Bab 11

Romance Series 5387

Cuaca pada malam ini sangat mendung. Tidak langsung kelihatan bulan di dada langit. Anum memberhentikan keretanya betul-betul di depan rumah bujang Hakimi. Di kerling kawannya di sebelah. Senyum kecil terhias di wajah Anum. Dapat di lihat Hana yang sedang membuat regangan di wajahnya.

“Kau ni dah kenapa. Nak menyanyi ke. Siap buat senaman mulut lagi.”

Hana tersengih sumbang. “Tak ada lah… aku cuma nak berlatih senyum je.. tak nak lah nampak sangat yang aku sedih. Aku dah mula nak belajar ni. Aku kena kuat. Dah bukan jodoh aku kan.” Senyumannya tadi sedikit demi sedikit mula bertukar suram. Hatinya masih parah, tapi di kuatkan bila teringat yang dirinya tidak setaraf dengan Hakimi.

Anum menepuk bahu kawannya. “Aku tahu kau kuat. Tuhan tak akan uji melebihi kemampuan hambanya. Kau kena ingat tu. Tahu.”

Hana hanya menganggukkan kepalanya.
Senyuman nipis di lemparkan sebelum keluar dari kereta. Dia berdiri di bahu jalan menghadap rumah Hakimi. Bukan dia pernah datang sini pun. Kebetulan Hakimi pernah beri tahunya. Sebab itu dia tahu rumah ni. Rumah kongsi Hakimi dengan rakan-rakannya.

Panggilan di buat. Pantas di jawab orang di sana.
“Assalammualaikum Hana. Kenapa telefon malam-malam ni. Rindu saya ke?”

Hana ketawa kecil. Cukup menggoda bagi Hakimi. “Waalaikumsalam, kalau saya kata saya rindu, awak percaya ke.?”

Hakimi tergamam. Tak percaya dia yang Hana boleh jadi nakal.

“Nakal dia ye.” Sengaja di rendahkan ton suaranya. Bukan nak menggoda Hana cuma untuk mengusik. Hana diam sebentar.

‘Aku kena ubah topik ni. Nanti aku yang kena balik.’

“Awak.”

“Ya Hana.” cukup lembut di pendengaran Hana. Makin sukar untunya melepaskan Hakimi.

“Saya dekat bawah ni. Keluarlah dekat beranda. Saya nak tengok muka awak. Esok tak sempat nak jumpa. Kita sebuk dah dengan exam.” Dia mencuba sehabisnya untuk menceriakan suara.

Dapat didengar jeritan kecil dari Hakimi. Tidak sampai beberapa saat, terpancul satu susuk tubuh di beranda bilik lelaki itu. Tangan di lambaikan. Senyuman manis tidak lekang di bibir. Dua-dua senyap tidak berkata. Hana merenung semahunya. Dapat dirasakan ini kali terakhir dia melihat lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya ini. ‘Mampukah aku teruskan semua ini. Hati aku berbolak-balik. Ya-Tuhan… aku tak kuat. Bantu aku Tuhan.’

“Cantik Hana malam ni. Serba putih. Bertambah lembut saya pandang.”

Hana hanya ketawa. “Ada-ada je awak kan. Suka buat saya malu.”

“Betul. Itu dah memang kenyataannya. Bukan saya reka.”

“Yalah. Saya terima tu.”

“Hana tunggu kejap, saya turun ye.”

Pantas Hana menghalang. “Hakimi tak perlu. Nanti orang pandang apa pulakan. Tak manis. Ini pun kalau orang nampak di katakan anak dara tak tahu malu datang rumah lelaki. Kita cakap macam ni ja pun dah ok dah. Boleh ya?” itu semua hanya alasan. Hakikatnya dia tidak mahu Hakimi melihat matanya yang mula memerah. Boleh tumpah air matanya jika Hakimi berdiri depannya nanti. Lebih baik mereka berjauhan.

“Ok.” Hakimi membongkokkan badannya sedikit, siku di letakkan pada palang beranda biliknya. Dia kelihatan lebih santai.

“Hana dah sedia untuk exam esok?” dapat di lihat ada kesuraman di wajah bidadarinya itu. ‘Dia tertekan ke sekarang ni.’

“Mesti lah dah.. awak pun tahukan saya tak suka ulangkaji last minit. Saya dah sedia nak jawab exam. Jangan risau ya.”

Hakimi senyum menampakkan barisan giginya yang putih tersusun itu.

“Habis tu kenapa muka nampak sugul je. Hana ada masalah ke?” lembut suaranya menandakan dia risau.

Hana tersentak. ‘Jauh macam ni pun dia boleh nampak muka aku sugul. Bagusnya penglihatan dia.’ Sempat lagi Hana memuji Hakimi. Matanya mula berkaca, bila-bila masa saja akan gugur ke pipi.

“Saya penat sikit ja. Ok lah saya balik dulu. Dah lewat ni. Nanti lambat pula sampai hostel.”
Hakimi mula rasa sesuatu. Hatinya berdebar. Seperti ada perkara buruk yang akan berlaku.

“Hakimi..”

Pantas Hakimi tersedar dari lamunan. Perasaan itu di buang sejauhnya. Tidak mahu difikirkan sangat.

“Ya.. maaf mengelamun pula.” Hakimi tertawa menutup kegelisahan hatinya.

“Ooo… macam tu pun bolehnya.” Hana turut tertawa kecil.

“Ok lah awak, saya balik dulu. Bye.”

“Kenapa saya rasa berat hati nak tamatkan perbualan kita ni. Saya rasa awak akan tinggalkan saya. Harap-harap tu cuma rasa, bukan perkara sebenar.”

Hana terdiam. Jantungnya mula mengepap laju. ‘Itu bukan cuma, tapi saya betul-betul akan pergi dari hidup awak. Maafkan saya andai pemergian saya ini menyakitkan awak.’

Di pandang Anum yang elok bersandar pada pintu kereta. Anum yang perasan dirinya di pandang mengangkat wajah memandang Hana. Kening di angkat sebelah. Memberi isyarat kenapa. Hana hanya menggeleng sebelum memandang Hakimi semula.

“Jangan fikir bukan-bukan lah. Semuanya akan baik-baik saja. Saya balik dulu ya.. Assalamualaikum.” Air matanya gugur juga. Pantas di sembunyikan wajahnya.

“Waalaikumsalam”

Hana melambai sedikit sebelum masuk ke dalam kereta. Hakimi melambai kembali dengan senyuman yang cukup memikat. Hana memandang Hakimi sehingga hilang dari pandangan matanya.

Anum hanya diam. Dari tadi dapat dilihat Hana sebolehnya mengawal suara dari bergetar. Dia fokas dengan pemanduanya. Sesekali dia terdengar esakan halus dari Hana.

‘Kau kuat Nur.’ Kata-kata itu hanya mampu di luahkan di hatinya saja. Tidak mahu menambahkan kesedihan hati kawannya itu lagi.

. . . . .

Hakimi masih di beranda bilik. Matanya masih memandang jalan yang sudah kosong itu. Tiba-tiba ada tangan yang menepuk bahunya. Wajah di palingkan sedikit ke belakang melihat siapakah gerangannya.

“Kau ok ke bro. Lain macam je kau tenung jalan tu.” Qairy turut memandang. Mencari jika ada sesuatu yang pelik.

Hakimi menggeleng. “Tak ada lah Qai, aku cuma rasa tak sedap hati lepas Hana pergi tadi. Aku rasa macam dia akan pergi jauh dari aku. Perangai dia pelik sikit. Tiga hari lepas, masa kitorang jumpa dia ok saja. Tak ada pula aku tengok dia sugul. Tadi aku perhati mata dia bengkak. Nampak sugul sangat. Aku risau lah dekat dia.” keluhan berat di lepaskan.

“Adalah tu problem dia. Nanti bila dia dah sedia, dia akan bagi tahu juga kat kau. Relax sikit.” Tenang Qairy menuturnya. Dia menyandarkan belakang badannya pada besi penghadang beranda.

Qairy senyap sebentar. Dia rasa berbelah bahagi sama ada nak cakap atau tidak pada Hakimi. “Nanti saja lah aku cakap.” Dia berkata, cukup pada pendengaran dia saja.

“Amboi, seronok sangat berborak kat sini. Dah lah aku masak sorang-sorang. Korang jadi putera raja pula kat sini ye. Kau Qairy, kata nak panggil Hakimi, Terus melekat kat sini pula.” Amir membebel siap dengan bercekak pinggang. Persis ibu yang berleter pada anak kecil.

Sememangnya Amir yang selalu masak bila ada kelapangan. Maklumlah dia kan chef. Memang minatnya pada masakan.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum berlalu ke bawah tanpa menghiraukan Amir. Amir sudah beriak geram bila dirinya langsung tidak di hiraukan.

“Kau buat apa lagi tu, tadi bising sangat, jom lah makan.” Kata Qairy mendatar dengan muka bersahajanya seperti tidak bersalah. Langkah mereka di lajukan bila terasa seperti di kejar.

“Tak guna korang, tunggu la aku kerjakan nanti.” Di kejar dua sahabatnya itu.

“Kau nak buat apa, rogol kitorang?” laung Hakimi yang sudah sampai di anak tangga terakhir.

“Hoiii!!!” jerit Amir.

Terdengar mereka ketawa riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience