Bab 12

Romance Series 5387

2 MINGGU KEMUDIAN

Terlepas juga penyeksaan exam selama 2 minggu ini. Semua pelajar mempamirkan wajah yang pelbagai. Ada yang muram, ada yang tersenyum lega ada juga yang tidak beriaksi apa-apa. Hana berehat di bawah sebatang pokok rendang di depan dewan sementara menanti Anum. Fikirannya mula menerawang pada Hakimi.

“Apa kabar dia sekarang. Apa dia buat waktu ni. Dia fikirkan aku juga ke. Apa reaksi dia bila aku pergi nanti. Sekejap saja dah dua minggu. Malam ni aku akan pergi jauh dari dia.” keluhan berat di lepaskan. Cukup untuk pendengarannya saja.
Sememangnya Anum memberi cadangan pada Hana untuk pergi malam ni. Semua urusan kampus telah di selesaikan dalam masa dua minggi ini. Hostel juga telah di kemas. Barang-barang mereka sudah di pack sepenuhnya. Malam ini Anum akan menghantarnya pulang. Harap-harap Hakimi tidak dapat menjejakinya di sana. Dia bernasib baik kerana tidak pernah memberi tahu lokasi rumahnya di kampung.

“Bahhh!!!”

“Oh kau kampung!” di urut dadanya sedikit. Mahu luruh jantungnya di kerjakan Anum ni.

“Kau ni dah lama sangat ke hidup Anum. Kalau dah lama sangat, cakap kat aku. Nanti aku tempahkan lubang kubur untuk kau.” Di jelling kawannya itu. Anum hanya menunjukkan muka tidak bersalah.

“Kau tu yang tak perasan aku kat sebelah. Mengelamun ja kerjanya. Aku bagi salam pun kau tak perasan. Dah macam patung ja aku tengok kau tadi. Kampung, kampung. Rindu sangat ke dengan Nek Mah kau tu.. ke…”

Di renung Hana di sisinya itu. “…kau ingat kat Hakimi ye…”

Hana sudah tertunduk. Dia dah tertangkap.
Anum melepaskan keluhan kecil. Kepalanya di gelengkan.

“Dah lah Nur. Jom kita balik. Dah petang ni. Aku dah beli makanan tadi. Nanti kita siap-siap letak barang dalam kereta. Lepas majlis perpisahan malam ni, kita gerak. Ok.”

Hana terkedu. “kau kata tak nak pergi majlis malam ni.”

Anum memeluk bahu Hana. Dia ketawa. “Tak kan aku nak tengok kau monyok je. Nanti kau jadi mayat hidup pula. Kau tengok lah dia puas-puas malam ni. Sebelum kita pergi. Aku tak kejam lah.”

Pantas Hana memeluk Anum. “Thanks Anum. Aku sayang kau.” Air matanya mula mengalir.

Anum membalas pelukan itu. Di usap belakang badan Hana.

“Dah jom balik. Nanti lambat pula. Dah nak senja ni.”

“Emm” itu saja yang mampu Hana katakana saat ini.

Mereka berlalu dari situ.

. . . . .

Padang mula di banjiri beribu orang pelajar termasuk pengajar juga. Majlis ini di buat di padang utama kampus di sebabkan dewan tidak mampu nenampung jumlah pelajar yang ramai. Konsep terbuka tanpa bumbung menjadikan majlis ini Nampak begitu santai. Khemah di pasang untuk makanan sahaja. Terdapat juga pelbagai food trak yang menyajikan bermacam-macam makanan. Semuanya sudah di bayar oleh pihak kampus. Ada ura-ura yang mengatakan ia di sponser oleh seorang kerabat.

Mereka berdua bernasib baik dapat tempat duduk yang hampir dengan pentas. Kebanyakan pelajar memilih tempat duduk yang berhampiran dengan makanan. Hana memang nak duduk jauh dari kesesakan orang ramai. Dia mudah berasa rimas. Anum terpaksa ikut dengan muka sedih. Dia nak makan banyak. Semua makanan free kot.. ruginya… Hana hanya membiarkan saja. Malas dia melayan perangai Anum tu. Hari ini dia nak lupakan semua kisah sedihnya. Dia nak bergembira untuk beberapa jam ini saja. Itu tekatnya.

“Nur aku dengar ada kejutan tau dari MPP. Tak sabar aku nak tahu.”

“Ye ke, kejutan apa pula.” Di pandang Anum seketika sebelum dia mengelilau mencari jejaka hatinya.

Anum sekadar menjongkitkan bahunya. “Entah aku tak tahu pula. Nanti kita tengok je lah.” Matanya mula fokas pada khemah juadah. Baru saja dia ingin bangun datang dua putera kayangan ke arah mereka membawa dulang penuh dengan makanan. Ada juga beberapa bungkusan yang terisi makanan, mungkin makanan dari food trak.

Pantas di tepuk peha Hana bila di lihat dua lelaki itu sudah berdiri di depan mereka. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki tersebut.

“Apa kau ni tepuk-tepuk aku pula. Aku nak cari Hakimi ni. Jangan kacau boleh tak.” Membebel Hana bila kerjanya di kacau.

Terdengar ketawa maskulin dari dua jejaka tersebut.

“Rindu sangat awak dekat Hakimi tu ye. Langsung tak pandang kami ni.” kata salah seorang dari mereka.

‘Macam kenal suara tu.’ Hana terdiam sebelum berpusing ke depan semula.

Alangkan terkejutnya dia bila dilihat salah seorang dari lelaki tersebut. Senyum lebar di ukirkan.

“Amir.. awak buat apa kat sini. Setahu saya awak tak belajar kat sinikan.”

Amir tertawa senang. “Ya saya tak belajar kat sini. Tapi ada orang tu minta saya datang sini untuk pastikan awak dekat dengan pentas. Memandangkan saya sorang je kawan dia yang awak dah tahu. Tapi syukur awak dah pilih tempat ni. Senang kerja saya dah.” Di kenyitkan matanya pada Anum yang masih memandang mereka berdua. ‘Tergoda dengan kami lah tu.’
Anum menundukkan pandangannya bila tersedar yang dia melebihi batas. Hana tersenyum menyaksikannya.

“Amir jangan sakat Anum. Isya awak marah nanti.”

Amir tersengih.

“Kenapa mesti dekat dengan pentas.” Hana bertanya. Hanya senyuman yang di balas Amir. Hana menjongkitkan bahunya. ‘Biar lah nanti tahu juga.’

“Ni saya kenalkan Qairy, kawan kami. Dia belajar kat sini juga kalau awak perasan.”

Hana menggeleng. Menandakan dia tidak kenal.

“Maaf, saya tak mesra alam sangat. Ni je lah kawan saya. Anum. Anum aku kenalkan ni Amir, chef yang aku ceritakan kat kau tu.” Anum hanya mengangguk kepala. Tiba-tiba dia berasa malu pula dengan mereka.

“Hai Anum. Tak akan tak ingat saya.” Anum dah berkerut dahi. Wajah Qairy di pandang. Mengharapkan dia mengingati wajah itu.

“Dekat café. Peluk.” Senyuman menggoda di beri pada Anum. Terus mata Anum terbeliak. ‘Mamat ni ke. Aduh malu lak aku.’

“Hahaaha.. saya dah ingat dah.. terima kasih ya senior tolong saya.” Qairy hanya mengangguk.

Hana dan Amir hanya memandang dua mahluk itu.

“Dah lah korang. Ni ada makanan. Kitorang dah ambilkan sekali untuk korang berdua. Jom makan. Sementara panas lagi ni.” mereka mengambil tempat di depan gadis berdua itu. Meja tersebut cukup untuk empat orang.

Anum dah mula teruja melihat makanan yang banyak di depan mereka. Perutnya di usap. Rezeki datang bergolek. Doa di baca oleh Qairy. Mereka makan sambil menyaksikan persembahan di pentas.

“Amir boleh saya tahu Hakimi kat mana. Saya tak nampak pun dia.” Soalan Hana memecahkan sunyi antara mereka.

“Dia ada kat belakang pentas tu. Tengah bersiap kot.” Hana berkerut dahi. ‘Buat apa dia nak bersiap.’

“Bersiap untuk apa.”

“Adalah. Nanti awak tahu juga. Dah makan cepat. Nanti dah kenyang tak habis pula makanan ni.” selamba saja Amir mengatakannya.

“Dia dah makan ke.” Tanya Hana lagi.

Amir menghentikan suapannya. Di perhati saja Hana di depannya.

“Nur… jangan risau sangat boleh tak. Nanti dah habis urusan dia, pandai lah dia cari kita kat sini. Ni ada makanan untuk dia. Tak mati pun mamat tu.” Di suapkan sepotong daging panggang ke dapam mulut Hana. Hana yang tidak bersedia hanya mengunyah saja.

“Ok lah kalau macam tu.” Anum dan Qairy memandang pelik mereka berdua. ‘Cinta tiga segi ke ni’ kata hati mereka.

Amir yang faham dengan pandangan itu beriak tenang.

“Qairy, Anum…” mereka berdua memandang Amir. Kening di angkat.

“… aku setia dengan Isya aku, jangan fikir bukan-bukan ye. Aku nak Nur ni makan saja.”

Qairy mengangkat kedua belah tangan ke atas. Anum yang melihat turut berbuat sedemikian. Sehati sejiwa betul dorang ni.

“Aku tak cakap apa. Kau terasa kenapa.” Anum menganggukkan kepala mengiakan.

Amir menjeling. “Cara kau pandang aku pun dah nampak yang kau fikir negative. Jangan nak auta aku lah bro…” dia sambung makan.

Hana yang pada mulanya tidak paham mula tersenyum kecil.

“Jangan lah salah faham korang.. aku setia dengan Hakimi.” Hana perasan jelingan Anum. Hanya senyuman hambar saja dia berikan kembali pada Anum.

Qairy memandang dua gadis di depannya. Seperti ada rahsia antara mereka berdua. Tangannya masih setia di pinggan, memotong daging panggang.

Tiba-tiba mereka di kejutkan dengan suara kuat dari pengacara masjil. Sememangnya dari tadi pengacara itu bercakap, tetapi mereka tidak menghiraukannya. Makanan di depan mata lebih menarik minat masing-masing.

“Baik lah semua hadirin. Tibalah masa yang di nantikan. Mesti semua sudah mendengar ura-ura yang kumpulan MPP kita ada kejutan bukan.” Pengacara sengaja memberi hadirin rasa berdebar.

“Masa di belakang tadi, orang yang nak beri kejutan ini cakap dia nak sampaikan sesuatu untuk seseorang… Ooopss… saya dah terlepas cakap pula.” Suasana menjadi ceria dengan tiba-tibanya bila pengacara seolah-olah meminta maaf dari seseorang di tepi pentas. Tertunduk-tunduk dia pada orang itu.

“Baik lah semua, kita tidak sangka ye yang beliau ada bakat sebegini. Selama ini yang kita tahu beliau mampu memimpin, tetapi malam ini beliau akan menunjukkan bakat terpendamnya. Tanpa membuang masa, saya mempersilakan, ketua MPP kita,Saudara Tengku Syahrul Hakimi naik ke pentas.” Dengan penuh semangat pengacara itu berkata. Seluruh padang menjadi bising dengan sorakan dan tepukan dari hadirin. Bukan sahaja dari para pelajar malahan dari tenaga pengajar juga.

Hakimi naik ke pentas dengan tenang. Matanya mencari Hana di depan pentas. Amir ada memberi tahunya lokasi tempat duduk mereka melalui SMS. Itu memudahkan lagi pencariannya. Senyuman manis di lemparkan pada bidadarinya itu. Riaksinya tika ini sangat menunjukkan yang dia terlalu bahagia. Terlepas rindunya selama ini kepada Hana. Bidadarinya cantik dengan blaus putih di padankan dengan seluar denin kelabu lembut. Tudung bawal yang di ikat simpul pada hujungnya, menjadikan penampilan Hana sangat ringkas tetapi masih menarik hatinya.

“Assalamualaikum semua. Malam ni kita santai-santai meraikan sem akhir senior diploma dan ijazah kita. Walaupun saya dah biasa bercakap di hayalak ramai, tetapi malam ni saya agak gementar sikit.”

Hakimi senyap sebentar, mungkin mengambil nafas.

“Saya nak sampaikan sebuah lagu sebagai penutup masjil kita.” Sekali lagi suasana menjadi bingit dengan suara pelajar. Ada yang bersorak ada juga yang menjerit hysteria.

Hana mula dapat mengagak tugas apa yang Hakimi sibukkan dari tadi. ‘Lagu ni untuk aku ke?’ hatinya mula berteka-teki. Pandangan Hakimi di balas dengan senyuman paling manis. ‘Lupakan semua derita Hanani. Jangan fikirkan apa-apa, nikmati masa yang tersisa ni.’

“Sebelum saya mula, saya menjemput sahabat karib saya Qairy dan Amir.” Tepukan bergema di padang itu. Hana dan Anum memandang dua jejaka itu bangun dari tempat duduk mereka menuju ke pentas. Mereka seperti tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Tak sangka tiga sahabat ini ada banyak kejutan.

“Saya rasa ramai yang tak tahu kami ni sahabat. Semua kenal kan pada Qairy. Bakal jurutera kita, dan yang sorang lagi ni Amir bukan pelajar sini. Mereka ni sahabat saya dari kecil. Kami memang selalu bersama.” Hakimi mengagukkan kepalanya sekali pada Qairy dan Amir.

Qairy dan Amir senyum dan menundukkan sedikit badan mereka. Terus mereka bertiga mengambil kedudukan di tempat masing-masing. Qairy sebagai pemain gitar kedua dan Amir sebagai pemain dram. Hakimi di tengah pentas bersiap sedia untuk menyanyi.

“Seperti yang pengacara katakan, saya memang nak tujukan lagu ini pada gadis teristimewa dalam hidup saya. Kali pertama saya kenal dengan dia saya dah berdoa yang dia akan jadi yang terakhir buat saya. Saya tidak pandai untuk berkata manis. Melalui lagu saya menyampaikan perasaan saya. Harap ia sampai pada tuan badan.” Sekali lagi suasana jadi riuh dengan sorakan dan tepukan hadirin.

Pandangan Hana dan Hakimi bersatu. Masing-masing dengan perasaan sendiri. Hakimi dengan rasa teruja, Hana dengan rasa bersalah yang semakin menebal. Adakah pemergian aku memberi impak yang besar pada Hakimi nanti. Andai kami bertemu semula, adakah dia akan membenci aku. Macam mana aku nak lari nanti. Apa aku nak buat ni.’ Dalam hati yang sedang berperak, dia melemparkan senyuman manis pada Hakimi. Mukanya di ceriakan sehabis mampu.

Anum hanya mampu memandang. Dirinya turut terkesan dengan situasi Hana sekarang ini.

“Terimalah, Terasa Ada.” Dengan suara serak basah Hakimi menuturkannya.

Kamu telah membuatku,
Tersenyum dan memandang mu,
Kau hadir menemani di sampingku,

Kamu yang mewarnakan cinta,
Yang menghidupkan rasa,
Bersamamu ku bahagia,

Tiada yang mampu memisahkan kita berdua,
Tiada yang mampu melenyapkan peresaan ini,
Biar diuji takkan ku berhenti,
Akan ku pertahakan,
Hingga nafas yang terakhir,
Kamu telah membuatku, tersnyum dan memandang mu,
Kau hadir menemani disampingku,
Tiada yang mampu memisahkan kita berdua,
Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini,
Biar diuji takkan ku berhenti,
Akan ku pertahankan,
Hingga nafas yang terakhir.

Benar engkau adalah pengakhirannya,
Yang ditakdirkan bersama diriku,
Jika masih ada rasa yang tertinggal,
Aku kan mengambinya kembali,
Kerna terasa ada.

Tiada yang mampu memisahkan kita berdua,
Tiada yang mampu melenyapkan perasaan ini,
Kerna terasa ada.

Bergenang air mata Hana mendengarnya. Jika wanita lain pasti tersenyum bahagia. Tetapi bagi Hana ini adalah pengakhiran kisah cinta mereka. Tangannya menutup wajahnya. Hanya mata saja yang kelihatan. Pandangan Hakimi tidak lepas darinya. Hana merasakan ada mata-mata yang dapat menghidu pada siapa lagu ini di tujukan.

“Anum macam mana aku nak buat ni. Aku tak sanggup tengok dia sedih. Aku tak kuat Anum.” dalam tangan masih di kedudukan yang sama, Hana berkata pada Anum. Matanya masih memandang Hakimi. Air matanya mengalir tanpa dia menghiraukan pandangan orang termasuk pandangan Hakimi.

Anum tidak terkata. Dia turut buntu tika ini. Tidak di sangkakan Hakimi betul-betul mencintai Hana. Hanya pandangan kosong yang dapat di beri pada Hana.

Qairy yang memerhati dari atas pentas mula sangsi dengan dua orang gadis itu. Dia merasakan ada rahsia antara mereka berdua. ‘Kalau betul apa yang Hakimi cakap hari tu. Aku tak jamin yang dia akan kuat terima kenyataan nanti.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience