Bab 13

Romance Series 5387

Hana mengesat air matanya. Wajahnya di lihat pada cermin bedak kompeks Anum. Tidak mahu kelihatan terlalu sugul. Jam di tangan di kerling, hampir jam 12 malam. Di lihat pula sekelilingnya. Sudah ramai yang pulang. Hanya yang tinggal sebilangan pelajar dan beberapa orang pengajar yang bertanggujawab menjayajakan majlis ini termasuk ahli MPP.

Jika di ikutkan hati Hana. Dia nak terus balik lepas selesai makan tadi. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan Hakimi. Risau dirinya tidak kuat berhadapan dengan kekasih hati.

Hanya kerana Hakimi memintanya tunggu sebentar kerana ingin berjumpa, terpaksalah dia dan Anum menunggu sebelum pergi. Pergi untuk selamanya. Di dalam hati sudah bermacam ayat suci yang di baca untuk menenangkan dirinya. Anum di sebelah sudah mula bosan. Makanan di atas meja sudah siap di bungkus untuk Hakimi memandangkan pihak urus setia sudah mula mengemas tempat itu.

Sekali lagi jam di pandang. Tidak lama kemudian muncul tiga orang jejaka yang dinantikan dari tadi. ’30 minit. Lamanya dorang kat belakang tu.’

“Maaf lama korang tunggu kami. Saya nak keluar lepas habis persembahan tadi. Tapi ada orang tak bagi pula.” Qairy yang beriak biasa itu di jelling tajam.

“Tak apa lah kalau awak keluar pun nanti mesti tempat kita ni kena serbu orang. Kalau tak pun orang mesti pandang sini. Saya tak suka jadi tumpuan orang. Tadi pun orang dah pandang-pandang kami berdua bila awak asyik pandang sini je.” Panjang lebar Hana berkata. Tanpa dia sedar, dia telah menyokong tindakan Qairy itu. Qairy senyum sinis, mengangguk mengiakan kata Hana itu.

“Aku baru nak jadi popular kat kampus korang ni. Dah kena tahan pula. Semua ni salah kau Qai. Semua benda tak boleh.” Amir sudah mula perangai budak-budaknya.

“Kau meroyan dah kenapa. Kau tu duduk belakang je pun, bukan orang nampak. Jangan nak perasan popular sangat. Kalau Isha tahu, koma kau dia kerjakan.” Seperti biasa Hakimi yang suka membalas kata-kata Amir. Semua tertawa dengan gelagat mereka berdua.

“Hakimi, ni ada makanan untuk awak sikit. Qairy dengan Amir yang ambilkan tadi. Kami tolong jagakan saja. Awak tak makan lagi kan dari tadi?” Hana menghulurkan beg plastic tersebut. Hakimi menyambut dengan senyuman lebar. Perutnya memang dah berkeroncong dari tadi.

“Thank.” Suasana tiba-tiba jadi sunyi.

Qairy berdeham. “Anum jom ikut saya. Amir kau sekali. Aku nak minta korang angkat barang sikit.” Di tepuk bahu Amir. Tangan Anum ditarik selamba. Anum yang terkejut dengan tindakannya itu cuba melepaskan pegangan Qairy. Di sebabkan rontaan Anum agak kuat, terus saja di peluk pinggang Anum rapat padanya. Jeritan Anum tidak dihiraukan.

Hana yang melihat hanya terdiam. Tak tahu nak tolong atau tidak.

“Hana jom jalan ke sana. Terang sikit.” Hakimi mengajak Hana, memandangkan tempat mereka berdiri sekarang ini agak gelap. Hana mengangguk.

Mereka senyap. Masing-masing tidak tahu mahu memulakan bicara. Tiba-tiba Hakimi bersuara.

“Hana, lepas ni boleh lah kita kahwin kan. Saya tak sabar nak hidup berdua dengan Hana, dekat rumah kita nanti. Lepas tu kita ada anak-anak. Family kita mesti meriahkan. Saya dapat bayangkan hidup kita lepas ni. Mesti bahagia. Saya nak tua sama-sama dengan Hana. Saya nak Hana jadi ketua bidadari saya kat syurga nanti. Saya na….”

“Hakimi stop.” Terus mati kata-kata Hakimi. Hana yang menunduk di sebelahnya di pandang. ‘Aku cepat sangat ke berangan.’ Kata hati Hakimi.

Hana mula melangkah mencari tempat duduk. Dia perlu tenangkan diri dahulu. Risau terlepas cakap.

“Hana ok ke. Saya ada salah cakap ke.” Hakimi duduk menghadap Hana. Dia mula risau bila melihat keadaan Hana yang sugul itu.

Terkedu dia bila melihat air mata Hana mengalir. Ingin saja tubuh itu di peluk tika ini. Dengan harapan dapat meredakan tangisan itu. Tetapi dia sedar batas antara mereka.

Hana memejamkan mata, menarik nafas sedalam yang boleh. Perlahan-lahan di lepaskan. Wajah di angkat memandang Hakimi di sebelah dengan pandangan sayu.

“Hakimi, malam ni saya nak luahkan semua yang saya rasa pada awak. Mula dari kita kenal, sampai sekarang.” Air mata di pipinya di kesat lembut. Mata biru itu di cari. Bila sahaja mata mereka bertemu, mutiaranya gugur kembali tanpa sedar. Hatinya pedih. Dirinya tidak kuat untuk melalui semua ini. ‘ Kenapa semua ini berlaku pada aku. Kenapa mesti selepas aku sayangkan dia. Kenapa selepas aku dengar kata cinta dari dia. kenapa lepas aku terima lamaran dia. kenapa!!!’ hatinya merintih kuat. Mutiara di pipi di kesat sedikit kasar.

Hakimi gelisah melihat keadaan Hana. Hatinya mula rasa berdebar. Perasaan hari itu datang kembali. Perasaan dimana, Hana akan tinggalkan dia buat selamanya. Dia berasa takut. Takut untuk menghadapi kemungkinan itu.

“Hakimi, saya rasa gembira sangat. Selama kita kenal, awak layan saya baik sangat. Saya rasa macam saya ini princess. Rasa cukup di hargai. Awak banyak mengajar saya tentang cinta.”

Hana memalingkan tubuhnya menghadap Hakimi. Kaki kiri di angkat menjadikan kedudukannya separuh bersila. Badan di tegakkan agar lebih selesa. Kedudukan mereka agak rapat bila mana Hakimi turut melakukan perkara yang sama dan badannya di bongkokkan agar sama tinggi dengan Hana. Wajah mereka hanya beberapa inci. Hana tersenyum dalam perit.

“Dalam tempoh tiga bulan, awak buat saya rasa tak tentu arah dengan pandangan awak. Setiap hari saya rindukan awak. Tertunggu-tunggu bila lagi awak nak ajak saya keluar. Awak wujudkan bermacam rasa dalam diri saya. Sayang, cinta, rindu, berdebar bila pandang mata awak. Saya rasa selamat, rasa selesa bila berada di sisi awak. Tak pernah sehari pun saya tak fikir tentang awak.”

Hana ketawa kecil. “Kadang-kadang saya rasa macam seorang pisco. Tergila-gilakan awak…”

“…. Saya rasa malu pula.” Pandangan di tundukkan, bibir di ketap rapat. Dapat di lihat pipinya memerah menahan malu.

Hakimi gembira dengan luahan Hana. Tetapi dia berasa pelik dengan raud wajah Hana ketika ini.
‘Kenapa wajah dia nampak gembira dalam sedih. Untuk apa air mata itu. Kenapa aku rasa yang dia sembunyikan sesuatu.’

Hakimi mula keliru. Tangan Hana di genggam, untuk seketika ini mereka tidak memikirkan sudah larangan bersentuhan.

“Hana, saya gembira dengan luahan hati Hana ni, tapi kenapa wajah Hana tak menggambarkan apa yang Hana cakap. Muka Hana sedih. Hana ada sembunyikan apa-apa ke dari saya.”

Pantas Hana menggeleng. “Tak ada apa-apa. Saya cuma nak luahkan semuanya malam ni. Nanti saya tak tahu, bila lagi kita nak berjumpa. Awak akan sebuk dengan syarikat. Saya sibuk nak kerja, cari duit sendiri. Nanti kita dah jauh, susah nak jumpa kan.”

Perlahan-lahan Hakimi mengangguk. Dia pun tak pasti untuk apa anggukan itu.

“Hakimi andai kata saya akan pergi, saya nak awak tahu yang awak adalah satu-satunya lelaki yang ada dalam hati saya. Walau pun kita tak bersama, tak akan ada mana-mana orang yang dapat gantikan awak dalam hati saya. Hanya awak yang awal dan akhir untuk saya.” Senyuman manis di berikan kepada Hakimi. Genggaman tangan mereka makin di eratkan.

Riak wajah Hakimi berubah terkejut.

“Kenapa cakap macam tu. Hana nak kemana. Jangan tinggalkan saya. I love you. Please… don’t leave me. I can’t live without you.” Sedikit tinggi suaranya. Hakimi menarik tangan Hana ke dadanya. Terdorong badan Hana ke hadapan dengan tindakan Hakimi itu. Tidak di hiraukan mata-mata yang memandang mereka tika ini.

“I know… but kemungkinan itu mungkin berlaku. We don’t know what will happen later. Saya nak kita bersedia. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang tentukan segalanya. Apa yang kita boleh buat hanya usaha, berdoa dan tawakal. Ok.” Dengan suara yang paling lembut Hana tuturkan pada Hakimi. Luluh hatinya melihat wajah penuh kerisauan itu. Tangannya di tarik semula. Tubuh di jarakkan sedikit.

Hakimi mengusap belakang tengkuknya. Sedar kekilafan dirinya menyentuh gadis pujaan.

“Maaf, saya sentuh Hana lagi.”

Hana menggeleng sedikit.

“Saya pun salah, tak cuba halang.” Wajah di maniskan.

Dapat di dengar keluhan berat dari Hakimi.

“Betul cakap Hana tu. Kemungkinan itu ada. Saya yang terlebih emosi.” Dia memandang Hana dengan pandangan redup. Senyuman nipis di ukirkan di bibir. Senyumannya di balas Hana.

“Terima kasih.” Hakimi berkerut.

“Untuk apa.”

“Untuk semuanya.”

Lama baru Hakimi membalas dengan anggukan.

“Jom kita cari dorang. Dah lewat sangat ni.” pantas Hakimi melihat jam tangannya.

Kening di angkat sedikit. “Dah nak pukul 1 pagi. Tak sedar pula.”

Mereka beriringan ke parking kereta. Perbualan mereka tamat begitu sahaja. Hakimi masih dengan rasa was-wasnya. Hana dengan rasa sedih yang bertambah.

Pandangan di lemparkan jauh ke hadapan. Mengenang hari-hari yang mendatang. Di kerling sedikit Hakimi di sebelah.

‘Maafkan saya.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience