Bab 25

Romance Series 5387

Suasana agak riuh di dalam kereta. Hana dan Hakimi bersembang sesama mereka. Sesekali Qairy masuk dalam perbualan mereka. Cuma seorang saja yang diam dari tadi, perjalanan mereka sudah masuk 3 jam tetapi tidak ada sebarang bunyi yang keluar dari mulutnya.

Anum dengan dunianya sahaja. Hana memandang sahabatnya itu, tetapi Anum pantas memalingkan muka keluar.

“Anum, kau marahkan aku ke? Ok macam ni, nanti lepas berhenti makan sarapan, aku duduk sebelah kau ye. Janganlah marah aku lagi. Kita tengah bercutikan…” Hana membuat muka kasihannya. Sesekali matanya memandang Hakimi yang sedang memandu. Wajah lelaki itu pun kelihatan keruh selepas Hana berkata begitu. Pandangannya di arahkan kepada Qairy pula. Terkesima Hana sebentar melihat pandangan Qairy kepada Anum di sisinya. Redup sekali pandangan itu.

‘Qairy betul-betul cintakan Anum. Moga awak dapat dia Qairy.’

Hana mencuit kaki Anum.

“Apa… jangan lah kacau aku. Aku tengah ambil mood ni…” di pandang wajah sedih Hana. keluhan kecil di lepaskan sebaik sahaja menjeling Qairy di sisinya.

‘Sebab aku sayang kau lah aku bertahan Nur.’
“Tak perlu lah tukar tempat duduk. Aku ok je duduk kat belakang ni. Cuma yang aku tak ok nya…”

Di jeling Qairy yang tengah asyik merenungnya itu sebelum menyambung ayatnya.

“…. Buaya tembaga sebelah aku ni!.” sedikit tinggi suara Anum bila denang tidak semananya dia merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Pantas di tepis tangan tersebut.

“Baru cakap dia dah buat lagi. Jangan sentuh saya lah. Berapa kali saya kena bagi tahu, yang awak tak ada hak nak sentuh saya.” Ada ketegasan dalam suara Anum. Dia sangat tidak gemar akan perbuatan Qairy yang satu itu. Sangat tidak selesa. Tubuh di sandarkan rapat ke pintu kereta sebelah kanan agar dapat jauh dari buaya tersebut.

“Qai, jangan kacau Anum, nanti dia tukar kereta kau juga yang merana. Kira bagus dia nak duduk sebelah kau sekarang ni.” Hakimi menjeling sekilas pada Qairy yang berada di tempat duduk belakang Hana. Dia perasan dari tadi Qairy menyakat Anum, tetapi di biarkan sahaja bila mana di lihat Anum tidak menunjukkan sebarang riaksi. Apabila Hana memberi isyarat mata memintanya menghentikan perbuatan Qairy itu, barulah dia bersuara. Bukan apa, tidak mahu Hana pula yang merajuk dengannya.

“Ok, ok, aku tak sentuh dah..” diangkat tangannya sedikit sambil matanya tepat memandang Anum disisi yang masih merenungnya dengan tajam sambil memeluk tubuh.

“..Cuma saya pandang je. bolehkan Raihanum.” Cukup untuk membuatkan Anum meremang bulu roma.

Terus Anum memalingkakn mukanya memandang keluar tingkap. Panas hatinya melihat tingkah laku buaya tembaga di sebelahnya itu.

Hana dan Hakimi hanya tersenyum beserta gelengan kecil melihat pasangan itu.

‘Moga Qairy mampu jaga kau Anum.’ Hana berharap semuanya akan baik untuk Anum.

Mereka akhirnya sampai di satu tempat tanah lapang yang bersebelahan dengan hutan dan air terjun. Sungguh cantik dan nyaman.

Semasa perjalanan, Hana tidak perasan pun yang mereka masuk ke dalam kawasan hutan, sebaik sahaja keluar dari leburaya.

Kaum adam mula menyusun makanan untuk mereka bersarapan. Disebabkan mereka keluar sebaik sahaja solat subuh, mereka tidak bersarapan lagi. Nasib baik kaum hawa telah menyediakan sarapan terlebih dahulu seawal jam 4 pagi agar tidak perlu membeli sebarang makanan lagi.

5 orang gadis itu telah asyik bermain dengan air terjun. Langsung tidak menghiraukan sekeliling mereka.

“Korang jom makan, sarapan dah siap.” Amir melaung agak kuat walaupun kedudukan mereka tidaklah begitu jauh kerana disebabkan bunyi air terjun yang kuat itu.

Pantas mereka menghampiri kaum adam.

“Along kenapa kita tak berkemah dekat sini saja. Tempat ni cantiklah.” Lily bercakap dengan mulut penuh.

Hakimi menjeling adiknya itu. ‘Teruk.’

“Lily jaga tingkah laku kamu. Cuba makan tu elok-elok sikit. Nak cakap pun biarlah makanan tu habis ditelan dulu. Tak sopan langsung.”

“Padan muka kau Lily, kena ceramah.” Ros mentertawakan Lily.

Lily sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Kisah pula aku. Pedulik sangat..” dia menjulingkan matanya ke atas sebelum menyambung pertanyaannya.

“Along jawablah..” wajahnya cemberut. Mereka tertawa lucu melihat gelagat keanak-anakkan Lily tersebut. Walaupun umurnya sudah 24 tahun tetapi sifatnya yang satu itu membuatkannya kelihatan budak baru lepas SPM. Berbeza dengan Ros yang lebih matang walaupun kadang kala dia juga agak keanak-anakkan sedikit.

Hakimi menghentikan suapannya. Air di teguk sedikit menghilangkan sisa makanan di dalam mulutnya.

“Kita nak pergi tempat yang lagi best. Ada hutan, ada laut. Lagipun kita tak bawa khemah.” Terang Hakimi sebelum sabung makan.

Hana di sisi pula menghentikan suapannya. Wajah bersih Hakimi di pandang.

“Tak bawa khemah? Habistu kita nak tidur dekat mana?” tanya Hana dengan wajah berkerutnya.

“Kejutan.” Ringkas Hakimi membalas. Di lihat para gadis sudah menunjukkan wajah curiga mereka.

Amir sudah tersenyum nakal.

“Kita tidur sama-sama dalam kereta. Mesti best tidur berpeluk. Boleh ‘ringan-ringan.’”

BUKK!!!

“Aduh sakitlah Isya, jangan pukul dah. Saya gurau sajalah. Maaf maaf..” Pantas Amir menangkap tangan Isya yang ligat memukul badannya itu. Terus terhenti perbuatan gadis itu.

Mereka yang lain hanya membiarkan sahaja. Cuma Lily yang rancak mentertawakan Amir. Selebihnya hanya tersenyum sahaja.

“Sudahlah tu, cepat kita makan, cepat kita sampai Terengganu. Nanti dah malam tak sempat nak rehat-rehat. Kita semalaman sahaja kat sana.” Zarul yang dari tadi diam mula bersuara, bila dilihat waktu semakin mencumburui mereka.

Semua mula makan dengan cermat tanpa bergurau lagi.

“Aaa… sedapnya makanan ni. pandai korang buat. Ringkas tapi menarik. Mudah dimakan. Tak payah nak guna pinggan pun.” Amir memuji sambil tangannya menyambar sepotong telur goreng. Masuk ini, sudah 4 potong dia makan. Sedap katanya. Kena dengan selera Jepunnya.

Hana memang menyediakan hidangan ala-ala Jepun untuk sarapan mereka. Terdapat bento, onagiri pelbagai rasa, buah-buahan potong, air jus. Hana juga menyediakan pudding buah untuk pencuci mulut mereka.

“Mestilah sedap.. Kak Long kami punya resepi, dia yang masak semua ni. Kitorang ni Cuma tolong potong, cuci and kemas sahaja.” Lily mula mendabik dada.

“Sedapkan Nur masak, kitaorang pun terkejut bila tengok atas meja dah siap semua bahan, tinggal nak campur dan bentukkan saja kemudian ssusun dalam bekas sahaja.” puji Isya pula. Dia cukup kagum dengan ketangkasan Hana di dapur. Semua mata tertumpu kepada Hana dengan anggukan setuju.

Wajah Hana sudah meronak merah bila dipuji begitu. Baginya itu semua biasa. Tidak susah pun padanya. Dia suka lakukan semua itu. Dia memandang sekilas mereka semua sebelum tunduk menyambung suapannya yang terhenti tadi.

“Sudahlah korang pun tahukan saya suka memasak. Jadi saya tak terbeban pun dengan semua ini. Saya seronok masakkan untuk korang. Mari sambung makan. Habiskan semua ni. Tak elok membazir.” Hana melemparkan senyuman manisnya.

‘Alangkah indahnya dunia aku kalau dapat tatap senyuman tu setiap hari. Mesti hari-hari aku bahagia.’

“Along cepat habiskan bento tu. Orang nak kemas ni.” Ros mematikan lamunan Hakimi.

Hana di sisi sudah mula mengemas bekas kosong. Hana perasan pandangan Hakimi itu. Cuma dia cuba mengabaikan saja. takut dia pun terbabas nanti.

Selesai bersarapan, mereka meneruskan perjalanan ke destinasi ‘rahsia’ itu. Kali ini Zarul dan Qairy yang mengambil alih tugas memandu seperti yang telah di tetapkan dari mula lagi. Hakimi dan Hana duduk di belakang. Anum yang cadangkan begitu. Katanya nak bagi perluang pada mereka berdua selagi masih ada waktu ni. Lagi pun buaya tembaga itu tak boleh mengganggunya kerana memandu. Jadi dia selamat duduk di situ.

Qairy hanya tersenyum nakal. Biarlah Anum garang macam mana pun dengannya, dia tetap mahukan gadis tersebut. Hatinya sudah cukup terpaut dengan Anum sejak kali pertama mereka bertemu 5 tahun lepas. Pertemuan tanpa di rancang itu cukup membuatkan dia tekat mengejar gadis ini. Sama ada Anum suka atau tidak, dia tetap mahukan Anum.

. . . . . . .

Bayu pantai lembut menyapa wajah Hana. dia cukup terpaku dengan pemandangan yang indah ini. Rumah di depan matanya sangat cantik, seperti di dunia fantasi puteri salji. Kedudukan rumah yang bersebelahan dengan hutan kayu serta legon itu sungguh membuatkan tempat itu cukup istimewa.

Kedengaran bunyi air terjun berdekatan mereka. Hana pergi ke sisi kiri rumah tersebut. Dia terkejut sekali lagi apabila melihat terdapat air terjun mini yang bersambung dengan kolam renang yang besar. Pemandangan laut luas menjadikan kawasan tersebut tenang.

“Hebatnya rumah ni… siapa punya rumah ni…” Lily mula teruja. Pantas dia berlari kea rah Hakimi untuk mendapatkan jawapan. Turut menanti, Hana, Ros dan Isya.

Hakimi sekadar senyum dengan mata mengarahkan kepada Zarul. Semua memandang Zarul tidak percaya. Zarul yang perasan dirinya menjadi tumpuan menoleh ke belakang.

“Rumah ni abang beli and ubah suai sikit macam dunia dongeng.”

“Untuk apa.” Ros yang dari tadi senyap mula bersuara bila Zarul menjadi topik. Zarul memalingkan muka ke sisinya melihat Ros yang sudah berada di situ.

‘Masa bila budak ni sampai sini.’

Hana perasan dari mula yang Ros berminat bila Zarul menjadi topik perbualan. Dia juga bersikap pasif semasa Zarul ada bersama.

“Untuk bakal isteri abang nanti. Abang nak dia rasa yang dunia fantasi tu boleh wujud di dunia sebenar.” Ringkas Zarul menerangkannya sebelum dia berlalu untuk membantu yang lain mengangkat barang masuk ke dalam rumah.

Ros masih merenung bayang Zarul.

‘Alangkah bagus kalau wanita itu aku.’

“Ros, menung apa tu. Tolong Kak Long angkat beg masuk bilik.” Hana mematikan lamunan Ros. Pantas Ros mengangguk.

‘Aku kena tolong dua orang ni. sorang takut, sorang tak sedar.’ Kepala di gelengkan sedikit.

Mereka semua berlalu ke dalam rumah tersebut. Terdapat 7 buah bilik lengkap dengan bilik airnya sekali. Kata Zarul, dia nak semua tetamunya selesa bila berkunjung ke rumahnya ini. Masing-masing memilih bilik. Hakimi, Qairy, Amir dan Zarul memilih bilik perseorangan begitu juga dengan Hana. Anum dan Isya satu bilik begitu juga Lily dan Ros.

Hana dan Hakimi memilih bilik berdekatan dengan dapur, manakala yang lain, memilih bilik di tingkat dua. Tingkat tiga merupakan ruang legar yang di bahagi dua dengan ruang beratapkan kaca untuk melihat bintang di waktu malam.

Sekali lagi kaum hawa teruja dengan ruang tersebut. Sebentar sahaja bila mana Amir melaung dari dapur memanggil untuk mula menghidupkan api. Masing-masing mula melakukan tugas mereka bila siap membersihkan diri. Zarul dan Qairy berlalu ke bilik untuk merehatkan badan akibat memandu dalam jangka masa yang panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience