Bab 27

Romance Series 5387

Hakimi membuka matanya bilamana dia merasakan seperti ada sesuatu yang merayap di dada kekarnya. Perlahan-lahan dengan mata yang berat, dia membuka matanya. Dia melihat ada satu tangan halus sedang mengusap dadanya. Hatinya mula tidak sedap bila dia teringat dimana dia berada sekarang ini.

Liur di telan, wajah masih dikawal tenang sebelum menoleh ke sisinya. Alangkah berderau darah bila melihat sepasang mata segar milik Hana memandangnya.

'Alamak, dia dah sedar pula. Matilah aku...' hatinya mula berperang dengan kekilafan diri sendiri. Hakimi membatukan dirinya. Hana di sebelah masih dipandang. Tangannya yang menjadi bantal Hana itu turut membatu. Suasana menjadi sunyi.

"Awak ok..." suara serak basah itu memecahkan kesunyian antara mereka.

Lambat Hakimi membalasnya. "Ya... I'm ok." Senyuman di lemparkan pada Hana.

Suasana menjadi sunyi kembali. Hanya mata mereka yang bertentangan dari tadi.

'Macam mana aku nak jelaskan ini. Dia marah ke. Reaksi apa yang dia bagi ini. Dia tak kisah ke dengan situasi sekarang ini.' Hakimi tertanya-tanya sendirian.

"Sayang sambung tidurnya. Masih awal pagi ini." Hakimi menarik tangannya dari terus menjadi bantal Hana. Dia mula melangkah turun dari katil agar dia boleh keluar dari bilik itu sebelum dengan tidak semenanya Hana memeluk pinggang Hakimi. Hakimi berpaling melihat Hana yang masih berbaring itu.

Hana menggelengkan kepalanya dengan senyuman hambar. Pelukan pada Hakimi dileraikan, sebelum dengan perlahan-lahan dia duduk berlutut memandang Hakimi. tangan kanan jejaka itu di ambil dan di bawa ke dadanya.
Hakimi mula tidak keruan. Tabiat Hana dalam berpakaian semasa tidur itu membuatkan Hakimi dapat merasa gunung pejal gadis tersebut. Dirinya cuba dikawal agar tidak melebihi batas.

"Saya tak mahu, kalau saya pejam mata semua ini akan berakhir." Kata-kata Hana itu memecahkan lamunan Hakimi.

Hakimi membetulkan duduknya. Badan di sandarkan pada kepala katil. Otaknya ligat menyusun ayat. Wajah bidadarinya tidak sekalipun dilepaskan dari pandangan.

"Apa yang Hana harapkan?" dengan lembut tangannya di tarik semula. Degupan jantungnya mula stabil. Dia membetulkan duduknya.

Hana memandang tepat ke dalam mata Hakimi. Bibir di kemam. Perlahan-lahan tubuh Hakimi dipeluk lalu di letakkan kepalanya pada dada bidang itu. Dapat dia dengar degupan jantung lelaki itu menjadi rancak. Kedudukan di kemaskan agar selesa.

'Aduh dia peluk pula. Jangan sampai tangan dia merayap sudahlah.. dah lah bau shampoo dia wangi. Menggugat iman betul. Padan muka kau Hakimi, masuk lagi dalam bilik dia, kan dah tak tertanggung seksanya.'

Hakimi memejamkan mata seketika, mencari kekuatan atas godaan yang tidak bersalah itu.

"Saya harap situasi sekarang ini satu kenyataan, bukan sekadar mimpi. Saya nak peluk awak setiap hari. Setiap pagi saya nak tengok wajah awak ada di sisi saya. Saya nak morning kiss dari awak setiap pagi dan saya balas balik. Saya nak tengok senyuman menggoda awak bila kita berdua. Saya nak awak jadi hak milik saya seorang. Saya tak nak kongsi dengan perempuan lain."

Kata-kata Hana itu, memecahkan lamunan Hakimi.

Hana mendongakkan kepala mencari wajah Hakimi. Hakimi membalas dengan senyuman nipis. Wajahnya menjadi sayu, sesayu hatinya bila mendengar luahan hati Hana itu.

"So, if it's just a dream, may I know the reason, why you left me 5 years ago?" lembut suara Hakimi seperti berbisik, suaranya bergetar.

Hana terngada. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan, tubuh di tegakkan. Dapat dilihat wajah Hakimi berubah keruh. Pantas dia duduk di atas Hakimi agar mudah untuk dia memandang terus ke dalam mata biru itu. Tangannya naik memegang kedua belah pipi Hakimi.

"I can't..."

"But you must believe me. I love you, so much... Saya lakukan semua ini untuk kebaikan awak." Pantas Hana menyambung kata bila mana wajah Hakimi mula berkerut.

Hakimi mencapai tangan Hana di pipinya lalu di bawa ke dadanya. Tangan itu di genggam erat.

"Why?" ringkas Hakimi bertanya.

Hana menarik nafas dalam "Because you will be hurt."

"My heart is already hurt now."

Hana terdiam. Hakimi masih menanti.

"I'm sorry. I really can't tell it." Matanya mula berkaca. Kepalanya ditundukkan dari terus memandang mata biru itu.

'Kenapa aku rasa semua ni nyata. Bukan satu mimpi.'

Hakimi yang perasan Hana mula mahu menangis terus menghentikan pertanyaan. Tidak dia mahu Hana tertekan.

"Sudahlah sayang, Kimi tak tanya dah. Kimi tidah mahu sayang tertekan. Because I love you." Lembut dia memujuk bidadarinya. Wajah itu di cari.

Hana mengangkat kepalanya semula. Wajah lelaki yang tadi keruh itu mula mengukirkan senyuman semula. Perlahan-lahan Hana turut tersenyum.

"Thanks..." kata Hana dengan teruja.

"Most welcome honey."

Terus Hana mencium bibir Hakimi. Sungguh Hana tidak sedar ini semua nyata.

Hakimi terdiam seketika sebelum dia membalas kucupan itu. Di dalam fikirannya cuma satu. 'Peluang tidak datang selalu.'

Lama mereka berkucupan sebelum Hana menarik wajahnya untuk bernafas. Begitu juga dengna Hakimi. Masing-masing membisu. Wajah ke duanya sudah memerah. Hana merasakan sesuatu yang keras. Liur di telan sebelum menggigit bibir bawahnya.

Hakimi yang semakin menipis imannya itu mula mencari akal untuk keluar dari bilik itu.

'Makin lama aku dalam bilik ini, makin nipis iman aku. Dalam posisi macam ni, lagi menaikkan nafsu aku. Hana ni pula dah mula menggesel. Ada yang hilang dara kejap lagi ni.'

"Can we have sex?" dengan suara serak basah, Hana menuturkannya. Kedua tangannya membelai tubuh Hakimi.

Hakimi terkedu. Berderau darahnya mendengar permintaan Hana itu ditambah pula dengan bahasa tubuh gadis tersebut, membuatkan diri Hakimi bertambah tidak keruan.

"Hana we can't." pantas dia menurunkan Hana dari terus menindih tubuhnya. Dapat di lihat muka Hana yang tidak puas hati bila keinginannya di tolak. Hakimi menarik selimut menutupi keseluruhan tubuh Hana yang seksi di sebalik pajama nipis itu. Hakimi siap untuk turun dari katil.

Pantas Hana menarik Hakimi berbaring semula rapat padanya. Tubuh lelaki itu di peluk erat. "Why we can't..." Hana bertanya dengan mengoda. Tangannya mula bermain dengan dada bidang itu semula. Perlahan-lahan Hana meletakkan kepalanya di sisi dada kanan Hakimi.

Hakimi menenangkan hatinya. Tubuh Hana di tolak lembut berbaring di tempatnya semula, kemudian Hakimi turun dari katil. Tubuh seksi itu di selimutkan buat kali kedua. Nafas ditarik sebelum memulakan bicara.

"Hana tidur ok. Kimi nak buat kerja sedikit." Ubun-ubun hana dikucup seketika, sebelum wajah itu di cari.

"I love you honey."

Selesai sahaja kata itu, dia mengucup pula bibir merah jambu itu sesaat kemudian berlalu ke biliknya sendiri. Bukan niatnya untuk mengambil kesempatan terhadap Hana, Cuma perasaannya tidak dapat di tahan. Dia sangat ingin memiliki Hana.

Hana yang di tinggalkan terpinga sendirian.

. . . . . .

Diluar pintu Hakimi menarik nafas lega sebaik sahaja pintu ditutup. Dia berpaling menuju ke biliknya.

"Kau buat apa tu." Pantas Hakimi menoleh kea rah tangga. Dia mengurut dada.

"Korang ni nak bagi aku sakit jantung ke. Tak reti bagi salam."

"Tak kisahlah. Kau tu lagi buat kitorang sakit jantung. Kau buat apa dalam bilik Nur." Soalan Hakimi diabaikan. Qairy memeluk tubuh. Amir megurut dagu sambil tersenyum sesuatu.

Hakimi berdiri dengan wajah tidak bersalah.

"Nothing." Terus dia berlalu ke biliknya meninggalkan Qairy dan Amir dengan tanda tanya.

"Dia abaikan kita. Berani dia ek... aku curiga betul dengan dia ni." Amir menggeleng seketika.

Qairy hanya memeluk tubuh.

"Qai, kau perasan tak apa yang aku perasan?" Amir memandang sahabat di sebelahnya itu.

"Maksud kau, seluar dia."

Pantas Amir mengangguk. "Sesuatu kan."

Qairy hanya mengangkat bahu. "Esok je kita tanya . Dah aku nak tidur."

"Kejap lah." Di tahan Qairy dari naik ke atas. "Kau tak rasa ke dia ada buat tak elok dekat Nur?"

Qairy mula bosan. Dia bercekak pinggang. "Kau ada dengar suara orang menjerit or bunyi yang pelik-pelik?"

Amir menggeleng.

"So tak ada apa-apalah yang jadi.. dah, kau nak tinggal sisi kau tinggal. Aku nak tidur."

Terus Qairy berlalu ke biliknya meninggalkan Amir yang masih dengan tanda tanyanya.

"Betul jugakan. First time tak akan tak sakit, kalau dorang buat mesti ada bunyi. Lagi pun tadi Kimi tak nampak penat pun." Jari dipetik menandakan dia berpuas hati dengan kesimpulannya itu. Dia terus berlalu ke kamarnya dengan senang hati.

. . . . . .

Hana merenung jalan raya. Jari kanannya bermain dengan bibir bawahnya. Suasana didalam kereta saat ini agak sunyi. Sesekali kedengaran Hakimi dan Qairy ketawa. Kadang-kadang serius. Intipatinya tentang perniagaan. Langsung tidak menarik minat Hana.

Anum di sebelah sibuk dengan Ipadnya.

Fikiran Hana masih pada kejadian malam tadi. "Mimpi ke apa ya, kenapa aku rasa macam betul-betul berlaku saja." Hana berkata seorang diri. Hakimi yang memandu itu di kerling dari cermin pandang belakang. Kedudukannya yang berada di belakang pemandu membolehkan dia melihat dengan jelas. Sebenarnya sejak pagi lagi Hana mengelak dari Hakimi. Itu semua disebabkan malam tadi serta 'mimpi nyatanya' itu. Kepala di gelengkan sedikit.

'Abaikan semua itu Hanani. Jangan fikirkan sangat, semua mimpi saja. Kau tak lalui pun semua itu. Nafas ditarik, mata dipejamkan sebelum memandang keluar tingkap semula.

Hakimi menjeling Hana dari cermin pandang belakang. Dia perasan perubahan Hana sejak pagi lagi. Hana mengelak dari dia.

'Aku kena betulkan balik keadaan kami.'

Tanpa mereka berdua sedar, Qairy memerhati dari tadi. 'Aku kena tanya juga mamat ni nanti. Kalau tak nanti dengan Anum sekali boleh hilang lagi. Tak sanggup aku.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience