BAB 17

Romance Completed 15740

“Bot Hassan karam tengah laut. Dengaq kata semua yang ada di dalam bot tak dapat diselamatkan termasuk pelancong yang pi mengail.” Jantung Rani berdegup kenyang mendengar berita yang dibawa oleh nelayan. Mereka rancak berbual di dalam kedai mak long.

“Ribut tak dak, angin tak dak macam mana boleh karam pulak?” tauke pelantar ikan bertanya pada pembawa berita.

“Aku dengaq depa habaq, bot karam ja. Tak tau lagi cerita sahih. Kita tunggu tengok dua tiga hari lagi mesti ada orang mai cerita.” Rani semakin gelisah kerana dia tahu satu-satunya lelaki yang telah meluahkan perasaan sayang padanya turut ada bersama dalam bot tersebut. Rani tahu kerana dalam diamnya Rani sebenarnya Rani juga menyimpan perasaan yang sama pada lelaki yang bernama Hafizudin itu. Rani sengaja menjual mahal kerana Rani tidak mahu dianggap sebagai perempuan kampung yang senang digoda. Rani bukan gadis yang macam tu. Bagi Rani perasaannya biar Allah saja yang tahu. Cinta bagi Rani biarlah selepas dia bergelar seorang isteri.

“Ramai jugak yang pi mengail hari tu. Din Jeniang pun pi sekali. Tu kereta dia dok tersadai lagi belakang rumah Man. Ada berapa biji kereta dok tak berganjak lagi,.” Pak long Mat pula mencelah. Rani sudah merasa sebak. Dia tak mahu mendengar lagi cerita-cerita yang dibawa oleh orang kampung. Matanya hampir banjir dan Rani cuba mengawal perasaannya sekuat mungkin. Ya Allah! Selamatkan dia,.Rani hanya mampu berdoa di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience