Bab 23

Romance Series 5387

“Sayang buat apa tu, boleh Kimi tolong?” Hakimi yang muncul dari pintu belakang tanpa sebarang amaran membuatkan Hana sedikit terkejut lalu berpaling dari meja dapur memandang Hakimi. Pandangannya sedikit keliru.

“Macam mana awak boleh ada dekat belakang ni pula. Awak buat apa? Teroka rumah saya?” sebelah keningnya di angkat.

“Tadi Anum minta saya cari arang yang dia beli semalam. Dia kata dia letak dekat stor, tu yang saya kat belakang ni. Tapi tak jumpa pun.” Hakimi melangkah masuk ke dalam rumah, terus berdiri di sebelah Hana yang sedang khusuk mengupas kulit bawang. Dia melihat di atas meja terdapat pelbagai sayuran. Dia mengaku yang dia tidak arif hal-hal di dapur. Satu persatu di lihat dengan mata birunya.

“Sayang, kita nak berkhemah 1 malam saja, kenapa banyak sangat makanan ni.” dia menarik stool di meja pulau berdekatan dan duduk di tempat dia berdiri tadi. Wajah Hana di tenung dengan tangan menongkat dagu.

Hana memandang sekilas jejaka di sebelahnya itu dengan senyuman kecil.

“Ini semua baru bahan-bahannya sahaja cik abang sayang, belum jadi makanan lagi. Ni semua campur sekali untuk lunch and dinner kita hari ni. Kalau cik abang nak tolong… pergi keluarkan pinggan makan dalam almari atas sebelah peti sejuk tu. Lepas tu letak dekat meja makan. Saya nak sendukkan lauk sekejap. Nanti datang balik, tolong angkat lauk pula ye.” Hana bergerak pantas kerana jam hampir menunjukkan jam 12 tengah hari. Sedikit pun dia tidak kekok berada di dapur.

Hakimi yang mendengar panggilan cik abang sayang dari kekasih hati terus menyeringai sebelum dia bergerak ke almari mengeluarkan pinggan makan. Lambat-lambat dia membuat kerja agar dapat berlama-lama dengan Hana, bukan senang nak dapat perluang macam ni.

‘Rasa macam pengantin baru pula. Kalaulah betul-betul jadi, bahagianya.’

Hakimi memandang Hana yang membelakangkannya itu. Pandangannya sayu bila mengenangkan hakikat yang dia tidak dapat bersama Hana secara Halal.

Hana yang merasakan ada mata yang merenungnya, berpaling ke belakang. Terus mata mereka bersatu. Dapat di lihat kesayuan di wajah Hakimi. Perlahan-lahan dia mendekati Hakimi yang dari tadi tidak lepas memandang dirinya.
“Awak ok ke Hakimi? Kenapa tiba-tiba muram ni. Saya ada salah cakap ke.” Perlahan suaranya berkata pada jejaka tinggi lampai itu.

Pantas Hakimi menggeleng. Wajah di ceriakan.

“Tak ada lah sayang. Kimi cuma terfikir, bila agaknya sayang akan jadi yang halal untuk Kimi.” Mereka berpandangan semula. Masing-masing berperang dengan perasaan sendiri.

“Hakimi, kita dah setujukan dengan semua ni, dan saya dah cakap banyak kalikan, kalau ada jodoh kita akan bersama juga. Cuma bila itu, saya tak tahu. Apa yang boleh saya janji dengan awak sekarang ni cuma satu saja.”

Hana mencapai lengan baju Hakimi. Wajah itu masih di pandang dengan dalam.

“You are the only one in my heart. There will not be any other man, who can take your place inside here.” Sebelah tangannya di letakkan di dadanya.

“Saya harap, ia dapat meyakinkan awak sepenuhnya.”

Hakimi terdiam. Wajah Hana sememangnya di tenung dari tadi. Tidak sekalipun dia berpaling. Pandangannya tajam.

“Ye, saya percaya dengan kata-kata Hana tu and you too, you are the only one I love. Walau pun nanti Kimi dah kahwin, apa yang Kimi boleh bagi dekat dia sekadar tanggungjawab…”

“… dan tolong,” cepat Hakimi menyambung kata bila di lihat Hana ingin bersuara.

“Jangan pernah minta untuk Kimi belajar cinta or sayangkan dia. I don’t want to do it. Will never happen. Never. Ok honey…” tegas kata-kata Hakimi.

Tanpa mereka sedar, mereka sudah berpelukan. Lama. Masing-masing menahan perasaan.

“Ingatkan kemanalah hilangnya pasangan sejoli ni, rupa-rupanya tengah berkasih dekat dapur. Kami dah lapar ni…..” meleret saja suara Lily.

Ros di sebelah Lily sudah tersenyum nakal pada mereka berdua. Hana sudah berdiri tegak memandang si kembar, tetapi Hakimi beriak selamba. Tenang sahaja gayanya.

“Kalau dah tahu lapar tu. Mari tolong hidangkan makanan. Boleh makan cepat.”

“Ala, Along nak cover lah tu.” Lily mencebek.

“Buat apa Along nak cover. Dah memang Along sayangkan Kak Long korang ni. Along tunjukkan je lah rasa cinta Along. Ingat senang ke nak dapat.” Hakimi tersenyum penuh makna pada Hana. Wanita itu sudah menjengkelkan matanya.

“Awak!!” Hana menjerit kecil. Untung Hakimi sudah berada di pintu ke ruang makan. Kalau tidak, sudah di cubit geram lelaki itu. Dapat di lihat Hakimi yang sedang menyeringai dari tempat dia berdiri tika ini. Ruang yang terbuka membuatkan dia boleh lihat orang yang berada di ruang tamu sekalipun.

Lily dan Ros sudah ketawa riang. Bahagia melihat pasangan tersebut.

“Semoga jodoh diorang cepat sampai.” Ros berbisik, cukup sekadar untuk Lily sahaja mendengarnya.

Lily sekadar mengangguk. Mereka pantas membantu Hana menghidangkan lauk. Hakimi sudah hilang bila ada panggilan tadi.

. . . . . . . .

“Kak Long… semua pekakas ni nak simpan dalam kontena biru yang paling besar ni ke?” Ros melaung dari stor belakang rumah.

Hana menjenguk dari pintu belakang rumah. Kelihatan Ros dan Anum tengah sibuk melihat perkakasan di depan mata mereka.

“Ye, semua yang akak dah asingkan tu, susun dalam kontena kat tangan kamu tu. Nanti angkat, simpan dalam kereta akak. Lepas tu, bawa dua kontena belakang Anum tu masuk dapur. Esok tak kelam-kabut nak simpan makanan kita.” Pantas Hana dalam memberi tugasan pada mereka berdua.

Isyarat ok beserta anggukan mereka berikan pada Hana sebelum masing-masing lincah melakukan tugas mereka semula.

Hana masuk dan melihat jika ada apa-apa yang dia lupa. Kertas di peti sejuk di lihat.

“Semua dah siap, tinggal nak simpan sahaja.” Hana berpuas hati dengan semuanya.

Dia berpaling melihat Lily yang sibuk memasukkan daging lembu dan ayam ke dalam beg plastic kedap udara. Bersungguh benar dia melakukan tugasnya. Hakimi pula sudah keluar berjumpa tiga serankai. Siapa lagi kalau bukan Qairy, Amir dan Zarul.

Semuanya di sebabkan Hakimi mendengar yang Hana dan Anum ingin bermalam 5 hari di kampung kerana rindukan Nek Mah. Ros dan Lily sudah teruja kerana mereka tidak pernah ke kampung. Katanya, mereka tidak mempunyai kampung. Alang-alang sudah membawa pakaian lebih, boleh lah pergi sekali. Hakimi pula semangat mengajak yang lain ikut serta. Terus dia keluar berjumpa yang lain. Bila melihat keterujaan mereka, Hana terus setuju.

Iphone X Hana berdering menandakan ada panggilan. Pantas dia berlari ke ruang tamu mencari telefon pintarnya itu. Senyuman terukir melihat nama yang tertera. Pantas dia menjawab.
“Assalamualikum, awak dah habis berbincang ke.”

“Waalaikumussalam. Dah selesai, semua setuju. Isya pun nak ikut. Tadi Amir call dia. Teruja betul dia, seronok katanya duduk kampung.” Ceria sahaja suara Hakimi pada pendengaran Hana.

“Wa… seronoknya, Isya pun ikut.. boleh borak panjang dengan dia. Hari tu jumpa sekejap je. Suka lah Nek Mah, ramai orang datang rumah dia. Mesti meriah nanti.” Kedengaran Hana ketawa riang.

“Suka nya sayang.. seronok dengar sayang ketawa, rasa nak terkam je.” garau suara Hakimi menuturkannya membuatkan Hana berdeham membetulkan suaranya kembali.

‘Malu lah tu kena sakat. Hai la.. kalau betul-betul boleh terkam kan bagus. Kurang dosa aku.’ Hakimi bermonolok sendirian.

“Awak saya nak masak makan malam ni. Saya letak dulu ye.” pantas Hana menukar topik.

Kedengaran Hakimi ketawa kecil di sana. Hana cuma menahan rasa.

‘Gelakkan aku lah tu.’

“Ni saya on the way nak balik. Malam ni tak payah masak lah. Nanti kita order fast food je. Delivery boleh sampai rumah Hana kan.” Lembut dia bertanya.

“Eh, tak apalah, saya boleh masak. Bukan susah pun.” Sebolehnya Hana tidak mahu menyusahkan tetamunya. Lagi pun dia suka memasak.

“Tak apa lah sayang kita santai-santai saja malam ni, tadi dah penat kan.. berperang dekat dapur. Malam ni rehat lah. Kita order je. Esok nak pakai tenaga lagi. Tetamu sayang dah bertambah lagi nanti... Ok.” Bersungguh Hakimi memujuk. Dengan apa yang dia lihat tadi cukup untuk dia faham kenapa orang berkhemah lebih suka beli bahan yang sudah siap untuk di masak sahaja dari membuat sendiri. Sangat renyah untuk menyediakan bahan makanan. Nak kena perap lah, potong siap-siap lah, asingkan itu lah, asingkan ini lah…, sangat memenatkan baginya.

“Ok. Sekejap saya tanya yang lain.” Pantas Hana memberi tahu pada yang lain. Ros dan Lily yang paling teruja. Sempat lagi si kembar menjerit menyatakan Along yang belanja nanti.

“Awak dengarkan suara si kembar tadi.”

“Ye saya dengar. Ok, kejap lagi saya sampai. Dalam 10 minit.”

“Ok. Hati-hati memandu. Bye.” Hana mematikan panggilan bila salamnya di jawab Hakimi.

Kerjanya dah berkurang lagi. Jam di kerling, hampir jam 6.30 petang. Dia bergegas naik untuk mandi dan solat. Ruang dapur sudah di kemaskan oleh si kembar selepas mendengar Alongnya nak belanja makan malam. Cepat betul mereka bertindak. Sebelum naik sempat lagi dia berpesan dengan yang lain untuk naik bersihkan diri. Nanti boleh solat berjemaah sekali.

. . . . . . .

Suasana di dalam bilik solat itu tenang sekali. Lunak sekali suara Hakimi melaungkan ayat suci Al-Quran. Tidak ada rasa kekok pun pada pendengaran yang lain. Sungguh menenangkan jiwa yang mendengar. Tadi semasa solat Maghrib, Hana sudah terpesona, kali ini dia masih terpesona. Sungguh mendamaikan. Sementara menunggu waktu Isyak mereka membaca Yassin bersama memandangkan hari ini hari Khamis malam Jumaat, elok sangat mereka membacanya.

Selesai mengaminkan doa, mereka bersalaman. Seronok melihat si kembar bersalam dengan Hakimi. Bila melihat Hakimi tika ini, hatinya berdebar kuat. Penampilan lelaki itu sangat kacak pada Hana. Dari Hakimi masuk ke bilik solat ini sehingga sekarang, jantungnya tidak berhenti mengepam laju. Membuatkan hatinya berdebar kuat. Pantas di larikan wajahnya, bila dirasakan mata lelaki itu memandang dia. Muka di maniskan sebelum membalas pandangan Hakimi. Terlihat lelaki bermata biru itu memandang lembut kepadanya.

“Sayang nampak manis bertelekung.” Dia mula bicara selepas memberi isyarat meminta si kembar membawa Anum keluar dahulu meninggalkan mereka berdua.

Hakimi bangun melipat sejadah yang di gunakan, begitu juga Hana. Kemudian mereka duduk bersila di dinding bilik. Pintu bilik memang di biarkan terbuka luas dari tadi.

“Terima kasih, awak pun nampak kacak bila pakai macam ni. Nampak ciri-ciri kepimpinan tu.”

Hakimi berkerut dengan senyuman nipis.

“Kain pelekat dengan baju-T ni boleh nampak ciri-ciri kepimpinan? Macam mana sayang boleh cakap macam tu.”

Hana memandang ke hadapan. Segan untuk melihat Hakimi. Imannya boleh runtuh nanti.

“Saya bukannya cakap pakaian awak. Saya cakap tentang sifat awak. Bila seorang lelaki itu boleh memimpin solat Subuh, Maghrib dan Isyak dengan bagus, suaranya lantang, bacaannya jelas, susunan surah yang di baca betul, itu menunjukkan yang dia jelas dengan apa yang dia buat. Awak tak tergesa-gesa semasa solat. Awak tenang, tertib, itu menunjukkan yang awak seorang pemimpin yang baik. Masa bacaan Yassin pun awak sebut dengan jelas dan tenang. Tak tersangkut atau terberhenti tiba-tiba.” Hana memandang sekilas Hakimi di sisinya. Dia bertambah berdebar bila Hakimi leka merenung wajahnya.

Tangan di lambaikan di hadapan muka Hakimi untuk menyedarkan lelaki tersebut.

“Dah-dahlah tu, romantik-romantiknya… kami nak order ni. Jom duduk kat ruang tamu. Kita order sama-sama. Kami nak order banyak ni. Alang-alang Along nak belanja, kena manfaatkan sepenuhnya. Kan Kak Long.” Lily mengenyitkan mata pada mereka berdua.

Hakimi sudah cemberut. Hana hanya tersenyum.

“Kau ni Lily.. mengacau je lah, tak larinya pizza korang tu. Bagi lah Along berdua dengan Kak Long kamu ni. Bukan selalu dapat.”

“Eh.. tadi kitorang dah bagi chance ye, cukup lah tu.. lama-lama nanti lain yang Along buat. Tadi pun kalau Lily lambat sikit mesti Along nak peluk Kak Long kan. Nasib Lily sempat sampai. Selamat Kak Long kami. Jom Kak Long. Tinggal je mamat tu.”

Hana tertawa kecil. Dia perasan yang Hakimi mahu memeluknya tadi. Nasib Lily datang, kalau tidak dia pun boleh hanyut sekali.

Pantas Lily menarik tangan Hana selepas sahaja Hana siap menggantung telekungnya. Mereka terus keluar tanpa menoleh ke belakang. Hakimi bangun dan mengikut mereka ke ruang tamu dengan wajah tidak puas hatinya.

“Sikit lagi nak dapat tadi. Kacau lah budak bising ni.” dia merungut sendirian.

. . . . . .

Hana terjaga dari tidur. tekaknya tiba-tiba haus. Dia mencapai jag air di sisi katil. Kosong. Baru dia teringat yang dia lupa mengisi air sebelum tidur. Hana melangkah dengan malas turun ke bawah dalam keadaan yang masih mamai. Dia hanya berpakaian gaun tidurnya sahaja. Hana lupa yang Hakimi ada di dalam rumahnya ini.

Mereka semua tidur lewat tadi, hampir jam 2 baru masuk tidur. Semuanya gara-gara makan sambil menonton movie. Makanan mereka pula banyak tadi. Terkejut Hana dan Hakimi bila melihat ada 3 delivery yang datang. Pada mulanya mereka berdua ingat hanya pizza yang di pesan, rupa-rupanya Ros sudah memesan Mcd dan Texer Chicken. Naik sebu perut nak makan. Kebanyakannya Lily dan Ros yang makan. Mereka yang lain makan ikut keperluan sahaja. Tidak sangka si kembar tu kuat makan rupanya.

Selesai minum, Hana terus naik ke bilik. Dia melihat ada cahaya samar-samar dari bilik sebelah. Bilik si kembar.

“Hai tak tidur lagi ke si kembar ni” Hana berkata sendiri.

Dia terus mengabaikannya. Apa yang dia nampak sekarang ini cumalah katilnya sahaja. Dalam keadaan mamai dia naik ke atas katil dan sambung tidur. Bantal peluk di cari. Dapat sahaja terus di peluk kemas.

“Selesanya….” Sesaat sahaja, Hana sudah hilang ke alam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience