Bab 17

Romance Series 5387

Hari ini café mereka sibuk sangat. Ramai pelanggan yang datang walaipun bukan pada hujung minggu. Tidak terlayan mereka. Untung sudah ada 3 orang pekerja yang boleh membantu mereka. Hana dan Anum sibuk membawa 70 kotak saiz 20x20 inci dari dapur ke luar kedai untuk di bawa ke kereta. Terdapat cheese cake, brownis, red velvet yang telah di bahagi sama rata dalam setiap satu kotak. Semuanya itu hendak di hantar ke sebuah syarikat. Katanya untuk makan-makan staf setiap tingkat. Bos besar belanja.

Tekejut juga Hana masa mula-mula mendengarnya. Hampir saja dia menolaknya. Tapi bila di fikirkan yang itu rezeki permulaan untuk dia memperkenalkan café, terus dia bersetuju. Kesudahannya dia terpaksa mengerah Anum membantunya serba sedikit. Hana tidak mahu mengganggu pekerja yang lain. Mereka masih baru. Jadi dia biarkan mereka menguruskan café saja. Tempahan luar dia akan uruskan. Anum seperti biasa masih di bahagian akaun. Bila tidak cukup kakitangan saja Anum akan membantunya.

“Anum jom kita gerak. Nanti sampai sana kita nak angkat lagi. Takut lambat pula.” Hana sudah menghidupkan enjin kereta 4x4nya. Kereta itu di beli untuk memudahkan mereka membuat penghantaran yang banyak. Mula-mula takut nak bawa kereta besar macam tu. Di tekatkan hati dengan niat untuk mencari rezeki.

“Relex lah Nur. Banggunan tu depan tu je pun.. tak sampai 3 minit kita dah sampai sana. Jangan risau lah. Ek…” Anum cuba menenangkan Hana. Dia tahu Hana tidak sedap hati dari malam tadi lagi. Dia pun sebenarnya rasa tak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Selalunya bila rasa macam ni dia akan bertemu dengan ‘dia’. Pantas Anum menepis sangkaan tersebut.

Tali pinggang keselamatan di pakai. Kereta perlahan menuju ke destinasi. Sesampai mereka di sana, mereka terpegun dengan bangunan yang tersegam indah di depan mereka. Bangunan yang berbentuk seperti batang-batang kayu yang disusun itu sangat unik. Lain dari banggunan sekelilingnya.

“Cantiknya Anum… ni baru luar, belum dalam lagi. Mesti meletup ni…. Kenapa kita tak perasan sebelum ni. Sebuk sangat ke kita ni?” puji Hana dengan terujanya.

“A’ahlah.. kita memang sebuk pun dari sampai sini.. tak sempat lagi nak jalan-jalan kat kawasan sini... Empire of Infinity. Unik gila nama company ni..” Anum berkata dengan muka tercengang.

“Assalamualaikum, cik berdua ni dari Sweet Café ke?” mereka tersentak dengan pertanyaan tiba-tiba dari penjaga pintu utama itu.

Pantas Hana melemparkan senyumannya. “Ya. Maaf, sepatutnya kami yang bertanya. Tiba-tiba terkedu pula tengok seni bina bangunan ni. Saya nak berjumpa dengan Kak Diana, PA CEO.” Terus Hana bertanya bila di lihat lelaki itu hanya tersenyum.

“Dia ada tunggu kat kaunter pertanyaan tu. Cik berdua silalah masuk.” Dia tunduk sebagai tanda hormat.

Dari tempat mereka berdiri Hana nampak seorang wanita kecil moleh melambai pada mereka. Pantas wanita itu di dekati.

“Kak Diana ye.”

“Ye saya. Ni Cik Nur Hanani kan.” Mereka berjabat tangan.

“Ye saya. Ni partner saya. Raihanum. Terima kasih sebab pilih kek dari café kami.”

“Tak ada apa lah. Ni semua sebab big bos suka dengan kek Cik Nur. Katanya teringat kisah lama.” Mereka tertawa kecil. Macam tu sekali penangan kek dia. Hana termalu sendiri.

“Ye ke.. tak sangka macam tu sekali. Ni..dekat mana kami nak letakkan semua kek.” Hana bertanya ramah.

“Tak apa semua kek tu biar kat sini je. Nanti pekerja dari setiap tingkat akan ambil sendiri. Cik Nur Hanani dan Cik Raihanum ikut akak jumpa big bos. Dia ada benda nak bincang.” Terang Kak Diana dengan senyum penuh maknanya.

“Kak Diana boleh panggil kami Nur dan Anum saja. Tak perlu ber cik bagai.” Anum yang sedari tadi senyap mula buka mulut. Hatinya gembira, tidak perlu angkat kotak kek yang berlambak-lambak tu.

‘Selamat badan aku.’

“Kalau macam tu, boleh lah kita naik.”

“Boleh. Sebelum tu saya nak keluarkan kek dulu.”

“OH.. lupa pula akak. Jom kita ke kereta Nur.”

Mereka bertiga berlalu ke parking kereta. Ada 3 orang pengawal berbaju Hitam. Nampak seperti pengawal peribadi saja lagaknya. Mereka yang menguruskan kek tersebut. Hana, Anum dan Kak Diana hanya berdiri saja.

Selesai urusan tersebut, mereka naik lif ke tingkat 60 di mana bilik pejabat Hakimi berada. Mereka naik lif khas untuk VVIP. Kak Diana kata mereka berdua lebih tinggi pangkatnya dari VVIP.

‘Dari tadi aku perasan yang Kak Diana ni cakap berkias. Apa sebenarnya yang dia nak sampaikan.’ Kek di tangan di pegang kejap.

Anum turut merasakan perkara yang sama. Hatinya makin berdebar. Rasa nak di muntahkan jantungnya tika ini. Biar tak seksa dadanya.

Ting!

“Jom kita ke pantry sekejap. Akak nak asingkan untuk bos kita tu.”

“Ok.” Mereka berdua hanya mengikut tanpa syak wasangka.

Pantry yang kelihatan moden dengan susun atur yang terbuka menjadikan ia kelihatan luas. Terasa lapang fikiran. Tidak terkurung seperti pantry di kebanyakan syarikat lain. Perkakasan dan peralatan pun lengkap. Tempat duduk yang pelbagai saiz dan bentuk memberi keselesaan pada para pekerja. Ada yang boleh duduk di bangku ada yang boleh bersantai seperti di pantai sambil memandang keluar tingkap, ada juga yang boleh duduk di kusyen lembut di lantai.
Kenangan dia dan Hakimi mula bermain di fikirannya. Kusyen itu sangat mengingatkannya pada waktu lalu. Pantas dia sedar semula.

‘Semua tu dah lepas Hanani. Jangan ingat lagi.’

Kak Diana sudah selesai. Mukanya berkerut. Tangan di tekan pada sisi perut memboyotnya.

“Aduh. Perut akak buat hal pula. Kamu berdua boleh bawakan dulang ni pada Tengku. Bilik dia paling hujung. Kamu berdua terus saja lepas tu belok kanan. Korang nampak dekat pintu tertulis King. Tu bilik dia. Akak nak pergi bertapa kejap. Tak tahan pula. Boleh ya.. tq..” pantas Kak Diana berlalu ke tandas tanpa menunggu persetujuan mereka.

Masing-masing memandang satu sama lain.

“Nak pergi ke, atau tunggu Kak Diana juga.” tanya Hana.

“Jom je lah. Lagi cepat kita hantar, lagi cepat kita balik. Aku tak sedap hati lah lama-lama kat sini.” cadang Anum. Sungguh dia dah berpeluh sejuk ketika ini.

“Ok. Jom.” Hana mengangkat dulang dan mereka melangkah ikut kata Kak Diana tadi.

Di lihat pekerja yang lain sibuk dengan hal masing-masing. Tidak seorang pun yang memandang mereka.

Sesampai di depan pintu itu mereka terdiam sebentar.

Hana mengetuk pintu 3 kali. Bila terdengar sahutan dari dalam baru tombol pintu di pulas. Kepala di jenguk. Tidak kelihatan sesiapa pun. Meremang bulu romanya. Dulang di letakkan di meja sofa. Berura-ura nak keluar, tetapi dia terpaku melihat nama di meja kerja tersebut.

“Anum, tu nama Hakimi.” Hana berpaling bila Anum tidak menyahutnya. Dia terngadah. Seorang lelaki santai berdiri di belakang pintu bilik dengan tangan memeluk tubuh. Senyuman sinis di lemparkan pada mereka berdua. Tiba-tiba pintu di kunci oleh lelaki tersebut.

Pantas Hana mendekati Anum yang dah berpeluh dingin itu. wajah lelaki itu di pandang sebelum matanya mengelilau memandang sekeliling. Beg di tangan di pegang kejap. Liur di telan terasa tersekat pada kerongkong.

‘Kalau dia ni ada kat sini, maknanya nama tu betul lah milik Hakimi.’

Tiba-tiba sebuah pintu diantara rak buku di buka dari dalam. Terpacul seorang lagi lelaki.

“Miss me honey.” Senyuman sinis juga di lemparkan pada Hana.Tidak di hiraukan Anum di sebelah Hana. Fokasnya hanya pada bidadarinya itu.

“Awak..”

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience