Bab 22

Romance Series 5397

“Anum kau dah kemas bilik tetamu semua ke. Sarung bantal, cadar, selimut dan langsir kau dah tukar ke.” Laung Hana dari ruang dapur.
Dia tengah sibuk menyediakan bahan untuk perkhemahan mereka nanti. Hana sengaja menyediakan awal sehari, kerana dia tidak mahu ada yang tertinggal nanti. Daging, ayam, ikan perlu di perap lebih awal untuk memastikan perapan meresap sepenuhnya. Esok dia sudah sebuk pula menyediakan juadah untuk tetamu.

Mereka semua dah bersetuju untuk pergi berkhemah bersama-sama dan untuk memudahkan perjalanan, Hana cadangkan semua bermalam di rumahnya sehari sebelum bertolak. Lagi pun bilik di rumahnya banyak.

Dindong…

“Siapa pula yang datang ni. Aku tak ada tetamu hari ni.” dengan rasa pelik dia melangkah ke ruang tamu, sempat lagi dia menyambar tudung sarung di penyangkut.

Pintu di buka sedikit. Wajahnya terkejut. Darahnya berderau. Dia tidak kisah pada seorang ini tetapi dia risau akan dua orang gadis di belakang lelaki tersebut. Dia takut semuanya akan terbongkar.

“Hai awak, kenapa datang rumah saya ni. Kita janji esokkan.” Wajah cuba di kawal dari terkejut. Hana melemparkan senyuman manis pada mereka bertiga.

“Maaf sayang datang tak bagi tahu dulu. Kami ada masalah sikit kat rumah. Pasal kembar ni, Kimi memang nak bagi tahu, tapi tak sempat. Kami kena keluar dari rumah secepat yang boleh.” Hakimi berasa bersalah sedikit.

Suasana sunyi. Hana masih terkejut dan mereka bertiga masih menunggu Hana menjemput masuk.

“Nur, Hakimi datang ke. Aku nampak kereta dia kat parking.” Anum melaung dari tangga. Tudung sudah tersarung di kepalanya.

Hana tersedar.

“Jemput masuk, kita borak kat dalam.” Hana memberi ruang pada mereka untuk melangkah masuk. Dia perasan mereka menjinjing beg pakaian yang agak besar.

‘Berapa pasang baju yang dorang bawa ni.’

Hati Hana sudah tertanya-tanya. Sudah lah dia terkejut dengan kehadiran dua gadis tersebut di tambah pula dengan beg pakaian yang besar itu merisaukan lagi hatinya.

‘Diorang nak tidur sini ke. Tengku Jasmin tahu ke ni. Mati lah aku lepas ni. Apa pula yang akan jadi nanti.’

Perlahan-lahan Hana duduk di sebelah Anum. Tangan Anum di genggam, mencari kekuatan. Anum perasan akan perubahan wajah sahabatnya itu. Genggaman dibalas.

“Kalau tak silap korang berdua ni adik Hakimi bukan.” Anum bertanya badi pihak Hana.

“Ye… ni pasti Kak Anum bukan, kekasih Abang Qairy.” Jawab gadis yang memakai baju kurung biru. Rambut di sanggul cantik.

“Lily..” tegas suara Hakimi dengan jelingan tajam pada adiknya itu sekaligus, mematikan pertanyaan Lily.

Baru Hakimi nak menerangkan, telefonnya berbunyi minta di angkat.

“Sekejapnya, saya angkat call ni dulu.”

Pantas dia berlalu keluar rumah. Sempat lagi dia memberi isyarat pada adik kembarnya supaya duduk diam.

Seketika Hakimi masuk semula.

“Maaf, saya kena pergi pejabat sekejap, ada hal sikit. Balik nanti saya terangkan ok. Kamu berdua jangan susahkan Kak Hana dengan Kak Anum. Ingat.” Amaran keras di berikan pada si kembar.

“Ok….” Serentak si kembar bersuara.

Mereka berdua berpandangan dengan senyuman yang penuh makna.

‘Peluang datang bergolek.’

Hilang sahaja bayang kereta Hakimi, terus si kembar mendekati Hana dan Anum. Wajah mereka ceria. Gadis yang berbaju kurung kuning air duduk di sebelah Hana manakala seorang lagi duduk bersimpul di depan Hana. Pandangan mereka terarah sepenuhnya pada Hana yang masih terkejut dengan kehadiran mereka berdua.
“Kak Hana, kenalkan saya Ros, kakak kembar Lily. Along selalu cerita tentang Akak dekat kami berdua. Boleh kata setiap kali kami bertiga bersembang, mesti ada tentang akak yang Along sebut. Seronok dia cerita pasal akak dekat kami berdua.” Ros bercerita dengan penuh semangat.

“Kami tahu kisah 5 tahun lepas. Lepas akak pergi, 3 bulan macam tu, Along tak macam diri dia. Suka duduk sorang-sorang, makan tak menentu, cepat marah…” Sampuk Lily yang dari tadi mencari peluang untuk menyampuk.

“Kau ni Lily, jangan cakap macam tu.. Kak Hana serba salah nanti…” Ros berkata keras. Satu pukulan di beri pada bahu kanan Lily.

“Aduh kau ni Ros, sakit lah. Aku bukan nak salahkan Kak Hana… aku belum habis cakap kau dah potong.” Mukanya sudah berkerut seribu. Bahunya di usap menghilangkan sedikit rasa pijau pukulan kembarnya itu.

Wajah Hana di pandang, tangan di letakkan pada lutut Hana.

“Maaf Kak Hana, kalau kata Lily tadi menyinggung hati akak. Lily cuma nak akak tahu yang Along sayang sangat pada akak. Terlalu sayangkan akak. Tak pernah sekali pun dia cakap buruk pasal akak.”

Lily memandang Anum dan Hana.

“Kak Anum mesti tahukan sebab Kak Hana pergi..”

“Lily jangan….” Pantas Ros memotong.

“No, aku nak cakap sekarang sebelum Along datang. Lagi pun Kak Anum mesti tahu sebab, Kak Anum pun pergi sama malam tu.” amaran Ros di abaikan.

Anum dan Hana berpandangan.

“Apa yang korang cakap ni. Apa yang korang tahu. Akak tak faham.” Hana mula bersuara bila dia mula rasa berdebar dengan kata-kata si kembar di depannya. Hati cuba di tenangkan.

Ros memandang Lily, isyarat tangan di berikan pada adik kembarnya itu bila melihat Lily nak bersuara.

“Biar aku cakap. Kau diam.” Ros menarik nafas sebelum memulakan bicara.

“Kak Hana jangan terkejut. Sebenarnya kami tahu, sebab kenapa akak pergi tinggalkan Along 5 tahun lepas…”

Tangan Hana di capai.

Hana hanya diam seperti patung. Tuhan saja tahu bertapa berdebar jantungnya tika ini.

“….kami dengar Bonda cakap dalam fon dengan penyiasat yang dia upah tu. Tapi kami tak ambil perduli sebab tak jelas sangat, sampailah kami tengok Along murung. Masa tu, dekat Bukit tinggi lagi. Abang Qairy call kami berdua, minta datang sana, untuk cuba tenangkan Along. Keadaan dia teruk sangat. Tak terurus, tak ada selera makan, serabai. Langsung tak macam diri dia. Abang Qairy, Abang Amir cerita apa yang dah berlaku. Lepas kami dengar, terus kami ambil keputusan balik KL untuk siasat…” Ros berhenti seketika. Senyuman kelat terlakar di wajahnya.

“….sangkaan kami betul, semua punca dari bonda. Kami jumpa cek atas nama Kak Hana dalam satu sampul surat, Rm100K! Bonda ingat perasaan boleh dijual beli ke? Sampai hati bonda… dalam tu juga ada biodata akak dan satu dual USB drive. Kami buka and jumpa video Along lamar akak dekat villa Bukit Tinggi Along. Video tu cukup untuk kami tahu bertapa korang cinta satu sama lain.” Ros mula teresak, pantas dia memeluk Hana, begitu juga dengan Lily memeluk lutut Hana.

Anum memberi ruang pada mereka bertiga. Dia menjarakkan sedikit tubuh dari Hana.

“Kami rasa serba salah nak cerita pada Along atau tak. Kami takut kalau kami cerita, Along dengan bonda akan berperang pula. Kami tak mahu keluarga kami berpecah belah. Kami minta maaf sebab tak buat apa-apa sedangkan kami tahu akak tak bersalah pun. Kami cuma boleh yakinkan Along yang akak pergi mesti bersebab. Tak mungkin seorang perempuan yang baik macam akak akan tinggalkan Along macam tu sahaja.”

Semakin kuat si kembar memeluk Hana beserta sendu yang semakin jelas.

Hana turut mengalirkan air matanya. Tidak sangka begitu perit penderitaan yang Hakimi tanggung atas pemergiannya.

‘Ya-Tuhan, aku bersyukur mencintai lelaki sehebat itu. Tabahkan hatinya lagi Ya-Allah untuk hari yang mendatang ini.’

“Akak tak salah kan kamu berdua. Akak juga tak salahkan Tengku Jasmin atas apa yang dia buat. Korang semua hanya mahu yang terbaik untuk Hakimi. Akak setuju dengan apa yang kamu berdua buat. Itu tindakan yang terbaik. Jangan biar Along jadi anak derhaka. Korang memang adik yang terbaik.” Senyuman manis terselah di wajah sebam Hana bersama sisa linangan air mata.

Si kembar meleraikan pelukan dari Hana. Wajah masing-masing di kesat dengan hujung lengan baju kurung. Tindakan mereka itu menerbitkan rasa lucu di hati Hana.

“Sudah-sudah lah tu sedih. Akak dengan Along korang dah setuju untuk jadi sahabat sahaja. Kalau ada jodoh kami kahwin juga nanti. Biarkan perkahwinan mereka di teruskan. Jangan kecewakan bonda kamu orang. Along korang tu lelaki, pandailah dia uruskan isteri dia tu nanti.”

“Kak Hana ni.. tahu-tahu saja kami nak akak bersama semula dengan Along kan. Tapi kalau itu dah kata akak, kami terima saja. Cuma kami nak panggil akak Kak Long boleh. Walau Along dah kahwin dengan Minah Pacat tu pun, Kak Hana tetap akan jadi Kak Long kami sampai bila-bila. Tak akan ada orang boleh gantikan tempat Kak Long kitorang ini.”

‘Minah Pacat? Mana dorang dapat nama samara tu. Lain macam.’ Bisik hati Anum.

Muka si kembar penuh dengan harapan. Hana hanya mengangguk beserta senyuman manis.

Si kembar bersorak gembira. Tak padan dengan pakai baju kurung, melompat-lompat. Hana hanya menahan tawa.

Anum pula yang hanya diam dari tadi, tersenyum lega melihat penerimaan mereka terhadap Hana.

‘Aku harap kebahagiaan kau akan datang Nur.’

. . . . . . . .

Mereka bersembang tentang diri masing-masing. Dari umur, hobi, perangai, sehingga kisah-kisah yang mencuit hati mereka. Sekejap sahaja mereka sudah serasi. Mereka ketawa sehingga ada yang berguling dan ada yang menekan perut kerana sakit menahan ketawa.

“Ni, Kak Anum nak tanya korang berdua dari tadi lagi, macam mana korang boleh ikut perkemahan kitorang ni and…, kenapa korang pakai baju kurung? Dari perangai korang, akak tak rasa yang korang jenis ayu-ayu gadis melayu terakhir semua ni.” Anum masih dengan sisa tawanya.

Ros dan Lily berpandangan sebelum ketawa besar meletus dari mulut mereka. Habis berguling-guling mereka di ruang tamu tersebut.

Hana dan Anum yang melihat mula menekan perut dari sakit lagi. Sifat ceria si kembar membuatkan mereka tidak berhenti ketawa. Naik berbahang wajah mereka akibat ketawa.

“Ceritanya macam ni,…” mereka berdua mula menarik nafas untuk menenangkan diri sebelum berbicara.

“…kitorang memang dah rancang nak ikut Along dari malam tadi. Puncanya pun sebab kitorang terdengar yang Along bercakap dengan Abang Qairy pasal barang nak bawak untuk berkhemah. Kitorang pujuk Along sampai dapat. Bila Along cakap yang dia nak pergi dengan Kak Long, lagi lah kitorang nak ikut. Ini lah peluang nak jumpa Kak Long. Tak tunggu apa dah, terus packing baju banyak-banyak macam nak duduk seminggu dalam hutan tu.” Ros berhenti menarik nafas.

Lily pula ambil alih.

“Bila kami dah mula teruja pack barang, Along dah tak boleh nak buat apa dah. Kalau dia tak bagi ikut, kitorang merajuk…. Nak di jadikan cerita, masa kitorang bertiga packing baju, Minah Pacat tu datang, ingatkan tak naik atas. Sebab selama ni dia memang tak pernah naik atas. Entah apa mabuk minah tu malam tadi naik atas terus masuk bilik Along. Kitorang dengar Along marah-marah, minah tu pula dengan suara kambing tercekek tulang tanya Along packing baju nak pergi mana. Sebuk pula dia nak ikut….” Dengan penuh semangat Lily bercerita siap dengan lakonan semula lagi.

Mereka yang lain dah mula ketawa balik.

“Kitorang apa lagi, jadi super women lah selamatkan Along..” sampuk Ros dengan tangan menepuk meja kopi di depan mereka.

“Tahu tak kitorang cakap apa?” Lily mula buat suara ahli sihir.

“Apa dia.” tanya Hana dan Anum serentak dengan wajah di dekatkan pada si kembar. Kedudukan mereka yang duduk bersila di lantai dengan mengelilingi meja kopi itu persis seperti orang yang kebulur menunggu waktu berbuka puasa. Sangat rapat pada meja kopi tersebut.

“kitorang cakap yang Along kena teman kitorang selama seminggu pergi kem motivasi Islam dekat Brunei!!.. terus muka dia berubah hodoh, dari tergedik-gedik,terus terdiam bila dengar perkataan ‘Kem motivasi Islam dekat Brunei’. Dia mana nak pergi tempat-tempat Islamik macam tu, tak boleh pakai seksi….” Lily mula menepuk-nepuk meja semula dengan tawa besarnya.

Ros mengambil alih cerita.

“Ros pun berlakon lah ambil bagasi, masukkan pakaian Along. Ros masukkan sekali baju melayu 2 pasang siap samping dengan songkok lagi. Punya nak nampak lakonan tu real. Nasib Along cepat tangkap lakonan kitorang. Bila bonda tanya pun kitorang cakap benda yang sama. Ayah diam sahaja. Dia tahu anak-anak dia ni menipu. Bila ayah diam kitorang pun senyam sahaja lah. Kira dah dapat lampu hijau dari big bos.”

Hana tercengang. Amun mengeleng kepala dengan sisa tawanya.

Lily pula menyambung cerita.

“ lepas semua dah selesai kat bilik Along, kitorang pun balik bilik sambung kemas beg pakaian. Tapi yang kelakarnya, kitorang pun masukkan baju kurung 3 pasang dalam beg!. Lepas tu kitorang pun terus tidur..”

Semua bantai ketawa dengan perangai lawak si kembar ni. habis bergema ruang tamu tersebut dengan suara mereka.

“Assalamualaikum. Amboi, teruknya anak dara ketawa. Apa yang lucu sangat.”

Tiba-tiba Hakimi terpacak di depan pintu utama. Untung Hana dan Anum tidak menanggalkan tudung mereka.

Masing-masing membetulkan duduk semula.
“Kitorang cerita pasal malam tadi.” ringkas saja Ros berkata.

“Oooo.. jadi korang dah cerita A-Z lah ni..” tanya Hakimi yang telah duduk di kerusi sebelah Hana. Hana hanya beriak biasa. Sudah biasa bila Hakimi duduk sebelah dia.

“Dah… jangan risau, tak ada satu pun yang tertinggal.” Lily senyum penuh makna pada semua.

Hana mula menahan tawa semula. Teringat dia cerita mereka tadi. Hakimi hanya memandang kekasih hati yang tersenyum di sebelah. Lapang dadanya melihat senyuman tersebut.

“Along tak payah nak tenung Kak Long sangat lah. Geli mata kitorang ni.” Ros melempar bantal kecil pada Hakimi. Pantas Hakimi sambut. Mukanya sedikit berkerut.

“Sejak bila korang Panggil Kak Hana korang ni Kak Long?”

“Sejak tadi lah.. ini sahaja satu-satunya Kak Long kitorang. Tak akan ada yang lain.” Dengan bangga Lily berkata.

“Hana tak kesah ke, dengan gelaran tu. Kimi lagi suka.” Lembut Hakimi menuturkannya.

“Saya ok sahaja. Tak ada masalah pun. Saya pun suka.” Hana mengukir senyuman senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience