Bab 26

Romance Series 5397

Suasana malam ni sangat nyaman. Semua orang sudah berkumpul di antara kolam renang dan pantai. Bayu laut yang bertiup lembut membuatkan cuaca bertambah sejuk.

Hana melihat di bahagian memanggang. Kelihatan Amir dan Isya sedang memanggang ayam dan daging mentah. Sesekali Amir mengusik Isya dengan gurauannya. Isya pula malu-malu bila di usik depan Lily yang datang untuk mengambil makanan.

Pandangannya beralih pula di kolam. Anum dan Ros sedang rancak bersembang sambil menjamu selera. Seperti yang di jangka, mereka semuanya peramah. Mudah mesra walaupun tidak selalu berjumpa. Di dalam kolam pula kelihatan 3 jejaka kacak sedang berenang. Kolam yang besar sepanjang 50 meter itu sememangnya Zarul buat untuk memudahkan mereka bertanding. Kedalaman kolam itu terbahagi 3, dari 1 meter sehingga 3 meter. Hana tahu, Hakimi suka berenang sama sepertinya. Tetapi dia tidak menjangkakan yang Zarul dan Qairy juga suka berenang. Amir sahaja yang tidak gemar berenang, dia lebih suka berpeluh di dapur dari berendam di kolam. Kata Hakimi, Amir ada sejarah hitam dengan kolam renang. Tidak pula Hana bertanya lebih.

Tidak lama kemudian kelihatan 3 jejaka itu keluar dari kolam. Badan mereka yang berotot jelas kelihatan kerana mereka tidak berbaju, hanya seluar pendek sahaja yang di kenakan. Hakimi berpaling memandang Hana di beranda rumah. Dia tersenyum kacak kepada Hana. Tangannya sibuk mengelap tubuh yang basah dengan towel kecil. Sebelah lagi memegang baju t-shirtnya.

“Sayang kenapa tak makan lagi. Dari tadi Kimi perasan sayang senyum sorang-sorang. Nak kongsi dengan Kimi.” Hakimi duduk di sebelah Hana dengan tangannya mengeringkan rambut yang basah.

Hana masih merenung kolam. Kakinya dirapatkan ke dada, dagu diletakkan di lututnya. “Saya seronok bila tengok mereka bahagia. Tak sangka Zarul dan Qairy suka berenang juga.”

“Kami memang suka berenang. Itu senaman utama kami.” Hakimi bangun dari duduk. “Dahlah sayang, jom kita makan. Lepas makan ikut Kimi pergi satu tempat. Ok.”

Hana mula teruja. “Rahsia ke?” dia seperti dapat mengagak yang Hakimi tidak akan beritahu tempat yang di tuju itu.

“Ye, rahsia. Jom makan.” Dengan suara yang cukup lembut dia mengajak bidadarinya itu.
Hana hanya menurut.

. . . . . . .

Hana mengikut langkah Hakimi di depannya menuju ke puncak bukit di belakang rumah. Perjalanan mereka mengambil masa 5minit. Bukit tersebut tidaklah tinggi mana, cuma ia sedikit curam membuatkan sukar untuk di daki walaupun terdapat denai.

Tiba-tiba Hakimi berhenti dan berpaling kearahnya.

“Kenapa.” Tanya Hana sedikit pelik.

“Kita dah sampai. Tengok tu.” Hakimi menunjukkan ke satu arah.

Hana menekup mulutnya, tidak percaya dengan apa yang di lihatnya.

“Ya-Tuhan… cantiknya pemandangan ni… macam mana awak jumpa tempat ni.” Hana sudah menggoncang tangan Hakimi. Matanya tidak lepas dari memandang cahaya bulan yang terbias di antara pokok di tepi juram itu. Di tengah-tengah antara pokok itu terhanpar sebidang kain yang di atasnya terdapat sedikit juadah dan gitar. Turut tersedia peralatan melukis.

“Hakimi, awak buat semua ni.”

Hakimi mengangguk.

“Lampu kat pokok tu awak yang gantung juga.”

Angguk lagi.

Hana sudah tersenyum lebar. Matanya bersinar kegembiraan memandang ke dalam mata Hakimi. “Terima kasih… jom duduk sana. Tak sabarnya nak melukis. Lama dah saya tak melukis. Seronoknya.!” Suara kegirangan itu sudah cukup membuatkan Hakimi menarik nafas lega.

‘Baguslah Hana suka. Tak sia-sia aku sediakan semua ni. Moga dia terima aku nanti.’

“Jom kita duduk. Kita habiskan masa dekat sini sampai lukisan sayang siap sepenuhnya. Ok. Kimi dah pasangkan ubat nyamuk dekat sekeliling ni. So kita boleh duduk dengan selesa.”

Mereka duduk bersama. Hakimi merapatkan kedudukan mereka bila mana dilihat Hana tidak menolaknya. Mungkin gadis itu sudah tenggelam di dalam dunia lukisannya. Perlahan-lahan Hakimi mencapai gitar dan memainkan lagu.

Hana menoleh sebentar pada jejaka tinggi di sebelahnya. Dia terbuai dengan petikan gitar Hakimi sebelum menumpukan semula pada lukisannya. Masing-masing dengan aktiviti sendiri. Tidak mengambil banyak masa, Hana siap melukis. Dia melepaskan nafas lega bila dapat melukis pemandangan yang cantik itu.

“Dah siap ke sayang. Boleh Kimi tengok.” Dia mencapai buku lakaran di sisi kiri Hana itu membuatkan badan mereka bertemu. Hana dapat menghidu haruman yang di pakai Hakimi, begitu juga sebaliknya. Hakimi dapat menghidu haruman citrus dari Hana. Mereka senyap seketika. Seperti orang asing pula.

Seketika cuma, Hakimi menegakkan semula tubuhnya. Senyuman di berikan kepada Hana selepas melihat lukisan yang cantik itu.

“Cantik. Boleh Kimi ambil lukisan ni. Sebagai kenangan kita.”

Hana memandang wajah tampan itu dengan pandangan redup sebelum melemparkan senyuman manis serta menganggukkan kepalanya sekali.

“Boleh.” Ringkas Hana menjawapnya sebelum dia bangun dari duduk.

“Hakimi jom turun, dah lewat ni. Mesti semua orang tercari-cari kita. Tadi kita tak bagi tahu pun nak ke mana. Lagi pun, saya rasa tak sedap badan. Mungkin sebab perjalanan jauh.” Tangannya sibuk mengemas barang.

Hakimi masih mematung di sebelahnya, hanya mata sahaja yang bergerak melihat Hana mengemas.

“Nak turun dah…” jam di tangan di kerling.

“Baru pukul 10 malam. Awal lagi. Kita duduk sini dulu ye. 30 minit je. Boleh?” Hakimi merayu dengan mata sengaja di kerlip-kerlip.

‘Alahai muka.. ni yang buat aku lemah ni.’ Hati Hana mula cair melihat Hakimi yang seperti bayi meminta susu Itu.

“OK 30 minit je. Janji ye.” Hana memandang tepat pada wajah Hakimi. Apabila dia melihat ada anggukan dari jejaka tersebut barulah dia duduk semula.

Hakimi mengeluarkan Iphonenya dan membuat sesuatu.

“Ni Kimi dah tetapkan masa. So bunyi saja loceng ni, kita turun.” Bersungguh dia memberitahu Hana. Rancangannya belum dilaksanakan lagi.

Hana merenung pada laut luas di hadapannya. Kaki di rapatkan di dada dan dagu di letakkan di kepala lututnya.

‘Waktu semakin hampir. Mampu ke aku melihat dia bernikah dengan perempuan lain? Masa dia bersanding, boleh ke kaki aku melangkah ke arah pelamin mengucap tahniah? Kuat ke aku bila lihat dia menggendong anaknya nanti? Ya-Allah, aku keliru. Betul ke apa yang aku buat ni. Mampukah kami bahagia dengan hubungan yang macam ini. Berdosakah aku mencadangkan hubungan sebegini.’

Hana berperang dengan dirinya sendiri. Genggaman di kakinya semakin kuat. Dia mula merasakan apa yang mereka buat ini salah.

‘Sepatutnya dari mula aku tak datang KL. Aku tak patut munculkan diri di depan dia. Aku tak patut beri Hakimi harapan macam ni sedangkan aku tahu yang kami tak akan dapat bersama.’

“Sayang…”

Hana memalingkan wajah memandang Hakimi di sis. Baru dia perasan yang Hakimi duduk menghadapnya dengan gitar di tangan.

‘Dia mesti perasan yang aku termenung tadi.’

“Maaf, saya asyik sangat dengan pemandangan ni. Cantik. Susah nak dapat lagi. Awak ada cakap apa-apa ke tadi.” wajah di maniskan menyembunyikan kecelaruan diri.

Hakimi menggelengkan kepala sedikit.

“Ada-ada je sayang ni. Kimi tanya, sayang nak Kimi nyanyikan lagu apa.”

“Apa-apa lagu. Saya tak kisah. Suara awak sedap.” Hana membetulkan kedudukannya menghadap Hakimi. Dia fokas memandang wajah pujaan hati.
‘Ya-Tuhan… aku betul-betul nak peluk dia sekarang ni. Aku tak nak lepaskan dia.’ Hakimi mengawal riak wajahnya agar tidak terlalu sayu.

“Kalau macam tu Kimi nyanyi lagi ni.” dia berdeham membetulkan suaranya.

By : Boyce Avenue (acoustic)

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone?
All of my doubt suddenly goes away somehow.

One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more.

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this.

One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more.

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more.

One step closer, one step closer.

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more.

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand years.

One step closer, one step closer….

Hana mengesat air matanya. Dia mula tersedu. Sungguh perasaannya bercampur bauk ketika ini. wajah di tekup.

‘Ya-Tuhan, aku bersalah sangat pada dia… Kenapa awak berharap macam tu sekali Hakimi. Saya tak mampu.’

“Hana, are you ok. Kenapa tiba-tiba menangis macam ni. Am I wrong. Adakah apa yang Kimi fikir tidak sama dengan apa yang Hana fikirkan?” Hakimi seperti dapat menangkap maksud tangisan itu.

Pantas Hana mengangkat wajahnya. Berderau darahnya bila Hakimi berkata begitu kerana semuanya betul. Wajah serius itu di pandang dengan mata bergetar.

Hana berasa takut. Takut Hakimi akan tahu puncanya. Takut dengan penerimaan Hakimi nanti. Dan yang paling dia takutkan, Hakimi akan meninggalkannya atau pergi jauh darinya untuk selamanya.

“Maaf.” Pandangannya di larikan dari terus memandang Hakimi. Air matanya di kesat. Dia cuba untuk menenangkan diri agar tidak emo.

Hakimi terngada. Wajahnya mula berkerut untuk memahami apa maksud di sebalik maaf dari bidadarinya itu.

“Untuk apa maaf tu sayang. Kimi tak faham. Tolong jelaskan.” Dengan lembut dia meraih tangan Hana dan di bawa ke dada bidangnya. Gitar sudah di letak tepi sejak habis ‘meluahkan’ rasa di hati.

Kebisuan Hana menguji kesabarannya.

“Hana please.. tell me.. don’t be silent.. I neet to know the truth..” di tarik Hana agar lebih rapat dengannya. Mata bundar itu di tenung dalam walaupun mata tersebut tidak memandangnya.

Hana mula rasa tidak kuat. Cepat-cepat dia melepaskan diri dari Hakimi. Setelah Berjaya dia bangun untuk mengelakkan Hakimi menangkapnya lagi. Hakimi turut bangun untuk mendapatkan Hana semula. Wajahnya sudah berubah kosong. Kewarasannya mula hilang.

“Sayang jangan buat Kimi macam ni. Just tell me…..” mereka berdua di kejutkan dengan deringan dari Iphone Hakimi menandakan waktu sudah cukup 30minit.

Kesempatan itu Hana ambil untuk berlari turun. Walaupun jalan agak gelap, demi untuk mengelakkan Hakimi, dia tekatkan hati sahaja.

Hakimi hanya mampu memandang. Keluhan berat dilepaskan. Moga-moga bebannya turut pergi bersama keluhan itu.

“Susah sangat ke sayang nak beritahu Kimi sebabnya. Atau sayang sengaja permainkan perasaan Kimi.” Dia merenung lukisan Hana itu tadi. Matanya mula berubah dingin.

“Sayang tetap akan jadi milik Kimi. Tak kira apa pun caranya. You’ll be mine, forever… honey.”

. . . . . . . .

Suasana di depannya sangat meriah. Nafas di tarik dalam, cuba untuk menenangkan perasaan sedihnya sebelum melangkah ke arah mereka.
“Kak Long dah balik… mana Along. Tak turun sama ke.” Lily bertanya bila kelibat Hakimi tidak kelihatan bersamanya.

“Tak.. dia kena kemas kat atas tu.. ni.. Kak Long nak tidur dulu ye.. badan dah lesu sangat. Kak Long masuk dulu ye.. Anum aku tidur dulu. Assalamualaikum.” Selepas melemparkan senyuman seadanya, Hana melangkah ke dalam rumah menuju bilik tidurnya.

Semua yang berada di situ sekadar berfikiran positif. Mungkin dia penat. Tetapi tidak pada Anum dan Ros. Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Hana kelihatan suram. Mukanya sembam seperti baru lepas menangis.

“Kak Long ok ke tu Kak Anum.. nampak pelik je, macam….” Dia memandang Anum.

“Macam baru lepas menangiskan.” Anum menyelesaikan ayat tergantung Ros itu.

Ros mengangguk mengiakan kata Anum itu.

“Kenapa ye?” serentak mereka bertanya sesame sendiri. Bingung sebentar di buatnya.

“Tadi elok saja cerianya. Siap gelak-gelak. Ni sedih pula. Makin bercelaru hubungan dorang ni.” Anum sudah menggelengkan kepalanya.

Tidak lama kemudian Hakimi pula turun dari bukit. Wajahnya dingin. Dia meletakkan semua barang di bangku beranda rumah sebelum melangkah ke pantai dengan lukisan Hana tanpa menghiraukan panggilan dari Lily.

“Apa kena dengan Along ni. Bad mood pula dia. Apa dah jadi dengan diorang ni. Sorang nangis, sorang bad mood.” Ros membebel di sebelah Anum dengan tangannya ligat mengemas bekas dan peralatan yang mereka gunakan.

“Ros kenapa Along tu. Dia gaduh dengan Kak Long ke. Ke dia dah tahu semuanya, and Along salahkan Kak Long.” Tangannya sudah menekup mulut dengan wajah terkejutnya.

Pantas Ros dan Anum berdecip.

“Tak akan lah. Along tu jenis yang berfikir dulu, bukan tuduh melulu. Tak akan dia nak salahkan Kak Long. Lagi pun, Along tu sayang sangat kat Kak Long. Mana mungkin dia nak marah.” Keluhan kecil di lepaskan oleh Ros.

“Dah biar je dorang tu. Esok baik lah tu. Nur tak akan mungkir janji dia. Lima tahun dia simpan puncanya. Tak mungkin dia bagi tahu. Dah sambung kemas, cepat kemas cepat bolah tidur. Dah ngantuk dah ni.” Anum cuba mengubah topik perbualan. Takut orang lain dengar pula.

Isya dan yang lain sudah siap mengemas bahagian mereka. Tinggal nak cuci sahaja lagi. Lily pula sudah mengemas barang yang Hakimi bawa turun tadi. sebenarnya mereka tahu rancangan Hakimi di bukit itu. Amir ada merakamkan babak Hakimi menyanyi untuk Hana. itu pun Lily yang berkeras minta meracamkannya. Tamat sahaja nyanyian it uterus Amir turun ke bawah. Tidak sangka timbul masalah pula selepas itu.

. . . . . . . .

Hakimi melangkah malas ke dalam rumah. Rumah itu gelap dan sunyi. Tidak ada satu kelibat orang pun kelihatan. Cuma kelihatan sedikit cahaya dari ruang dapur. Mungkin untuk memudahkan penghuni di tingkat atas turun minum air bila dahaga nanti.

Kakinya melangkah ke ruang dapur itu. Gelas di ambil dan dituangkan sedikit air putih di dalamnya lalu di teguk sopan. Jam di dinding ruang makan di lihat, hampir jam 2 pagi.

‘Patut sunyi. Semua orang dah selamat ke alam mimpi.’

Dia bangun dan membilas gelas yang di gunakan tadi sebelum berlalu ke biliknya untuk membersihkan badan. Di sebabkan dia geram tidak dapat jawapan yang di cari dari Hana, dia telah berlari di persisir pantai beberapa kali sehingga perasaan amarahnya reda. Tidak sedar yang dia sudah begitu jauh dari rumah peranginan mereka.

Hakimi melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Sesudah itu dia hanya mengenakan seluar pendek seperti biasa dia tidur. itu pakaian rasminya. Tubuh di rebahkan di katil. Fikirannya masih menerawang pada Hana.

“Dia ok ke. Dah berhenti menangis ke.”

Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Badan di dudukkan. Mata di arahkan pada pintu biliknya.

‘Aku nak jumpa Hana.’

Sungguh, akalnya mula kosong. Dia hanya bergerak mengikut perasaannya tika ini. pintu bilik Hana di buka. Kelihatan sekujur tubuh yang berselubung di dalam selimut tebal. Di selak sedikit selimut itu untuk melihat wajah bidadarinya. Wajah itu berkerut seperti bermimpi ngeri.

“Maafkan saya. Saya sayangkan awak, tapi saya tak boleh bagi tahu. Saya tak nak awak sakit. Percayalah.” Hana berkata dalam tidurnya.

Hakimi menggenggam tangan kecil itu dan dibawa kebibirnya lalu di kucup lembut.

“Sayang tetap milik Kimi. Tak akan ada lelaki lain yang boleh memiliki sayang.”

Perlahan-lahan Hakimi menyelak sedikit selimut sebelah kanan sebelum dia masuk berbaring sdi sebelah Hana. dengan lembut di menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya.

Wajahnya tersenyum puas.

‘Inilah tempat yang paling selesa untuk tidur.’

Pelukan di kemaskan. Tubuhnya mula berasa letih dan matanya mula memberat. Entah bila dia tertidur. Dia cuma merasakan keselesaan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience