. Korang bayangkan lah, aku berusaha nak ambil hati dia dah masuk 3 tahun, tapi dia tolak macam tu je. Dia selalu ulang pada aku yang hati dia dah terisi nama orang lain. Tak ada ruang untuk lelaki lain dah.” Tenang sahaja bicara Zarul. Dia menarik nafas sebelum sambung.

“Kau rasa aku balik London untuk apa, kalau bukan untuk aku jauhkan diri dari Nur. Aku tenangkan hati perasaan dekat sana, dan sekarang ni, aku dah boleh terima hakikatnya. Kau jangan risau. Kalau aku rapat pun dengan Nur itu semua sebab dia pun sahabat aku. Tak lebih dari itu.” dengan bersahaja Zarul berkata. Tidak ada sedikit pun niat tersembunyi.

“Ok. Aku tak boleh bayangkan kalau Hana kahwin dengan orang lain. Aku boleh jadi gila.” Hakimi menarik nafas lega. Wajah di raub lagi. Dia yakin dengan sahabatnya itu.

Qairy dan Zarul tertawa melihat keadaan Hakimi tika ini.

“Jangan risau. Kau macam tak kenal Nur tu macam mana. Kalau dia kata A, maknanya A lah. Tak akan jadi B, C, D punya.” Kata Zarul dengan sisa tawanya masih ada.

“Seronok gelakkan aku.” Di jelling dua sahabatnya itu. Pelahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman tipis.

“Apa-apa pun, thank. Cadangan kau tu memang boleh di gunakan.”

Zarul sekadar mengangguk.

Qairy yang senyap sejak tadi juga mengangguk. Fikirannya mula melayang. Mungkin memikirkan petemuan dia dengan pujaan hati sejak sekian lama ini.

. . . . . .

“Nur sayang…. Kita nak masak apa hari ni. Malay food or Westen food. I dah tak sabar nak masak sama-sama dengan you ni.” Amir sudah memulakan sesi lakonannya.

Hana hanya membiarkan. Malas untuk dia melayan karenah Amir itu. Dia terus menuju ke tempat bahan basah. Dia perlu cepat, tidak mahu Hakimi lambat makan. Lincah tangannya memilih bahan-bahan.

“Sampai hati you abaikan I… I bukan selalu ada masa dengan you, bila dah ada masa, you pula tak nak layan I. Sudah-sudah lah tu merajuknya. I dah tak tahu nak pujuk macam mana dah…” dengan penuh perasaan Amir berkata pada Hana. Mata di kelipkan beberapa kali pada Hana. Hanya jelingan tajam yang Hana balas sebelum bergerak ke rak bahan kering.

Amir mengikut dari belakang.

“You tunggu lah I.” agak kuat suaranya.

Beberapa pasang mata mula memerhatikan mereka berdua.

Hana berhenti sebentar. Nafas di tarik panjang sebelum berpaling menghadap lelaki tinggi lampai tersebut.

“Amir, jangan buat drama boleh tak. Saya nak cepat balik masak bubur ni. Jangan lambatkan kerja saya, ok….”

“You nanti sekejap.” Pantas pergelangan tangan Hana di tarik.

Hana terdorong kebelakang membuatkan jarak mereka menjadi rapat. Hana mendongak memandang Amir yang beriak tidak bersalah langsung itu. Pantas dia melepaskan diri dari Amir.

“Amaran terakhir Amir, saya tak ada masa nak layan lakonan awak tu. Saya nak cepat.”

Hana menolak troli menuju ke kaunter. Amir datang dari belakang meletakkan tangan di kedua-dua bahagian hujung pemegang troli tersebut. Membuatkan Hana terperangkap di tengah-tengah.

Belum sempat Hana bersuara, terdengar satu suara halus di belakang mereka.

“Amir”

Mereka menoleh. Pantas Amir melepaskan pegangannya. Dia tersenyum melihat gerangan tersebut. Hana turut tersenyum dengan tanda tanya.

“Asalamualaikum, saya Nur Hanani kawan Amir.” Laju sahaja Hana menyapa bila melihat wajah keruh wanita tersebut. Tangan di hulurkan pada wanita tersebut.

‘Mesti diorang ada hubungan istimewa ni. Masing-masing senyap je.’

“Saya Nuraisyah.” Salam di sambut.

“Amir kenapa awak senyap je. Tadi bukan main berlakonnya.” Sengaja Hana menyindir lelaki yang tegak seperti patung itu.

Amir tersedar.

“Hai Isya.. Sorry tersenyap pula. Tak sangka jumpa Isya dekat sini. Kenalkan ni Nur kekasih Hakimi yang hilang tu.”

Isya terkejut. Pantas dia mendekati Hana. Tangan Hana di genggam.

“Tak sangka saya dapat jumpa juga gadis yang buat hidup Hakimi gundah gelana 5 tahun lepas. Cantik…. Patut Hakimi seperuh gila bila awak hilang dulu.”

Hana tertunduk malu. “Ada-ada saja Isya ni.. saya biasa saja. Ni… Isya saya memang nak sangat borak dengan awak, tapi saya kena cepat, nak masakkan bubur untuk Hakimi.”

“Ye ke.. kalau macam tu tak apa lah. Nanti kita borak lagi. Saya pun ada urusan nak buat. Singgah sekejap sahaja. Boleh saya dapatkan nombor Nur.” Lembut Isya berkata pada Hana. Amir di pandang sekilas.

“Mesti lah boleh. Mari fon Isya.”

Mereka bertukar nombor.

“OK saya pergi dulu ye. Kekasih awak ni ambil lah. Kalau ikut saya pun, asik mengacau je kerjanya. Tak boleh duduk diam.” Hana tersenyum manis pada pasangan tersebut.

Isya dan Amir tersenyum malu.

“Dia ni memang kuat menyakat. Tapi tak sangka dia boleh sakat perempuan.” Ada nada cemburu pada suara halusnya itu.

Amir menelan liur. Belakang kepalanya di usap bersama tersengih. Jelas rasa bersalah pada wajahnya.

“Amir, pandai-pandai lah awak nak pujuk Isya. Dia nampak apa awak buat tadi. Isya saya pergi dulunya.” Pantas Hana berlalu selepas melihat gadis yang manis bertudung itu menggangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience