Bab 5

Romance Series 5387

Semenjak dalam lif lagi hati Hana tidak keruan. ‘Aku rasa nak lari pula. Betul ke apa yang aku buat ni. Aku di kira duduk berdua dengan lelaki.’
Tangan kanan di bawa ke bibir. Jari telunjuk bermain-main pada bibir bawahnya.

‘Ya-Allah, betul ke tindakan aku ni. Kenapa aku rasa macam berat hati. kenapa aku rasa macam dia nak buat jahat kat aku. Ampunkan aku…’

Hana rasa jantungnya sudah nak terkeluar dari mulut. Bertapa laju degupannya tu… matanya juga tidak menentu. Sekejap ke kanan nanti ke kiri kemudian ke atas lepas tu ke bawah pula. Boleh bayangkan macam mana keadaan Hana ketika ini.

Sesampai saja mereka di depan pintu bilik Hakimi memandang Hana. ‘ dari tadi aku tengok dia tak tentu arah. Gelisah dari tadi. Macam aku ajak bersama pula. Tak boleh jadi ni. Aku kena bincang balik dengan bidadari aku ni.

Hakimi melepaskan tombol pintu. Dia menyandarkan badannya di dinding hotel sebelah pintu bilik. Hana masih dalam dunianya sendiri. Langsung tidak perasan Hakimi yang sedang merenungnya itu.

“Hana…” lembut suara Hakimi memanggil Hana.

Tidak ada tindak balas yang di terima.

“Hanaaaa….” Kali ni siap package lambai tangan depan muka lagi.

Hana tersedar terus memandang tepat muka Hakimi. Liur di telan rasa tersekat pada kerongkongnya. ‘kenapa dia sandar kat dinding. Dia ada cakap apa-apa ke tadi.’

“Ya?” Pendek Hana bertanya.

“Look, saya rasa Hana tidur dalam bilik ni ok. Saya akan tidur dalam kereta. Saya tak nak Hana rasa tak selesa. Ta__”

“Tak…. Bukan macam tu. Saya ok saja. Lagi pun kita bukan tidur satu katil pun. Bilik masih terasing. Saya betul-betul ok. Jangan cakap macam t..” cepat Hana mencantas kata Hakimi. Dia menutrialkan semula riak wajahnya.

‘Nampak sangat ke riak muka aku. Dia terasa ke.’
Hakimi memeluk tubuh. Dia melepaskan keluhan berat.

“Kalau ok kenapa dari tadi saya tengok Hana gelisah. Berdiri pun tak menentu… mata tu…”

Hakimi menunduk sedikit, tangan menunjuk mata Hana dengan jari telunjuk kanannya. Mukanya di dekatkan pada wajah Hana. Hana sedikit berundur. Matanya memandang jari Hakimi yang berada seinci di wajahnya.

“kenapa dari tadi mata ni tak menentu. Nampak sangat Hana tak selesa.”

‘dah tertangkap pula..’

Hana menolak sikit jari Hakimi itu dengan beg galasnya.

“Saya minta maaf kalau awak terasa. Saya Cuma rasa janggal. Tak pernah saya berdua dengan lelaki. Saya tau keadaan kita ni terdesak. Saya Cuma rasa gelisah sikit ja, tapi saya ok.” Dengan muka merayu Hana menuturkannya. Wajahnya di sembunyikan separuh dengan beg. Matanya saja yang terlihat oleh Hakimi.

Hakimi mula tidak keruan dengan pandangan itu. Rasa ingin saja di peluk gadis tu. Geram dengan wajah Hana. Sangat menggoda di matanya.

“awak… jangan lah tidur dalam kereta. Saya rasa bersalah sangat. Maaf kalau saya buat awak serba salah.” Masih dengan wajah yang di sorokkan itu.

Hakimi melepaskan rasa di hati dengan senyuman. “Ok. Saya pun minta maaf andai apa yang saya cakap tadi buat hati Hana terguris. Saya Cuma nak Hana selesa dengan saya. Percayakan saya. Boleh?”

Hana hanya mengangguk. Dia berdiri tegak dan mempamirkan senyum manisnya.

Senang hati Hakimi dengan senyuman itu.

“Kalau semua ok. Jom masuk. Rehat, dah lewat pagi dah ni.”

Hana hanya mengikut di belakang.

Masuk saja di dalam, Hana menuju ke dapur. Dia meletakkan semua makanan di meja pulau. ‘cantik betul bilik ni. Luas. Conferm mahal.. banyaknya duit dia.’ Hana memandang sekilas Hakimi di ruang tamu sebelum dia ligat mengemas barang makanan di dalam peti sejuk.

‘Esok boleh buat sarapan. Dapur ni pun lengkap dengan perkakas dapur. Tak sabar nak masak esok.’

“Hana pergilah rehat. Pilih bilik mana yang Hana nak. Saya tak kesah.”

Pantas Hana menoleh. Terkejut sebenarnya tapi di kawal riak wajahnya.

“Saya ambil bilik yang dekat dengan dapur ni ja. Senang nanti kalau nak minum ke, tak lah jauh jalan.”

Hakimi hanya senyum. ‘Takut lah tu aku apa-apakan dia nanti.’

“kalau tak ada apa-apa lagi saya nak masuk tidur dulu ya. Biar ja lampu terpasang. Nanti tak ada lah susah kalau nak ke dapur ni.”

“ok. Saya pun nak masuk tidur. Assalamualaikum.”

“walaikumusalam” balas Hakimi ringkas.

Hana berlalu dulu ke bilik. Dia mengunci pintu. Terus dia ke bilik mandi. Cepat dia bersihkan diri cepat dia boleh tidur.

Seusai mandi dia duduk di katil. Dia mengeluarkan produk mukanya. Siap sedia untuk di kenakan pada wajah. Kebiasaan Hana akan menguruskan wajahnya dulu sebelum memakai baju. Kalau di biliknya dia hanya berkemban dengan tuala saja. Tetapi di sini dia mengenakan bath suit. Jangan cari masalah. Walau pun Hakimi baik, hujungnya dia tetap lelaki.

Tiba-tiba Hana rasa ada benda terbang di dalam bilik itu. Terus meremang bulu romanya. Cepat dia mengambil tuala di sisi sebelum keluar dari bilik itu. Bilik Hakimi di tuju.

“Hakimi.. Hakimi…. Buka pintu ni. saya nak minta tolong sikit.”

Hana menjarakkan diri dari pintu. Sempat dia membetulkan baju mandinya. Di kemaskan di bahagian dadanya. Takut terselak pula.

Hakimi keluar hanya dengan seluar pendek paras lutut. Terselah badanya yang sasa tu. Tidak ada cacat di mana-mana pun. Bila tersedar yang dia telah tenung badan lelaki, cepat Hana memandang tempat lain.

‘Ya-Tuhan… sempurnanya badan dia. Kulit sawo matang, badan tegap siap ada six pack lagi. Tergodanya aku. Tangan ni gatal pula nak pergi pegang. Aduh masalah betul lah aku ni.’

Hakimi yang masih separuh sedar itu menyandarkan badan pada pintu bilik sambil memeluk tubuh. Di perhati saja Hana yang hanya memakai bath suit dan tuala di kepala menutup rambut. Cukup mengliurkan nafsunya.

‘Hai.. dia ni saja nak goda aku ke. Aku tarik ikatan tali tu nanti, macam-macam aku boleh nampak. Ini kalau tak kuat iman ni dah selamat aku tarik atas katil. OT aku sampai pagi..’ nakal fikiran Hakimi. Tidak di lepaskan peluang yang ada depan mata.

Hana yang berasa seperti ada harimau menghendap terus memandang Hakimi. Berderau darahnya bila di lihat Hakimi memandangnya dengan pandangan yang nakal. Habis tubuhnya di tilik dari atas ke bawah. Naik kecut perutnya. Sepantas kilat dia menuju ke ruang tamu mencari benda untuk menutup tubuhnya.

Hakimi mula tersedar ketelanjurannya itu berdeham kecil untuk mengembalikan diri yang tersesat tadi. Dia ikut Hana ke ruang tamu.

Hana yang perasan Hakimi di belakang terus membungkus dirinya pada langsir sliding door. Hanya mukanya saja kelihatan.

Hakimi mengukurkan senyuman nakalnya. ‘comelnya dia buat macam tu.’

Dia mengusap tengkuknya. “Hana nak minta tolong apa. Sampai tak sempat pakai baju. Seksi tahu.” Senyuman nakal masih di bibirnya.

Air liur yang di telan terasa kesat di kerongkong. ‘Seksi… alaaaa… aku terpaksa je pun. Jangan lah dia apa-apakan aku. Badan dia dengan badan aku 2 kali ganda kuatnya. Tak mampu aku nak lawan.’

Hana tarik nafas. “Dalam bilik tu ada benda terbang. Saya tengok sekali imbas je. Rasanya lipas tu..” serak-serak basah suara yang keluar dari mulut Hana.

Hakimi menahan rasa. ‘aduh suara… memang minta kena terkam ni.’

“Tolong saya buang lipas tu. Awak cari sampai jumpa ya. Saya tak suka lipas terbang. Dia kejar saya…” suaranya masih dalam ton yang sama.

Hakimi melepaskan keluhan berat. ‘sungguh ada yang kena terkam nanti ni.’

Hakimi memejamkan mata. Mencari kekuatan dari godaan Hana yang tidak di sengajakan itu.

“ok saya pergi tengok.”

Selepas beberapa minit. Pengacau tersebut dapat di tangkap. Hakimi simpan dalam bekas. Dia ada ambil gambar. Tidak tahu untuk apa. Dia memandang Hana.

“selesai.. Hana dah boleh tidur lah sekarang ye.” Dia berlalu ke singki dapur membasuh tangan.

Hana yang masih di dalam bungkusan langsir itu di pandang.

‘budak ni nak kena ajar sikit. Kalau tak senang-senang je kena terkam lelaki.’

Hakimi melangkah mendekati Hana. Tangannya di letakan di kiri dan kanan dinding. Hana di tengah mati kutu. Dia tak tahu nak buat apa.

jasat di dekatkan pada Hana. Hana yang melihat muka Hakimi semakin dekat dengannya hanya memejam mata. Badannya mula menggigil. Kakinya mula lemah. Hakimi memegang kedua-dua bahu Hana sebelum sempat Hana melorot ke bawah. Dia berbisik di telinya Hana.

“lain kali kalau nak protect diri pun jangan lah bergulung dekat langsir ni. ini kira menyerah diri untuk di makan je tahu. Kalau saya cium awak kat sini awak dah tak boleh buat apa-apa pun.”

Hakimi merapatkan lagi tumbuh mereka. Bibir juga di dekatkan pada telinga Hana yang berlapik tuala.

“kalau nak protect diri pergi dapur. Dekat dapur ada banyak peratalan yang boleh lindung diri Hana. Susah orang nak apa-apakan Hana.”

Hakimi perasan Hana dah mula menggigil. ‘alahai… sucinya budak ni. menggigil pun comel. Nak cuba peluk lah.’

Seusai berniat nakal itu, terus tubuh Hana di peluk. Matanya terpejam. ‘damainya hati aku.’

“Awak apa ni. jangan buat saya macam ni. Lepas kan saya Hakimi!!...” Hana mula meronta, di tolaknya tubuh Hakimi. Tetapi tidak berganjak pun walau sedikit. Fikirannya mula memikirkan perkara yang tak elok.

Sekali lagi dia mencuba.

“Hakimi lepaskan saya.. awak tak ada hak nak peluk saya. Awak tahu berdosakan… hisk.. hisk…” Hana mula menangis bila Hakimi mula membatu.
‘Alahai, menangis pula.’

Terus di lepaskan tubuh itu. Terduduk Hana di lantai. Cuma sekejap sebelum dia berlari masuk bilik. Pinti ditutup kasar dan di kunci.

Terpejam mata Hakimi dengan hempasan pintu itu. ‘Aku dah melampau. Itulah Kimi… dah kata jangan dekat dengan dia ko degil.. sekarang tanggung sendiri. Confrem Hana tak nak jumpa aku lagi lepas ni.

Dia memukul kaki tangannya tanda marah pada diri sendiri. Dia duduk di sofa panjang. Akalnya ligat mencari cara pujuk Hana.

Telefon bimbitnya di cari. Terus masej di hantar pada Hana.

HAKIMI : Hana maafkan saya. Saya tahu saya dah melampau. Saya salah. Saya tahu awak takut dengan apa yang saya buat tadi. Saya betul-betul hilang kawalan diri. Saya sayang kan awak. Tak akan saya sentuh awak dah lepas ni selagi awak bukan yang sah untuk saya. Saya nak turun lobi sekejap. Awak rehatnya.. tidur.

Hakimi bersiap untuk keluar. Dia bawa sekali lipas tadi.

Hana baca masej. Dia mengeluh.

“salah aku juga sebab pakai macam tu. Boleh je aku masuk bilik air tunggu kat sana. Call lah Hakimi. Ni tak nak juga keluar tayang badan. Hana…. Hana… buat hal lah kau ni…” dia mematikan lampu bilik and tidur.

. . . . .

Selepas subuh Hana ke dapur siapkan sarapan. Dia hanya membuat telur hancur, sosej grill, brokoli and baby carrot rebus. Minuman pula ada susu segar yang di panaskan. Hana juga ada buat lemon jus. Puas dia melihat hasilnya. Berbaloi berhabis duit membelinya. Kebetulan dia ada jumpa kedai yang menjual barang asas semalam. Gatal tangan nak beli walau pun harganya 3 kali ganda mahal. Siap sarapan mereka pagi ini.

Tiba-tiba Hakimi muncul di depan meja caunter.

“Assalammuaalaikum” Hakimi melihat sarapan yang terhidang di depan mata. Kecur liurnya melihat makanan tersebut. Cukup pyramid makanan dalam hidangan tersebut.

‘ Tengok pun dah sedap apa tah lagi masuk mulut. Ini kalau dapat hari-hari…. Tak makan luar langsung aku. Untung kalau aku dapat dia ni. tiap hari makan sedap.’

“Waalaikumsalam, duduklah kita sarapan dulu sebelum gerak balik. Tapi saya masak yang ringkas je lah” senyum Hana. Dia duduk di hadapan Hakimi.

Hakimi menganggukkan kepalanya. Doa makan di baca.

“Terima kasih masakkan.” Hakimi cuba membaca riak muka Hana.

‘Dia masih marahkan aku kah pasal semalam. Tapi tengok mukanya macam tak marah je. Cakap pun elok saja. Tak ada marah or negative langsung. Ke dia hilang ingatan.’

Hana sekadar menganggukkan kepala saja.
Masing-masing diam, kejadian malam tadi masih terbayang di fikitan mereka. Mereka masih rasa bersalah atas khilaf masing-masing.

Tiba-tiba Hana bersuara.

“Saya nak minta maaf tentang malam tadi. tak sepatutunya saya berpakaian macam tu. Boleh ja saya masuk bilik air and telefon awak minta tolong. Tapi saya boleh pula terus pergi bilik awak. Memang menyerah diri lah jawabnya kan.” Hana tunduk menahan rasa segan. Masih terbayang tubuh badan Hakimi mendekati dirinya. Cukup dia terkesima sebenarnya bila Hakimi datang dekat padanya.

Hakimi menegakan duduknya. “ Saya pun minta maaf juga sebab buat awak macam tu. Sepatutnya saya kawal diri saya. Niat Cuma nak bergurau tapi terbabas pula” dia tersengih memandang Hana.

Hana sekadar membalas senyuman Hakimi. Rasa segannya tadi hilang perlahan-lahan.

Masing-masing berasa lega selepas meluahkan kata maaf. Mereka sambung makan. Hakimi menawarkan diri untuk membersihkan semuanya. Walau Hana ingin membantu sedikit pun dia tidak mahu. Katanya Hana sudah masak biark=lah dia yang kemas.

Hana hanya bersetuju saja. Tidak mahi di panjangkan cerita. Takut berlaku perkara lain pula. Dia berlalu ke bilik untuk bersiap pulang.

. . . . .

Di dalam kereta mereka senyap saja. Hakimi focus dengan pemanduanya, Hana pula sebuk merakamkan suasana yang cantik dengan telefonnya.

Sesekali Hakimi menoleh pada Hana. Di perhati tingkah laku bidadarinya itu.

‘suka sangat dia dengan photograph. Confrem gambar yang di ambil cantik-cantik sekali.’

“Hana kita singgah satu tempat dulu ya sebelum pulang. Saya nak beli sayur-sayur sikit.”

“Tempat apa?”

“Kejutan” di lemparkan senyuman mautnya.
Hana yang mula terbiasa dengan senyuman itu, tidak berdebar seperti selalu lagi.

“Ya lah awak.. saya ikut saja. Asalkan kita sampai rumah dengan selamat.” Hana membalas senyuman.

. . . . .

Sesampai mereka di tempat tersebut, Hana terdiam. Matanya memandang sekeliling dengan perasaan teruja.

“Cantiknya Hakimi….. Mini Cameron… tak sangka ada kat sini. Tengok tu ada strawberry. Waaa dah ranum ni.. mesti boleh petikkan.” Gembira Hana bila dapat berjumpa alam hijau.

Hakimi tersenyum dengan gelagat Hana. Dia siap dengan cameranya. Akan di rakam gambar Hana sebanyak yang boleh.

Mereka berseronok di sana. Pelbagai sayuran dan buah-buahan yang di beli. Semestinya Hakimi yang membayar. Semuanya tidak di benarkan Hana mengeluarkan dutinya. Walau di tegah Hakimi masih mahu membayarkannya. Hana mula pasrah. Banyak yang mereka bawa pulang.

Bermulalah hari-hari yang indah antara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience