Cuti pertengahan telah bermula. Suasana di kawasan uni sangat lengang. Tiada kenderaan pelajar atau pengajar yang lalu-lalang seperti selalu. Boleh di kira hanaya beberapa sahaja dalam satu-satu masa. Hal maklumlah, kebanyakan pelajar akan pulang ke rumah. Masa ini lah mereka ingin melepaskan tekanan, termasuklah Anum. Habis saja exam terakhir, terus berdesup keretanya keluar dari uni. Hana masih ada keluarga. Nenek Mah merupakan satu-satu keluarganya yang tinggal. Itu pun cumalah nenek angkatnya. Tetapi Hana telah menganggap nek Mah seperti neneknya sendiri.
Hana tidak rasa ingin pulang ke kampung. Lebih baik dia menghabiskan masa yang ada untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Hana lebih suka menyiapkan tugasan seawall yang boleh. Jika lambat maka tunggang terbaliklah kerjanya.
Seperti biasa, Hana akan pergi ke library untuk membuat tugasan. Hari ini suasana di dalam library luarbiasa sunyinya. Itu lebih menggembirakan Hana.
Hana terus menuju ke satu sudut tepi tingkap di depannya hanya terdapat satu meja panjang yang boleh memuatkan enam orang dalam satu-satu masa. Meja Hana juga sama keadaannya. Dia suka sudut tersebut kerana terlindung sedikit dari pandangan orang. Tidak terlalu tersorok juga tidak terlalu menyerlah.
“Kalau lah hari-hari macam ni kan bagus. Tak perlulah aku pindah tempat bila orang buat bising keliling aku.” Senyum Hana sendiri.
“Mari kita mulakan dengan menu baharu untuk parti sahabat. Pembuka selera aku boleh olahkan salad di tambah sos krim masam. Hidangan utama boleh buat stik daging, ayam panggang madu lada hitam, sayuran panggang. Pencuci mulut boleh buat sup cendawan, coktal buah-buahan, cup cake mulberry. Buat masam-masam sikit. Air boleh buat air lemon pudina untuk bakar balik lemak-lemak yang dah masuk dan air tropikana sebagai air tambahan. So menu dah ada boleh teruskan dengan susun atur meja.” Semakin ligat otak Hana merangka aturcara masjis. Sehinggakan ada yang duduk di meja hadapannya pun dia tidak sedar.
Lelaki tersebut memandang sekilas kepada Hana sebelum mula membuat tugasannya. Dia Cuma mahu memastikan Hana bukan salah seorang peminatnya. Rimas dia ingin melayan. Yaa… itulah dia Tengku Syahrul Hakimi. Ketua MPP Uni tersebut.
Hampir 1jam situasi tersebut di antara mereka. Hana berhenti sebentar, dia meregangkan badannya. Terasa sengal anggota badan bila duduk tanpa bergerak. Cuma tangan saja yang bergerak.
Hana mengerling jam di tangan. ‘dah nak tengah hari. Ada 1jam lagi nak waktu makan. Siapkan sikit lagi ni and aku boleh makan plus tidur. Horeee.. siap tugasan aku. Cuti ada berbaki lagi 4 hari. So aku boleh santai-santai.’ Hana mula senyum sorang-sorang meraikan kepantasan melunaskan tugasan.
Baru Hana tersedar yang di hadapannya ada penghuni. Niat di hati ingin mengabaikan lelaki tersebut. Tetapi wajah lelaki tersebut sesuatu sangat. Seperti ada yang memanggilnya melihan siapakah gerangannya.
‘Syahrul Hakimi, presiden mpp. Waooo.. tak pernah aku nampak or dengar yang dia ni datang library ni. Kenapa ya dia kat sini. Muka pun nampak kusut ja. Dia ada masalah ke.’ Omel Hana sendirian.
Dengan tidak semena mata mereka bertembung. 5saat mereka diam tidak berkutil sebelum Hana melarikan pandangannya ke tingkap. Hati mula berdebar. Laju jantungnya mengepam.
‘ Alamak dia perasan pula aku pandang dia. Haduu.. kau ni Hana buat hal lah. Kalau dia salah paham yang kau ni peminat dia macam mana. Jangan lah dia serang aku. Jantung ni pun satu, macam nak melompat keluar pula. Diamlah sikit jantung ooooooiii…’
Hakimi masih memandang perempuan di hadapannya. ‘dah kenapa perempuan ni. Sah ni mesti peminat ni. Tak bolehkah aku tenang sehari pun jadi lah. Baik aku cakap kat dia jangan bagi tahu orang aku kat sini. Rimasnya.’ Hakimi melepaskan lelah yang berat.
Dia mengatur langkah pergi pada Hana.
Hana mula tidak keruan. Bila-bila masa saja dia akan di serang. Dia mendongakkan kepala bila terasa ada haba panas di sebelahnya.
“Maafkan saya saudari. Boleh saya tahu kenapa pandang saya. Saya bukannya nak kurang ajar atau berlagak. Cuma saya nak saudari jangan beri tahu orang yang saya ada di mana boleh? Saya nak sedikit ja ruang sendirian.” Pinta hakimi dengan muka sinir. Nampak belagak sangat.
‘Mak ai.. tak ada salam terus tembak je. Belagak pula tu, teruknya perangai dia. Tunggu kau. Mari aku sekolahkan balik kau ni.’
Hana melemparkan senyuman yang manis.
Hakimi terngadah. ‘Cantiknya ciptaan ALLAH ni. Aku nak sentuh senyuman dia. Siapa dia ni?’ dia mula melihat buku-buku Hana yang ada di atas meja. ‘Pelajar kulinari, nampak macam sem akhir. Banyak sangat tugasannya. Diploma or ijazah.’ Pelbagai soala yang bermain di mindanya. Tanpa dia sedar. Matanya tertumpu semula pada wajah si gadis.
‘Ai… dia nak siasat apa ni. Matanya tak boleh diam ke. Semua di tengoknya. Nak kena tumbuk ke?.’ Hana bermonolok sendiri.
‘Alamak dia pandang aku balik pula. Aduh jantung ni diam lah.. rasa nak terkeluar balik dah..’
Hana memegang dadanya. Tarik nafas, hembus. Pandang semula pada Hakimi.
“Assalammualaikum, maaf kalau saya pandang awak tadi. Tak tahu pula saya yang kalau nak pandang orang kena bayar tol. Bukan saya ambil gambar awak lepas tu sebarkan pada orang pun. Saya Cuma nak memastikan yang awak ni betul persiden mpp kami.” Dengan tenang Hana membalas. Mukanya sengaja di biarkan tidak berperasaan. Di pandang kosong wajah Hakimi. Sebelum___
“Saya bukan apa, tak pernah saya nampak awak dalam library ni and saya pun tak pernah dengar awak masuk library ni. Awak tak pernah pergi tempat public melainkan ada tugas ja. Lagi saya pelik, sekarang ni musim cuti sem. Agak pelik lah bila ada manusia kat sini, selain saya.” Hana berpuas hati dengan penerangannya. ‘Terima kasihlah Anum banyak bercerita tentang lelaki ni. Tak sia-sia aku dengar celoteh kau malam-malam.’ Senyum kecil terhias di bibir Hana.
Hakimi yang dari tadi memerhati Hana mula mengukir senyum yang membuat jantung Hana bekerja laju semula. Dia bukan dengar sangat apa yang dikatakan Hana tadi. Dia lebih tertarik dengan wajah si gadis.semakin lama di pandang, semakin kuat keinginannya untuk kenali Hana. Dia mengambil tempat di hadapan Hana.
“Walaikummusalaam. Maaf kalau saya biadap tadi. Saya sebenarnya dah penat nak cakap baik-baik dengan orang yang ‘faham bahasa’. Saya ingat awak salah seorang dari diorang. I’m so sorry. Can you? Please?” dengan mata yang di sayukan, tangan di temukan, dia memohon maaf dari Hana.
Hana yang dari tadi belagak tenang mula tidak keruan. Tidak pernah ada lelaki yang berbuat sebegitu sekali padanya. Kalau ada pun tidaklah jantungnya berdegup laju. Sangat laju. Boleh kena serangan jantung macam ni.
“Saya tak marah awak pun. Cuma saya rasa menyampah bila awak cakap mengejek macam tadi. Nampak berlagak sangat.” Hana tersengih. Itu pun nampak cantik pada Hakimi.
‘Bidadari aku kah ni?’ monolok dia seorang.
Hakimi tertawa kecil. “Maaf sekali lagi. Saya Cuma tertekan ja. Tu yang tak dapat berfikir secara waras tadi. Main sembur ja.” Dia memperlihatkan barisan giginya yang putih bersih itu.
Hana memandang ke luar tingkap untuk menutrialkan semula jantungnya. ‘Sungguh aku boleh kena serangan jantung.’
Hana berdeham. “It’s ok. Saya tak ambil hati pun.” Dia memberanikan diri, mengkuatkan jantungnya untuk memandang Hakimi.
Sekali lagi mata mereka bertembung. Masing-masing menikmati ciptaan Tuhan di depan mata.
Hampir 1minit hakimi mula kembali ke alam nyata. Dia berdeham. Sebelum berkata. “Boleh saya luahkan tekanan perasaan saya pada awak. Saya cuma nak minta awak dengar. Itu pun kalau awak tak kisah.” Pinta Hakimi.
Hana tersenyum simpul. “Awak bertuah, jumpa saya. Saya seorang pendengarnya baik tahu. Insyaallah saya boleh dengar dengan baik.” Hana mula mengemas barangnya yang berselerak di atas meja. Tak suka tengok sepah-sepah.
“Yakah. Kalau macam tu bagus lah. Saya minta diri sekejap nak kemas barang saya tu.”
Hakimi berlalu sebentar. Secepatnya dia kemas barang . Dah tak ada rasa nak buat kerja. Dia sehabis boleh nak tengok gadis di depannya itu. ‘Nama dia pun aku tak tahu lagi. Selalu perempuan akan kenalkan nama dorang terlebih dahulu. Tetapi yang ni langsung tak sebut namanya. Ni mesti stok-stok susah nak dapat. Kalau dapat ni bertuahnya aku.’ Senyum panjang Hakimi membayangkan masa depan dengan sang gadis.
Tidak sampai 5 minit Hakimi sudah berada di depan Hana semula. Hana membetulkan duduknya. Dia memandang Hakimi dengan hati yang berdebar. Sangat-sangat berdebar tetapi dia rasa selesa dengan Hakimi. Dia tidak rasa ingin lari jauh-jauh seperti yang dia rasa bila ada lelaki yang dekat dengannya.
“Awak betul boleh dengar ni. Awak tak akan gelakkan saya kan. Rasa segan pula saya nak bercerita.” Hakimi tersengih sambil tangannya mengusap belakang tengkuknya.
‘Ya-Allah kacaknya. Putera fantasi ke ni.’ Sehabis mungkin Hana mengawal riak wajahnya supaya tidak Nampak janggal di depan Hakimi.
“Saya ok ja. Buat apa saya nak ketawakan perasaan orang. Kadang-kadang orang rasa nasi lemak yang tak berapa lemak itu satu masalah bagi dia. Tapi bagi kita itu bukan satu masalah pun, cuma tidak bernasib baik terbeli nasi lemak yang kurang santan. Mungkin sebab dia dah biasa makan nasi yang berlemak, jadi dia tak dapat terima kekurangan nasi tu. Kan.” Panjang lebar Hana menerangkan pada Hakimi.
Hakimi mengangguk setuju. “Betul kata awak. Setiap orang berbeza perangai. So saya rasa lebih lega nak bercerita.” Senyum Hakimi. Sebelum dia terfikir sesuatu.
“Sebelum saya mula boleh saya tahu nama awak. Takkan saya nak panggil awak awak sajakan. Jurusan awak and sem berapa? If awak tak rasa keberatan.” Dengan penuh harapan dia tenung Hana.
‘Kalau aku tak tanya sampai bila pun agaknya aku tak tahu nama dia.’ Kata hati Hakimi.
Hana menepuk dahinya. “Maaf. Saya jarang bercakap dengan orang. Itu yang lupa beritahu nama.”
“Saya Nur Hanani. Diploma in kulinari and saya sem akhir.”
“ Ooo.. so Hana. Boleh saya panggil Hana. Nampak lembut sangat nama tu dengan awak. Sesuai sangat.” Hakimi memandang dalam mata Hana.
“ Hana? ___” Hana tergadah. Berfikir sebentar sebelum__. “ Boleh saja. Saya tak kisah. Tapi selalu orang panggil saya Nur.” Terang hana.
“Macam tu kah. Tak apa lah saya rasa lebih selesa panggil awak Hana.”
“Saya ok ja. Awak ceritalah saya dengar.”
‘Lupa lak aku nak bercerita tadi. Hailah.. sembang dengan dia ni buat aku hilang stress ja.’
“Ok macam ni.”
Hampir 1jam Hakimi bercerita. Dari kisah dalam kepimpinan mpp, ahli mpp, tugas sebagai pemimpin pelajar, aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung, harapan pengajar terhadap dia, tentang bola sepak lagi. Macam –macam yang di luahkan. Hana sangatlah memberi perhatian. Tidak sekali pun Hana mencelah. Dia cuma mengangguk or menggeleng saja.
Selesai sahaja sesi meluah. Mereka berdua keluar dari library.
“Terima kasih sebab mendengar. Hana betul-betul pendengar yang bagus.” Ujar Hakimi. Dia rasa sangat lega selepas meluahkan semuanya. Lapang rasa hatinya.
“Tidak apa saya tak kisah.” Kata Hana dengan tenang.
“Nanti boleh lah kita buat kerja sama-sama kat library ni ya. Kalau awak tak kisah lah.”
“Boleh saya tak ada masalah. Lagi pun saya hari-hari dalam library ni. Kadang-kadang Anum kawan saya akan teman saya kat sini kalau dia ada kerja nak buatlah.” Terang Hana.
“Bagus lah macam tu. Boleh saya dapatkan nombor telefon Hana. Senang nanti kalau nak jumpa.” Pintanya.
‘Nasib otak aku bergeliga. Cepat proses apa nak cakap. Aku kena cepat bertindak. Nanti terlepas peluang. Aku juga yang melopong.’ Kata hati Hakimi.
‘Ala dia minta nombor pula. Nak bagi ke tak. Kalau tak bagi dia cakap apa pula. Fikir positif Nur Hanani. Dia minta untuk mudah berhubung saja. Tak ada niat lain pun.’ Kata hati Hana pula.
“boleh. Bagi fon awak.”
Hakimi cepat memberi telefon pintarnya. Hana menyambut dan mendail nombor telefon dia. “Ok dah simpan. Saya balik dulu ya. Nanti apa-apa wassap saja saya. Assalamuaalaikum.”
“Ok terima kasih sekali lagi untuk hari ni and untuk ni juga.” Dia menunjukkan telefonnya pada Hana.
Hana hanya mengangguk. Kemudian dia berlalu dari situ.
Hakimi yang masih di situ mula mengangankan pertemuan mereka seterunya.
‘Aku sangat-sangat nak kan dia.’
Hakimi mula mengatur rancangan untuk mendapatkan hati Hana. Dengan senyuman di bibirnya, dia pun berlalu ke tempat dia meletak keretanya.
Share this novel