Bab 20

Romance Series 5387

Hari ini genap 3 minggu sejak dia bertemu Hakimi. Masih ada 1 minggu lebih sebelum mereka mengakhiri tempoh sebulan itu.Baru hari ini mereka dapat berjumpa setelah 4 hari Hakimi keluar negara atas urusan kerja.

Hana melangkah dengan anggun menuju ke dalam bangunan Empire of Infinity. Baju kurung kedah yang di modenkan itu menampakkan Hana seorang gadis melayu terakhir. Sengaja Hana memakai baju kurung di hari Jumaat yang mulia ini, selalunya dia mengenakan pakaian yang lebih santai agar memudahkan pergerakannya. Lagi pun hari ini dia ingin meyambut hari lahir Hakimi yang ke-28 tahun.

Tangannya penuh dengan beg kertas, belum masuk beg galasnya lagi. Ada makanan tengah hari, kek dan hadiah untuk Hakimi. Semenjak mereka bertemu semula, Hakimi sering memintanya memasakkan hidangan untuk tengah hari dan di bawa ke pejabatnya serta makan bersamanya. Hana dengan senang hati melakukannya. Dapatlah dia selalu berjumpa Hakimi.

Lalu saja di depan kaunter pertanyaan, dia melemparkan senyuman ikhlas kepada petugas di situ, tetapi senyumannya hanya di balas dengan jelingan oleh seorang wanita. Manakala yang lain hanya tersenyum sedikit. Dapat juga dia mendengar kata-kata kesat yang di lemparkan kepadanya. Perampas, perosak, itu yang sering dia dengar. Tetapi di abaikan saja. semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Selepas ini, semuanya akan kembali sediakala.

‘Lantaklah apa orang nak kata, asalkan aku bahagia.’ Dia melangkah ke dalam lif khas. Ucapan terima kasih di berikan pada petugas lif tersebut.

Ya, dia memang kelihatan jahat, pemusnah hubungan orang. Tetapi hatinya tidak boleh di tahan. Dia sangat mencintai Hakimi. Biarlah orang nak kata apa sekali pun. Cuma sebulan ini sahaja, selepas itu dia dengan Hakimi sekadar teman.

Sesampai di depan meja Kak Diana, kosong. Terus dia melangkah ke bilik Hakimi. pintu di ketuk, tetapi tiada sahutan, lalu tombol pintu di pulas dan melangkah masuk. Dia melihat sekeliling bilik, mencari Hakimi. Tiada.

Kaki melangkah ke sofa. Terkejut dia melihat Hakimi terbaring di situ. Pantas dia mendekati Hakimi. Tubuhnya kelihatan lemah sekali. Wajahnya pucat ditambah dengan peluh yang timbul di dahi membuatkan Hana jatuh kasihan.

“Hakimi, awak demam ke..” tangan di letakkan di dahi tersebut.

Perlahan Hakimi membuka matanya sedikit, melihat tuan punya suara itu. Terukir senyuman bahagia di bibir pucatnya bila melihat orang yang di rinduinya itu.

“Sayang I miss you…” Perlahan dia berkata dengan suara yang tenggelam timbul.

“I miss you too…” di belai rambut Hakimi persis seperti membelai anak kecil. Rindunya mula terubat. Senyuman terukir di bibir masing-masing.

“Hakimi kita pergi hospital ya. Badan awak panas sangat ni… nanti makin teruk pula demannya.” Lembut Hana memujuk. Tangannya lincah mengelap peluh di wajah dan leher Hakimi dengan sapu tangannya. ‘Nasib aku belum guna sapu tangan ni.’

Hakimi menggeleng.

“Tak perlu… sayang ambilkan ubat dan kool fever dalam almari pakaiaan dalam bilik boleh.” Di sentuh tangan Hana yang masih mengusap kepalanya itu. Hilang sakitnya bila melihat bidadarinya itu. Badannya yang tadi lesu, sudah berasa segar sedikit.

Hana menganguk dengan senyuman.

“Ok, tunggu kejap.” Pantas dia berlalu ke bilik antara rak itu.

Bukan dia tidak tahu yang Hakimi tidak suka ke hospital. Katanya dia akan rasa bertambah sakit bila ke sana. Cuma kali ini dia sengaja mencuba, mana tahu Hakimi sudah berubah selepas 5 tahun ini.

Seketika kemudian Hana muncul semula. Di tangannya terdapat dulang yang terisi dengan ubat, kool fever, sebolot air jarang serta segelas cawan. Turut di bawa bersama satu selimut tebal. Untuk persediaan. Semuanya di letakkan di meja kopi.

Hana belutut di sisi Hakimi. Tubuh Hakimi di dudukkan. Ubat dan segelas air di suakan pada Hakimi. Setelah di pastikan Hakimi makan ubat, terus dia menanggalkan pakaian Hakimi bermula dari baju kemeja.

Hakimi yang masih lemah, hanya membiarkan perlakuan Hana itu.

“Sayang sejuk….” Dia mula memeluk tubuhnya.

“Sekejap je ye.. saya nak lap badan awak, lepas tu nak tampal kool fever ni dekat badan awak.. bagi cepat turun suhu badan ni.. awak tu kalau demam teruk sangat. Makin lambat kebahnya nanti.” Terang Hana dengan bebelannya itu.

Tubuh Hakimi di baringkan semula. Selesai mengelap tubuh kekar jejaka itu, di tampal 2 keping kool fever di bawah ketiak pula. Terhenjut sedikit Hakimi bila benda sejuk itu mengenai kulitnya.

“Sayang tak nak… sejuk lah.. tampal kat dahi je lah..” rengek Hakimi seperti budak kecil.

“Tahan lah, kalau degil nanti saya bawa awak pergi hospital. Nak.” Tegas Hana.

Terus Hakimi diam. Matanya saja yang berinteraksi dengan mata helang Hana. Belum pernah dia melihat Hana seperti mak-mak memarah anaknya. Ini sisi baru Hana yang dia lihat.

Bila di lihat Hakimi mula tenang, tangannya mula menanggalkan tali pinggang lelaki tersebut.

Hakimi masih beriak biasa. Langsung tidak sangsi dengan perbuatan berani gadis di depannya itu. Dia mula tersenyum nakal.

“Sayang…. Jangan goda saya masa tengah demam ni… nanti dah sihat saya layan ye..” matanya di redupkan memandang Hana.

Terbuntang mata Hana dengan kata Hakimi tersebut. Di pukul manja lengan lelaki tersebut.

“Hei… jangan salah faham, saya nak tampal kool fever ni dekat bawah pelipat kaki awak je, bukan nak buat benda bukan-bukan.” Wajahnya mula memerah menahan malu. Tidak di sangka Hakimi akan berkata begitu.

Hakimi ketawa besar.

“Ni saya ada bawa selimut untuk tutup tubuh awak. Janganlah fikir bukan-bukan…” Wajah di cemberutkan.

“Macam mana saya tak fikir bukan-bukan.. main buka je, tak minta izin. Kalau saya terkam Hana sekarang ni, menyesal tak sudah Hana nanti…” Hakimi masih dengan sisa tawanya. Air matanya keluar akibat menahan tawa. Lucu melihat riaksi Hana sebentar tadi.

Wajah Hana semakin membahang, tetapi dia belagak biasa sahaja. Malu tapi mahu. Tubuh Hakimi di selimutkan. Dia berlalu di hujung kaki Hakimi. Di tarik seluar Hakimi keluar. Untung Hakimi faham dan membantu memudahkan kerja Hana dengan melonggarkan sendiri seluarnya itu.

‘Hailah.. nasib aku pakai boxer longgar hari ni. Taklah seksi sangat. Dia ni selesa sangat aku tengok. Dia ingat, aku ni kuat sangat ke nak tahan nafsu.’

Hakimi sengaja menguis tangan Hana pada kakinya menggunakan jari kaki. Wajahnya bersahaja, seperti tidak bersalah.

Hana menjelling sedikit lelaki itu, dalam hatinya tidak habis-habis menyesal dengan tindakan beraninya itu. Dia duduk semula di sisi Hakimi.

‘Cepat aku selesaikan kerja ni, cepat aku boleh jauh dari ulat bulu ni. Bahaya dekat lama-lama macam ni.’

“Alah… saya tak terfikir pun macam tu sekali, yang saya fikir, cuma nak tampal cepat. Lagi pun.. awak kan tak sihat, mana boleh awak serang saya… tak dapat pun..” Hana tersenyum menang kepada Hakimi.

Sengaja dia berkata begitu. Walha di dalam hati, nakal. Boleh saja dia menyuruh Hakimi melakukannya sendiri, tetapi sifat miangnya makin menjadi pula. Itulah di katakan malu-malu kucing.

Hakimi memandang tidak percaya pada Hana. Tubuh di dudukkan, selimut di tarik menutup perutnya. Sekadar syarat agak tidak terlalu seksi.
“Beraninya cakap macam tu. Saya ni walau tak sihat, masih ada tenaga tahu.”

Pantas di capai tangan Hana yang memegang kool fever itu, kemudian di tarik agar Hana rapat padanya. Pandangan nakal di halakan pada gadis itu. Hana sudah tidak tentu arah. Dia terkejut, air liur di telah payah.

“Saya pandang Hana berselera sangat. Rasa nak gigit-gigit saja sesayangan saya ni. Dengan baju kurungnya, manis… mengoda… cukup buat saya bernafsu sekarang ni.” di tarik Hana lebih rapat padanya. Selimut yang menutup perutnya mula melorot ke bawah pusat, menampakkan tubuh atasnya yang kekar sepenuhnya.

Hana memejamkan matanya bila ternampak perut Hakimi yang berketul-ketul itu. Wajahnya tak perlu cakaplah, dah merah macam delima. Di buka sedikit mata nakalnya untuk melihat tubuh itu.

Hakimi yang tidak perasan sifat nakal Hana itu hanya tersenyum kemenangan.

‘Tahu takut. Amboi… merahnya muka. Rasa nak gomol je.’

Perlahan di lepaskan tangan Hana. Sebenarnya dia memang tak larat, tapi saja buat-buat kuat. Tubuh di baringkan semula. Kool fever di dahi di tekan sedikit. Begitu juga di tubuhnya. Tekaknya mula rasa perit. Tubuh di selimutkan semula. Tak pasal-pasal dah buat tayangan percuma tadi. Mata di pejam dalam senyuman.

‘Kena ajar sikit dia ni.. baru tahu perbuatannya itu merbahaya.’

Hana membuka mata dengan luas bila saja Hakimi menutup tubuhnya dengan selimut, nafas separuh lega di tarik berat. Di membetulkan duduknya semula. Kool fever di ambil semula. Teragak-agak nak tampal atau tidak.

‘Nak buat ke tidak. Kalau aku buat Nampak sangat aku miang. Tapi ikut hati memang nak buat.’

Di pandang wajah Hakimi seketika. Kepala di geleng dengan pantas.

‘Aku tak akan buat. Boleh melayang dara aku nanti.’

“Awak… bangun sekejap. Tampal ni kat belakang kaki awak. Bagi cepat kebah.”Halus sahaja suara Hana pada pendengaran Hakimi.

Hakimi menelan liur. Mata di buka, terus memandang Hana di sisi.

“Sayang jom masuk bilik. Tak tahan lah. Tak payah buat lama-lama, sekejap pun boleh. Asal lega sikit, jadilah.” Pandangannya bersahaja. Mata di arahkan ke bawah tubuhnya. Memberi isyarat apa yang di maksudkan kepada Hana. Di tahan diri dari tersenyum.

“Apa miang sangat ni…” di pukul perut Hakimi kuat. Buat-buat geram.

Hakimi mengaduh sedikit.

“Dah tu.. buat lagi suara gemersik macam tu. Saya baru nak tenang dah bernafsu balik.”

Hana hanya diam. Lagi di layan makin menjadi miang Hakimi nanti. Miangnya juga perlu di kawal. ‘Hailah… aku ni kemaruk sangat dah ni…’ Hana memejamkan matanya.

’Tahu lah salah aku. Banyak sangat pantang larangnya. Belum lagi aku jadi kucing parsi. Nasib bukan suami je dia ni.’

Hakimi tersenyum dalam diam. Seronok dia menyakat Hana.

“Sayang, dekat sini pun boleh lah. Kunci pintu, orang tak masuk dah.”

“Hiiii…!!! Dia ni kan, makin menjadi pula ulat bulu dia tau…!!!”

Hana dari bersimpul terus melutut. Matanya tajam memandang Hakimi. Tangannya di angkat tinggi memukul tubuh itu dengan pek kool fever. Kuat bunyinya.

‘Kecil besar kecil besar je aku tengok dia ni.. geramnya…’

“Aduh sayang sakit lah.. saya gurau je.. jangan lah marah sangat. Sudah lah sayang…”

Hakimi berusaha menangkap tangan halus itu. Dapat sahaja terus di kunci tangan tersebut di dadanya. Perbuatan tersebut medorong Hana rapat pada Hakimi.

Masing-masing senyap. Jantung mula mengepam laju. Nafas turun naik tidak menentu.Hana dapat merasa degupan jantung Hakimi di sebabkan tangannya berada pada dada lelaki itu.
Suasana menjadi sunyi seketika. Hana cuba menarik tangannya, tetapi tidak berhasil bila Hakimi semakin mengeratkan genggamannya.

‘Aku nak cium dia sekali saja.’ bisik hati Hakimi.
Wajah di dekatkan pada wajah Hana.

Hana yang dapat mengagak apa yang ingin di lakukan Hakimi itu, memalingkan wajahnya ke sisi kanan menghadap sofa. Ciuman itu sekadar mengenai pipinya.

Hana terasa seperti ada renjatan bila bibir pucat itu mengenai kulit pipinya. Dia cuma mampu menjarakkan sedikit wajahnya memandangkan tangannya masih dikunci.

Hati Hana mula tidak menentu.

‘Aduh dia ni.. sengaja lah.. dia ingat aku ni baik sangat ke. Iman aku nipis dah ni.. karang aku balas, lain pula jadinya nanti.’ Matanya di pejam menenagkan diri.

Masing-masing cuba menenagkan diri. Hakimi masih tidak melepaskan tangan Hana. Dia meletakkan semula kepalanya di bantal. Tangan Hana masih digenggamannya.

Suasana sunyi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin sahaja sebelum….

“Korang buat apa ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience