Bab 14

Romance Series 5387

Awan mula berkumpul menutup cahaya matahari dari terpancar terang ke bumi Tuhan. Angin mula bertiup kuat. Tetapi sekujur tubuh lelaki masih setia duduk di tepi kolam ikan. Merenung ke satu sudut di tepi kolam renang rumah itu. Matanya memerah, terdapat cecair yang bergenang di tubir matanya. Tubuh itu hanya dibaluti t-shrit nipis warna kelabu dan juga seluar pendek paras peha jenama polo. Langsung tidak di hiraukan cuaca yang bertambah sejuk.

Tidak lama kemudian, rintik-rintik hujan mula turun renyai membasahi bumi yang kering. Lelaki itu masih kekal di tempatnya, membiarkan tubuh di basahi air hujan. Perlahan-lahan cecair tadi mengalir jatuh ke pipinya. Raut wajah yang mulanya tenang mula berkerut, menahan bermacam rasa di hati. Terbayang di matanya peristiwa yang berlaku di tepi kolam itu.

Tidak jauh dari situ, berdiri seorang sahabat. Dari tadi dia memerhatikan Hakimi. Sejak pemergian Hana, tidak ada keceriaan di wajah sahabatnya itu.Dia tidak menyangka. Hanya kerana seorang gadis yang baru dikenali, boleh memberi impak sebegitu pada Hakimi. Qairy mendekati Hakimi.

“Lama-lama dalam hujan ni boleh demam mamat sorang ni.” omelnya sambil menggeleng perlahan.

“Mi, jom masuk. Hujan makin lebat ni. Nanti kau demam lagi. Amir ada masak bubur. Jom makan.” Bahu kawannya itu di genggam sedikit. Hakimi hanya memandang dengan ekor matanya. Tidak di hiraukan ajakan itu.

Qairy mengeluh. Dapat di dengari Hakimi.

“Sampai bila kau nak jadi macam ni? Bangun Hakimi, jangan lemah.” Sedikit tegas suaranya. Tubuh di peluk. Matanya tajam memandang manusia di depannya.

“Kenapa dia pergi Qai?” lemah dia bertanya. Hampir tidak kedengaran.

Qairy melepaskan nafas berat. ‘Masih soalan yang sama.’ Dia duduk di sebelah Hakimi. Dirinya turut lenjun dengan hujan.

“Aku tak tahu, kalau kau nak tahu, pergi cari dia. Bukan duduk dekat sini berhari-hari. Nasib Amir call aku, kalau tak aku tak tahu keadaan kau teruk macam ni.” suaranya masih tegas. Tubuh di paling menghadap Hakimi.

“Kenapa dia tinggalkan aku. Dia janji nak hidup dengan aku.” Wajah di raub kasar. Qairy di pandang.

“Aku keliru. Aku ada buat salah ke dengan dia. Aku ada guriskan hati dia ke. Kalau dia marah kan aku, di sebabkan apa. Ke aku ni tak cukup bagus untuk dia. Aku tak tahu…” fikirannya bercelaru. Rambut yang basah di ramas ke belakang. Kepala di angkat memandang langit yang gelap.

“Betul apa yang aku rasa selama ni. Hana ada rancang nak tinggalkan aku. Sejak 3 minggu lepas, sikap dia pelik. Dia asyik sedih, lepas itu muram. Bila aku ajak jumpa dia bagi bermacam alasan. Kalau dia ada masalah, kenapa tak nak kongsi dengan aku. Aku ni tak penting ke untuk dia.” luah hatinya. Buku lima dikepal. Rahangnya bergerak-gerak bila gigi diketap kuat.

“Kau nak tahu jawapannya.” Tanya Qairy yang dari tadi hanya diam mendengar.

Pantas di angguk Hakimi.

“So, go find her.” Tegas Qairy.

Hakimi mula merengus. “Macam mana aku nak cari dia kalau aku tak tahu mana dia sekarang. Rumah dia pun aku tak tahu. Anum sorang je kawan dia yang aku tahu. Itu pun dah hilang sama. Dua-dua telefon tak dapat. Sepatutnya aku paksa dia cakap malam tu. Lembab!!” bentak Hakimi kuat. Dia mula berjalan mundar-mandir. Tangan di letakkan di pinggang.

Qairy turut bangun. Tubuh di peluk. Senym sinis di lemparkan pada Hakimi.

“Kau tak bodoh Mi.. kau boleh fikir macam-macam cara untuk cari dia. kau Bukan orang sebarangan. Kau ada kuasa. Guna kuasa kau untuk jejak dia. Jadikan diri kau yang teratas. Bila kau ada pengaruh, mudah untuk kau cari dia. Kau tak terfikir ke itu semua. Malaysia ni tak besar bro…”

Hakimi terdiam. Dia memandang Qairy. Kawannya itu masih dengan senyuman sinis. Idea itu nampak kejam. Tapi betul dia bukan orang sebarangan. Dia ada kuasa. Dia ada pengaruh. Perlahan-lahan senyuman lebar di ukir di bibirnya.

“Thanks bro. betul cakap kau. Kuasa, pengaruh.” Suasana jadi sunyi seketika.

“dah lah. Jom masuk. Nanti sakit, satu apa pun tak boleh buat.” Ajak Qairy.

Mereka tertawa. Lega hati lepas dapat penyelesaian. Mereka mula melangkah masuk ke rumah.

“Satu lagi bro.” Hakimi berhenti melangkah. Badan di palingkan menghadap Qairy. Kening di angkat sebelah, bertanya.

“Aku nampak dia menangis masa cakap dengan kau kat depan rumah malam hari tu. Aku nampak dia berat hati nak pergi dari situ. Malam masa majlis tu pun, kalau kau perasan, dia macam nak sampaikan sesuatu.. aku tak rasa dia rela hati nak tinggalkan kau. Aku doakan kau jumpa dia.”
Bahu Hakimi di tepuk sebelum melangkah ke biliknya. Hakimi mula berfikir apa yang di katakana Qairy itu.

Amir datang menegur. “Mi, pergi mandi lepas tu turun makan. Nanti makan ubat. Tak sejuk ke mandi hujan. Dah lah Bukit Tinggi ni sejuk. Hujan pula tu. Aku ni dah macam mak-mak menjaga kau. Kau langsung tak fikir kesihatan kau.” Sambil bercekak pinggang Amir memarahi Hakimi.

Terus Hakimi berlalu ke bilik meninggalkan Amir dengan bebelannya. Panggilan Amir tidak di hiraukan. Fikirannya penuh dengan Kata-kata Qairy itu.

‘Ada orang cuba nak pisahkan kami ke? Tapi siapa. Aku tak ada musuh.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience