Bab 7

Romance Series 5387

Jam 8 malam mereka sampai di sebuah mall yang terkemuka di Pahang. Kedai pakaian di tuju. Hana menolak dari masuk ke dalam kedai yang berjenama. Dia selesa dengan harga kedai-kedai biasa. Hakimi yang dapat mengagak situasi itu hanya rehda. Dia membiarkan Hana memilih, cuma satu perkara yang dia tegaskan. Dia yang akan membuat pembayaran.

Hana cukup masak dengan perkara tersebut, sebab itu dia tidak mahu pilih kedai yang mahal. Terlalu banyak duit Hakimi yang di laburkan pada dirinya. Brands outlet menjadi pilihan. Banyak pilihan yang cantik di sini. Bagi Hana jenama ini sudah cukup mahal.

‘Ini dah cukup pada aku. Tak perlu mahal sangat.’ Laju Hana ke kaunter bayaran.

‘Not bad, masih di kira bagus pakaian kat sini. Tak mahal sangat and tak murah sangat. Kualiti pun tinggi. Pandai bidadari aku cari.’ Hakimi membuat kesimpulan sendiri. Kakinya terus mengikut Hana ke kaunter bayaran. Lambat nanti mesti Hana membayarnya sendiri. Selesai membayar Hakimi membawa beg shopping. Hana cuma mengangkat bahu. ‘Biarlah, nanti mesti dia cakap tak lelakilah biar perempuan bawa.’

“Dah selesai. Jom kita gerak. Nanti lambat pula sampai. Dah malam ni.” cadang Hana. Hakimi di sebelah di pandang.

Hakimi memandang sekeliling. “Kita makan dulu. Nanti terus tidur saja. Boleh?”

Hana mengangguk.

Restorant makanan segera 24 jam dituju. Memandang kan sudah hampir jam 10 malam, itu saja pilihan mereka. Selesai makan mereka meneruskan perjalanan.

. . . . .

Sesampai mereka, Hana sudah di sajikan dengan pandangan yang cantik. Wajahnya saja cukup menggambarkan bertapa dia gembira sekarang ini.

“Cantiknya Hakimi. terima kasih bawa saya ke sini.” Dia memandang Hakimi dengan pandangan yang sama. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“Sama-sama.. Hana, ayat tadi tu sama masa kita kat genting.”

Hana ketawa “Tak sengaja tu tersama. Apa-apa pun jom tangkap gambar. Cantik lampu banyak ni..” cepat saja Kakinya melangkah ke arah banggunan tersebut. Tangan sudah memegang Samsung kesayangan. Siap sedia merakam memori terindah.

Hakimi hanya mengikut. Bila di suruh jadi model pun dia ikut. Tangan sentiasa memegang camera Nikonnya, bersiap sedia menangkap gambar bidadari di depan mata. Bila Hana leka dengan sekeliling, dia memulakan hobinya itu.

Hampir 1 jam mereka di sana. Hakimi mengerling jam di tangan.

‘Dah nak tengah malam. baik pergi hotel.’ Di pandang bidadari yang tengah leka dengan ikan hiasan di kolam. Kaki melangkah menghampiri Hana. Dia berdiri rapat sebelah Hana, tangan sengaja mencuit bahu Hana.

Hana yang terasa ada haba di sebelahnya menoleh. Tetapi jarak antara mereka masih di kekalkan. Dia merasakan jarak tersebut menenangkan. Terasa selamat.

“Ya kenapa. Dah nak masuk hotel ke?” senyuman dilemparkan.

“Yes my princes.”

Hana sudah tertunduk malu. Hakimi memerhatikan wajah kemerahan itu.

“Jom Hana.”

“Jom.”

‘My princes… waaaa.. dia ni suka buat jantung aku nak keluar. Rasa segan pula.’

Hakimi menoleh Hana di sisi. ‘Alahai.. senyap pula, segan ke aku panggil macam tu. Comelnya muka dia.. merah. Rasa nak gigit saja. You will be mine forever. Cepat atau lambat.’

. . . . .

Keesokannya mereka berjalan di sekitar bukit tinggi. Tempat ini tidaklah menarik sangat. Tetapi pemandangannya sangat cantik. Sesuai untuk mereka yang sukakan photograph.

Dari hotel Colmar Tropicale mereka pergi ke Colmar Tropicale French Village. Pemandangan yang cantik pada malam tadi bertambah cantik pada siang hari di tambah dengan kabus yang turun. Menjadikan suasana ini sangat nyaman. Niat di hati nak melukis tetapi dalam masa yang singkat ini dirasakan tidak sempat pula. Sempat lagi mereka bersarapan di La Cigagne. Terdapat pelbagai makanan tradisional Perancis. Di sebabkan Hana tidak tahu menu apa yang sedap, dia membiarkan Hakimi memilih. Mereka makan dengan disajikan pemandangan ala ltaly.

Banyak aktiviti yang mereka lakukan.

Di Adventure park mereka melakukan flying fox sepanjang 1km merentas hutan. Cuaca yang sejuk membuatkan Hana menggigil. Susah peluhnya nak keluar di sini.

Selesai di sana mereka pergi Japanese Village. Hakimi menyewakan Hana kimono. Kimono yang bewarna biru langit sangat sesuai dengan kulit Hana yang putih susu. Pada mulanya Hana tidak mahu. Di rasakan kadar sewanya agak mahal. Rm20 dia boleh makan banyak. Hakimi tetap bertegas. Bila di lihat Hakimi bersungguh, dia hanya bersetuju.

‘Biarlah. Bukan dia suruh aku pakai sexy pun.’

Di sini mereka banyak bergambar. Hana menjadi mangsa Hakimi. di sebabkan pakaian kimononya, pergerakan Hana terbatas.

‘Dah macam orang kena bengkung ja aku rasa.’ Omel Hana sendirian.

Terdapat kolam ikan koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Setelah itu mereka pergi ke taman botanical. Di sebabjan jalan yang berbatu dan bertangga. Hana terpaksa berpaut pada Hakimi. bagai bulan jatuh ke riba Hakimi segera memberi lengannya untuk di pegang.

Hatinya sudah melonjak kegembiraan.

Hana dengan muka merah. Dapat di lihat senyuman kegembiraan Hakimi itu.

“Jangan suka sangat lah.. saya terpaksa ja ni.”

“Ok princes, I will behavior.”

Berhai-hati mereka menuruni tangga. Banyak gambar yang di rakamkan. Cepat-cepat Hana berjalan bila dia Nampak kedai sewa kimono tadi.
“joym pergi tempat lain. Saya tak selesa dengan baju ni. susah nak jalan.”

Hakimi tersenyum nakal. ‘Malu lah tu kena berpaut dekat aku’

“ok jom.”

Mereka makan di Ryo Zan Tei Restaurant. Hidangan Jepun sangat kena dengan selera mereka. Hana bukan jenis yang tidak terima makanan luar. Tekaknya tidaklah terlalu melayu. Hakimi yang biasa dengan semua makanan ini hanya beriak biasa.

Selesai makan Horse Trails menjadi pilihan. Terdapat pelbagai kuda di sana. Hana memilih untuk menunggang kuda putih. Dia di bawa berpusing di dalam kawasan ladang. Hakimi setia dengan cameranya.

Ingin Hakimi membawa Hana menunggang dengannya. Tetapi mesti Hana menolaknya. Mana mungkin Hana mahu menunggang sekali. Mahu di sepaknya Hakimi nanti.

Destinasi terakhir mereka adalah Rabbit Park. Suasana yang lengang membolehkan Hana bersantai dengan arnab. Hakimi datang membawa sebakul makanan arnab. Ada selery, carrot, dan makan arnab yang telah di proses.

“Banyaknya.. nanti orang lain tak dapat nak bagi makan.”

“Mana ada orang lain. Dah petang ni. semua orang dah balik. Lagi pun sayang… kesian semua arnab ni lapar.” Di rendahkan suaranya dengan mata yang sengaja di kecilkan.

“Mula lah tu.. gatal.” Terus Hana memfokaskan pemberian makanan pada arnab. Tidak di layan Hakimi. nanti makin menjadi-jadi gatalnya.

Hakimi mengambil tempat di sisi Hana. sengaja di merapatkan kedudukan mereka. Dapat di hidu haruman citrus yang di pakai Hana. Mereka kelihatan seperti pasangan yang bahagia. Seperti pinang di belah dua. Hana yang sedar kedudukan mereka sangat rapat hanya membiarkan. Dia merasa senang dengan situasi mereka sekarang ini.

‘Wau! Dapat lampu hijau. Kena nikmati betul-betul ni. Kawal tangan kau Hakimi… kawal… nanti satu apa pun kau tak dapat.’

Tangan Hakimi yang berada di belakang Hana memegang batu besar yang berhampiran dengan tempat duduk mereka. Seboleh-bolehnya dia cuba mengawal dari menyentuh Hana. Tidak sanggup pisang berbuah dua kali.

Suasana damai itu di hayati dengan memberi arnab makan. Tidak ada sebarang suara dari mereka. Masing-masing senyap.

Hana segan untuk bersuara memandangkan kedudukan mereka sekarang ini sangat rapat. Hakimi pula takut andai kata-katanya nanti boleh membuatkan Hana menjarakkan kedudukan mereka. Melepas lah dia nanti. Hanya camera mereka saja yang berbicara.

. . . . .

“Hana, ni ada baju untuk Hana. nanti pakai masa kita dinner ya. Jangan risau baju ni sopan. Tak ketat or sexy.”

Hakimi menghulurkan satu beg kertas kepada Hana. Hana yang baru ingin masuk bilik berpaling.

“Saya masih ada baju lagi untuk di pakai. Tak perlu pun baju ni.”

“Saya nak ajak Hana dinner dekat tempat istimewa. Saya ada buat tempahan dinner. Jadi saya nak Hana pakai sesuatu yang famine. Sebab tu saya belikan baju ni.”

Hana memandang Hakimi, beg kertas di tangan Hakimi masih tidak disambutnya. Wajah Hakimi menunjukkan yang dia betul-betul maksudkan apa yang di katakana itu.

“Ok. Saya ambil. Kita nak makan jam berapa.” Beg kertas bertukar tangan.

Hakimi menarik nafas lega. Dia tersenyum.

“Jam 8. Saya tunggu Hana dekat depan bilik ni. kita pergi sama-sama.”

“Boleh. Jumpa nanti. Bye.” Senyuman di balas.

“Bye.” Belum sempat dia memberi salam, Hana sudah menutup pintu.

Hakimi menggelengkan kepala sambil tersenyum riang.

‘Comelnya muka merah dia. cukup pemalu.’

Dia juga berlalu ke biliknya. Bilik Hakimi berada di depan bilik Hana. Sengaja dia berbuat begitu. Mudah dia memerhatikan Hana dari bilik. Takut-takut ada orang masuk bilik Hana. Haru jadinya.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience