Bab 3

Romance Series 5387

Angin hari ini sangat damai bertiup. Meniup bau rumput-rumput di padang yang baru di potong. Sangat lah wangi bagi Hana. Di tangan masih kekal buku dan pensil ajaibnya. Dia mula mencari subjek untuk di sematkan dalam lukisannya.

“Assalamualaikum.” Sapa satu suara garau.

Hana terkejut sikit. Berpaling untuk melihat siapa gerangan yang menegurnya itu. Terus Hana tersenyum manis pada si empunya suara.

“Waalaikumussalaam. Mari lah duduk sini.” balas Hana.

Hakimi duduk sebelah Hana. Jarak mereka cuma 50cm.

“Mana awak tahu saya dekat sini. Pasang pengintip ye…” seloka Hana menghilangkan rasa gemuruhnya. Matanya meneliti Hakimi.

‘Berpeluh macam ni lagi menggoda hati aku lah dia ni. Wahai jantung bertahanlah. Jangan gugur..’

“Hahahhaaa… buat apa saya pasang pengintip. Naluri saya kuat mengatakan awak kat sini.” Hakimi menongkat dagu pada lututnya memandang Hana dengan mata yang cukup menggoda.

Hana mengalihkan pandangannya ke padang. Tidak dapat dia menahan rasa di hati. ‘Kalau tak kuat iman nak saja aku peluk dia ni.. menggoda betul muka dia tu. Selamatkan aku Ya Tuhan.’

“Hana, baru saya perasan selama ni awak lah yang duduk kat sini. Perhati kitorang berlatih bola. Bila ada sukan tahunan, pun awak kat sini juga. Betulkan saya kalau saya salah.” Hakimi sudah memusingkan badannya menghadap Hana.

Hana pandang Hakimi di sisi, dalam senyum Hana mengangguk. Mengiakan kata Hakimi. ‘Tak sangka, dia memang pandang aku selama ni. Ingatkan perasaan aku ja.’ Bunga mula berkembang mekar di hati Hana.

“Semalam saya nak cakap tapi takut salah orang. Buat malu ja pula. Dah lah baru kenal dah tanya lebih-lebih pulakan.” Dia mengusap belakang tengkuknya sambil tunduk sedikit. Matanya tidak lepas dari memandang Hana.

Mata Hana di alihkan ke tempat lain sebelum memandang Hakimi semula.

Hana mula menelek pakaian Hakimi. Seluar sukan biru tua, baju t-shirt berkola warna kelabu dan kasut sukan putih. ‘Sah dia baru lepas jogging .’ Hana juga mengenakan pakaian sukan yang sama warna dengan Hakimi tetapi dia hanya memakai kasut sarung warna biru tua.

‘Rasa berjanji pula’ kata hati Hana. Dia merasakan bunga yang kembang dalam hatinya bertambah mekar dan subur.

“Saya memang suka duduk sini. Jauh dari laluan and tumpuan orang. Tak suka lah bising. Awak ni baru lepas jogging ke or baru nak jogging?” Hana menumpukan semula pandangan pada subjeknya.

‘Tak boleh pandang lama-lama ni, nanti jantung aku sakit lagi. Susah nak cari ubatnya nanti.’
Hakimi perasan yang Hana tak akan bertentang mata dengannya.

‘Mungkin dia segan atau dia pun ada perasaan yang sama dengan aku. Kalau betul aku tak akan lepaskan peluang.’ Senyum Hakimi sangat lah sesuatu tetapi masih memikat hati.

“Saya memang jogging lepas subuh. Cuma saya tak lalu kawasan sini. Hari ni ja saya rasa nak lalu sini. Macam ada megnat yang tarik saya kat sini.” Dia mencari mata Hana.

Hana yang kebetulan memandang Hakimi cepat-cepat melarikan pandangannya. ‘Aduh cik jantung jangan laju sangat, sesak nafas aku. Kesiankan aku wahai jantung.’ Dia memegang jantungnya sebentar.

Hakimi senyum menggoda. ‘Sah dia ada perasaan yang sama dengan aku. Aku yakin.’

“So Hana, lepas ni boleh kita jumpa macam ni selalu. Sembang-sembang. Buat kerja sama-sama. tukar pendapat tentang aktiviti Uni kita.” Hakimi memulakan langkah.

Hana senyap. “ Saya rasa kita tak perlu jumpa selalu lah. Saya tak nak jadi tumpuan orang. Saya kalau boleh elak dari jumpa orang saya akan elak.” Hakimi di pandang sekilas.

“Kita masih boleh berborak dalam fon kan. Or kita berwassap ke?”

Hakimi membuat muka merayu. “Kalau tak boleh jumpa kat public kita jumpa kat library je pun boleh. Orang tak akan cakapkan. Sebab situ memang tempat belajar.”

Hana memikir sebentar. Matanya sudah tidak boleh di alihkan dari muka Hakimi. Dia sangat tertarik dengan Hakimi.

“Kalau library saya setuju. Kat sana orang tak syak apa-apa.” Dia melemparkan senyuman manisnya. Teserlah lesung pipitnya di sebelah kanan.

Pandangan Hakimi pula yang terkunci pada wajah Hana. ‘cantiknya bidadari ni. Lesung pipitnya belah kanan dan aku belah kiri. Kalau ada anak ni mesti ada dua-dua belah. Mesti comel and kacak macam kami. Jauh betul angan-angan aku. Moga di permudahkan. Aamiin.’

“Hakimi” Hana melambai tangan di depan muka Hakimi.

Hakimi tersedar.

“Maaf. Hana cakap apa tadi.” Dia membetulkan duduknya menghilangkan rasa gemuruhnya.

“Saya tanya tak nak balik ke. Dah nak tengah hari. Saya nak balik dah. Nak rehat kat bilik.”

Hakimi nampak muram. ‘Baru jumpa nak balik dah. Aku punyalah datang jauh-jauh nak jumpa dia. Boleh pula dia nak balik. Sedih lak.’

“Awak ok tak, kenapa nampak muram. Saya ada salah cakap ke.”

Hakimi menganggukkan kepala.

Hana mula memikirkan apa salahnya dengan muka yang berkerut.

“Kita baru jumpa tiba-tiba nak balik dah. Saya belum puas tenung muka awak, tengok senyuman awak, dengar suara awak. Kenapa cepat sangat nak balik.” Masih di tunjuk muka sedihnya seperti anak kecil yang merajuk.

Hana yang melihat sudah memerah mukanya. ‘Dia tak segan kah terus terang macam tu. Aku pula yang naik segan dengan dia.’

“Kalau nak makan tengah hari, jom saya belanja. Kita makan luar. Boleh jalan-jalan sekali. Nanti malam saya hantar awak balik asrama.” Dengan semangat Hakimi memberi cadangan.

Hana berfikir sebentar. ‘Kalau aku balik bukan buat apa pun. Makan lepas tu rehat kat bilik. Jalan-jalan boleh cuci mata.’

“Tak apa kah. Tak ada orang marah kah. Tak susahkan awak ke. Uni dengan rumah awak bukannya dekat?” tanya Hana sambil tangannya masih mengemaskan lukisannya. Sudah hampir siap.

Hakimi teruja bila Hana tahu rumahnya agak jauh dari Uni mereka “Mana Hana tahu rumah saya jauh. Pasang pengintip ke?” Hakimi mula mempamirkan senyuman manisnya.

Hana turut tersenyum. ‘Kena lawan senyum dia ni, kalau tidak aku yang kalah.’

“Mana ada saya duit nak upah pengintip. Boleh di katakana semua orang tahu rumah awak jauh. Cuma tak tahu alamatnya saja.” Hana mula mengemas barangnya. Lukisannya sudah siap. Senyumannya masih mekar di bibir.

“Hahhahahahaa…. Ok ok. Saya kalah. Senyuman awak Hana buat saya tergoda….” Mata Hakimi merenung senyuman itu dengan pelbagai rasa di hati. Kalau Hana perasan, mesti dia salah paham dengannya.

“So Hana jadi ikut saya makan and jalan-jalan?” tutur Hakimi dengan harapan yang seluas ladang bunga.

Hana menganggukkan kepalanya. ‘Malunya, nampak sangat yang aku ni gatal. Biarlah, asal aku bahagia. Boleh ke fikir macam tu. Baru kenal dah macam-macam lah kau ni Hanani.’ Dia menggelengkan kepalanya sedikit untuk menghilangkan bisikan halis itu.

“Mana satu ni. Angguk ke geleng.”

“Hana awak berat hati ke nak keluar dengan saya?” tanya Hakimi lepas dia melihat Hana diam tidak berkata apa.

Cepat Hana menidakkannya.

“Haa.. bukan macam tu, saya sudi ikut awak. Saya nak keluar dengan awak.” Dia menunduk menyembunyikan wajh yang mula kemerahan menahan malu. ‘Ya-Tuhan.. malunya… gatalnya aku ni.. tak malu betul ikut lelaki.’ Hana seperti berperang dengan hati sendiri.

Hakimi meraikan kemenangannya. Hatinya melonjak kuat. Dengan wajah ceria dia bangun.

“Kalau macam tu jom saya hantar. Siap-siap nanti saya ambil balik. Saya nak pergi mandi dulu kat asrama lelaki.”

Hana menggeleng lagi.

“Tak perlu. Saya balik sendiri saja. Tak nak lah orang pandang-pandang nanti. Kita jumpa dekat padang kawat depan padang luar sana. Boleh.. kawasan tu dekat sikit dengan asrama saya.”

Hakimi mengangguk setuju. ‘Risau sangat orang nampak dia dengan aku. Kalau aku biar orang tahu yang dia aku punya. Baru tak ada orang kacau.’

“Nanti pakai baju tebal sikit ya. Kita nak pergi tempat sejuk.”

Hana menggangguk pula sebelum minta diri pulang. Dia kena cepat sikit. Takut hakimi tunggu lama pula.

. . . . .

Hampir 30 minit perjalanan baru Hana bertanya.

“Kita nak ke mana sebenarnya?” matanya sibuk memandang keluar tingkap. Dia masih tidak biasa duduk berdua dengan lelaki dalam tempat tertutup.

“Kita nak pergi genting. Boleh hirup udara segar.” Matanya di kerlingkan pada Hana sekali-sekala.

Sepantas kilat Hana memandang Hakimi. Wajah terujanya sudah menggambarkan bertapa dia seronok sangat.

“Betulkah. Waaaaa…. Seronoknya. Saya dah lama nak pergi sana, tapi masa yang tak ada. Terima kasih awak bawa saya ke sana. Bestnya..” Hana menepuk-nepuk tangannya sebelum dia tersedar wataknya berubah laku.

Hana kawal diri agar tidak kelihatan kekok depan Hakimi.

Hakimi hanya senyum. Tidak dia mahu Hana rasa segan dengannya.

“Sama-sama Hana. Saya teruja jadi orang pertama yang pergi genting dengan Hana. So lacky..” dia memandang sekilas pada Hana.

Hana memandang sekilas padanya sebelum memandang keluar tingkap. Malunya masih tidak hilang.

Keadaan mula sunyi. Hanya kedengaran lagu saja. Perjalanan mereka mengambil masa hampir 2jam. Hakimi sengaja lalu jalan Batang Kali. Dia cuba mengelak kesesakan lalu lintas memandangkan sekarang turut musim cuti sekolah.

. . . . .

Sesampai sahaja mereka terus menuju restoran. Selepas mengisi perut, mereka jalan-jalan mencuci mata. Hakimi ingin membelikan Hana sesuatu, tetapi di tegah Hana. Dia tidak perlukan apa-apa pun. Puas di pujuk jawapannya masih sama. Hakimi hanya menurut. Puas berjalan mereka makan kemudian Hana mula merakamkan suasana di sana. Boleh di jadikan subjek hobinya yang satu itu. Kadang-kala Hakimi menjadi modelnya.

Tampa Hana sedar, dia juga menjadi model Hakimi. Kamera Nikon keluaran terbarunya itu mampu di gunakan pada jarak jauh. Gambarnya juga mampu di tangkap tanpa gegar walaupun dia sedang bergerak.

Hakimi mula membayangkan kehadiran Hana di sisinya. Dia sangat ingin memeluk gadis itu. Andai satu hari nanti mereka di satukan, tidak akan dia lepaskan permata tersebut. Sangat beharga baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience