Bab 8

Romance Series 5387

Tepat jam 8 loceng bilik Hana berbunyi. Hana yang tengah membetulkan tudung di kepala terus pergi ke pintu. Terus matanya terhenti pada Hakimi.

‘Segak sungguh putera kayangan aku ni.’

Hakimi mengenakan baju kemeja coklat yang di tuck in dengan lengan baju di lipat sehingga ke siku di padankan pula seluar slack, cukup bergaya santai tetapi kemas. Sungguh Hana terpukau dengan ketampanan Hakimi tika ini.
‘Aku nak peluk dia… tersangat nak peluk..’ hati Hana melonjak-lonjak tika ini.

‘My God. So beautiful angel.. indahnya dia.’ Mata Hakimi tidak dapat fokas dengan baik. Dia diam terngada melihat kecantikan Hana sekarang ini. Habis di telek dari atas ke bawah.

Hana mengenakan blouse coklat lengan panjang dengan scart labuh warna coklat gelap. Tudung bawal warna yang sama dengan scart. Semua itu apa yang di beri oleh Hakimi sebentar tadi. Sangat sopan di mata Hakimi.

Hana berdeham.

“Awak tunggu sekejap. Saya nak pin tudung.” Terus Hana berlalu ke dalam bilik. Pintu bilik di buka luas. Rasa tak manis pula tutup pintu bila ada orang menunggu. Lagi pun Hakimi bukan orang jahat.

‘Berdebar pula hati aku bila dia tenung aku tadi. Pandangan dia sayu sangat. Aku tergoda.’ Hana berbisik sendiri. Tangannya lincah mengenakan pin pada tudung.

1 minit dia dah siap berada di depan Hakimi semula. Di tangan kanan ada clutches bag purses putih. Itu pun Hakimi sediakan sekali. Cantik, dia suka.

“Mari kita gerak, my princes.” Dengan senyuman manis, tangan kanan di letak di belakang pinggang, tubuhnya di tundukkan sedikit. Dia mempersilakan Hana. Mereka beriringan menuju ke lif.

Luaran mereka nampak tenang. Hati, cuma Tuhan saja yang tahu bertapa berdebarnya. Suasana sunyi kembali.

. . . . .

Sesampai mereka di sebuah rumah, Hana mula berdebar. Dia tidak tahu sama ada nak bertenang atau takut.

‘Dia nak bawa aku ke mana sebenarnya ni.’
“Awak… kita nak buat apa kat sini. Kenapa pergi rumah ni.” wajahnya mula pucat.

Hakimi menoleh pada Hana. Badannya di hadapkan pada sisi Hana.

“Jangan lah pucat sangat muka tu, kita bukan nak buat apa pun.. saya nak ajak Hana makan malam ja…”

Wajah di tundukkan agar sama dengan ketinggian Hana.

“…lagi pun kat dalam tu ramai pekerja saya. Hana jangan takut ya..” penuh kelembutan Hakimi menuturkannya.

Hana merenung ke dalam mata Hakimi. dapat di lihat keikhlasan dalam pandangan itu.

“Ok, saya percaya.”

Lega hati Hakimi. senyum kecil di beri pada Hana.

“Terima kasih Hana, jom kita masuk.” Hana mengangguk.

Di depakan sebelah tangan menghala ke dalam rumah. Hana memulakan langkah. Perlahan dia melangkah kedalam rumah banglo itu. Dari luar sudah dapat dilihat susun atur di dalam rumah. Sungguh moden. Perabutnya ringkas. Tidak terlalu banyak tetapi masih kelihatan mewah. Dinding di cat putih, siling bewarna biru langit. Sangat lembut di pandang.

“Jom Hana kita ke taman.” Amet Hakimi. Hana mengikut.

Terkedu Hana sejenak. Di depannya sekarang ini terdapat sebuah meja Jepun dengan 2 kusyen lembut. Meja di hias dengan lilin terapung di dalam bekas kaca dan bunga yang diletak di dalam pasu, menjadikan suasana sangat romantic.

Entah bila, Hakimi sudah berada di belakang sebuah kusyen memandangnya. Menanti Hana duduk di situ. Perlahan langkah Hana mendekati Hakimi. Dia duduk dengan berhati-hati. setelah di pastikan Hana duduk baru Hakimi duduk pula.
Di pandang wajah bidadarinya itu. dapat dilihat air muka yang terkejut.

‘Harap-harap semuanya berjalan lancar. Berdeparnya aku.’ Nafas di stabilkan sebelum memulakan bicara.

“Boleh kita pilih menu.” tanya Hakimi. Hana yang berada di dunia lain, sedikit terkejut. Hakimi menyembunyikan tawanya.

“Boleh.”

Pantas Hakimi memanggil pekerjanya. Menu hidangan Jepun menjadi pilihan mereka. Setelah pekerja itu berlalu…

“Awak buat semua ni? rumah siapa awak ambil ni? semua orang tu siapa? Yang pakai baju serba hitam semua ni bodyguard awak ke?” laju Hana mengajukan soalan.

Hakimi menghaburkan ketawa. Kuat. “Hana tenang… saya ingat Hana dah bisu tadi. Tak cakap sepatah pun. Tiba-tiba tanya macam peluru.”

Hana dah menjeling Hakimi.

“Sorry.. ok saya jawab….” Di betulkan duduknya.

“Ya. Saya buat semua ni. Rumah ni saya punya. Hadiah dari ayah saya semperna kejayaan saya dapatkan tender untuk syarikat. Apa lagi tadi…” di letakkan jari di langit sambil mata di pejamkan.

“O… semua tu pekerja dalam rumah ni. Ada Kak Uma, Abang Adam. Mereka yang jaga rumah ni. Chef tadi tu kawan saya. Namanya Amir. Semua yang baju hitam tu… ya, bodyguard saya.” Hana hanya mengangguk. Seperti yang dia agak.

Dia mengambil nafas sebelum menyambung.

“Hana saya buat dinner ni sebab saya nak luahkan perasaan saya.”

Hakimi diam sebentar. Di pandang Hana di depan. Wajah tenang itu membuatkan dia lebih gemuruh untuk berkata-kata. Sehabis baik dia menyusun kata.

“Selama ini saya cuma cakap yang saya sayangkan Hana saja. Tapi malam ni saya nak kata yang saya cintakan Hana. Dari mula kita kenal rasa tu dah ada. Cuma saya takut untuk sampaikan. Takut Hana akan lari dari saya. Selama saya kenal Hana, saya dapat mengagak yang Hana tak selesa bila ada lelaki luah perasaan pada Hana.” tangan di genggam bersama. Mata masih memandang bidadari di depan. Kebisuan Hana membuatkan Hakimi tidak keruan.

“Jadi saya cuba perlahan-lahan kenal dengan Hana dulu. Perlahan-lahan luahkan kata sayang. Hana…”

Mata Hana di cari.

“I’m really love you. Love you very much.” Sungguh lembut tutur kata Hakimi.

Hana yang dari tadi menekup mulutnya mula tersenyum kecil. ‘Selama ini aku tak bertepuk sebelah tangan. Dia pun ada perasaan yang sama dengan aku. Bahagianya aku rasa.’
Senyuman terselah di wajah Hana. Hakimi menarik nafas lega. Dia dapat merasakan yang Hana juga mempunyai perasaan yang dama dengannya.

“Do you love my?”

Hana mengangguk. “Yes, I do.”

“Yes!!!” Hakimi dah melompat-lompat di tepi kolam renang. Hana sudah tertawa. Bahagia sangat dia rasakan sekarang ini.

Hakimi tidak tentu arah. Terus dia melutut di tepi Hana. Tangan didepakan. Terus di peluk Hana.
Hana yang tidak menjangkakan perkara itu, menjerit kecil. Pantas Hakimi melepaskan pelukannya.

Mukanya cemas. ‘Aku dah melebih. Mati aku. Jangan dia lari sudah.’

“Sorry.. saya betul-betul tak sengaja. Saya teruja sangat. Maaf Hana..” tangan di gosokkan bersama. Kepala di tundukkan. Persis orang yang bersalah sangat.

Hana melepaskan tawanya.

“Awak.. sudah lah tu. Saya paham.. saya pun rasa nak peluk awak juga. tapi tak boleh..”

“Dah lah pergi duduk sana. Lagi awak dekat dengan saya, lagi entah apa yang awak buat.” Hana menghabiskan sisa tawanya.

Hakimi mengusap belakang tengkuknya sambil tersenyum. Terus dia berlalu ke tempat duduknya. ‘Wau… dia pun nak peluk aku juga. hahahah bahagianya aku rasa.’

Tiba-tiba datang satu suara.

“Teruk sangat kau ni bro… bahaya.” Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

Di pandang Hana pula. Senyuman di beri.

“Kalau dia hilang kawalan macam tadi lagi, awak jerit je nama saya. Biar saya datang cincang dia.” Hana ketawa. Di tahan sedikit tawanya agar tidak keterlaluan.

Hakimi sudah menjeling rakannya itu.

“Diam lah kau. Engkau tu pun sama je. Masa kau lamar Isya dulu lagi teruk. Siap nak cium si Isya tu. Free free je dapat penendang.” Mata Amir dah mencelung memandang Hakimi.

Mereka berdua dah ketawa. ‘Sama rupanya perangai dorang ni.. patut jadi kawan..'

“Dah la korang ni makanan korang. Jemput makan cepat.. aku nak balik jumpa kekasih hati aku.”

“Berani kau ye.. aku bayar ok.”

“Hahahaha… ada aku kesah.”

Di pandang Hana pula. “Jemput makan ya..”

“Nur Hanani.. panggil saya Nur.” Pantas Hana berkata bila di lihat Amir seperti menanti.
“Ok Nur. Jemput makan. Saya masuk dulu.” Pantas dia berlalu selepas melemparkan senyuman pada Hana.

Suasana jadi cangguk antara mereka. Hanya bunyi sudu dan grafu saja yang kedengaran.

“Hakimi, saya nak cakap sikit.”

“Apa dia.”

“Saya harap orang tak tahu pasal ni. paling-paling pun Anum je yang tahu. Saya bukan apa. Saya tak nak jadi tumpuan orang. Awak tahukan tu.”

“Ok saya faham.”

“Lagi satu, saya nak tumpukan pada pelajaran dulu. Boleh. Kita buat macam biasa dulu ya.”

Hakimi menghentikan suapannya. “Hana look. Saya dapat tahu yang Hana cintakan saya pun dah cukup. Saya taknak lebih-lebih. Hana jangan risau ya. Kita biar semuanya macam biasa. Nanti lepas habis exam bari kita teruskan..”

“Teruskan ke mana?” tanya Hana pelik.

“Perinkat seterusnya. Tunang, kahwin.”

Meronak merah wajah Hana. ‘Waaaaa… cepatnya.’

“Tak cepat sangat ke. Saya tak kerja pun lagi.”

“Hahahaha kenapa nak kerja, saya mampu tanggung Hana dengan anak-anak kita nanti.”

Di lihat Hana menundukkan wajahnya. ‘Opsss aku dah lebih ke.’

“Tapi nanti Hana boleh buka bisnes. Boleh buka café ke kedai makan. Nanti saya bagi modal. Saya akan ajar sampai Hana pandai urus sendiri. Boleh?”

Lembut Hakimi memberi cadangan.

“Saya tak nak guna duit awak.”

“Kenapa pula.. masa tu Hana dah jadi isteri saya. Duit saya, duit Hana juga. kannn…”

“Tapi…”

“Dah tak ada tapi-tapi. Semua tu kita bincang nanti. Sekarang ni kita makan and balik rehat. Esok nak balik dah. Saya seronok sangat malam ni.” senyuman di lemparkan pada Hana.

Hana juga berbuat begitu. ‘Ye. Lambat lagi nak ke arah tu. So biar lah dulu.’

Mereka terus menjamu selera. Sesekali mereka bermain mata. Senyuman tidak lekang dari bibir masing-masing.

Tanpa mereka perasan ada mata yang memerhati dari luar pagar rumah. Camera di tangan merakamkan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience