Bab 6

Romance Series 5387

Hana melihat ke luar jendela biliknya. Sudah hampir 3 bulan usia perkenalan mereka. Hari-harinya terisi dengan pelbagai perkara yang indah. Bermacam cara yang di lakukan Hakimi untuk keluar berdua dengannya tanpa di ketahui orang.

Hana suka dengan perilaku Hakimi begitu juga pandangan Hakimi kepada Hana. Tidak pernah sekalipun Hakimi menyentuhnya semenjak peristiwa di genting. Perasaan cinta sudah mula terbit dalam hati Hana, cuma keberanian untuk meluahkan rasa yang terpendam itu belum cukup. Hakimi juga tidak menyatakan yang dia cintakan Hana tetapi ucapan sayang tidak lekang dari bibir. Bagi Hana itu sudah cukup memadai.

Dia sedar yang dia tidak sama taraf dengan Hakimi. Pada mulanya dia ingat Hakimi sekadar orang kaya biasa, tetapi lebih lama mereka berkenalan lebih banyak yang dia tahu. Keluarga Hakimi bukan calang-calang orang. Mereka sangat di kenali di dalam mahupun luar negara. Cuma sikap merendah diri Hakimi yang menutup semua itu.

Pada awalnya Hana tidak selesa untuk berkawan dengan Hakimi, tetapi Hakimi sering mengatakan padanya yang dia ikhlas berkawan dengan Hana. Tidak ada niat jahat pada Hana. Semua yang dia lakukan itu kerana dia sayangkan Hana. Hana pegang kata-kata itu.

Hana mengimbas kembali pertemuan demi pertemuan mereka. Di dalam kampus mereka sekadar kenalan atas nama sahaja, bila di luar kampus mereka memperlihatkan watak yang hanya mereka saja tahu. Semestinya tempat pertemuan mereka jauh dari kampus atau perumahan Hakimi.

Hana sanggup menaiki pengangkutan awam untuk bertemu Hakimi. Asalkan jauh dari orang yang kenal mereka. Cuma Anum sahaja yang tahu tentang mereka. Itu pun setelah mereka terkantoi bersembang di talian. Pada mulanya Anum tidak percaya, pabila Hana menjelaskan yang mereka cuma kawan biasa dan tidak ada apa-apa ikatan baru lah Anum diam.

Anum tidak kesah andai mereka ada hubungan istimewa. Itu hak masing-masing. Sejak dari itu, Anum menawarkan diri untuk menghantar Hana di tempat pertemuan mereka. Dia seronok andai Hana bahagia. Hana anak yatim piatu. Dia cuma ada Nek Mah. Itu pun Cuma nenek angkat saja. Hana sudah menganggap Nek Mah seperti nenek kandungnya sendiri. Dari usianya 15 tahun lagi, Nek Mah menjaganya.

Kaki di rapatkan ke dada. dagu di letakkan di kepala lututnya. Hana melepaskan keluhan berat.
‘Mana Hakimi ni. Lama dah dia menghilang. Sebuk sangat ke dengan urusan syarikat tu. Dah seminggu tak dengar suara dia. Jumpa apa tah lagi. Rindunya aku dengan dia…’

Walaupun Hakimi masih belajar. Tetapi dia sudah di ajar untuk menguruskan syarikat keluarganya. Katanya itu untuk persediaan dia juga. Tidak lah dia kekok bila mengambil alih nanti. Cuma Hana tidak tahu nama syarikat itu. Tidak di tanya langsung. Bagi Hana jika tuan badan tidak cakap buat apa di tanya, seperti Hana memandang harta Hakimi pula. Lebih baik di biarkan saja. Nanti-nani dia akan tahu juga. Lambat atau cepat sahaja.

Hana memandang pada jambangan bunga yang telah kering di meja belajarnya. Terukir senyuman di bibirnya. Terus ingatannya kembali semasa di Genting.

. . . . .

Semasa mereka bersiap untuk pulang, loceng bilik berbunyi. Berderau darah Hana.

‘Ya-Allah orang pejabat agama kah itu. Lindungi kami Ya-Allah. Jangan lah ada perkara yang buruk berlaku.’

Hakimi yang kebetulan ada di ruang tamu terus membuka pintu. Berdiri dua orang pekerja hotel. Hana turut mengikut Hakimi selepas di pastikan itu bukan orang pejabat agama. Kelihatan seorang pengurus hotel dan seorang ketua housekeeping. Seorang memegang sejambak bunga mawar bewarna merah dan putih, seorang lagi memegang sebungkus hemper. Di dalamnya ada pelbagai jenama coklat mahal. Mata Hana sudah terbeliak.

‘Waaaa.. rezeki datang bergolek ke ni. sedapnya coklat tu. Bunga tu pun cantiknya. Mesti tu bunga hidup. Nampak pun dah segar, mesti wangi..’

Muka Hana sudah tidak dapat di kawal dari tersenyum lebar. Matanya memandang Hakimi bergilir dengan hadiah di depan matanya.

Hakimi hanya memaparkan muka dinginnya. Dia memeluk tubuh.

“Ada apa.” Serius berlagak sangat suara Hakimi ketika ini.

“Maafkan kamu Tengku, kami datang untuk memohon maaf di atas ketidak pekaan kami kepada kebersihan bilik ini. Kami akan lebih teliti dalam kebersihan bilik pada masa akan datang.” Kata pengurus tersebut.

“Ini ada sedikit hadiah dari pihak hotel untuk Tengku. Kami harap Tengku dapat menerima maaf dari kami.” Kata ketua housekeeping pula.

Hana masih memikirkan untuk apa kata maaf itu. Dia memandang muka Hakimi sambil memikir.

Ting…

‘ooooo.. ni mesti pasal lipas semalam. Waaa.. tak sangka Hakimi bagi tahu pihak hotel. Kejap, mesti lah dia bagi tahu, harga bilik ni bukan murah.’

Hakimi memandang Hana. Senyuman paling manis di lemparkan pada bidadarinya itu. Hana tersenyum kembali sambil menganggukkan kepala.

“Memandangkan bidadari saya pun suka dengan coklat dan bunga ni. Saya maafkan. Saya harap perkara ini tak terjadi pada tetamu yang lain. Bukan calang-calang orang yang akan duduk di bilik ni. Harap pihak hotel ambil serius tentang perkara ni.”

Hana yang mendengar nama panggilannya itu mula berbahang. Di kerling dua wanita didepannya itu, mereka tersenyum memandangnya. Di hulurkan jambangan bunga pada Hana. Hemper coklat di hulurkan pada Hakimi.

Sebelum mereka pergi, sempat lagi mereka mengucapkan terima kasih. Hakimi dan Hana masuk ke dalam bilik semula.

“Suka dapat semua ni.” tutur Hakimi dengan tenang. Senyuman masih di bibirnya.

Hana menoleh pada Hakimi. Wajahnya kemerahan. Dia tunduk memandang bunga di tangan.

“Suka. Suka sangat. Tak sangka dapat semua ni. ada hikmah kena kejar lipas malam tadi.”

Hana berura-ura ingin berlalu ke biliknya. Dia nak ambil barang. Tak sabar nak pulang. Bukan apa, hatinya dah berbunga sangat sekarang ni. Segan rasanya nak lihat Hakimi waktu ni.

Hakimi duduk di sofa. Dia menyandarkan badan, tubuh di peluk. “Bagus kalau Hana suka. Semua ni Hana bawa balik ya. Saya tak makan coklat sangat.”

Hana hanya membalas dengan anggukkan. Dia berlalu ke bilik.

. . . . .

Hana tersedar dari lamunan yang panjang bila terdengar laungan azan.

“Dah Zohor. Lamanya aku kat tinggap ni. Ni semua bunga punya pasal.” Cepat saja Hana berlalu ke bilik air mengambil wuduk.

Selesai solat terus Hana melihat telefon bimbitnya.

“Ada 3 misscall. Hakimi? Panjang umur dia. Baru sebut rindu dah muncul.”

Hana mendail nombor Hakimi.

“Assalammualaikum”

“Waalaikumsalam”

‘Rindunya dengan dia….’ Hana sudah melompat-lompat akibat gembira sangat.

“Hana sibuk ke? Saya nak ajak jumpa. Rindu, dah 2 minggu kita tak jumpa.” dengan penuh merayu Hakimi menuturkannya.

Hana memejamkan matanya. Pipinya mula kemerahan. Tergoda sebenarnya dengar suara sang putera.

“Boleh boleh. Saya tak sebuk pun.. baru lepas ulang kaji sikit.”

“Bagus lah. Malam nanti saya jemput Hana. Kita pergi dinner and jalan-jalan. Boleh? Hana jangan risau, saya naik kereta yang orang kat kampus tak pernah tengok. Saya naik kereta biasa saja. Nanti dah sampai depan hostel Hana, saya call.” Cepat Hakimi menerangkan situasi. Tak nak bidadarinya susah hati.

Hana yang baru nak membangkang terus terdiam. ‘Ni yang aku bertambah sayang ni. Pandai merancang.’

“Ok, jam berapa awak nak jemput saya. Saya pakai baju santai saja ya.”

“Jam 6 petang saya jeput Hana. Perjalanan kita jauh. Hana bawa baju lebih ya. Kita mungkin balik esok atau lusa.”

Hana mula berdebar. ‘Dia nak bawa aku lari ke. Eiiiii.. kau ni Hanani mula lah nak merepek. Tak ada sebab dia nak bawa kau lari.’ Cepat dia mengusir fikiran negative itu.

“Lamannya.. kita nak kemana?”

“Saya nak bawa Hana ke tempat istimewa. Hana akan ingat tempat ni sampai bila-bila. Saya yakin.”

“Waaaa.. menariknya bunyi. Ok.. jumpa petang nanti. Bye”

“Hana kejap. Cepatnya nak letak. Saya tak habis lepas rindu lagi ni… Hana tak rindukan saya kah. 2 minggu saya sebok. Tak sempat langsung nak call Hana. dapat tatap wajah Hana kat skrin computer je.” Dapat didengar suara Hakimi mula mengendur.

‘Amboi.. sedih sangat bunyinya.’

“Merajuk kah. Jangan lah… kalau saya tak rindu, tak da maknanya saya nak keluar dengan awak. Cakap dalam fron ni bukannya boleh lepas rindu pun. Bertambah ada lah. Lagi pun nanti kan nak jumpa.. sekarang dah pukul berapa. Saya nak kemas barang lagi. Nak tengok jadual untuk minggu depan kalau-kalau ada kelas penting or ada tugasan mengejut. Boleh susun. Tak adalah nanti saya kelam-kabut. Nanti kalau terjadi macam dekat genting dah susah pula. 2 minggu lagikan dah nak final exam. Kena berhati-hati.”
Panjang lebar penerangan Hana.

“Ok saya terima alasan tu. Berani ya sekarang cakap rindu saya.”

Hana ketawa manja. “Mesti lah rindu.. lama tak jumpa. Kelibat awak pun tak nampak kat kampus.”

“Rindu awak tu tanda apa ya?” dengan penuh berharap Hakimi menunggu jawapan yang positif.

Hana diam sebentar. Mengumpul kekuatan, “Tanda saya sayang kan awak lah. Ok lah awak saya nak pergi dulu. Anum panggil saya. Assalammualaikum”

Terus di matikan panggilan.

. . . . .

Hakimi tersenyum-senyum memandang Iphone X nya.

“Waalaikumsalam. Alhamdulillah dia cakap sayang. Aku akan pastikan dia jadi milik aku malam ni.”

Terukir senyuman penuh makna di bibir Hakimi. tidak sabar untuk di nantikan pertemuan mereka kejap lagi.

. . . . .

Hana sedia menunggu di tepi tinggap biliknya. Matanya memandang ke kawasan parking di depan hostel. Di sebabkan biliknya terletak di tingkat 2, mudah untuk dia melihat kereta yang lalu lalang. Tiba-tiba masuk sebuah kereta jenama audi.

‘Tak pernah aku tengok kereta ni kat kampus. Hakimi ke tu.’

Belum sempat Hana berteka-teki Samsungnya berbunyi. Tertera nama Hakimi.

“Asalammualaikum. Awak naik kereta audi grey ke?”

“Waalaikumsalam. Ya. Awak intai dari bilik ya… mari lah turun. Saya tunggu dalam kereta ni.”
Hana ketawa kecil.

“A’ah. Ok ok saya turun. Awak jangan keluar ya.. nanti orang nampak.”

“Ya sayang saya tak keluar.”

Merah wajah Hana dengan panggilan nama tu.

“Bye” terus di matikan talian.

“Hari tu bidadari, sekarang sayang pula. Aduh.. malunya aku..”

“Kau dah kenapa Nur. Merah-merah muka tu. Sakit ke. Senyum sorang-sorang pula tu. Ni, putera raja kau tak sampai lagi ke. Dah pukul 6 dah.” Tegur Anum.

“Kau ni Anum, buat terkejut aku je. Dia dah sampai dah. Ada kat bawah. Aku nak gerak dulu. Nanti apa-apa kau whatssap je aku ye.”

“Ok. Kau hati-hati. Sebaik-baik Hakimi tu pun dia masih lagi lelaki tahu. Selagi dia bukan suami kau. Kau wajib berwaspada dengan tingkah laku dia. Pisau yang aku bagi kau tu, kau bawa tak. Tu penting tu.”

“Ya Anum, aku ingat tu.. pisau ada dalam poket seluar aku ni. jangan risau ya. Aku akan jaga diri baik-baik. Aku pergi dulu. Assalammualaikum.”

Mereka bersalam dan melagakan pipi 3 kali.

“Walaikumusalam.”

Sesampai di bawah terus Hana menuju ke kereta Audi tersebut. Dia meletakkan beg pakaiannya di kerusi belakang. Terdapat satu beg pakainan bewarna coklat gelap di situ. ‘Pasti itu beg Hakimi.’

Terdapat beberapa orang pelajar sedang lalu di kawasan itu, cepat Hana masuk dalam kereta sebelah pemandu. Tidak mahu di lihat pelajar tersebut. Nanti jadi cerita pula.

Dia terdengar orang ketawa.

“Kenapa gelak. Tak ada benda kelakar pun.”

“Hana tu yang kelakar. Macam nampak hantu. Cermin kereta ni gelap. Orang tak nampak pun kita kat dalam ni.”

“Saya tahu tu. Tapi tadi dorang hampir nampak saya. Kalau dorang nampak mesti dorang akan cakap saya bukan-bukan. Jumpa sugar daddy lah, jadi perempuan malam lah, GRO, macam-macam lah.”

“Serius lah dorang ada cakap macam tu. Awak keluar dengan siapa ja naik kereta mewah.”

“La, dengan awak lah. Kan selalu awak hantar saya balik. Walau pun awak tak hantar depan hostel ni. Tapi masih ada yang nampak.”

Hakimi tersenyum. Kaki menekan padel enjan.

“Ooo. Ada yang perasan ya. Kesian Hana.”

“Senyum pula dia. Saya ok saja. Tak menjejaskan apa-apa pun. Cuma sekarang ni saya nak tahu, kita nak ke mana?"

Hana melihat ke luar tingkap. Mereka menuju ke Pahang.

“Kita nak pergi Bukit Tinggi. Bercuti jom.”

“Awak ni suka tahu. Saya tak bawa baju sejuk pun.”

Hana memeluk tubuh, mukanya dah masam.
Hakimi memandang Hana sekilas. Dia tersenyum.
“Saya saja ja tak bagi tahu Hana. Nama pun kejutan kan. Jangan risau nanti kalau Hana sejuk , saya boleh peluk. Romantikkan.”

“Miangnya… saya sanggup bersejuk dari kena peluk awak.”

Hakimi ketawa. “Jangan lah macam tu sayang.. saya rindu sangat dekat awak ni. Bagi lah saya peluk awak.”

Hana senyap. Malas dia layan perangai mengada Hakimi tu. Dia tahu Hakimi cuma bergurau. Nanti mesti dia bawa beli baju sejuk.

“Aik.. senyap dah.. jangan marah… nanti kita singgah moll beli baju sejuk Hana. Ok.” Hakimi memandang Hana. wajahnya di maniskan.

‘Kan dah kata. Kalau senyap mesti dia tak bergurau dah.’

“Ye lah.. saya ikut ja. Awak belanja. Saya tak nak keluar duit.”

“Semestinya sayang. Tak akan saya bagi sesen pun duit awak keluar.”

Mereka saling memandang. Cuma sekejap saja, sebelum Hakimi menfokaskan semula pada pemanduannya.

Perjalanan mereka mengambil masa 4 jam dari kota raya. Hana tak tidur walau di suruh. Dia tak suka tengok Hakimi memandu tanpa teman. Buatnya Hakimi mengantuk. Terbabas pula mereka.

Hana melayan lagu di corong radio. Sesekali Hakimi menyanyi sama. Terpesona Hana dengan suara puteranya itu. Sedap sekali.

Berbunga-bunga hati Hana. Hakimi sangat kacak ketika ini.

Mata Hana terkunci pada wajah Hakimi. Hakimi yang perasan dengan pandangan itu hanya membiarkan saja. Dia masih dengan nyayiannya. Itu saja acara dia menghilangkan kantuk. Dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. Bertapa dia tergoda dengan pandangan bidadarinya itu. Kalau tak kuat iman boleh jadi tragedi yang tak elok nanti.

‘Sabar Hakimi, kau yang ajak dia, jadi tanggung lah sendiri. Jangan buat dia benci kau. Tahan nafsu… tahan nafsu….’

Situasi itu berterusan sehingga sampai di shopping mall.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience