Bab 4

Romance Series 5387

Hana cukup gembira. Pelbagai permainan yang dia cuba. Tangkap patung, lumba kereta, lumba motosaikal, naik roket, masuk rumah hantu dan bermacam-macam lagi. Puas bermain permainan in door, mereka naik pula ke bahagian yang baru di buka, star avenue.

Di sana mereka masuk ke kawasan Jurassic world. Terdapat pelbagai mainan berasaskan dinosaur. Ada juga dinosaur yang bergerak. Hana tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan dinosaur tersebut.

Mereka juga masuk ke Augmented Reality (ARV). Di ARV mereka berlakon dengan skrin besar di mana terdapat dinosaur di dalamnya. Seolah-olah mereka berada bersama dinosaur tersebut. Video yang terhasil sangatlah cantik. Mereka berlakon dalam 3D tetapi selepas video terhasil ia didatangkan dalam bentuk 7D. Secara ringkas mereka benar-benar berlakon bersama dinosaur sebenar. Untung mereka berdua pandai menyesuaikan diri dengan suasana video tersebut. Siap dapat pujian dari pekerja di sana.

“Penat dah main. Tapi masih tak puas. Seronoknya. Tak sangka genting dah semakin menarik. Walaupun permainan out door belum siap, permainan in door ni pun tak kurang seronok juga.” Dengan wajah ceria Hana bercerita pada Hakimi.

Hakimi yang melihat keceriaan pada bidadarinya itu berasa sangat puas. Hatinya berasa bangga kerana memilih tempat ini. Terasa berbaloi sangat untuk perjalanan yang agak jauh.

“Bagus lah Hana seronok. Lepas ni kita tengok wayang pula nak. Kita beli tiket dulu kemudian isi perut dan solat maghrib. Nanti kita tinggal masuk ja. Boleh jimat masa.” Hakimi memandang Hana sejurus dia melihat jam di tangan.

Hana tidak tahu kenapa dia rasa tenang dengan Hakimi. Tidak ada rasa sangsi dengan cadangan yang di beri. Semunya dia turutkan saja. Satu yang Hana pasti, setiap waktu solat pasti Hakimi akan ajak ke surau. Tidak terlepas walau satu waktu pun. Itu menguatkan lagi rasa tenangnya.

“Boleh. Saya ikut saja. Nanti saya pula belanja awak tengok wayang tu ya. Dari tadi awak saja yang keluarkan duit. Naik segan dah saya. Tiket bukannya murah.” Hana menunduk. Mukanya mula kemerahan kerana malu.

“No. saya yang ajak awak keluar. Jadi saya yang akan tanggung semuanya. Awak dah sudi keluar dengan saya pun sudah cukup bagus. Tak akan saya nak biarkan awak keluar duit pula. Lagi pun saya mampu belanja awak. Duit awak tu simpan untuk sem akhir ni. Ok.”

Hakimi mencari wajah Hana. Dia bersungguh dengan kata-katanya itu.

Hana yang perasan wajah Hakimi makin dekat dengannya terus mengangkat muka dan menjarakan kedudukan mereka. Hakimi yang perasan ketelanjurannya menegakkan diri.

‘Terkejut aku, kenapa dekat sangat muka dia tadi, kalau aku tak elak mesti dah bercium dahi kita orang. Dah mula lah jantung aku ni.. bertenang jantung..’

‘ Aduh Kimi… jangan hilang kawalan diri… nanti Hana lari menyesal tak sudah kau.’

Mereka berdeham.

“Jom kita pilih movie. Nanti lambat pula.”

“Mari lah.”

Mereka beriringan ke kaunter tiket. Untung orang masih tidak ramai yang berbaris. Selesai memilih movie mereka makan dan solat.

. . . . .

Selesai menonton wayang. Mereka mula kepenatan. Cuaca bertambah sejuk.

Hana melihat jam di tangannya. ‘Dah nak jam 11 malam. lewat sangat ni. Tapi kenapa masih ramai keluarga kat sini. Anak dah menangis pun tak reti nak balik ke.'

“Hakimi kita dah lewat sangat ni. Boleh kita balik?”

Hakimi yang memandang keluar banggunan mula tidak sedap hati. Dia menoleh ke arah Hana.

“Hana saya rasa kita tak boleh balik sekarang ni. Cuaca kat luar tu teruk. Angin kuat tambah lagi hujan. Kabus tebal sangat. Bahaya kalau kita turun sekarang.”

Hana mula terkejut. Dia memandang sekeliling. ‘Patutlah masih ramai orang kat sini. Semua terkandas juga lah ni.’

“Habis tu apa kita nak buat” Hana memandang Hakimi dengan wajah yang mula mengantuk. Sesekali terlihat Hana menguap.

“Saya cadangkan kita tidur hotel.”

“Jangan risau, kita ambil dua bilik. Kita tak tidur satu bilik.” Cepat Hakimi menerangkannya. Tidak mahu Hana salah paham dengannya. Lagi-lagi bila dia melihat mata Hana yang mula membesar tu.

Lama juga Hana memikirkannya. ‘Nak buat macam mana. Keadaan tak mengizinkan aku balik. Setuju je lah.’

Hana mrnganggukkan kepalanya.

“Ok lah kalau macam tu.”

“Ok jom pergi hotel.”

Hakimi memilih hotel yang berada dalam banggunan yang sama. Dia melihat suasana di situ agak padat dengan manusia.

‘Ada ke bilik kosong lagi ni. Tak akan nak tidur dalam kereta lak. Mau kahwin free nanti.’ Hakimi berdoa moga ada bilik untuk mereka.

“Ramainya orang… jom lah kita berbaris. Tapii….. ada ke bilik lagi. Saya tengok keadaan ni macam tak cukup bilik ja.” Hana melihat kaunter hotel penuh dengan manusia yang berbaris menunggu giliran.

Hakimi senyum pada Hana.

“Kejap saya tanya petugas. Tak ada lah kita penat berbaris. Tunggu saya kat sini.”

Pantas Hakimi menuju ke kaunter pertanyaan.
5 minit kemudian dia kembali. Hana yang berdiri di tengah-tengah lobi hotel itu sedang leka dengan lukisannya.

‘Ai.. minah ni salah ambil bidang ke. Suka sangat melukis.’ Hakimi mengintai lukisan Hana dari belakang.

‘Tak sampai 10 minit pun dah cantik macam ni. Kalau lama lagi aku tinggalkan dia mesti dah siap agaknya.’ Dia merapatkan lagi badannya pada belakang badan Hana.

Hana yang terasa ada bayang menghalang cahaya dari belakang terus berpusing. Untung dia dapat menyeimbangkan badannya, Cuma apa yang di pegangnya sudah jatuh mencium lantai lobi hotel tersebut. Dia terkejut dengan keadaan mereka yang agak rapat tu. Hanya berjarak kurang dari 10 inci saja.

Segera Hakimi mengambilnya barang yang jatuh.
“Maaf saya terkejutkan awak. Ralit sangat awak melukis, itu yang saya intai tengok apa yang awak lukiskan. Sambil berdiri pun boleh melukisnya. Hebat betul.” Hakimi cuma mengembalikan suasana yang tenang antara mereka dengan tidak menunjukkan aksi bersalah yang melampau.

Hana yang melihat Hakimi tenang, tidak mengesak apa-apa yang negative. Dia menggangguk kemudian. Menyatakan yang tak apa.

“Jadi, adakah biliknya?”

“Kebanyakan bilik dah habis. Saya ada tanya hotel lain pun dah habis di tempah. Sekarangkan cuti sekolah. Ramai yang bercuti kat sini.”

“Habis tu mana kita nak tidur. Bilik habis.” Hana mula beriak tidak senang hati.

Hakimi yang melihat mengetap giginya. ‘Nak cakap ke tak ni. Dia salah paham tak nanti. Karang dia kata aku miang pula.’

Hakimi mula menyusun kata.

“Hana, diorang cakap bilik yang tinggal cumalah VVIP room. Kat dalam tu ada 2 bilik tidur siap dengan bilik air sekali, ruang rehat and ruang dapur. Kalau kita ambil bilik tu boleh. Walau pun satu bilik tapi masih ada ruang sendiri. Lagi pun keadaan sekarang ni boleh dikatakan daruratkan.” Tenang Hakimi menuturkan pada Hana. Dapat dilihat wajah Hana berkerut-kerut memikirkan apa yang di katakannya.

‘Satu bilik lah pula… tak kan lah aku nak suruh dia ambil 2 bilik juga. Satu bilik ni pun mesti dah mahal. Setuju ke tidak. Kalau ikut hati nak je tidur masjid or surau tapi dalam keadaan sekarang ni….’

Hana memerhati luar banggunan.

‘Macam mana nak pergi masjid. Dari sini aku boleh dengar bunyi angin kuat kat luar tu.’

Hana melepaskan keluhan berat.

Hakimi yang dari tadi memerhati turut merasa beratnya keluhan tu. Dia tahu perasaan Hana berbelah bahagi. Dia juga tahu salah duduk berduaan di dalam ruang yang tertutup.

‘Hana ni budak baik. Mesti berat sangat hati dia tu.’

Dalam hakimi bermonolok sendirian Hana memandangnya.

“Kalau itu saja yang ada nak buat macam mana lagi. Kita ambil sajalah bilik tu.”

‘Kalau dia ingat waktu solat, tak akan dia lupa hukum ALLAH pula kan. Dia tak akan buat apa-apa pada aku.’ Monolok Hana pula.

Hakimi yang mendengar terus tersenyum.

“Kalau macam tu saya ttempah bilik dulu. Lepas tu kita pergi beli pakaian ganti. Jangan risau semua saya tanggung. Saya cuma nak Hana setuju saja. Ok.”

Hana yang baru nak membantah, senyapkan diri. Dia kemudian hanya mengganggukkan kepala bersetuju dengan rancangan Hakimi.

Hakimi berlalu ke kaunter VVIP untuk buat tempahan.

Selesai itu mereka mula mencari kedai yang masih buka untuk membeli pakaian ganti. Untung sekarang cuti sekolah. Banyak kedai yang masih beroperasi walau pun hanpir jam 12 malam. kedai serbaneka juga masih buka. Sempat Hana membeli barang peribadinya beserta makanan untuk mereka sarapan esok. Cepat-cepat dia membayar sebelum Hakimi mengeluarkan duitnya.

Hakimi yang melihat tidak dapat buat apa-apa. Sungguh dia tertarik dengan sifat Hana yang tidak makan duit orang itu.

Selesai membeli mereka naik ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience